075 ❃ IGAUAN KENANGAN LALU
"Cuaca hari ini indah.
Kata Marira cuaca hari ini indah.
Kenapa indah?
Aku tak faham.
Aku pintakan satu penjelasan.
Kerana langit bewarna biru.
Kerana awan putih yang berkepul-kepul menghiasi permandangn.
Itu adalah alasan yang diberi.
Aku tak faham.
Ya, indah.
Barangkali ia adalah hamparan pemandangan yang indah semata..
Indah hanya sekadar untuk tatapan mata.
Indah yang tidak mampu memberikan kebahagian buat jiwa aku yang mendung sahaja.
Marira memaksa aku untuk mengenali dunia luar.
Aku ditemani lelaki penyihir bernama Arvius.
Sahabat kepada Marira.
Lelaki yang menaruh harapan cinta pada Marira.
Ah, bodohnya aku.
Seandainya Arvius tiadapun. .. sudah tentu Marira tidak akan menerima aku.
Marira berusia 23 tahun manakala aku pula? 14 atau 15 tahun? Ataupun 16? 17? Entah. Aku tidak mampu mengenalpasti usia aku.
Seandainya usia aku sepadan sekalipun. Aku yakin Marira tidak akan menerima aku.
Aku manusia bermata merah. Aku diselubungi kegelapan musibah.
Mana mungkin wujud sesiapa yang menerima kehadiran aku dalam hidup mereka sepenuhnya."
"Fernand! Tulis apa tu?"
Suara Marira menyergah Fernand dari belakang.
Fernand tersentak dan lantas menutup bukunya.
Disembunyikan dibawah bantal.
"Tak ada.."
Fernand kekal meniarap di atas lantai kayu tidak beralas.
"Apa yang tak ada?"
Marira membongkok cuba mengintip apa yang disembunyikan di bawah bantal.
"Tak ada apa-apa.."
Fernand mengalihkan pandangan matanya daripada Marira.
"Tak baik tau rahsia-rahsia. Tak nak kongsi ke?"
Marira mencangkung di sisi Fernand sambil menongkat dagunya. Senyuman manis kekal bergayut di bibirnya.
Fernand kekal membisukan dirinya.
"Bagitaulaaaahhhh...."
Marira memujuk Fernand. Sejujurnya, Marira tiada
pun niat untuk mengorek rahsia Fernand. Hanya sekadar ingin bergurau.
"Saya tulis sesuatu.."
Fernand membaringkan kepalanya di atas bantal. Menarik selimut sehingga menutupi paras separuh daripada wajahnya. Membelakangkan Marira.
"Hmmmm??"
Marira menjongketkan keningnya. Wanita itu menanti Fernand untuk menyambung bicara.
"Saya tulis tentang rasa benci saya.. "
"Rasa benci?"
"Ya..."
"Rasa benci pada?"
"Rasa benci pada hari yang saya lalui .."
Tulus Fernand memberitahu.
"Fernand..."
Marira bersila di sisi Fernand.
Tiada jawapan daripada pemuda bermata merah itu.
"Hari-hari yang sukar hanya dilalui oleh mereka yang kuat dan tabah."
Marira mula berkata-kata. Cuba membangkikan keyakinan dalam jiwa pemuda bernasib malang itu.
"Saya lemah."
Fernand membuat pengakuan.
"Lemah tapi tabah untuk meneruskan hidup.."
Marira tersenyum tawar. Simpati dengan masalah emosi yang mengganggu Fernand.
"Bukan tabah.. tapi terpaksa."
Marira terdiam.
"Terpaksa hidup di dunia yang kita tak nak hidup adalah satu paksaan dan penyeksaan.. "
Fernand mengukuhkan lagi hujahnya.
Marira hanya tertunduk mendengar luahan hati Fernand. Cuba dirinya untuk menghiburkan jiwa Fernand. Namun, gagal.
Daripada bersila, Marira melutut. Bersiap untuk berlalu pergi. Sempat wanita itu berbisik pada telinga Fernand. Kepala pemuda itu dikucup.
"Selamat malam, Fernand. Saya balik dulu."
Marira lantas berdiri dan berlalu pergi.
Tiada jawapan daripada Fernand.
Arvius hanya sekadar memerhati di bingkai pintu.
Marira tersenyum.
"Arvius saya balik dulu."
"Saya temankan awak balik?"
Arvius menawarkan bantuan.
"Tak. Tak perlu. Awak temanlah Fernand untuk saya."
Wanita itu tersenyum dengan manis.
"Baiklah Marira. Untuk awak, saya sanggup lakukan apa sahaja."
Arvius bermain madah bicara. Tangan Marira dicapai dan dikucup.
"Tak lawak Arvius."
Marira menarik tangannya kasar. Tak suka betul. Bola matanya berputar meluat. Arvius lelaki jiwang karat.
Arvius hanya sekadar ketawa kecil.
Marira sempat menjeling pada arah Fernand yang masih menyelubungi tubuhnya dan Marira tahu dia masih belum tidur.
"Fernand, jumpa esok Fernand. Selamat malam."
Ucap Marira sayu.
"Saya teman awak ke pintu."
Ujar Arvius.
Sayup-sayup kedengaran bunyi telapak kaki mereka memijak lantai berlalu pergi.
Tergiang-giang bisikan Marira sebentar tadi.
"Takdir berikan penderitaan buat mereka yang layak merasa bahagia di akhir hayat. Percayalah...kebahagian itu akan hadir juga nanti. Takdir bukan kejam.."
Mata yang bewarna merah itu perlahan-lahan gugurkan titisan mutiara hiba.
Rasa yang menyengat jiwa ini ternyata menyeksakan.
Selimut yang menutupi tubuhnya kian kotor dengan kesan darah.
Di sebalik selimut itu. Tangan Fernand perlahan-lahan mengelar dadanya. Bilah pisau kecil yang sentiasa dibawanya.
Cuba untuk mengorek perasaan hiba itu keluar. Mencungkil keluar rasa perit dan seksa di dalam hati. Biarkan rasa sakit itu melupakan rasa sebak dan hiba.
Entah kenapa dan bagaimana Fernand boleh beranggapan begitu.
Emosi dan jiwanya rosak. Akalnya musnah dihentak rasa sebak dan duka.
Rasa sebak dan duka yang lahir daripada benih cemburu.
Ditekan sedalam yang mungkin pisau kecil itu pada dadanya. Tangannya terketar-ketar.
Darah mula memenuhi lantai.
Fernand menggigit bibirnya menahan rasa sakit zahir dan batin.
Bencinya memiliki hati, jiwa dan perasaan.
Nafas Fernand mula kencang.
.....
"FERNAND!!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top