009 ❃ SESUAP LASAGNA COKLAT

"Monica?"

Selwyn membetulkan kaca matanya. Ke mana pula Monica pergi.

"Saya ada sini. Kenapa?"

Monica muncul di pintu dapur bersama seekor kucing bewarna krim berbelang coklat. Moka namanya.

Kucing yang Monica idamkan.

Dan YAY! Monica telah berjaya memilikinya.

"Monica tolong rasakan coklat lasagna."

Sepinggan coklat lasagna diletakkan di atas meja.

"Tak nampak tangan saya penuh?"

Monica melintas tanpa menoleh pada Selwyn sambil membawa kucing manjanya itu.

Masih sakit hati dengan hal semalam dan juga isu taik tadi. Tapi. Yang lebih menyakitkan hatinya adalah hari jadi mereka tidak disambut bersama-sama. Tak guna.

"Apa yang menjadi masalahnya? Saya suruh rasa bukannya saya suruh awak angkat pinggan ni."

Selwyn tidak puas hati dgn jawapan Monica.

Monica memutarkan bola matanya. Jelik.

"Jadi saya nak makan pakai apa? Pakai kaki?"

Monica menyindir Selwyn. Berapa kali nak jelaskan bahawa tanggannya sedang mendukung seekor kucing.

"Tak. Jangan pakai kaki. Sila hormat makanan. Tadi kata taik. Sekarang nak makan pakai kaki?"

Ujar Selwyn mendatar.

Aduh! Sakit hati bercakap dengan Selwyn! Segala sindiran dan perumpamaan langsung tidak difahaminya! Semuanya dianggap serius.

"Selwyn, maaflah. Saya tak dapat nak rasa lasagna awak tu.  Jangan suruh saya turunkan Moka pulak."

Monica menjeling tajam Selwyn.

"Ada saya suruh turunkan Moka? Saya suruh rasa je kan?" 

Selwyn tidak pernah rasa jemu membalas perang mulut dengab Monica.

"Habis tu saya nak makan dengan apa?"

"Saya suapkan."

Jeda.

Terkedu.

Kata-kata Monica terkunci.

Malu dan segan. Tak guna!

"Kenapa diam?"

Selwyn tersenyum sinis. Tiba-tiba terasa seolah-olah baru sahaja memenangi pingat. Nak marah konon.

"Saya tak nak!"

Monica mengherdik! Melangkah laju sambil mengendong kucing berbelang itu menuju ke pintu utama. Pintu dibuka kasar dan dihempas kuat.

GEDEGANNG!

Selwyn menjuihkan bibirnya.

"Tak guna...Aku kunci daripada dalam baru tahu."

🍫

Ya, memang sengaja Monica bertindak kasar dalam segala gerak-gerinya. Sakit hati! Selwyn menuduhnya samakan coklat dengan taik! Sedangkan yang menjadi taik adalah raut wajahnya.

Bukan sebab itu sahaja, semalam kepalanya dihentakkan di kepala katil katil.

Selwyn langsung tak minta maaf.

Dan paling menyakitkan hati hari jadi mereka tidak diraikan. Selwyn masih berdendam agaknya kerana buku resepinya sudah basah.

🍫

"Bayar sekarang!!"

Beryl meninggikan suaranya.

Berenjut bahu Dhak dengan herdikkan Beryl. Tidak.  Kenapa dirinya bertembung dengan seorang penyangak berambut merah.Dia kelihatan sungguh menakutkan.

"Apa tunggu lagi budak kecik?"

Beryl merenung tajam Dhak sambil bercekak pinggang.

"Saya minta maaf..."

Di sebalik kerudung Dhak hanya menudukkan kepalanya.

"Bayar.."

Ujar Beryl dingin.

"Tapi saya tak ada sikitpun wang emas."

Dhak membuat suara simpati.

"Tiada wang emas? Jadi apa tujuan kau ke sini?"

Sylvan menjuihkan bibirnya.

"Saya nak carik gadis luar biasa."

Tulus Dhak memberitahu.

Baiklah, Sylvan menggigit bibirnya mula ingin menahan ketawa.

Tapi tidak buat Beryl. Masih marah atas apa yang telah menimpa Geniver.

"Budak. Dengar sini. Nak dapatkan perempuan sekarangpun perlukan duit. Kau merepek pe?"

"Tapi.. saya hanya terima arahan untuk mencari sahaja. Bukan saya yang nak gadis luar biasa tu."

Tulus Dhak memberitahu tentang tugasannya.

Baiklah maaf. Sylvan mula ketawa. Tak tahu kenapa ketika Dhak menjelaskan tentang tugasannya terasa lawak pula. Alasan ke ataupun Dhak sememangnya adalah kuli?

"Beryl gelaklah sekali."


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top