066 ❃ AMUK PEMILIK SEWA

"KENAPA CUAI SANGAT?! Sekarang beritahu aku siapa nak bayar duit tingkap ni semua?! Dan apahal macam ada ribut?!"

Seorang wanita tua menjerit tidak puas hati.

Fernand menepuk dahinya sendiri.
Aduhai! Apalah nasib! Macam mana boleh lupa yang rumah yang dia duduk tu rumah sewa! Siap baling kerusi kat tingkap untuk lepaskan kekecewaan.

Rumah itu bukan hak kau Fernand .. kau tak boleh buat sesuka hati. Bahkan .. dunia ni pun bukan kau punya...

"Maaf.. aku terlupa.."

Fernand berterus terang. Malunya. Semua ni salah Marira. Tak guna. Fernand berbisik geram.

"Apa?! Jadi kau ke yang buat?! Aku ingatkan orang pecah masuk!!"

Makcik tua itu semakin kuat meninggikan suaranya.

"Ya, saya yang buat makcik..."

Fernand menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Gila ke?! Siluman yang buang tabiat pun tak macam ni!"

Perempuan tua itu mula terpekik-pekik.

Fernand terkebil-kebil. Mak cik ni... perkauman betul.

Setelah sekian lama berleter...

"Dan aku nak kau berambus!!"

Beg pakaian Fernand dilemparkan ke atas tanah besalji. Bertebangan salji putih mengena wajah Fernand!

"Kau merempatlah! Tak mampu nak bayar kan?! BERAMBUSSS!!!"

Selwyn meletakkan tuala basah di atas dahi Monica.

"Badan awak panas lagi. Langsung tak kebah...Saya ingat nak bawak awak pergi klinik lah."

Selwyn menghembuskan keluhan. Menyandarkan tubuhnya pada kerusi yang diletakkan di sisi katil di mana Monica terbaring.

"Tak nakk..."

Suara Monica kedengaran lemah.

"Habis tu? Nak biar melarat?"

Selwyn membetulkan kaca matanya.

"Saya nak rehat dekat rumah je. Tak laratlah nak pergi. Lagipun apa je doktor boleh buat."

Monica menarik selimutnya dan menutupi wajahnya.

"Tau lah doktor tu buat pe. Ini terbaring je .. macam mana nak elok.."

Selwyn memutarkan bola matanya. Keras betul kepala isterinya.

"Tak nak.."

Monica tetap berdegil. Kalau boleh Monica hanya ingin  berehat sahaja. Sekali-sekala kalau demam tak apa jugak. Boleh rehatkan minda dari segala masalah dunia.

"Kalau tak kebah menjelang esok..saya tak peduli..saya bawak jugak. Jangan nak bantah."

Selwn bertegas.

"Saya nak rehat dekat rumah jelah. Tolonglah jangan paksa.."

Selwyn langsung tak sensitif. Tak faham ke yang Monica hanya nak perhatian daripadanya sahaja? Masa demam ni lah Monica inginkan perhatian lebih daripada si suami. Nak dapat perhatian doktor buat pe?!

"Kenapa degil sangat, hah?"

Sakit hati pula Selwyn dengar jawapan Monica. Kuat membantah! Tak guna. Selwyn mula terasa geram.

"Nanti bagi ubat demam je dengan nasihat remeh. Nasihat benda yang orang dah tau. Buat pe? Buang duit je. Lagipun ubat demam biasa-biasa tu boleh beli je dekat farmasi."

Monica membebel di sebalik selimutnya.

"Menjawab..."

Ujar Selwyn sepatah.

"Mana ada. Saya beritahu benda yang betul."

"Yelah, lepas ni kalau bertambah teruk.. jangan nak merengek dekat saya. Tak payah nak mengadu sakit."

Selwyn terus berdiri dengan gerak-geri yang penuh kasar sehinggakan kakinya tersepak kaki katil!

"Selwyn?!"

Terbuntang biji mata Monica. Terjatuh tuala basah dari dahinya seraya Monica bangkit ingin menjenguk keadaan Selwyn.

"Celaka betul..."

Selwyn mengigit bibirnya. Menahan sakit. Tak guna.

"Awak okey? Pergilah klinik..."

Monica tersenyum manis. Sengaja mengusik Selwyn

"Diamlah.. rehat jelah situ."

Ujar Selwyn geram. Terus dia berlalu keluar sambil menahan sakit. Pintu dihempaskan.

Monica hanya sekadar ketawa kecil.

"Padan muka ...siapa suruh membebel."

"Dhak... sekarang mana nak pergi?"

Fernand berhenti melangkah dan menoleh memandang wajah Dhak.

Berdiri mereka berdua di tanah Eplè yang dipenuhi kilauan debu salji.

"Wuf!!!"

Jawab Dhak.

Fernand menjongketkan keningnya dan hanya sekadar...

.......

urm... macamlah faham..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top