021 ❃ BERYL ATAU BERI??

"Sylvaaaaann,"

Panggil Grisha lembut namun nada sakit hati itu tetap ada. Urat-urat didahinya sudah pun timbul. Dia tidak selesa apabila semua mata manusia memandangnya. Malah telinganya jelas mendengar bisikan mereka. Terutama sekali bisikan para gadis.

"Siapa gadis bunian itu?"

"Wajahnya lawa tapi matanya..."

"Ish.. tengok mata dia. Menakutkanlah."

"Yelah risau ada apa-apa malapetaka."

"Pedulikan pasal tu! Siapa agaknya dia buat Sylvan!?"

"Lantaklah! Mereka pasangan yang secocok!"

Jujur dari hati Grisha, dirinya tidak selesa. Hairan sekali,bagaimana Sylvan mampu memekakkan telinganya. Patutlah Firth (kakanda Sylvan) selalu mengatakan bahawa adindanya kadang-kala bodoh. Ada masanya terlalu bodoh.

"Sylvan!"

Sekali lagi Grisha memanggilnya. Kali ini nadanya dikuatkan.

Sylvan berpaling ke arahnya.

"Grisha, aku terpaksa tinggalkan kau."

"Apa!?"

"Aku ada tugas perlu dilakukan. Dan Nymph telah ghaib entah ke mana! Jadi aku perlukan kau tolong carikan dia..."

Grisha kekal mendiamkan diri.

"Boleh...?"

Sylvan bersuara halus.

"Boleh atau tidak, memang sebab inilah aku paggil kau ke mari."

Bibir Sylvan cuba mengukirkan seulas senyuman seikhlas yang boleh namun ia terhakis sebaik saja Grisha memberinya renungan maut. Malah mata merahnya membuatkan ia kelihatan lebih menggerunkan lagi.

"Tolonglah Grisha...kau satu-satunya harapan aku..."

Rayu Sylvan. Usai berkata demikian kedengaran jeritan kecil daripada sekumpulan gadis.

"Ah~aku dah kata bukan!?"

"Pedulikan pasal tu! Hati aku kecewa! Aku tak ada peluang untuk Sylvan!"

"Kenapa riuh disana?"

Suara Sylvan bendul. Namun sebelum sempat dia melangkah ke sana, Grisha sudah pun menariknya ke satu lorong. Wajahnya jelas mempamerkan perasaan bengisnya. Bibirnya sempat membisikan ayat kegemarannya.

"Manusia bodoh..."

"Grisha?"

Sylvan masih lagi ditarik oleh sahabatnya. Gadis bunian itu masih lagi kekal membisukan dirinya. Dengan wajahnya yang masih lagi merah padam akibat pengakuan sekumpulan manusia bodoh itu, tangannya agak kuat mengenggam pergelanggan tangan Sylvan. Pergelanggan tangan Sylvan masih erat dipegang lagi.

"Grisha? Kenapa?"

Sylvan hairan dengan tingkah laku sahabatnya. Perlahan-lahan dirinya menghampiri si gadis itu.

Oh, wajah Grisha kemerahan.

"Grisha!"

Jerit Sylvan kuat. Mulutnya segera ditekup. Sylvan tertawa.

"Mengapa wajah kau merah!? Apa yang kau malukan!?"

Kata-katanya diselang-selikan oleh tawanya yang semakin galak. Dirinya terpaksa bersandakan pada dinding bangunan.

Aduh. Senak perut ketawa!

"Diamlah!"

Jerit Grisha kuat namun Sylvan masih lagi dengan tawanya.

"Sylvan, aku kata diam!"

"Maaf, aku tak boleh berhenti! Aku tak boleh lupakan wajah kau tadi!"

Sylvan masih lagi ketawa. Memburukkan keadaan lagi hilai ketawa Sylvan bergema di lorong tersebut.

"Grisha, si jantan, tersipu malu...(ketawa)...kerana dengar umpatan karut dari manusia...(ketawa)..."

Tak guna! Sebentar tadi Sylvan buat-buat bodoh!? Sylvan sebenarnya dengar kesemua perbualan tadi dan dia hanya berpura-pura bodoh. Tidak tahu apa yang berlaku konon! Tak guna! Tak guna! Tak guna! Kerana terlalu marah, buku limanya dihadiahkan kepada Sylvan.

Sylvan menyambutnya dengan baik sekali. Dia juga sempat menghadiahkan sebuah senyuman pada Grisha.

"Fikirkannya Grisha, kita secocok!"

Sylvan berseloroh.

Tangannya yang menggengam buku lima Grisha ditarik pada dirinya. Dengan itu wajah mereka semakin rapat.

"Orang tuaku mungkin gembira mendengar khabar ini."

"Maaf, tapi kau tahu siapa pilihan hati aku, bukan?"

Kini giliran Grisha pula tersenyum saat lihat bibir Sylvan kendur daripada senyumannya. Kedua-dua pasangan itu ketahui siapa pilihan hati itu.

Orangnya bernama Bahtiarinul Karav Valden. Kakanda Sylvan sendiri. Berbeza daripada Sylvan, Bahtiarinul sentiasa kelihatan kelihatan sempurna dimata Grisha.

Sylvan mencebik.

"Mungkin sekali-kala aku patut sertai saingan adik-beradik bukan?"

Saat Sylvan berkata demikian, wajah Grisha menjadi merah padam.

Hilai tawa Sylvan kembali memenuhi suasana. Seraya itu tangannya melepaskan Grisha. Menggunakan peluang ini Grisha lantas membuka langkah tinggalkan Sylvan bersendirian.

"Grisha!"

Suara Sylvan terkejut apabila dapati Grisha sudah jauh meninggalkannya.

"Grisha, janganlah! Aku bergurau!"

Gadis bunian itu dikejarnya. Namun mulutnya masih tidak sudah-sudah dengan ketawa.

Sylvan kalau sudah ketawa payah nak berhenti.

Dengan itu dia berhenti melangkah untuk melepaskan tawanya. Sakit perut kerana ketawa yang berpanjangan.  Selang beberapa saat kemudian Grisha kembali. Kali ini dia mengetuk kepala Sylvan sekuat hatinya. Langsung hilang bunyi tawa itu.

Kedua pasangan bunian itu kekal diam untuk beberapa minit.

"Kau kata Nymph hilang?"

"Tidak, dia tidak hilang tetapi ghaib. Kau tahu lipas? Merayap tidak tentu hala, itulah Nymph."

Grisha hanya mencebik mendengar penjelasan Sylvan. Sahabat buniannya pula terus membuat wajah yang resah.

"Kau kena tolong aku! Aku sudah pun lambat untuk bertugas!"

Siapa suruh ketawa banyak kan?

"Mudah untuk kau katakan..."

Grisha menyilangkan kedua tangannya. Mata merah miliknya tajam merenung Sylvan. Dia tak sukakan semua ini.

"Kau tahu bukan? Aku baru sahaja tiba di sini? Belum pun cukup setengah jam! Bagaimana aku mahu mencari Nymph!?"

"Oh, itu..."

Sylvan bersuara dengan tenang.

"Kau jumpa sahaja Beryl."

Kata-katanya diakhiri dengan senyuman nakal. Dahi Grisha berkerut.

"Be...ri..?"

"Beryl."

Suara Sylvan riang.

"Beryl merupakan sahabat munusia aku!"

Grisha berdecit. Bola matanya berpusing. Tanda meluat.

Sylvan pula tidak sedar bahawa sahabatnya berdecit saat istilah manusia disebutnya.

"Barnya dihadapan sana, pergi sahaja jumpa Beryl. Aku sudah pun memberitahu tentang kehadiran kau padanya."

Jari Sylvan menuding pada satu bangunan. Tertera perkataan 'Bar Kecil Yyscadtobleron'.

"Kau tunjukan saja cider aku berikan pada kau. Itu bukti bahawa kau sahabat aku."

"Apa?! Kau bergurau?!"

Dahi Grisha berkerut-kerut mendengar arahan Sylvan.

"Apa?"

Sylvan terpinga-pinga.

"Kau suruh aku berjumpa lelaki kaki botol? Boroi? Buncit!? Berjanggut?! Tak mahulah! Ihhhhh.. jijik betul. Pemilik bar tiada kualiti! Aku harap aku tidak akan muntah apabila bersemuka dengan dia!"

Itu yang terlintas keluar dari mulutnya.  Cukup hina Grisha terhadap manusia. Apatah lagi seorang pemilik bar.

Maklumlah dirinya hanya minum arak bunian yang sentiasa berkualiti tinggi. Inikan pula arak hasil manusia? Sudahlah barnya tidak kelihatan hidup.

Sylvan terpinga-pinga melihat  tingkah laku Grisha. Ikut suka hatinya saja terangkan ciri-ciri Beryl. Rasanya Sylvan pasti, dia belum lagi menceritakan apa-apa mengenai Beryl.
Grisha benar-benar tidak berubah. Sifat egonya sentiasa memandang hina pada manusia.

Sylvan menjongketkan keningnya. Perlahan-lahan bibir bunian berambut putih itu tersenyum dan ia adalah senyuman nakal.

Grisha berkerut seribu. Apa pula makna senyuman Sylvan kali ini?!

"Hati-hati Grisha...'hati' kau akan terpana nanti."

"Terpana macam mana pula!?"

Cepat sahaja Grisha pintas. Telinganya sudah pun merah. Dia tahu apa niat Sylvan.

"Terpanalah. Seolah-olah hati kau telah disumpah."

Perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada Grisha. Takut-takut dipukul lagi. Sudahlah pukulan tadi masih terasa bisanya. Lagipun dia sudah lambat. Tanpa mengucapkan selamat tinggal bunian itu sudah pun membuka langkah. Dia benar-benar lambat.

Maka dengan itu, tinggal lah Grisha bersendirian. Dirinya mencebik sambil mengeluarkan botol cider pemberian Sylvan.

"Manusia bodoh..."

Rungutnya bersendirian. Dia tidak mahu berjumpa dengan sahabat manusia Sylvan. Dirinya tidak sedar, pipinya masih lagi berona merah.

Perlukah dia berjumpa dengan lelaki boroi, pendek, berjambang lebat, dan menjijikan itu? Kalau termuntah macam mana?

Beri? Apa tadi namanya?

Grisha terpinga-pinga sejenak.

Tak padan langsung langsung manusia yang hodoh dan menjijikan boleh  mendapat nama secomel buah beri..

Erggggghhhh.....meremang terasa.

"Manusia bodoh..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top