097 ❃ PEREKA SENJATA MAGIS

Beryl merenung cincin pada jarinya. Ternyata ia tidak lagi boleh keluarkan cahaya. Tenaganya tidak mampu disalurkan pada permata genma.

Lelaki berambut merah itu akur. Mungkin ini adalah pengakhiran hidupnya. Nafasnya terasa singkat.

Sekejap!

Beryl tersentak. Ada sesuatu menghampiri. Kuasa yang jauh lebih kuat berbanding afturganga.

Pandangan mata Beryl terbuntang luas. Seluruh tubuhnya dapat rasakan getaran kuasa magis yang kuat.

Kawasan yang gelap gelita kini diterangi cahaya medan sihir. Beryl dikelilingi tembok medan sihir yang bercahaya.

Siapa punya angkara?

Dirinya dan juga beratus afturganga dikepung dengan tembok medan sihir.

Beryl berkerut merenung tanah bersalji. Getaran kuasa dapat dirasainya dari dalam tanah.

Sekilas kilat memancar dari dalam tanah! Satu demi satu kilat menyambar tubuh afturganga! Setiap afturganga terus bertukar menjadi debu. Bau hangus memenuhi ruang udara di dunia malam.

Kini tiada satu pun afturganga berada di hadapan mata Beryl. Tembok medan sihir sekilas lenyap dari pandangan matanya. Suasana terus bertukar gelap.

Beryl tergamam. Kuasa sihir yang begitu hebat. Siapa yang telah selamatkan dirinya?

Cahaya pelita?

Seseorang menghampirinya. Lembaga berkerudung. Pada tangannya tergenggam kemas lampu pelita.

Beryl menggagahkan dirinya untuk terus berdiri.

Kini mereka berdiri bertentangan.

Seorang lelaki berkerudung.

"Beryl?"

Beryl tersentak. Sekejap. Siapa dia ni? Dia kenal Beryl?

"Kau Beryl Gallard?"

Pemuda berkerudung berjalan menghampirinya.

"Siapa kau?"

Beryl bertanya kembali. Si bodoh mana yang berani ungkit nama keluarganya! Biadab betul! Matanya berusaha untuk melihat wajah disebalik kerudung.

Si lelaki yang baru sahaja selamatkan Beryl menurunkan kerudung yang menutupi wajahnya.

Seorang lelaki bermata hijau dan berambut kuning keemasan kelihatan. Seorang manusia. Beryl tergamam dan terpinga-pinga. Muka lelaki ni macam pernah tengok. Siapa ya? Kenapa samar-samar.

"Aku rasa mesti kau dah lupakan aku."

Lelaki itu tersenyum kelat.

"Sekejap! Aku ingat kau!"

Jari telunjuknya ditundingkan pada wajah pemuda tersebut.

"Kau rakan setugas aku masa belajar dulu! Kan?"

Beryl menjongketkan keningnya. Harap-harap tak silaplah.

"Ye. Betul."

Pemuda itu mengangguk.

"Aku ingat kau. Kaulah yang selalu siapkan tugas sendiri. Lepas tu aku kaut markah sama."

Pemuda itu hanya sekadar tersenyum kelat.

"Kau cedera ter-."

"Sekejap. Aku belum habis lagi."

Pemuda itu terdiam saat Beryl memotong cakapnya.

"Maaf. Tapi aku tak boleh ingat nama kau."

Ujar Beryl selamba.

"Ignace."

Pemuda itu memberitahu namanya. Cis, tak guna! Ingatkan dia ingat.

"Ignace? Ignace apa?"

Beryl menjongketkan keningnya.

"Ignace Rainault."

Beryl terdiam saat mendengar nama penuh lelaki itu. Biji matanya terbuntang luas. Ignace Rainault. Bunyinya sama seperti rekaan senjata terkenal gabungan sihir.

I.Rainault.

"Kau ke yang reka senjata gabungan sihir tu?"

Beryl bertanya dengan penuh keraguan.

Ignace mengangguk.

Beryl pantas menghulurkan tangannya!

"Tahniah atas kejayaan kau! Kau pereka senjata magis paling hebat."

Ignace menyambut tangan Beryl.

"Tahniah atas kejayaan kau juga."

Balas Ignace.

"Kau cuba perli aku?"

Beryl memuncungkan mulutnya.

"Eh? Kenapa? Kau adalah Rosamund kan?"

"Ini kerja sambilan je. Aku sebenarnya pemilik Bar Yyscadtobleron."

Berkerut-kerut kening Ignace mendengar nama Yyscadtoberon.

"Beryl. Aku rasa cukuplah berbual kosong ni. Kau cedera teruk. Apa kau buat kat sini? Mungkin aku boleh bantu."

Ignace memandang Beryl dari atas sampailah ke bawah. Lelaki ni cedera dengan begitu daif tapi dia masih lagi sibuk nak berbual.

"Aku nak carik angkara siapa yang nak hidupkan orang yang dah mati! Bodoh betul! Menyusahkan orang."

Ujar Beryl dengan penuh sakit hati.

Ignace tergamam. Hidupkan yang dah mati? Jadi benarlah khabar angin mengatakan bahawa di Eplé wujudnya sebuah hutan yang telah dikenakan sumpahan bertaraf tinggi. Hutan yang digelar sebagai dunia malam.

Di situ segala ilmu kebangkitan roh amatlah mujarab sekiranya dilaksanakan.

Beryl berkerut seribu apabila dapati Ignace hanya sekadar terdiam mendengar jawapannya.

"Ignace?"

"Ye?"

"Apa kau buat kat sini? Di dunia malam seorang diri."

Ignace terdiam dengan soalan Beryl. Pemuda itu meneguk air liur. Kehadirannya di dunia malam adalah sebuah rahsia. Rahsia yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.

"Kau ke yang cuba bangkitkan roh yang dah mati?"

AMARAN : Ignace adalah watak daripada Darah Duri. Sekiranya anda belum baca. Awas! SPOILER AHEAD!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top