024 ❃ KEHADIRAN WANITA BUNIAN
"Tak guna! Semuanya angkara Sylvan!" Kerja dua jam jadi empat jam! Itu termasuklah sekali bertekak dan membebel dengan bunian itu.
Beryl lantas bergerak ke kaunter barnya. Daripada buang masa mengira waktu tidurnya lebih baik dia membuta. Laci kemudian dibuka. Dimanakah gugusan kuncinya? Selepas pintu barnya dikunci, dirinya nekad tidak akan buang masa lagi! Walupun sesaat!
Tidur!
Tidur!
Tidur!
Satu minit pun bernilai harganya sekiranya dibawa ke alam tidur. Satu minit seolah-olah 10 jam. Boleh mimpi melancong ke Disglair. Pergi balik lagi.
Gugusan kunci dijumpai! Dengan kasarnya Beryl menarik gugusan kunci tersebut dan malangnya.
Malangnya......
Malangnya!
Malangnya, tali gugusan kunci tersangkut pada bucu laci. Maka, dengan itu putuslah tali yang menyatukan beberapa bentuk kuncinya. Gugusan kunci tidak lagi menjadi gugusan.
Kunci-kunci tersebut berkecai jatuh di atas lantai yang berkilat. Satu persatu kunci-kuncinya jatuh menghentak lantai. Kunci pintu utamanya, kunci bilik bawah tanahnya, kunci lacinya, kunci petinya, kunci garajnya, kunci almari yang menyimpan segala minuman mahalnya, kunci kereta cabrioletnya, segala jenis kuncinya! Bedeting-deting kunci-kunci tersebut jatuh menyentuh lantai.
"Aarrggggggghh!!"
Geramnya. Rambut merah burgandynya yang sering disisih rapi kebelakang kini kusut masai. Dilurutnya kebelakang. Keluhan dihembuskan.
"Celaka betul..."
Beryl meraup wajahnya. Keluhan dihembuskan dengan kasar. Tak apa. Tak apa. Bertenang. Bawa bersabar. Marah-marah tidak akan menyelesaikan masalah.
Lelaki itu kemudian perlahan-lahan mencangkung dengan hati yang seberat batu, mengutip satu persatu kunci yang lena terbaring di atas lantai kayu yang berkilat.
Kunci pun boleh terlena?
Sehingga begitu sekali Beryl membayangkan kunci-kuncinya.
Keinginannya untuk membuta sudah melebihi had. Kini badannya sudah mula terasa lenguh-lenguh. Betapa inginnya Beryl menumbangkan dirinya diatas katil.
Paling penting! Kunci kepada simpanan minuman kerasnya yang mahal. Wain merah.
Kalau hilang bagaimana?!
Sylvan harus menggantinya! Tak peduli!
Beryl semakin panas hati.
Rambut Beryl ternyata bewarna merah dan rasanya wajah Beryl juga sudah kemerahan. Merah menahan sabar dan sakit hati. Merah sama seperti minuman wain.
Seketika kemudian, tiba-tiba pintu barnya dihempas! Loceng yang tergantung di pintu kedengaran laju berbunyi. Bertalu-talu berdeting.
Beryl merengus sambil mencangkung di sebalik kaunter barnya. Si bodoh siapa lagi kalau bukan Sylvan yang berani keluar masuk ke dalam barnya sesuka hati!
"Berambuslah!!"
Beryl meninggikan suaranya. Masih lagi mencangkung, berusaha ingin menyatukan kunci-kuncinya yang telah jatuh berderai.
💞
Ia merupakan kehadiran seorang bunian. Bunian itu pantas berdiri di pintu bar kecil Yyscadtobleron. Memerhatikan keadaan sekeliling yang kosong. Tiada sesiapa yang kelihatan.
💞
"Tak guna." Rungut Beryl di dalam hati.
Dirinya masih lagi mencangkung, tertunduk-tunduk disebalik kaunter barnya. Beryl bukan tidak tahu Sylvan masih lagi berdiri di situ. Pintu tidak tertutup lagi. Cahaya dari luar memenuhi ruang bar kecil tersebut.
Orang sudah kata berambus! Masih lagi berdiri terkaku di pintu. Sylvan kadangkala terlalu banyak bergurau!
"Bunian sila keluar! Urusan perniagaan aku sudah tamat."
Malas Beryl ingin melayan perangai Sylvan.
Kuncinya perlu dicari.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top