067 ❃ SYLVAN DAN HASUTAN

"Beryl?"

Beryl menghembuskan asap paip rokok. Merenung langit biru di siang hari yang gugurkan salji.

"Beryl.."

Sejak pertemuan dengan wanita bunian itu semalam, bertambah mabuk Beryl dibuatnya. Dia wanita yang bagaikan minuman berakohol yang diperap lama. 

"Beryl...oo...Beryl..."

Diperap beribu-ribu tahun...

"Beryl........"

Memabukkan.

Apabila dia muncul. Segala apa di sekeliling terus lenyap dari minda. Kalau bom meriam meletop pun tak sedar. Hanya sekadar menyangka itu adalah bunyi mercun pop pop sahaja.

"Beryl!"

Alahai jiwa yang hangat mabukkan cinta.

"BERYL!"

Sylvan menepuk belakang kepala Beryl dengan sekuat hati sehinggakan paip rokoknya tercampak keluar.

Lamunan Beryl pecah berderai!

Ini baru bom meriam asli!

"Apahal sial?"

Beryl melirikkan pandangan mata tajam pada Sylvan. Sambil menggosok belakang kepalanya yang ditepuk Sylvan tadi.

"Maaflah bodoh. Kau terlalu pekak."

Sylvan bercekak pinggang.

"Kau minta maaf dan kau maki aku bodoh? Bunian gila."

Beryl menjeling Sylvan tidak puas hati seraya itu dia terus mengutip paip rokoknya. Sisa-sisa salji dibuang daripada paip rokoknya.

Sylvan mencemik dan buat muka meluat. Beryl sejak dua menjak ni dingin semacam. Berjangkit daripada Selwyn agaknya.

Kalau tau macam nilah lagak Beryl lebih baik tak payah ajak turut serta Rosamund.

"Apahal?!"

Beryl meninggikan suaranya.

"Laporan mana?!"

Sylvan meninggikan suaranya.

"Laporan apa?"

Sylvan menepuk dahinya.

"Esok kau perlu bentangkan laporan kau mengenai corak medan sihir. Kalau tidak bagaimana mereka ingin tahu sama ada kau layak atau tidak untuk sertai aku!"

Sylvan mula membebel.

"Berapa kali aku nak ulang."

"Malaslah..."

Ujar Beryl bersahaja. Tiba-tiba manusia itu mengubah fikiran.

"Apa?! Mana boleh! Jangan malukan aku Beryl."

"Peduli apa aku. Kerja Rosamund ni membosankan. Dan hari-hari kau suruh aku pakai uniform ni. Rimaslah. Aku benci."

Beryl membuka kot hitam Rosamund berjalur merahnya dan disangkutkan pada bahunya. Kini dia hanya berpakaian baju panas biasa bersama seluar kulit hitam.

"Beryl mana boleh bentangkan laporan dengan pakaian tidak lengkap macam ni? Kau akan dikenakan tindakan disiplin. " 

Sylvan menegluh. Degil betul Beryl.

Beryl hanya mengabaikan segala apa yang disuarakan Sylvan.

"Sebagai seorang Rosamund kau perlu berpakaian lengkap ketika menjalankan tugas."

"Nah.. amik kot ni."

Beryl mencampak kot kulit hitam berjalur merah pada Sylvan. Terkial-kial Sylvan menyambutnya.

"Beryl! Pakai semula! Kau adalah Rosamund."

"Seluar Rosamund ni aku nak. Cantik."

Beryl menjongketkan keningnya. Seluar kulit hitam nampak bergaya padanya. Tak ke sia-sia kalau pakai kot hitam labuh tu? Tak nampaklah serinya nanti.

"Beryl.. jangan main-main!"

"Main-main apa? Aku betul-betul nak tarik dirilah."

"Beryl  lupa bayarannya lumayan."

Sylvan cuba memujuk Beryl.

"Tak berbaloi.. "

"Beryl! Kau tak boleh buat begini! Ini sungguh mengaibkan. Bukankah aku sudah tawarkan bayaran lumayan pada kau.."

Sylvan mula tidak keruan. Gila? Jatuhlah maruah dia pada Glen nanti.

"Dahlah Sylvan, aku nak tarik dirilah. Leceh jadi Rosamund."

"Apa yang lecehnya?!"

"Aku manusialah Sylvan. Bukan bunian kolot macam kau. Ingat senang ke nak guna sihir? Penatlah nak guna badan sendiri sebagai punca kuasa genma. Senjata aku semua kena rampas daripada laki bodoh tak guna tu. (Glen) "

Beryl meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Itu sebab kau malas Beryl. Bukan senang nak jumpa manusia yang boleh gunakan sihir. Asyik harapkan senjata sahaja. Mana tak lemau badan."

Sylvan mengomel.

"Aku malas Sylvan. M-A-L-A-S. MALAS! Dah.. jangan paksa aku lagi. Aku nak balik." 

Beryl terus mengatur langkah pergi.

Geram pulak Sylvan dengan perangai sahabat manusia bodoh dia ni.

"Oi Gallard!!!"

Sylvan melibas kot hitam itu pada belakang Beryl seraya Beryl terus melangkah pergi.

Langkah Beryl terus terhenti.
Berani betul Sylvan ni main-main sebut nama keluarga. Ternyata itu merupakan satu gertakkan.

"Kau nak ugut aku?"

Beryl menyilangkan kedua tangannya dan menjongketkan keningnya.

"Ya. Sekiranya aku inginkan sesuatu... aku akan dapatkannya. Jangan cabar aku."

Sylvan menjongketkan keningnya dan bercekak pinggang merenung tajam pandangan mata Beryl.

"Apa maksud kau?"

Beryl menghampiri Sylvan. Ingat dia nak takut kalau Sylvan bercekak pinggang macam tu?

Sylvan kemudian tersenyum sinis.

"Aku nak tawarkan sesuatu.."

Sylvan menjongketkan keningnya.

"Apa?"

"Aku nak tawarkan kepada kau satu set senjata api. Buatan Rainault."

Sylvan kemukakan satu tawaran.

Beryl terus tersenyum sinis.

"Aku nak edisi terbaru."

Hahah! Senang betul nak umpan Beryl. Sylvan bersorak riang dalam hati.

"Boleh, tiada masalah."

Sylvan tersenyum manis.

"Baik. Jadi esok aku akan bentangkan laporan dan kau mesti belanja aku set terbaru dan edisi terhad senjata buatan Rainault."

Beryl setuju dengan tawaran Sylvan.

"Pakai semula kot Rosamund ni. Sekiranya kau buat yang terbaik ketika membentangkan laporan kau, aku tidak akan teragak-agak untuk belanja." 

Ujar Sylvan riang.

"Tak nak."

Jawab Beryl mendatar.

"Eh?! Kenapa?!"

Sylvan tidak puas hati.

"Aku nak kot uniform paras lutut. Tak bergayalah kot labuh macam tu. Lagipun tak naklah sama macam kau. Nampak kolot." 

Ujar Beryl selamba dan terus melangkah pergi.

Sylvan hanya sekadar memutarkan bola matanya dan menghembuskan keluhan. Sabarlah wahai Sylvanoryn. Bersabarlah demi maruah kau.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top