038 ❃ CUBAAN MEMUJUK SELWYN

"Saya..sayaaa..."

Monica masih tergugup-gugup. Sukar baginya untuk melafazkan rasa sedihnya.

"Saya apa ni?"

Selwyn mengusap perlahan belakang Monica saat isterinya mendakapnya erat.

"Saya.."

Esakkan Monica mula kedengran. Kepalanya direbahkan pada dada Selwyn. Tangisannya tidak mampu disekat lagi.

"Monica..kalau tak nak cakap dulu tak payalah paksa diri"

Lembut sahaja kedengara nada suara Selwyn namun tanpa Monica sedari Selwyn sebenarnya sedang memutarkan bola matanya. Bosan menanti jawapan Monica. Buat berdebar sahaja. Nasib baik sayang. Kalau tak....ermmn..

Entah kenapa nak berduka sangat sampai tak boleh nak cakap apa-apa. Kalau perkara tersebut begitu penting beritahu sahajalah.

"Selwyn.."

Monica perlahan-lahan mengangkat wajahnya.

"Ya?"

Selwyn menyeka air mata Monica. Nasib baik comel dan sedap mata memandang.

"Saya....."

"Saya apa? Cepatlah cakap."

Selwyn menghembuskan keluhan. Saya..saya...saya... daripada tadi.

Dinginnya Selwyn. Monica menggigit bibirnya. Rasa ingin menangis datang kembali.

"Nak beritahu ke tak? Kalau tak saya nak tidur."

Selwyn meletakkan kaca matanya di atas meja kayu di sisi geta.

Monica mendiamkan diri. Awalnya tidur. Sekarang pukul berapa? Oh, Sebelas malam.....

Selwyn merebahkan dirinya di atas katil.

"Selwyn.. saya.."

Rasanya Monica sudah ada kekuatan untuk meluahkan rasa sedihnya.

"Ermm..."

"Saya datang bulan...."

Ujar Monica dalam nada yang sayu kedengaran.

Selwyn berkerut. Jadi Monica berasa sedih kerana datang bulan?

"Bulan ni saya lewat dua minggu.."

Monica memberitahu tanpa menoleh pada Selwyn.
Oh....baiklah... Monica sangka bahawa dirinya berbadan dua. Rupanya tidak. Patutah dia berduka.

Tak apalah. Itu yang telah ditulis oleh Takdir.

Selwyn terus menarik bahu Monica sehinnga tubuhnya terbaring di sisi Selwyn.

"Apa ni?!"

Monica tersentak. Kalau tuala terlepas macam mana?

Kalau terlepas. Tak apalah...

"Tak apa..kita boleh cuba lagi."

Ujar Selwyn dalam nada bisikan. Dahi isterinya dikucup.

"Sekarang pergi pakai baju sebelum saya jadi buaya."

"Yay!Yay! Beryl nak belanja makan!"

Nymph bersorak riang.

"Kau tak boleh diam sekejap ke?"

Beryl memutarkan bola matanya. Asap paip rokoknya dihembuskan.

"Beryl, Nymph mahu roti pandan dan roti mentega. Oh! Mahu roti bakar juga! Dengan sup cendawan. Oh! Oh! Oh! Sebut tentang sup cendawan. Sylvan suka makan sup cendawan berkrim dengan roti. Tetapi Sylvan memang mahu makan dengan roti bawang putih. Tapi kalau Nymph dengan roti pandan pun boleh, roti mentega pun boleh, roti berkrim pun boleh."

Gadis bunian genit itu membebel.

"Roti...roti...roti.."

Beryl merungut dalam bisikan.

"Apa?"

"Tak ada apa-apa.."

Beryl malas melayan Nymph.

"Beryl suka makan roti apa?"

"Roti kulat..."

Ujar Beryl acuh tak acuh.
Asap rokok dihembuskan.

"Hehe.. Nymph suka roti! Tak sabar mahu makan!"

Nymph teruja.

"Selepas mencekik, aku akan terus lambung kau ke kuartes Sylvan."

Ujar Beryl dalam nada mendatar.

Si bunian genit hanya sekadar mencebik dan terus melangkah menikmati suasana malam Daerah Eplé yang indah. Langkahnya dilajukan.

"Woi pendek. Jangan jalan menonong boleh tak?"

Beryl meninggikan suaranya.

"Dahlah pendek senang je orang nak culik nanti."

"Nymph tidak mahu jalan sebelah Beryl. Busuk!"

Nymph melajukan langkahnya.

"Tolong sikit. Aku dah mandi!"

Terasa malas pula Beryl nak mempercepatkan langkah.

"Nymph tidak suka bau asap! Busuk!"

Nymph melajukan lagi langkahnya.

Beryl geram.

Budak bantut ni... Nak main kejar-kejar apa? Tolonglah! Dapatlah si Nymph ni memang nak sekeh kepalanya!

"Kejarlah kalau dapat.."

Nymph mengejek Beryl yang langsung tidak menujukkan minat ingin mengejarnya.

Saat Nymph melangkah dengan laju tiba-tiba tubuh Nymph terlanggar tubuh seseorang.

"Aduh! Maaf.."

Nymph mengusap bahunya.

"Ke mana kau menghilang?"

Satu suara kedengaran dingin dan tegas. Suara seorang wanita.

"Grisha???"

Nymph meneguk air liurnya...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top