080 ❃ MARIRA DAN MONICA
Fernand tersenyum sinis. Salji yang gugur dari langit yang disatukan dengan darahnya kini sudah dititiskan di atas medan sihir.
13 hari lagi bakal tiba. Dan segalanya akan berakhir. Rindunya akan berakhir.
Marira akan dibangkitkan semula.
Dan segala salah faham akan dileraikan.
Fernand berhenti melangkah.
Sudah lama dia berjalan-jalan seorang diri di pekan Eplé.
Sehinggalah dia tiba di perkarangan sebuah rumah kayu yang terbina di hujung pekan Eplé.
Dhak sudah hilang entah ke mana.
Namun, Fernand yakin pemergian Dhak bersebab.
Dia amat mengenali Dhak.
Kepala Fernand mendongak.
Kafeteria Dulchiehourve.....
Ini merupakan sebuah kafeteria coklat?
Coklat itu pahit.
Pahit....
Marira...
Marira bermaksud pahit.
Entah kenapa langkah Fernand terasa terpanggil untuk ke situ.
Fernand memijak anak tangga.
Gugusan tenang salju menemani langkahnya.
Berdiri Fernand dihadapan pintu bercermin.
Cermin?
Setiap pintu di kediaman Eplé becermin.
Fernand disebalik kerudung merenung refleksi dirinya.
Seandainya dia adalah makhkuk vrykolakas bayangannya tidak akan kelihatan.
Namun, hakikat dan kenyataan tidak boleh disangkal. Dia masih adalah manusia.
Manusia malang.
Perlahan-lahan Fernand menurunkan kerudungnya.
Jelas kelihatan wajah sugulnya yang bermata merah.
Pandangan mata Fernand sayu melihat wajahnya.
Bencinya dia melihat dirinya sendiri.
Cukup benci.
Benci dan sedih melihat dirinya.
Kenapa?
Apa yang membuatkan dia dilahirkan dengan mata merah?
Kenapa?
Salahkah dia bermata merah.
Tak..
Tak salah..
Namun kenapa?
Kenapa dia dihina?
Kenapa? Benarkah nasib malang akan berlaku sekiranya dia bermata merah?
Bernahkah dia yang mengiringi nasib malang dan kegelapan?
Benarkah?
Kenapa semua ini berlaku terhadap dirinya....
Kenapa?
Ktak~
Tombol pintu berputar.
Fernand tersentak.
Apa?
Bagaimana dia boleh begitu alpa?
Nak lari pergi? Nanti dituduh cuba pecah masuk.
Langkah Fernand terkaku.
Pintu dibuka.
Monica yang berwajah pucat muncul disebalik pintu. Rambut lebatnya mengurai panjang.
Biji mata Fernand terbuntang luas.
Kalau orang lain yang lihat boleh terkejut kerana disangkakan makhluk kuntilanak!
Apatah lagi Monica tidak berapa sihat dan kelihatan pucat.
Tapi tidak bagi Fernand.
Fernand tidak mengganggapnya kuntilanak mahupun hantu akan tetapi...
Monica terkebil-kebil.
Jantung Fernand bagaikan direntap kasar.
Tangannya menggeletar.
Tiba-tiba terlintas di mindanya saat dia berselisih bahu dengan Monica pada hari dia dibebaskan dari penjara.
Tidak. Kenapa dia baru teringat?
Dia telah mengarahkan Dhak untuk menjejaki gadis ini.
Bagaimana dia boleh terlupa?
Sekejap?
Bukankah dia juga gadis yang telah merawat Dhak ketika parah?
Bukan. Bukan. Sangkanya dia tersalah orang.
Bagaimana dia boleh tidak perasan?
Dia ternyata adalah Marira.
Wajah pucat dan sugul Monica telah membangkitkan peristiwa penting yang telah diabaikan oleh resah jiwanya.
Monica masih terkebil-kebil. Ini lelaki yang memarahinya ketika dia menyelamatkan seekor anjing husky?
Dan lelaki ini telah menyuarakan amarahnya yang tidak mampu difahami.
Terketar-ketar jari Fernand menunding pada arah Monica.
"Aku..aku sangka .. aku tersalah orang.."
Fernand meneguk air liurnya.
"Dhak.. Dhak ...telah jumpa kau. Jadi Dhak tak tersalah orang?"
"Maaf...Encik cari siapa? Saya rasa encik salah orang.."
Monica merapatkan pintu. Monica batalkan niatnya untuk melangkah keluar. Khuatiri perkara yang tidak diingini berlaku.
Fernand terdiam.
Lama dia terpinga-pinga.
Fernand seolah-olah tersedar dari gangguan emosinya.
"Maafkan saya.."
Fernand tertawa kecil. Dahinya ditepuk.
"Berapa kalilah aku nak malukan diri aku ni..."
Dia merungut di hadapan Monica.
Entah kenapa pula Monica terasa tertanya-tanya dengan apa yang bermain di dalam minda lelaki itu.
"Encik..cari siapa sebenarnya?"
"Oh..urm.."
Fernand mula menarik kerudungnya. Menutupi wajahnya.
"Wajah saudari mirip seseorang. Maafkan saya. Saya terlalu..entahlah..Saya terlalu fikirkan dia."
"Siapa dia?"
Monica bertanya di sebalik pintu. Macam mana tak tertanya-tanya lelaki ini sentiasa berkata-kata seolah-olah sudah lama tidak berjumpa dengannya.
"Marira..."
Fernand menjawab soalan Monica.
"Marira terlalu mirip saudari. Maafkan saya. Saya..terkeliru."
Fernand manarik kerudungnya lebih kehadapan.
"Marira?"
Biji mata Monica terbuntang luas.
"Tak ada apa-apalah...abaikan..Saya ni memang mengarut sikit. Maafkan saya. Selamat tinggal."
Fernand tersenyum kelat dan terus melangkah turun dan berlalu pergi.
Monica berkerut seribu. Hanya sekadar memerhati lelaki itu berlalu pergi begitu sahaja.
Bagaimana?
"Marira? Dia maksudkan ibu ke? Macam mana dia boleh tau nama ibu?"
Monica semakin keliru. Apakah segala mimpi yang bermain di alam tidurnya merupakan satu petunjuk?
***You have to follow me and add this book in your library in order to read the rest of next chapters. Thank you.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top