033 ❃ SEPANAS AIR TEH

"Jom tengok!"

Suara Sharon riang.

"Jom!"

Balas pula Samantha.

Serentak jugalah pasangan gadis itu berlari ke arah pintu bilik pejabat Sylvan, langsung meninggalkan Glen terpinga-pinga bersendirian.

"Sharon! Samantha!"

Biar betul mereka ni? Sahlah suka jaga tepi kain orang.

Dengan lemahnya dia berlari juga ke arah mereka. Sharon dan Samantha melutut di depan pintu pejabat Sylvan. Telinga mereka ditekapkan pada pintu. Glen pula hanya mampu berkerut.

"Dengar ke?"

Samantha menggeleng.

"Tak..." Bilik Sylvan senyap. Bunyi tiada langsung. Apa sudah terjadi?

"Nak cawan plastik?"

Glen sengaja menyakat. Kononnya dengan cawan plastik ia boleh didengari dengan lebih jelas disebalik pintu.

"Ada?"

Berseri-seri wajah Sharon ketika itu.

"Bukan cawan kaca ke?"

Samantha pula bertanya.

"Tak."

Jawab Glen sepatah. Tak sangka mereka serius. Seraya itu dia berlalu pergi. Malas layan. Kedua-dua setiausahanya terkebil-kebil.

"Cepatlah. Nak makan tak?"

Soal Glen sebaik saja dia menoleh ke arah pasangan gadis itu.

"Mestilah nak!"

"Ini peluang emas!"

Terkial-kial mereka mengejar Glen yang sudahpun jauh mendahuli mereka. Setiap ahli Rosamund yang bertembung dengan Glen kesemua akan memberi hormat. Ini merupakan perkara biasa kerana pangkatnya yang agak tinggi di Rosamund.

"Tuan."

Sharon bersuara disebelahnya. Dia dan Samantha akhirnya dapat bersaing dengannya.

"Sylvan tak apa-apa ke?"

"Biaslah la tu kalau dah ada banyak perempuan..."

Glen berseloroh dengan mereka. Sharon dan Samantha dibiarkan terpinga-pinga.

Sylvan tak sangka dia telah meninggikan suaranya pada Grisha. Pasti yang lain turut dengar jeritannya. Memalukan sungguh. Grisha kini sudah pun duduk namun dia memalingkan wajahnya daripada Sylvan. Nampaknya dia terpaksa memujuk.

"Lua..."

Dipanggil nama kedua Grisha dengan perlahan serta lembut. Panggilan itu kebiasaannya akan digunakan untuk waktu-waktu peribadi sahaja.

"Lua...maaf...aku tak berniat nak tinggikan suara..."

Segera dia menghampiri ke arah gadis bunian itu.

Alangkah terkejutnya apabila dapati Grisha sedang mengalirkan air mata! Apa hal!?

"Kenapa menangis!?"

Sylvan ada buat salah ke? Rasanya tak ada. Grisha yang serang dia dulu. Kan?

"Lua, kenapa?"

Sylvan melutut dihadapannya. Biarlah mata mereka seiring. Esakan Grisha semakin menjadi. Sekali lagi dia memalingkan wajahnya daripada Sylvan.

"Lua...tolong beritahu..."

Tangan Grisha diambil lalu digenggamkan seerat yang boleh. Namun Grisha tetap membisukan dirinya.

"Tunggu!"

Tiba-tiba Sylvan bersuara. Genggamannya dikuatkan lagi.

"Ini mesti Beryl punya kerjakan!?"

Sekuntum senyuman dihadiahkan pada Grisha. Serta-merta telinganya ditarik Grisha. Sekuat hatinya.

"Jangan kau berani sebut nama manusia bodoh itu depan aku!"

Suaranya kasar.

"Aduh...sakitlah."

Merengek Sylvan.

"Kau melampulah."

Telinganya yang merah diusap beberapa kali.

"Entah apa yang kau buat dengan Beryl...bukan mahu cerita pun kesalahan dia...salah orang sahaja di tuding..."

Mana mungkin Grisha tidak marah dan sakit hati sehinggakan air matanya mengalir? Tembok maruahnya dirobohkan oleh seorang manusia!

"Jangan sebut-"

Kruuu~

Serta-merta Grisha memeluk perutnya. Kononnya ia mampu menghalang bunyinya keluar lagi.

Kruuuuuuuuu~

Bunyi perutnya sekali lagi kedengaran dan kali ini lebih panjang. Muka Grisha sudah pun kemerahan-merahan sehingga ke telinganya. Sylvan pula tersengih.

"Marah-marah buat kau lapar, ya?"

Grisha kekal membisukan dirinya. Warna merah menguasai wajahnya.

"Mari..."

Sylvan berdiri. Senyuman masih terukir dibibirnya. Malah jemarinya masih lagi menggenggaman dengan Grisha. Ia diperkuatkan lagi.

"Kita pergi bertemu janji..."

Sylvan ketawa kecil.

"Diamlah..."

Suaranya perlahan. Warna merah tidak hilang-hilang lagi dari wajahnya. Malah wajahnya terasa semakin panas.

Sepanas air teh.

"Aku teragak air teh."

Ujar Grisha mendatar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top