016 ❃ ADIK SYLVAN
Fernand mengeluh. Penat betul kemas hari ini. Lelaki itu tersenyum melihat hiasan di atas meja. Balang-balang kaca yang di isi dengan pelbagai daun-daun.
Fernand menyusunnya dengan rapi dan cantik. Hobi kegemarannya. Mengumpul balang kaca dan di isi dengan daun-daun kering.
Daun-daun kering yang bewarna coklat sentiasa mengingatkannya pada gadis yang dicintainya, Marira.
Dan kini, semuanya telah lenyap. Mengenangkan nyawa yang telah pergi, kasih yang telah tamat sekaligus melenyapkan senyumannya.
Lama Fernand merenung balang-balang kaca.
Seketika kemudian sepantas kilat tangannya menepis balang-balang kaca yang baru disusunnya. Ada yang tercampak pada dinding sehingga pecah bederai. Ada yang sekadar tergolek di atas meja dan jatuh bederai pada lantai. Bunyi kaca bertalu-talu kedengaran.
Biji mata lelaki itu terbuntang luas. Keningnya berkerut-kerut menahan rasa marah dan benci.
Bencinya dia melihat perubahan Eplé!
Bencinya perasaan dia! Mereka berbahagia saat dirinya meringkuk di penjara bawah tanah! Mereka ketawa bersama-sama saat dia berduka dan bersendirian!
"Dhaaaaaakkkk!!! Mana kau!"
Fernand menjerit sekuat hati menyeru makhluk ghaibnya.
"Aku nak jumpa Marira...secepat mungkin"
Bisiknya perlahan. Tanpa disedari air matanya menitis jatuh.
🍫
Dhak tersentak. Dirinya diseru! Dhak pantas melompat keluar dari jendela kamar tidur Beryl.
Sekelip mata tubuhnya lenyap dari pandangan mata.
🍫
"Mathilda!"
Monica melibas kain tuala pada kepala Mathilda.
Seraya itu, terus kuda padi itu melepaskan kain yang digigitnya.
"Terima kasih..."
Cepat-cepat Nymph membetulkan pakaiannya. Tak guna! Tergamak kuda padi ni menggigit pakaiannya.
"Awak tak apa-apa?"
Tanya Monica.
Nymph mengangkat kepalanya.
"Nymph baik-baik sahaja!"
Nymph tersenyum.
"Sekejap. Awak seorang bunian."
Monica meletakkan jarinya pada bibir.
"Ya! Saya seorang bunian."
Nymph mengangguk.
"Awak adik kepada Sylvan ke?"
Monica memandang Nymph dari atas sampai bawah. Bunian berambut putih. Bermata biru. Sama seperti Sylvan. Ya, sah mereka adik-beradik!
"Awak kenal Sylvan?!"
Tanya Nymph teruja.
Monica mengangguk.
"Panggil Nymph. Selamat berkenalan!"
Nymph tersenyum dengan manisnya.
"Saya Monica. Selamat berkenalan."
Monica turut tersenyum.
"Monica?!"
Nymph tersentak.
Kening Monica berkerut.
"Ya, saya."
"Monica yang tinggal di kediaman coklat!?"
Nymph membuntangkan biji matanya. Teruja!
"Maksud awak kafe coklat?"
Monica tersenyum.
"Sylvan ada khabarkan kepada Nymph tentang Monica dan coklat! Nymph mahu mencuba! Sylvan juga berkata bahawa Monica adalah sahabat kepada Nymph!"
Monica tersenyum dan tertawa.
"Marilah, masuk."
Monica mempelawa Nymph untuk masuk. Comel betul adik Sylvan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top