047 ❃ AIR LUDAH BERDARAH
Mata merahnya terpaku melihat wajah yang dihiasi dengan senyuman manis itu.
Senyuman yang begitu indah.
Adakah wujud senyuman semanis itu?
Adakah senyuman indah itu terukir buat dirinya?
Tidak pernah seumur hidupnya dia melihat senyuman yang terukir dengan begitu indah dan manis.
Dan senyuman itu adalah untuk dirinya?
Selama dia bernafas, tidak pernah dia melihat walau seulas senyuman. Tidak pernah.
Lagipun siapa yang akan berikan senyuman kepadanya?
Lamunan kisah lalu terpadam. Fernand membuka matanya.
Matanya bewarna merah.
Salahkah apabila dilahirkan begini.
❤
Saat Beryl terpaku merenung Vrykolakas itu, tiba-tiba sahaja makhluk itu melompat dan mencekek leher Beryl. Tubuh Beryl lantas terhempas di atas tanah.
Vrykolakas penghisap darah itu mencangkung di atas tubuh Beryl.
Air liur bercampur darah meleleh-leleh jatuh pada wajah dan dada Beryl. Ia menyeringai.
Busuk woi bau darah! Jijik! Beryl apa lagi.
Sepantas kilat menumbuk wajah makhluk itu sekuat hati. Itu tindakan spontan. Vrykolakas itu tersungkur dan rebah di atas tanah.
Vrykolakas malang! Memang akan ditumbuk makanan sendiri!
Dahi Beryl berkerut-kerut. Lelaki itu bingkas berdiri.
"Kau pengotor betul.."
Beryl mengesat kesan darah dan air liur pada wajahnya dengan lengan baju.
Tidak. Ini Vrykolakas paling menjijikkan dia pernah temui. Main-main air liur pula. Selalunya vrykolakas bertamadun. Ini bukan!
Terasa jijik bukan kepalang. Terasa kembang tekak Beryl. Perut dahlah kenyang melampau. Main-main cekek leher lagi!
Aduh.
Tiba-tiba tekak rasa kurang enak.
Beryl pantas menekup mulutnya.
Beryl tak mampu bertahan lagi.
Kepala mula rasa berpinar.
Rasa macam nak muntah.
Rasa loya pula.
Celaka betul kuntilanak seekor ni.
Vrykolakas itu perlahan-lahan berdiri, mengambil peluang untuk menyerang Beryl.
Malam ini, dia begitu dahagakan darah... darah manusia. Tiga hari ia sudan mengikat perut.
❤
Tubuh Dhak begitu lemah. Kini dirinya telah bertukar sepenuhnya ke rupa asal anjingya, Berlumuran dengan darah. Dhak telah singgah ke dunia malam... saat dia ingin meneliti tapak medan sihir yang telah lenyap, Dhak telah diserang oleh makhluk vrykolakas.
Mujur dia dapat melepaskan dirinya.
Dan vrykolakas berambut panjang itu dengan sengaja telah merentap kalung milik Dhak. Kalung permata genma yang membantu dirinya untuk kekal dalam bentuk manusia separa anjing.
Dan dia perlu dapatkan semula kalungnya.
Tanpa kalung itu bagaimana Dhak ingin bertutur dengan Fernand?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top