037 ❃ PERISTIWA DUNIA MALAM
Telapak tangannya direnung. Ia berlumuran dengan darah. Biji mata lelaki itu terbuntang luas.
Marira.... Marira berdiri di hadapannya bagaikan bangkai yang bernyawa.
"Fernand...."
Tangan wanita yang dihulurkan kepada lelaki itu terketar-ketar. Mengharapkan ia disambut.
Wajah Fernand pucat melihat wanita yang berada di hadapannya itu. Dia berlumuran dengan darah.
"Marira!"
Jeritan lelaki itu tersangkut.
Dunia malam....
Bagaikan satu dunia yang lain...
Ia adalah dunia yang disumpah di mana hanya kegelapan mampu bertakhta...
"Fernannnd.... maafkan aku.."
Marira merintih. Tubuhnya yang berlumuran dengan darah diabaikan.
"Tak..Marira..semuanya sudah terlewat.."
"Maafkan aku Fernand..."
Darah kian mengalir keluar dari mulutnya.
"Mudahnya maaf diungkapkan.."
"Maafkan aku.. Fernand.. .."
Mudahnya maaf diungkap... namun, kenapa tidak mudah untuk kau mendengar luahan aku sebelum ini...
"Fernand... maafkan aku.."
Wajahnya kian memucat saat darah terus mengalir keluar dari mulut dan juga hidungnya.
Mata Fernand hanya galak merenung wajah wanita yang dikasihinya itu.
"Fernandd... selamatkan ak---" Suara wanita itu tersangkut saat satu bilah senjata merodok jantungnya..
❤
"Aduh...sakitnya.."
Fernand memegang dada sebelah kirinya.
Lamunannya berkecai. Pandangan matanya tertacap pada portret Marira. Peristiwa dunia malam itu dikenang.
"Sakitnya terkenang peristiwa..."
Portret wanita itu diramas. Fernand menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan.
"Aduhai, Marira...rindunya aku..Menyesalnya bunuh kau.."
Fernand meraup wajahnya.
"Bukannya aku sengaja. Tak sanggup sangat tengok Marira macam tu. Hodoh dan menakutkan."
❤
Monica mencebik. Baru sahaja keluar dari bilik air. Berkemban dengan tuala. Baru sahaja selesai mandi. Wajahnya kelihatan murung. Rambutnya yang lebat bewarna coklat masih dibiarkan basah.
"Kenapa Monica?"
Selwyn menghulurkan tuala pada Monica.
Monica hanya merenung wajah Selwyn. Tuala diambil. Nak beritahu sesuatu..tapi..takut.
"Kenapa?"
Tanya Selwyn lagi sekali.
Monica cuba untuk mengukirkan senyuman.
"Tak payah nak senyum kalau tak ikhlas."
Selwyn mengambil semula tuala yang dihulurkan tadi. Agak kasar.
Monica tersentak. Bergenang sikit air matanya. Belum sempat Monica ingin menceritakan kerisauannya Selwyn sudahpun berkasar.
Tanpa mempedulikan Selwyn, Monica kemudiannya hanya sekadar duduk di birai katil.
"Monica? Saya tanyalah.. Kenapa susah sangat nak jawab?"
Selwyn mula membebel. Tuala kemudian diletakkan perlahan pada kepala Monica.
Monica hanya menggigit bibirnya. Ingat senang ke nak beritahu? Apatah lagi setelah dilayan dengan kasar.
Baiklah.. Selwyn tidak suka Monica berdiam diri dan merahsiakan sesuatu. Kesabarannya pula tipis.
Tapi rasanya kali ini dia perlu lebih bersabar.
"Monica.. beritahu saya."
Selwyn mengambil tempat di sisi Monica.
Monica hanya menundukkan pandangan matanya. Beratnya hati nak beritahu.
Perlahan-lahan Selwyn mengelap rambut Monica dengan kain tuala.
"Rindu Nymph ke?"
Selwyn mengemukakan spekulasi.
Monica tidak meberi sebarang jawapan. Rindu apanya? Tak sampai setengah hari berpisah. Tolonglah sensitif sikit.
Selwyn menghembuskan keluhan. Bosannya main tarik tali dengan perasaan wanita. Tapi dah sayangkan? Nak buat macam mana.
"Monica..pergi pakai baju. Sejuk nanti."
Selwyn memberi arahan pula.
Tak guna. Kerja memujuk belum pun selesai. Monica masih membatukan dirinya.
Selwyn membuka kaca mata. Disangkutkan pada kolar bajunya. Batang hidungnya dipicit dengan jarinya. Pening kepala melayan degil perempuan ni. Selwyn pun bingkas berdiri dan mengambil pakaian tidur Monica.
Lelaki itu kembali duduk di sisi Monica.
"Pakai sekarang."
Disangkutkan pakaian itu pada bahu Monica.
"Selwyn...."
Monica memanggil nama suaminya tanpa menoleh.
"Erm?"
Air mata Monica perlahan-lahan gugur.
Selwyn menyedarinya.
"Monica... "
Monica tidak mampu bertahan lagi. Air matanya semakin lebat gugur.
"Monica..baiklah..saya tak paksa awak. Beritahu saya bila awak dah bersedia."
Tangannya mengusap perlahan kepala Monica.
Tubuh Selwyn terus didakap. Wajahnya disembamkan pada dada Selwyn. Esakkan semakin kuat kedengaran.
Selwyn membalas dakapan isterinya.
Kepala Monica dikucup perlahan.
"Selwyn...maafkan saya..."
"Kenapa suka-suka hati nak minta maaf.. Sedangkan tak buat salah.."
"Saya... saya .."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top