059 ❃ SEJARAH HITAM BERYL
Beryl merenung pandangan mata Sylvan. Terlalu tajam renungan matanya.
Sylvan pula tersenyum dengan manis. Terlalu manis senyumannya.
"Kalau ikutkan hati aku... nak je tumbuk muka kau."
Ujar Beryl dalam nada sakit hati.
"Tumbuklah."
Sylvan kekal tersunyum.
Bunian tu tau Beryl tak akan menumbuknya.
"Sylvan.. kau buang tabiat ke?"
Sinis Beryl bertanya.
"Kenapa?"
Sylvan menjongketkan keningnya.
"Sejak bila kau pandai mengugut ni dan jenayah bodoh apa yang kau maksudkan?"
Beryl tak puas hati.
"Sejak aku perlukan bantuan kau."
Sylvan tersenyum seperti kerang busuk.
"Maaf. Aku nak tarik diri. Kau tak boleh tuduh aku sebarangan untuk kepentingan diri sendiri.."
"Beryl kau tak kisah sekiranya rahsia kau aku dedahkan?"
"Rahsia apa?!"
Beryl meninggikan suaranya. Tak faham betul dengan kepala otak Sylvan ni! Main-main tarik tali pulak!
"Kau bukan Beryl Yyscadtobleron kan? Nama sehodoh tu mana mungkin wujud."
Sylvan menjongketkan keningnya berkali-kali.
Beryl berkerut seribu. Wajahnya kian memucat. Apakah?!
"Seandainya aku tak salah. Kau adalah Beryl Gallard, kan?"
Sylvan tersenyum menampakkan baris giginya.
"Kepala otak kau?! Macam mana kau tau?!!"
Beryl terkejut beruk! Tak! Bukan terkejut beruk! Tapi terkejut monyet!
Sylvan bantai ketawa. Ketawa terbahak-bahak.
"Woi! Diamlah!"
Beryl meninggikan suaranya. Sakit hatinya melihat Sylvan ketawa sebegitu bahagia.
"Kau sedar tak?"
Sylvan menyeka air matanya saat ketawanya kian reda.
"Memalsukan identiti adalah satu jenayah. Kau boleh didakwa."
Sylvan tersenyum sinis.
Beryl terdiam seribu bahasa! Tak guna.... nampaknya kali ini Beryl akan tertewas dengan ugutan Sylvan.
"Kau adalah anak kepada pasangan Gallard iaitu Johvan Gallard dan Caitlyn Gallard. Asal daripada Kerajaan Raegan. Kau adalah bekas penuntut Akademi Elit Raegan iaitu akademi di bawah kuasa Rosamund. Kau juga meru---"
"Cukup Sylvan..berhenti!"
Beryl menghalakan telapak tangannya ke arah Sylvan.
"Jangan buat aku muntah dengan sejarah hitam aku."
Beryl memicit dahinya sendiri.
Rasa nak muntah ingat semua benda tu.
Sylvan hanya sekadar tersenyum.
"Macam mana kau boleh tau?!"
Beryl tak puas hati.
Sylvan tertawa.
"Ingat lagi? 8 tahun yang lalu.. saat kau ingin buat aduan di pejabat aku. Aduan yang kononnya dokumen pengenalan diri kau telah diragut.... kau ingat aku tak tahu kau telah berbohong?"
"Masalahnya ..macam mana kau boleh tau?!"
Beryl menggigit bibirnya. Geram. Masalahnya Beryl pun tak ingat apa yang berlaku.
"Kau lupa yang kau pergi buang dokumen asal kau dalam bakul sampah aku."
Sylvan menjelaskan segalanya dan diakhiri dengan ketawa yang berdekah-dekah.
Beryl lantas menepuk dahinya sendiri. Tak sangka bijak juga Beryl 8 tahun yang lalu.
Apa nak buat?! Beryl ternyata telah tertewas! Terpaksalah sertai Rosamund!
✴
"Beryl..."
"Apa?"
Beryl memutarkan bola matanya, tidak puas hati.
"Ingat lagi tak?"
"Apa lagi?"
"Ketika tu, kau panggil aku Tuan Sylvan."
Sylvan tertawa.
"Diamlah, bunian bodoh."
Beryl hanya sekadar memutarkan bola matanya. Mestilah panggil Tuan Sylvan! Masa tu Beryl berusia remaja.
Remaja yang bodoh!
Menyesalnya!
Hati Beryl membentak.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top