010 ❃ KEK KAHWIN COKLAT


On this chapter, there will be a cross-over between my story and Lycans, The Tale of Legends by our number #1 fantasy writer, JejakaMerah

Please do welcome Eilya and Aiden. 🙌

🍫

ZOOFFFFFFF!! Satu portal dari alam lain terbuka. Dan ia muncul di kawasan yang kurang mendapat perhatian orang ramai.

🍫

Selwyn sedang asyik membuat acuan coklat berbentuk hati. Inilah masanya. Saat Monica tiada. Selwyn ingin berikan kejutan kepada Monica. Coklat ini dibuat khas untuk hari jadi Monica. Disebabkan itu dia sengaja menyakitkan hati Monica. Monica kalau sudah merajuk pasti akan keluar dan mengasingkan dirinya. Lantaklah nak fikir apa. Asalkan dia ada ruang dan waktu untuk menyiapkan hadiah hari jadi yang tertunda. Acuan coklat berbentuk hati ditutup dengan penuh hemat. Ia disimpan dalam laci. Sambung lain kalilah. Hari sudah lewat petang. Pasti Monica dalam perjalanan pulang.

🍫

Kelihatan seorang lelaki dan seorang gadis melangkah keluar daripada pintu portal.

Seorang lelaki yang perkasa kelihatan.
Berambut bewarna coklat menyentuh paras bahunya. Tidak dinafikan dia sememangnya memiliki aura kepahlawanan.

Seorang gadis bertelinga musang dan berekor musang turut kelihatan. Comel dan unik orang. Dan ekornya? Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Tujuh. Lapan. Gadis itu memiliki 8 ekor pada pangkal punggungnya. Ia meliuk-liuk. Sungguh gebu kelihatan.
Si gadis musang mengemas dress pendeknya, manakala si lelaki sibuk membetulkan kedudukan pedang pada pinggangnya.

Nampaknya mereka berdua ada tugasan yang perlu diselesaikan di sini.

"Ini ke Ghais Lavanark?"

Gadis musang menyoal sambil memerhati sekeliling.

"Entahlah. Inilah kot. Tak akan Merlin tersilap kan?"

Si lelaki yang bagaikan pahlawan mengangkat bahunya yang bidang seraya mengorak langkah ke depan.

Mereka terus berjalan sehingga ke hujung pekan Eplé. Sebuah rumah kayu dikelilingi pokok-pokok epal tersergam indah di depan. Bau manis seperti bau coklat cair menerjah ke rongga pernafasan.

Nampaknya destinasi mereka adalah Kafeteria Coklat mlik Selwyn dan Monica.

Mereka berdua berbalas pandangan.

"Ini ke kedai coklat tu?"

Gadis musang yang comel menyoal sekali lagi. Lelaki itu hanya sekadar mengangguk.

Wajahnya kelihatan dingin, seolah-olah tidak puas hati dengan apa yang hendak dilaluinya.

Tanpa membuang masa, mereka terus menghampiri kafeteria coklat tersebut. Bau coklat semakin kuat menerpa.

Pintu kayu ditolak ke depan, Mereka berdua melangkah masuk.

🍫

Adakah Monica sudah pulang? Pantas Selwyn meninjau pintu hadapan. Eh? Kelihatan dua lembaga melangkah masuk. Selwyn menepuk dahinya.

Apakah papan tanda 'TUTUP' lupa digantungkan? Mesti mereka bukan daripada Eplé. Penduduk Eplé semuanya sudah masak dengan jadual operasi kafeterianya.

🍫

Pelbagai jenis hidangan berasaskan coklat terpampang di depan.

Hidung si lelaki itu bergerak-gerak. Menahan rasa jelik. Rasanya di dalam hatinya pasti sudah melafazkan pelbagai sumpah seranah. Ya, dia seakan-akan tidak suka pada bau coklat.

"Peliklah bau kat sini.Hurmm"

Si gadis musang merungut di sebelah lelaki itu. Dia juga tidak suka pada bau coklat. Tangannya menggengam erat lengan lelaki itu dari sisi. Barangkali mereka merupakan pasangan?

🍫

Selwyn membasuh dan mengelap tangannya. Rasanya dia perlu mendapatkan pelanggannya yang entah dari mana. Mereka kelihatan terpinga-pinga.

"Ada apa boleh saya bantu?"

Selwyn menghampiri mereka berdua sambil menghadiahkan seulas senyuman. Inilah kepakaran Selwyn. Hanya dengan pelanggan sahaja dia mampu tersenyum dengan manis. Dengan orang lain? Jangan harap!

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Seraya itu si lelaki terus menoleh pada Selwyn.

"Ahh, ermm...I'm looking for Mr Sewel."

Ujar lelaki itu selamba.

Uit! Selwyn tersentak. Namun, senyumannya masih kekal bergayut di bibir.

"Bahasa purba apa pulak dia cakap ni? Aku tak faham."

Selwyn merungut di dalam hati. Masalah betulah. Ya, di Ghais Lavanark terdapat banyak bahasa purba. Namun, bahasa kali ini langsung tidak pernah didengarnya. Sah! Mereka berdua daripada dunia lain. Bukan penghuni Ghais Lavanark!

"Abang, bukan Mr Sewel.Mr Selwyn lah."

Si gadis musang perlu bersuara.

Kening Selwyn berkerut bersama senyuman manis. Mujur. Mereka masih lagi mampu bertutur dengan bahasa yang sama digunakan di Ghais Lavanark.

"Ohh, ya.Mr Selwyn.Sorry."

Lelaki itu memohon maaf. Namun, wajahnya langsung tidak manis. Entah kenapa macam tak puas hati dengan Selwyn.

Dia minta maaf ke? Bukan Selwyn faham pun.

"Sayalah Selwyn.Ada apa boleh saya bantu?"

Selwyn memperkenalkan dirinya. Ya, rasanya mereka sedang mencari Selwyn. Tak guna. Rupanya dia putar belitkan nama Selwyn menjadi Sewel.

Si lelaki menyilangkan kedua tangannya. Pandangan matanya merenung Selwyn. Macam seorang raja angkuh merenung hamba abdi. Sumpah, lagaknya sungguh riak dan sombong.

"Dude, aku nak tempah kek kahwin.Secepat mungkin. Boleh kau siapkan?"

Senyuman Selwyn bertambah manis. Manis yang dipaksa. Pelik betul lelaki ni.

Dude? Dooood? Deeewd?

Apa benda tu? Sejak bila nama aku dood?

"Kek kahwin? Boleh.Kek yang macam mana tu?"

Selwyn bertanya lagi.

"Apa-apa jelah.Asalkan nampak lawa dah okey bagi aku."

Ujar lelaki itu acuh tak acuh.

"Duduklah dulu."

Selwyn mempelawakan mereka duduk di ruang menunggu. Mereka pun terus duduk di kerusi kayu yang disediakan.

🍫

Selwyn terus melangkah ke dapur. Coklat kahwin ya?

Nampaknya hadiah untuk Monica terpaksa ditangguhkan. Ini demi nama baik Ghais Lavanark!

Lagipun kek yang asasnya sudah disiapkan. Jadi yang tinggal kini hanyalah untuk menghiasi kek coklat tersebut. Ya! Hias dengan sebaik mungkin!

Ganach coklat?! Ada! Glaze!? Nak guna mana satu ni? Ganach atau glaze?! Biskut? Cip coklat? Krim coklat? Keju? Pelbagai idea hiasan kek memenuhi mindanya.

Sekejap! Selwyn menarik nafas sedalam-dalamnya. Bertenang.

Selwyn teruja. Dia tidak boleh buat sesuka hati. Dia perlukan maklumat yang terperinci! Lebih terperinci. Rekaan hiasan kek tersebut perlulah menepati cita rasa pelanggan istimewanya yang datangnya daripada dunia lain.

Errr... sekejap.

Bagaimana kewujudan kafeterianya boleh dikenali sehingga di dunia lain? Sehinggakan namanya juga boleh dikenali? Sedangkan kafeterianya hanya terkenal di Eplé sahaja. Punyalah lebih banyak kafeteria coklat daripada Kerajaan Gasar yang jauh lebih handal. Tetapi kenapa kafeterianya?

Pelik?

Ada sesiapa ke daripada Eplé yang telah tiba di dunia lain?

Lantaklah!

Apa-apapun terima kasih kerana telah memilih Kafeteria Coklat daripada Kerajaan Eplé, Dunia Ghais Lavanark.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top