086 ❃ AIR MATA DHAK

Dhak mengigit bibir. Menahan sebak. Malang betul terjumpa dengan penyangak ni. Baru sahaja dirinya ingin melindungi medan sihir untuk Fernand.

Cuma beberapa jam sahaja lagi sebelum Marira dibangkitkan. Tolonglah. Dhak tidak mahu perancangan Fernand gagal. Fernand telah lama menderita. Fernand hanya cuma ingin berjumpa dengan Marira. Fernand sudah begitu lama melalui derita dunia. Hanya perlu menanti beberapa jam sahaja sebelum Fernand bertemu dengan ketenangan.

Pandangan mata Dhak kian kabur. Dikaburi dengan linangan air mata kekecewaan.

Pok!

Beryl mengetuk kepala Dhak dengan kayu obor api yang masih menyala.

Dhak tersentak!

"Berenti lah menangis! Kau jantan kan? Apa telur kau dah kena patuk dengan jembalang burung ke?"

Beryl melemparkan pandangan meluat pada Dhak.

Dhak terkebil-kebil seraya mengesat air mata dengan kain kerudungnya.

"Kalaulah kau ni makhluk seruan aku,aku kasi asah betul-betul anu bawah kau ni. Biar tajam! Siapa tuan kau hah? Manjakan kau macam betina."

Dhak menggigit bibir. Sungguh terkesan pada hatinya dengan kata-kata pedas Beryl.

Air mata Dhak tidak mampu dibendung. Ya, benar. Dia tak berguna. Semudah-mudah tugasan pun dirinya tidak mampu laksanakan. Namun,segala kekurangan dirinya adalah bukan salah Fernand. Tetapi salah dirinya.

Terkenang saat dirinya dibuang dan dicemuh oleh tuan pewarisnya yang sebelum ini. Dirinya telah dihina. Dhak seringkali diperlakukan seperti hamba dan bahan jenaka buat orang ramai. Dia dilayan seperti sampah.

Dhak berkhidmat sebagai bahan untuk melepaskan amarah. Sehinggalah saat dia dibuang dan tidak diperlukan lagi.

Kata-kata Fernand masih tergiang-giang di dalam fikirannya...

"Kalau kau rasa diri kau hina, kau silap. Tak ada yang lebih hina daripada aku."

Air mata Dhak tiba-tiba mengalir deras.  Hingusnya juga kian mengalir. Dhak meraup wajahnya dengan kain jubah berkurudungnya. Tangisan sedu mula kedengaran.

Beryl menghembuskan keluhan. Perlahan-lahan lelaki berambut merah itu melutut di hadapan Dhak. Sebelah tangannya memegang bahu Dhak.

"Berhenti menangis."

Beryl cuba memujuk Dhak.

Dhak masih menangis. Tangisannya semakin hiba.

"Kau memang anjing tak guna betul lah, kau sedar tak kau buat aku macam aku ni penyangak paling zalim dalam dunia ni."

Beryl menghembuskan keluhan. Kalau bab memujuk ni Beryl memang paling bengap. Sedu-sedan Dhak masih jelas kedengaran.

"Baiklah,dengar sini..."

Beryl menghembuskan nafas. Wap musim sejuk tidak henti-henti keluar di hujung bibir mereka.

"Aku bagi kau dua pilihan. Sama ada kau nak berhenti menangis atau aku cucuk kayu obor ni dalam tekak kau."

Dhak terkedu, memaksa dirinya untuk berhenti menagis namun sedu-sedan masih tersisa.

Beryl menghembuskan nafas lega. Terpaksa gunakan kekerasan. Berkasar salah. Berlembut pun salah.

"Dengar...kalau kau tolong aku carik pisau aku, aku tak akan tuntut hutang dekat kau lagi. Aku anggap kau dah bayar."

Beryl merenung pandangan mata Dhak. Budak cepat menangis ni tak seronok betul nak buli.

"Betul ke?"

Dhak membuntangkan biji matanya. Penyangak telah berubah hati!

Beryl hanya sekadar mengangguk.Letih nak layan orang menangis.

"Hutang geniver dan nyawa?"

"Ya, dua-dua."

"Betul ke?"

"Ye.. aku nak kau tolong car--"

"Pisau tuan ada tercacak dekat dada Harpyja tu."

Dhak menunding jarinya pada arah bangkai jembalang burung harpyja.

Beryl berkerut dan terpinga-pinga.

"Apa? Maksudnya kau ke yang cabut pisau aku?"

Dhak mengangguk.

"Saya tak sengaja. Saya cuma nak pertahankan diri saya dari burung tu."

"Kau ingat lagi dekat mana kau cabut?"

Dhak tersentak.Alamak! Medan sihir... lelaki ni tak boleh tau. Kalau tak Marira tak dapat diseru.

"Urmmm..... agaknya dalam 1000 langkah daripada sini?"

Dhak berdusta. Berambuslah kau kau jauh-jauh dari medan sihir ni!

Beryl berkerut dan mempamerkan riak wajah tak percaya serta meluat. Dia kira langkah kaki saat melarikan diri dari Harpyja?

"Kau nak menipu aku?"

"Eh?! Mana ada! Saya cuma buat anggaran. Saya tak ingat berapa langkah tapi agak jauh dari sini..tapi masa tu saya tengah cari kayu api."

Dhak berdusta sekali lagi. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu sesiapa mendekati medan sihir itu.

"Baiklah..kalau macam tu..aku pergi dulu."

Beryl berdiri dan berjalan menghampiri bangkai burung harpyja. Pisau ditarik.

"Tuan tak akan tuntut apa-apa hutang dari saya lagi kan?"

Dhak inginkan kepastian.

"Tak. Kau pergi balik lah suruh tuan kau rawat luka kau tu."

Beryl melemparkan kain pembalut luka yang dibawanya.

"Terima kasih tuan penyangak! Jumpa lagi!"

Dhak melambai-lambaikan tangannya saat melihat Beryl berlalu pergi. Fuhhh, lega! Hutang pun dah langsai. Dapat pulak kain pembalut percuma.

Dhak duduk bersila di atas tanah bersalji. Cuba membalut lukanya sendirinya.

Tuan penyangak tak adalah jahat sangat rupanya.

🍎

"Nama kau siapa?"

"Dhak..."

"Kenapa kau menangis ni?"

"Tuan pewaris saya buang saya...dia tak nak saya lagi."

"Ermmm...kau sudi tak kalau aku jadi tuan pewaris kau?"

"Saya tak guna dan hina.. Saya tak layak jadi makhluk seruan sesiapa..."

"Kalau kau anggap diri kau hina, kau silap. Tak ada yang lebih hina daripada aku."

"Tuan tak hina..."

"Manusia bermata merah jauh lebih hina..."

"Tuan ..tak hina..saya tak anggap manusia bermata merah adalah satu penghinaan."


"Klau kau tak anggap aku hina dan kau masih rasa diri kau hina..kau terimalah aku sebagai tuan pewaris kau.
Biarlah yang hina  bersama yang hina."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top