057 ❃ PENUNTUT SIHIR LARANGAN
Gila
Gila itu adalah...
Tekanan jiwa.
Jiwa itu mengamuk.
Gila itu adalah..
Tekanan perasaan.
Perasaan yang memberontak.
Gila adalah di mana ketika minda tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa dan perasaan.
Di mana minda tidak mampu mengatasi perasaan yang tertekan dan berduka.
Di mana minda tertewas oleh perasaan dan jiwa yang berkecamuk.
Gila adalah jiwa dan perasaan yang menguasai fikiran.
Ya, aku gila.
Bagaimana aku boleh menjadi gila?
Gila kerana jiwa aku tertekan oleh kehidupan aku sendiri.
Kehidupan yang menyesakkan nafas.
Dan apakah itu kehidupan?
Kehidupan?
Kehidupan adalah pergelutan.
Pergelutan yang memaksa aku
untuk terus bernafas di atas dunia ini.
Di dunia yang aku tak nak hidup.
♦
Suasana di ruang kecil kediaman Fernand sepi, hanya yang kedengaran adalah bunyi percikan api di sebalik pendiang.
Kesan berlubang pada dahi Fernand berasap. Panas masih terasa. Perlahan-lahan peluru yang sudah terbenam di dalam kepala Fernand keluar dengan sendiri.
Berdeting bunyi peluru tersebut jatuh di atas lantai di sisi wajah Fernand.
Mata Fernand terkebil-kebil. Kabur penglihatannya. Kepalanya terasa berpinar.
Jari-jemarinya menyentuh perlahan kesan lubang pada dahinya. Berkerut seribu Fernand menahan sakit.
"Celaka punya siluman.."
Fernand merungut.
"Dhaaaaaakkk!!"
Fernand menjerit memanggil makhluk seruan miliknya.
Dhak muncul daripada pintu dapur menghampirinya. Pada mulut Dhak terdapat kain pembalut.
Dhak adalah makhluk seruan milik Fernand. Satu perjanjian telah dirantai antara mereka. Seandainya Fernand mati, Dhak juga akan mati.
Fernand perlahan-lahan duduk dan mengambil kain pembalut daripada Dhak. Dibalutnya kesan lubang tembakkan pada dahinya dengan sendiri. Wajahnya habis berlumuran dengan darah.
Kain diikat ketat pada bahagian belakang kepalanya. Wajahnya bertukar bengis.
"Kau tunggulah siluman. Aku akan bunuh kau. Kita tengok siapa lagi gila."
Ujar Fernand dengan nada penuh geram dan sakit hati
♦
Cletus melangkah keluar bersama satu senyuman puas. Kedua-dua tangannya diangkat tinggi.
"Indaaaaaaaahnya hari ini!"
Cletus menggeliat.
"Dah lama tak membunuh. Lepas jugak rindu."
Rambutnya dilurutkan kebelakang.
Saat lelaki siluman itu mula mengatur langkah tiba-tiba pergerakannya menjadi kaku. Satu medan sihir bewarna hitam muncul di bawah telapak kakinya. Medan sihir yang telah mengunci pergerakkannya.
Dahi Cletus berkerut seribu.
Belum sempat siluman itu lakukan apa-apa tiba-tiba satu cahaya yang sangat terang dan panas terus menyelubungi tubuh Cletus!
Sekelip mata sahaja tubuh siluman itu
bertukar menjadi debu.
Cahaya yang bahang berserta medan sihir yang muncul tadi serta-merta lenyap.
Yang hanya tinggal adalah debu mayat siluman itu berserta asap yang meliuk-meliuk menari diruang udara.
"Gila seorang siluman tak setanding dengan gila seorang manusia yang gila kerana tekanan hidup."
Telapak kasut Fernand memijak debu mayat siluman itu. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Untuk pengetahuan kau... aku adalah penuntut ilmu larangan. Aku tak akan mati dengan begitu mudah."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top