028 ❃ EPAL GLAZE COKLAT
Kafeteria Dulciehourve (Kafeteria Coklat di Eple.)
Ruang Dapur.
Mata biru nilam gadis bunian itu terkebil-kebil. Matanya asyik melihat si pemilik kafeteria itu menghiasi kek yang besar. Sungguh menggoda dan menyelerakan. Ia juga cantik dan juga berseni!
"Nymph mahu buat! Nymph mahu buat!"
Gadis bunian itu teruja! Dia juga ingin membuatnya! Ya, nama gadis bunian itu adalan Nymphanyx Nuran Lulden. Ataupun nama panggilannya Nymph.
Pada pergelangan tangannya terdapat seutas gelang perak yang berloceng. Setiap kali dirinya bergerak atau terlompat-lompat akan kedengaran bunyi loceng. Pada gelang tersebut juga terdapat sebuah empingan yang tertulis nama penuh Sylvan di dalam bahasa kuno.
Ya, gadis itu merupakan pasangan buat Sylvan. Bermata biru bagaikan permata nilam dan berambut putih. Rambutnya pula diikat ekor kuda.
Untuk berada di dapur, pemilik kafe itu langsung tidak benarkan sesiapa melepaskan rambutnya.
"Cepatlah, Selwyn! Nymph mahu buat juga!"
Gadis bunian itu terus merengek apabila si pemilik kafe itu tidak menghiraukan permintaannya.
"Maaf Nymph, aku nak cepat."
Selwyn selaku pemilik kafeteria itu tidak membenarkannya. Dia sedang bekerja. Pelanggan sudah menunggu. Lantas lelaki berambut hitam lebat dan berkaca mata itu meninggalkan ruang dapur tersebut. Kek dibawa bersama untuk dihidangkan pada pelanggan yang lama menanti.
Nymph mengembungkan pipinya yang gebu. Tidak puas hati! Kakinya dihentak. Bunyi gelang locengnya kedengaran lebih kuat. Selwyn tidak pernah berkata boleh! Semuanya tak boleh. Semuanya tak boleh! Bosan!
Mata gadis bunian itu kemudian melirik pada gadis yang sedang berdiri di meja yang terletak ditengah-tengah dapur. Berambut coklat lebat namun ia disaggul kemas. Namanya Monica, isteri kepada pemilik kafeteria tersebut.
"Monica buat apa tu??! "
Terus Nymph memeluk lengan Monica.
"Epal glaze."
Jawab Monica sambil tersenyum. Dirinya sedang sibuk mencelupkan potongan epal pada semangkuk cairan coklat yang digelar glaze.
"Nymph mahu tolong boleh?"
Nymph bertanya.
"Boleh."
Jawab Monica. Senyuman manis masih bergayut pada bibirnya.
"Yay! Terima Kasih!"
Nymph terus mengucup pipi Monica.
"Sama-sama."
Monica tersenyum. Nymph sungguh comel dimatanya.
Gadis bunian itu kemudian berlari-lari anak menuju ke arah yang bertentang dengan Monica. Tersenyum sambil menggigit bibir. Monica berbeza dengan suaminya yang dingin. Semuanya boleh.
"Jadi apa yang Nymph perlu lakukan?"
Nymph teruja melihat botol-botol kaca kecil yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hiasan manisan. Biskut tumbuk, carikkan keju, bijiran coklat, kacang gajus dan pelbagai lagi!
"Nymph, awak tolong hias epal glaze ini dengan kacang gajus. Taburkan sahaja."
Monica memberi arahan sambil menghulurkan sepinggan epal glaze pada Nymph.
"Baiklah! Nymph akan lakukan yang terbaik!!"
Nymph menyambut pinggan yang dihulurkan Monica bersama senyuman yang lebar.
💞
"Siap!"
Ujar Nymph teruja. Dihulurkan pada Monica.
Monica memyambutnya.
"Terima kas- Nymph!?"
Monica terkejut. Belum sempat dirinya mengucapkan terima kasih biji mata hazelnnya terus terbuntang luas.
"Kenapa?"
Nymph mencebik. Pelik? Nymph sudah lakukan yang terbaik. Ada apa-apa salah ke?
"Saya suruh awak letak kacang gajus sahaja. Kenapa awak tambah yang lain?"
Suara Monica berbisik perlahan. Dirinya membongkok sedikit, mendekatkan wajahnya pada wajah Nymph. Tidak mahu suaranya didengari suaminya, Selwyn.
"Tetapi ia kelihatan lebih menarik bersama carikkan keju dan juga cip coklat."
Nymph memberitahu alasannya. Tanpa rasa bersalah.
"Tetapi pelanggan sudah bayar dengan harga lain. Rugilah kita nanti."
Monica berbisik perlahan. Cuba untuk membuat Nymph faham.
"Ada apa-apa masalah ke?"
Selwyn tiba-tiba muncul bersama pinggan-pinggan kotor dari meja pelanggan.
"Ah! Tak ada apa-apa. Semuanya okey!"
Monica berdusta lantas dirinya kelam kabut berjalan pergi membawa hidangan epal glaze yang dihiasi kacang gajus bersama carikkan keju dan cip coklat.
Tidak mahu Selwyn mengetahuinya.
Selwyn hanya berkerut dahi melihat telatah isterinya yang agak kelam-kabut. Kenapa ya? Macam ada buat salah pula.
Selwyn kemudian merenung Nymph dengan pandangan mata penuh syakwasangka. Pasti Nymph telah melakukan sesuatu.
"Apa?"
Tanya Nymph tanpa rasa bersalah. Baginya perbuatannya tidak salah. Yalah, apa salahnya membuat orang gembira. Betul tak?
"Tak ada apa-apa."
Balas Selwyn mendatar. Malas nak berleter dengan bunian bantut ni. Dirinya kemudian menuju ke arah sinki dan terus meletakkan pinggan mangkuk kotor di situ.
Nymph menjeling Selwyn.
"Menyampah! Apa Nymph lakukan semuanya salah. Semuanya salah! Bosan!"
Kedua tangannya disilangkan.
"Jumpa Beryl lagi bagus! Beryl tidak pernah marah pada Nymph. Lagi seronok!"
Nymph bermonolong sendirian sambil tersenyum. Pergi jumpa Beryl lah!
"Tetapi...Beryl tiada waktu-waktu begini. Kenapa Beryl selalu tidur sewaktu Nymph berjaga!"
Gadis bunian itu memasamkan mukanya. Kakinya dihentak perlahan. Jelas kedengaran bunyi loceng gelang tangannya.
💞
Beryl terbersin sewaktu dirinya baru sahaja ingin berangkat ke alam mimpi.
Bukan sekali tetapi berkali-kali. Menyesal pula mandi sebelum tidur. Ingatkan ingin membuat tidurnya bertambah lena. Tetapi lain pula jadinya.
Sekali lagi dia terbersin!
"Aduh, Ada sesiapa ke yang mengumpat aku ni?"
Beryl menutup wajahnya dengan selimut tebal. Hanya matanya yang kelihatan. Cengkung. Biji mata hijaunya kemudian melirik pada tingkap yang ditutupi langsir bewarna biru gelap. Kelihatan cahaya terik sang suria menjamah masuk melalui langsir gelap itu.
Tak guna. Sudah tengahhari. Berapa jam pula dia boleh tidur? Kepalanya pula mula terasa pening. Berdenyut-denyut.
Rasanya... tak perlu buka barlah malam ni. Aku nak rehat. Tidur sehingga senja.
Lagipun botol cider yang dipecahkan gadis bunian itu tidak dibersihkan lagi. Kunci juga tidak dikutip. Hanya kunci pintu utama sahaja diambil. Tak guna. Dirinya tidak larat. Habislah, tidur nanti mimpi ngeri hantu kayu mop.
Tetapi, sejak dari tadi dirinya tidak henti-henti memikirkan gadis bunian itu. Rasanya, dirinya agak melampau tadi. Rasa bersalah pula.
💞
Monica mengeluh. Untung betul pelangganya ini. Bayar sedikit tetapi dapat lebih. Tak apalah, sudah nasib baik mereka. Kalau Selwyn tahu pasti dia akan membebel.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top