073 ❃ TEMPAHAN KUBUR BERYL

"Beryl.."

Biji mata Sylvan terbuntang luas. Langkahnya terhenti memijak tanah yang diselaputi salji putih.

"Apa?"

Beryl berkerut.

"Aku terlupa!"

Jantung Sylvan berdegup kencang.

"Lupa apa? Hantar laporan?"

"Aku ada urusan penting yang perlu diselesaikan!"

Sylvan meramas rambut putihnya sendiri.

"Maksud kau? Ada yang lebih mustahak berbanding dengan medan sihir tu ke?"

Beryl mula keliru.

"Ya! Ini melibatkan nyawa aku dan juga jiwa aku!"

Sylvan merenung wajah Beryl dengan pandangan yang mencemaskan.

"Kau main-main ke apa ni?"

Beryl seakan-akan tidak percaya.

"Kita tangguhkan sebentar tugasan ini.Kau tidak boleh meneroka medan sihir itu seorang diri."

Sylvan tiba-tiba bertukar rancangan. Sepatutnya mereka akan menjejaki medan sihir ilmu larangan namun rancangan tersebut tiba-tiba dibatalkan.

Ya tugasan yang perlu Beryl dan Sylvan lakukan adalah menjejaki medan sihir ilmu larangan dan tugasan itu ternyata adalah tugasan yang besar tanggungjawabnya.

Tapi kenapa Sylvan ingin menangguhkannya?!

Apa yang lebih mustahak?

"Sekejap Sylvan...? Kau nak ke mana sebenarnya ni?"

Beryl terpinga-pinga.

Sylvan tiba-tiba tertawa.

Beryl berkerut seribu. Gila apa?

"Sebenarnya aku perlu belikan kasut Grisha. Kasutnya sudah hilang entah ke mana."

Sylvan memberitahu sambil tertawa.

"A ...apa?"

Beryl tergamam seketika. Itu ke yang mustahak?

"Sebagai pasangannya aku terpaksalah memenuhi keperluannya."

Urghh..bisa terasa dada Beryl.

"Sebagai pasangannya aku terpaksalah memenuhi keperluannya."

"Sebagai pasangannya aku terpaksalah memenuhi keperluannya."

"Sebagai pasangannya aku terpaksalah memenuhi keperluannya."

Aduh.. Bisa terasa dada Beryl mendegar ayat yang terkeluar di hujung bibir sahabatnya.

Lupalah!

Mula-mula Sylvan kenalkan Grisha sebagai sahabatnya tapi hakikatnya Sylvan adalah pasangan Grisha!

Terasa macam nak tepuk dahi sahaja!

Aduhai.. perasaan apakah ini?!

"Aku pergi dulu Beryl. Sebenarnya aku tidak sanggup dengar jantan tu terpekik lolong...Apa-apa nanti aku akan maklumkan kepada kau."

Sylvan terus berlalu pergi dari situ.

Pak!

Beryl menepuk dahinya sendiri.

Gila.

Aku jatuh cinta dengan bini orang.

Bukan bini orang sebarangan!

Bini kawan baik aku!

Beryl terdiam seketika.

Lama dia merenung kosong pekan Eplé.

Lama dia berfikir.

Lama dia menyelam ke dasar hatinya sendiri.

"Peduli apa aku. Ingat aku nak berundur?"

Kafeteria Dulchiehourve

"Monica sihat?"

Beryl menyilangkan ke dua tangannya sambil melihat Selwyn membancuh adunan tepung kek.

"Monica kurang sihat. Mungkin aku nak bawa dia ke klinik malam ni. Degil betul dia."

Selwyn berhenti membuat kerja mengadunnya.

"Kau nampak sibuk. Nak jaga bini dengan uruskan kafe pada masa yang sama. Kau dah jarang buka kafe sekarang ni. Tak rasa rugi ke?"

"Kalau dah sayang kau tak akan anggap tu semua sebagai beban tapi tanggungjawab."

Selwyn kini mengalihkan pandangan matanya pada mata Beryl.

"Miskin tak ada harta, miskin lagi tak ada keluarga."

Duh..

Beryl menjongketkan keningnya.

Selwyn ni perli Beryl ke?

Kenapa semua yang berkata-kata memberi kesan dan buat hati Beryl betul-betul terpanah!?

Tadi Sylvan.. dan sekarang giliran Selwyn pula?

"Beryl.."

Selwyn membetulkan kaca matanya.

"Apa?"

"Kau sedar tak kau dah bujang terlajak?"

Beryl tertawa sinis. Celaka betul Selwyn ni.

"Jangan sombong sangat nak membujang sampai ke tua. Nanti sunyi hidup kau padan muka."

"Terima kasih atas nasihat kau... itulah, aku pun ke sini memang nak mintak pedapat kau tentang bakal pasangan hidup aku."

"Pendapat aku?"

Selwyn menjongketkan keningnya.

"Ya, pendapat orang dah beristeri.."

Beryl menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis.

"Apa dia?"

"Apa pendapat kau kalau ada orang lain cintakan Monica?"

.......

Suasana menjadi sunyi dan tegang.

Selwyn merenung tajam mata Beryl.

Beryl mula berkerut keningnya. Silap tanya ke?

"Kau memang tempah kubur kau sendiri Beryl."

"Oh, ye ke?"

Beryl tertawa.

"Kau tak maksudkan diri kau kan?"

"Aku? Ya. Aku maksudkan akulah."

"Kalau kau cuba dekati Monica.. aku sendiri akan korek lubang kubur kau."

Selwyn memberi amaran.

"Eh?! Bukanlah gila!"

Beryl menunjal kepala Selwyn.

"Kau jangan salah faham! Bukan bini kau yang aku nak. Aku cuma minta pendapat kau."

Beryl mengeluh.

"Cara kau tanya pun dah boleh bagi salah faham."

Selwyn memutarkan bola matanya.

"Aku tak nak bini kau. Jadi tolong jangan risau."

Baiklah, itu satu pengakuan yang menenangkan hati.

Selwyn menjongketkan keningnya. Tangannya disilangkan bersama senduk kayu.

"Habis tu bini siapa yang kau nak?"

Pandangan matanya tajam merenung pandangan mata Beryl. Tak berkenan betul dengan sikap Beryl.

"Bini oranglah. Tapi bukan bini kau."

Selamba sahaja Beryl membuat pengakuan.

"Tak kisahlah bini sesiapa pun Beryl.. Kau tetap menempah kubur kau sendiri."

Selwyn cuba untuk menasihat Beryl. Senduk kayu ditundingkan berkali-kali ke arah Beryl.

"Tapi kan? Sama ada aku tempah kubur atau tak. Semua pun mampus jugak nanti."

Jawab Beryl bersahaja.

Selwyn hanya sekadar menghembuskan keluhan.

Baik tak payah mintak pendapat kalau nak bantah.

"Baiklah Selwyn. Terima kasih atas pendapat kau. Pergi dulu!"

Beryl mencapai satu muffin coklat di meja dapur dan terus berlalu pergi.

Itu tempahan pelanggan punyalah...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top