039 ❃ TAMPARAN CINTA BUNIAN

Wajah bunian genit yang ceria kini berubah pucat apabila bertemu dengan madunya, Grisharadin Lua Kiharian.

Tidak!

Nymph memang paling takut dengan Grisha!

"Ke mana kau telah menghilang?"

Ujar Grisha dalam bisikan yang penuh geram.

"Nymph.nymph...."

Nymph semakin tidak keruan.

Beryl yang beberapa langkah sahaja di belakang hanya sekadar menjuihkan bibirnya apabila terlihat kehadiran bunian angkuh itu. Akhirnya berjumpa juga wanita bunian yang angkuh ini dengan Nymph.

Terasa bodoh tersepit dalam masalah para bunian. Punca pergaduhan pula adalah kerana Nymph sendiri. Dan kini Nymph ada bersamanya. Apahal?

Beryl menghembuskan keluhan. Perlahan-lahan dia menghampiri Nymph.

"Beryl!"

Nymph terus memeluk lengan Beryl.

"Beryl kata nak belanja Nymph makan!"

Nymph memberikan alasan dengan harapan Grisha tidak akan memarahinya.

Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Grisha. Wanita bunian yang angkuh itu kemudiannya merenung mata Beryl dengan pandangan mata delimanya yang tajam. Bencinya pada manusia yang begitu rendah darjatnya.

Bertambah sakit hati Grisha apabila dia dapat tahu bahawa Nymph ada bersama-sama lelaki berwajah penyangak ini! Saat dirinya ingin memohon bantuan dalam pencarian Nymph, permohonannya telah ditolak dengan kasar dan penuh hina tapi Nymph ada bersamanya!? Apahal?

Beryl juga tidak terkecuali .Lelaki itu turut membalas renungan tajam wanita bunian itu dengan pandangan mata yang meluat. Meluat dengan sikap angkuh bunian tersebut. Apahal nak pandang macam tu sekali? Macam dia pula yang buat salah.

Aduh....

Apa yang sedang berlaku ni? Nymph dapat rasakan aura kegelapan dan kedinginan sedang menguasai persekitaraannya.

Aura yang datang daripada Grisharadin Lua Kiharian dan juga beryl Yyscadtobleron.

Perlahan-lahan dakapan pada lengan Beryl dileraikan. Nymph mula menggigit kukunya. Tanda resah.

"Ya, aku nak belanja Nymph makan. Ada masalah ke?"

Akhirnya Beryl bersuara setelah sekian lama pandangan matanya direnung oleh wanita bunian itu. Nak main-main renung mata pulak. Tahulah mata tu merah tapi janganlah ingat Beryl nak takut.

"Inilah permainan kau rupanya?"

Ujar Grisha dingin. Semakin tajam pandangan matanya merenung wajah Beryl. Bertambah sakit hati Grisha apabila Beryl membuat perakuan itu. Oh, maknanya Beryl memang sengajalah menolak pertolongannya pagi tadi?! Nak pergi beradu konon! Padahal mempermainkan hatinya.
Itulah yang bermain di kepala otak wanita bunian itu.

Sangkanya Beryl ingin mempermainkannya dengan tidak memberitahu kehadiran Nymph. Dan permainan itu telah dijuarai oleh Beryl dengan jayanya. Beryl telah menjatuhkan maruahnya dengan mengherdik dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya. Sungguh terhina dirinya terasa. Tidak pernah dirinya diherdik oleh mana-mana lelaki! Apatah lagi oleh seorang manusia bodoh!

Di Kerajaan Bunian Anril, Grisha adalah wanita bunian yang disegani dan saat dirinya tiba di Daerah Eplé, dirinya telah diherdik oleh seorang manusia bodoh yang begitu rendah darjatnya! Panasnya hati Grisha bukan kepalang. Rasa ingin pancung sahaja kepala manusia bodoh ini.

Beryl berkerut seribu. Permainan? Permainan apa yang perempuan bunian kolot ni merepekkan.

"Permainan? Permainan apa? Aku tak berminat dengan kiasan."

Balas Beryl dengan nada sinis. Asap rokok dihembus perlahan.

"Oh, maaf.."

Grisha tersenyum sinis.

"Lupa pula. Manusia bodoh, mana mungkin faham dengan kiasan."

Beryl menjongketkan keningnya. Boleh tahan juga perempuan bunian ni.

"Bukan kiasan semata tapi kiasan kolot. Bunian daripada lubuk bolehlah faham."

Balas Beryl pula.

Aduh.....
Nymph semakin risau. Kenapa malam di Eplé hari ini terasa hangat.

Takutnya. Takut? Gila tak takut? Rasanya Nymph sedar agaknya. Punca peperangan pandangan mata ini adalah kerana dirinya sendiri.

Oh, Takdir! Tolonglah selamatkan keadaan. Nymph berdoa.

"Nymmmmphhhhhh!!!!!"

Suara Sylvan memecahkan malam yang hangat.

"Sylvan?!"

Nymph teruja! Sylvan telah hadir selamatkan keadaan! Terima kasih Takdir! Nymph terus mendakap Sylvan.

Sylvan tercungap-cungap. Dakapan Nymph dileraikan perlahan. Sylvan lambat tiba kerana tertinggal uncang emas di pertengahan perjalanan. Kerana itu, Grisha telah meneruskan perjalanannya bersendirian.

Tak sangka pula terjumpa dengan Nymph dan si manusia bodoh ni.

Grisha memutarkan bola matanya. Begitu juga dengan Beryl.

"Oh, Beryl. Kau ada di sini juga?"

Sylvan tersenyum.

"Ya, Nymph mengadu lapar. Aku pun belum makan lagi jadi aku ajaklah sekali."

Beryl memberitahu.

"Oh, aku dan Grisha pun dalam perjalanan ingin makan malam. Bolehlah sertai kami."

Sylvan mempelawa dengan senyuman manis.

Grisha sekali lagi memutarkan bola matanya sambil merungut. Entah apa yang dirungutkan pun tak tahu. Pada pandangan matanya Beryl seorang yang pandai pura-pura.

"Kenapa Grisha? Ada masalah ke?"

Sylvan berkerut saat terdengar Grisha merungut.

"Grisha benci Beryl.....Opps.."

Nymph menekup mulutnya.

Grisha tersentak. Tak guna Nymph! Kaki mengadu!

"Apa? Benci Beryl?"

Sylvan terpinga-pinga. Pandangan matanya melirik pada Beryl. Ada apa-apa yang berlaku lagi ke?

"Ya, aku benci manusia bodoh ni!"

Wajah Grisha mula kemerahan. Entah kenapa jantungnya laju berdegup. Sakit hati agaknya. Ataupun malu apabila Nymph mengadu pada Sylvan. Ataupun..entah! Tak tahulah!

"Grisha, janganlah bergurau tidak tentu masa."

Sylvan tersenyum seperti kerang busuk. Risau hati sahabatnya akan tersinggug. Aduhai, tak sangka Grisha begitu bencikan manusia sampai begini sekali

Beryl hanya sekadar tersenyum sinis.

"Ini bukan gurauan Sylvan. Aku sememangnya benci manusia! Paling benci. Terutamanya manusia bodoh ni."

Grisha meninggikan suaranya. Jarinya ditunding bekali-kali pada Beryl. Entah kenapa dia begitu emosi apabila berkaitan dengan manusia. Tak boleh lupa agaknya pertengkaran pagi tadi.

Beryl pula? Lelaki berambut merah itu sekadar ketawa sinis.

"Bencilah sangat.."

Grisha terkedu seketika.

"Apa maksud kau?!"

Grisha menoleh pada Beryl.

".. Grisha.."

Sylvan mengeluh.

"Tolong hentikan."

"Jangan risau Sylvan. Perempuan bunian ni sebenarnya cemburukan Nymph. Sebab aku hanya nak belanja Nymph makan."

Beryl berseleroh. Padan muka. Rasakan perasaan diaibkan!

"Oh, betul ke ni?"

Sylvan tersenyum nakal pada Grisha. Keningnya dijongketkan berkali-kali. Tiba-tiba Sylvan turut serta menyakat Grisha.

Grisha lantas tersentak. Wajahnya bertukar menjadi merah padam. Telinga runcingnya terasa hangat.

Cemburu?! Cemburu kepala otak bodoh dialah!

"Sylvan? Adakah Grisha ada hati pada Ber---"

Apa?! Ada hati pada manusia bodoh ni?! Kepala otaklah!!! Kenapa kata-kata Nymph membuatkan jantung Grisha menggila?! Dan kenapa semua berpakat dengan manusia bodoh ini untuk kenakannya?!

Sebelum Nymph menyudahkan ayatnya..

PAKKKKK!!!!

Grisha secara spontan telah menampar wajah Beryl!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top