029 ❃ AMUK WANITA BUNIAN


"Mana Sylvan!?"

Jerit Grisha kuat sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam ibu pejabat Rosamund.

Kesemua anak-anak buah Rosamund terkebil-kebil melihat kehadiran seorang perempuan bunian yang marah-marah masuk ke pejabat.

"Siapa perempuan ni?"

Bisikan mula kedengaran.

"Mana aku tahu..."

"Kau!"

Grisha menjerkah kasar. Jari telunjuknya yang berkuku tajam ditujukan pada seorang gadis.

"Ah!"

Gadis itu menggeletar. Apa salahnya?! Buku laporan yang dibawa segera didakap ketakutan kerana kegarangan yang dilemparkan Grisha.

"Mana Sylvan!?"

Grisha benar-benar marah. Kerana manusia tak guna itu maruahnya dicalarkan! Kini dia mahu lepaskan perasaan marahnya pada Sylvan! Semua kerana rancangan tak guna bunian beruban tu! Menyesal dia ikut nasihat Sylvan! semuanya tak boleh dipakai. Menyakitkan hati adalah.

"Tuan...tuan Sylvan..."

Gadis malang itu bersuara terketar-terketar. Mana tidaknya baran Grisha sungguh luar biasa.

"Tuan Sylvan sedang menjalankan misi sekarang."

Walaupun dalam keadaan terketar-ketar gadis itu masih cuba untuk senyum. Malang sekali Grisha masih lagi dengan wajah masamnya.

"Bila dia akan kembali!?" 😠

Alamak! Ke situ pula dia tanya. 😐 Siapa tahu. Memanglah Rosamund beroperasi pada waktu pejabat tetapi sekiranya dalam operasi menjalankan tugasan waktu pulangnya tak boleh diduga.

"Maaf. Saya tak tahu."

Wajahnya pucat tatkala lihat Grisha bertambah berang. Sebelum apa-apa terjadi cepat dia bersuara.

"Tapi apa kata Cik tunggu di pejabat Tuan Sylvan. Saya pasti dia akan pulang dalam beberapa jam lagi."

Ermmm..Mungkin?

Baiklah kata-kata ahli Rosamund itu menyejukkan sedikit hati Grisha. Lagipun dia sudah kepenatan. Tanpa membuang masa dia setuju akan kata-kata gadis itu.

Tiba dipejabat Sylvan, Grisha terus menghembuskan nafas penat lelahnya. Hari ini merupakan hari yang penat buatnya. Lebih-lebih lagi dengan pergaduhan yang melibatkan seorang manusia.

Bukan sebarang manusia.

"Manusia bodoh..."

Sempat lagi dia melepaskan rungutannya. Punggungnya dilabuhkan pada salah satu kerusi di pejabat Sylvan. Sambil itu mata merahnya melilau keadaan sekeliling.

Pejabat ini serba ringkas. Banyak fail tersusun di rak. Di meja pejabat terdapat pula beberapa fail dan kertas laporan bersepah. Terdapat tandatangan Sylvan diatasnya.

Syʆѵɑɳѳɾyɳ

Macam tak percaya pula Sylvan lakukan kerja ni semua. Dia pemalas. Bibirnya tersenyum kecil saat terlihat nama sahabatnya/pasangannya tertera di atas kertas itu. Perlahan-lahan matanya tertumpu pada gelang perak yang berada dipergelanggan tangannya. Nama penuh Sylvan tertera di atas empingan perak itu.

Syʆѵɑɳѳʀyɳ Aɾuʆ Vɑʆɗɛɳ

Nama pasangannya buat sepanjang hayatnya. Namun hatinya tidak terima Sylvan seadanya. Sama jugalah buat Sylvan. Mereka hanya terima diri mereka sebagai sahabat. Tidak lebih daripada itu.

Bagaimana agaknya dia ingin memberitahu pada orang tua Sylvan. Dia tidak sampai hati. Sama jugalah buat Sylvan. Kedua-dua pasangan itu buntu.

Tak guna.

Bertambah buntu fikirannya memikirkan hal manusia tadi.

Apa namanya? Beri? Berry..

Lama Grisha meneliti empingan perak itu sehingga dirinya tak sedar yang akhirnya dia tertidur.

Malam nanti nak makan apa ya? Berry. Tiba-tiba rindu nak makan jeruk buah beri. Sedapnya. Kalau dijadikan tart. Atau sapu dengan roti?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top