035 ❃ SIASATAN BUNIAN GENIT
Nymph mencebik. Wajahnya masam mencuka. Mata birunya hanya memandang Beryl dengan perasaan tidak puas hati. Beryl tak pernah marah Nymph. Hari ini Beryl angin tak berapa baik. Barangkali Beryl datang bulan. Eh! Tidak! Hanya para gadis yang datang bulan. Adakah lelaki datang matahari?! Ya,ke? Bunyinya sungguh janggal. Hmm, nanti Nymph nak tanya Sylvanlah.
Nymph terus memerhatikan Beryl yang duduk diam dihadapannya.
Pena pada jari-jemari Beryl diputarkan.
Nymph menjuihkan bibirnya. Eleeeh, nak belagaklah tu. Berlagak bergaya.
Pena yang berputar pada jari terlepas.
Bukan hebatpun tapi nak menunjuk. Bisik hati Nymph. Matanya hanya memerhati jari-jemari Beryl.
Pena yang terjatuh diatas meja diambil kembali dan diketuk-ketuk perlahan pula pada meja. Nymph yang hanya memerhati tangan Beryl dari tadi kemudiannya memutarkan bola matanya. Beryl membosankan tak macam selalu. Bukankah lebih seronok mendengar bunyi tiupan botol Nymph berbanding dengan bunyi pena diketuk?
Entah apa yang berada di dalam kepala otak Beryl. Merawang jauh.
Nymph memerhatikan kertas yang direnung Beryl. Itu sahaja yang direnungkan dari tadi? Cacing kerawit.
Entah apa yang berada di dalam otak Beryl, ya? Nymph tertanya-tanya.
Nymph akan siasat sehingga ke lubang cacing!
Nymph yang sedang duduk dihadapan Beryl hanya meneliti wajah Beryl dengan penuh perhatian bagaikan seorang penyiasat terkenal. Ya, Beryl kelihatan lain daripada yang lain. Penuh kerutan pada dahi. Mata sedikit cengkung. Jambang merahnya pula? Hmm, seperti biasa. Tiada perubahan. Kita beralih pada rambut Beryl. Oh! Rambut Beryl kelihatan lain. Biasanya rambut merahnya akan disisih dengan penuh rapi kebelakang. Tanpa sehelaipun terjurai. Tetapi kali ini ia tidak disisih dengan kemas. Terjurai sana sini. Lebih daripada 100 helai. Mungkin lebih.Nymph pasti!
Ada sesuatu yang telah mengganggu fikiran Beryl. Oh! Tidak! Bukan! Nymph tahu! Barangkali hati Beryl diganggu sesuatu!
💕
Selesai merampas botol-botol daripada Nymph, Beryl kembali duduk di hadapan Nymph merenung kertas di atas mejanya.
Nymph kepala batu. Cabar kesabaran Beryl. Memang bunian semua macam ni ke perangainya? Sylvan kepala batu. Nymph kepala batu.
Pena pada tangannya berputar-putar di celah jemari Beryl sehinggalah ia terlepas. Diambil semula dan diketuk-ketuk perlahan pada meja.
Bercakap tentang bunian. Hmm..
Oh, dan gadis bunian pagi tadi. Bunian yang berambut hitam berkilat cantik. Bermata merah bagaikan buah epal. Hmm, dia kelihatan lebih matang berbanding Sylvan dan Nymph. Eh, sekejap.
Hentakkan pena dihentak kuat untuk sekali pada meja. Lantas ia terkaku pada jemarinya. Beryl berhenti mengetuk hujung mata pena. Dahi Beryl bertambah berkerut. Kenapa aku memuji dia?!
Dahi Nymph juga berkerut melihat Beryl. Senyuman perlahan-lahan terukir. Nymph penyiasat hebat. Ya, sesuatu sedang menari-nari di fikiran Beryl. Dan ia bukan berkenaan jawatan kosong! Tak apa. Biar Nymph terus memerhati. Kening gadis itu dijongketkan.
Pena diletakkan pada bibirnya. Mata Beryl...ya, sedang merenung kertas di atas meja tentang jawatan kosong. Namun, difikirannya hanya tertumpu pada gadis bunian yang hadir di barnya pagi tadi. Ya, dia kelihatan matang berbanding Nymph mahupun Sylvan. Tak boleh dinafikan yang dia agak..hmm..agak.. .. hmm...agak... cantik... Adakah dia lebih tua?
Beryl menghembuskan keluhan perlahan. Tak guna. Perlahan-lahan giginya menggigit hujung pena. Kenapa terasa sakit hati semacam. Ya ke sakit hati? Entahlah, tak faham. Sebenarnya bukan sakit hati tetapi terasa seolah-olah berdebar. Kelirunya.
Biji mata Nymph terbuntang luas. Wah, Sangkaan Nymph seakan-akan benar. Gadis bunian genit itu terus memerhatikan raut wajah Beryl. Adakah Beryl sedang berkhayal?! Kalaulah Nymph boleh baca fikiran Beryl.
Aku tak patut puji dia! Hati Beryl berbisik. Ya, rupa cantik tapi rupa sahaja cantik tapi perangai buruk tapi dia biadab! Biadab sangat tapi matang. Tapi.. apahal aku ni?! Banyak sangat tapi-tapi...
Beryl menggeleng perlahan.
Aku tak patut pujinya. Secara konklusinya dia bunian yang biadab..tapi tetap tak boleh dinafikan dia agak......emm..agak.. cantik. Tapi fikirkan perangai buruk dan biadabnya terus hilang cantiknya.
Biadab sangat. Kata-katanya pula pedas. Macam cili.
Pena Beryl terlepas dari tangan. Tangannya kemudian menongkat dagunya.
Nymph menjongketkan keningnya. Ini menarik sungguh! Beryl di alam lain. Perlahan-lahan Nymph mengambil pena Beryl. Ingin menguji tahap kesedaran Beryl. Ya! Beryl tak sedarlah?! Pergh! Dasyat! Beryl gila bayang. Nymph tersenyum nakal. Pena kini berada di dalam genggaman Nymph.
Permainan ini ternyata menarik.
Ya, dia sangat biadab. Terlalu biadab. Tapi... rasanya aku pun biadab juga. Tapi aku biadab kerana dia biadab. Tapi walaubagaimanapun aku rasa aku agak melampau. Tapi rasanya aku melampau sebab dia melampau. Tapi apa-apapun aku patut minta maaf. Patut ke? Tapi rasanya dia yang patut minta maaf dulu. Ya, keputusan muktamad. Tak ada tapi-tapi lagi. Dia yang patut minta maaf.
Beryl tersenyum sendirian.. Bodoh. Macam mana boleh fikirkan tentang dia.
Rasanya dia perlu kembali memikirkan tentang jawatan kosong yang hendak ditulis.
Beryl kembali merenung meja. Eh? Kertas aku mana?
Nymph menahan ketawa. Beryl terbang terlalu tinggi di langit. Sehingga terlupa rumah di daratan.
"Kenapa Beryl? Hati dilanda rawang ke?"
Nymph terkekeh-kekeh ketawa.
"Apa?!"
Beryl tersentak dari lamunan. Ayat itu ternyata sama seperti yang diungkapakan Sylvan. Wajah gadis bunian bermata merah itu serta-merta tertayang di mindanya. Rona pada wajahnya mula kemerahan.
"Ada orang jatuh cinta..ada orang jatuh cinta."
Nymph mengejek Beryl. Tadi kata nak membujang. Puih!
"Jangan merepek aku sedang buat iklan jawatan kosong."
Beryl menafikan bersungguh-sungguh.
Teruk betul. Beryl tak sedarpun bahawa kertasnya sudah berada di tangan Nymph.
"Oh, ya Beryl! Nymph ada cadangan untuk jawatan ketiga. Dan Nymph sahaja yang layak untuk jawatan tersebut. Beryl jangan risau. Beryl tak perlu bayar Nymph."
Nymph tersenyum dengan manisnya.
"Apa maksud kau?"
Rona pada wajah Beryl semakin merah. Tak guna. Bila Nymph mengambil kertas dan penanya itu?!
"Baca sendiri!"
Nymph berdiri. Tubuhnya dilunjurkan kehadapan sehinggakan punggungnya sedikit tertonggeng dan kertas itu ditepek pada wajah Beryl. Nymph duduk semula sambil ketawa terkekeh-kekeh. Balas dendam berjaya!
"Apahal kau ni?!"
Kertas dialihkan daripada wajahnya. Beryl membaca apa yang ditulis Nymph.
"Tukang lepak?! Apa kau merepek ni?!"
Beryl mengherdik.
"Tapi cadangan Nymph bernas. Nak tunggu Beryl lembab. Entah apa yang difikirkannya. Terawang-awang."
Nymph tersenyum sinis, menyindir Beryl.
"Kau sebagai budak banyak mulut betul!"
Beryl merampas pena daripada Nymph. Dipangkahnya dengan besar di atas kertas itu.
Nymph terkekeh-kekeh ketawa melihat Beryl. Pecah tembelang! Sah! Beryl gila bayang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top