007 ❃ MUKA TAIK

14 September,

Satu hari selepas hari jadi mereka.

Monica sedang mengampai pakaian yang baru sahaja di cuci.Suasana di halaman belakang rumah begitu menenangkan. Aroma musim luruh sungguh mengasyikkan.

Ditemani pula Mathilda, si kuda padi yang sedang mengibas-ibas ekornya sambil menjamah buah epal yang gugur di atas rumput.

"Selamat pagi!"

Kedengaran suara seorang lelaki menyapa Monica.

Monica menoleh.

"Eh? Beryl! Selamat pagi."

Monica tersenyum. Mungkin Beryl nak bawakan hadiah?

Beryl melambai tangannya sambil sebelah sikunya ditongkatkan di atas pagar kayu.

"Beryl ada apa?"

Monica berjalan menghampiri Beryl.

"Saje singgah. Laki kau mana?"

Beryl menjongketkan keningnya.

"Selwyn ada dalam." 

Monica mencebik. Yang ditanya Selwyn. Monica bengang dengan Selwyn. Hari ini dan semalam membosankan. Tiada apa-apa yang istimewa untuknya.

"Beritahu dia buatkan aku martini coklat."

Beryl berseleroh. Dia tahu kafe Selwyn tidak menghidangkan minuman yang mengandungi alkohol.

Monica hanya tersenyum.

"Beryl-"

"Tak apa. Biar aku jumpa dia sekejap."

Beryl memotong cakap Monica. Selamba sahaja pula lelaki berambut merah itu melompat melepasi pagar kayu yang mengelilingi kafe tersebut.

Monica hanya berkerut. Beryl ni cari nahas. Sebenarnya angin Selwyn tak berapa baik. Mereka berdua tidak bertegur sapa sejak kepala Monica terhantuk semalam. Tak apalah. Kita tunggu dan lihat.

"Mathildaaa!?"

Beryl menghampiri Mathilda. Kuda padi itu lantas dipeluk.

"Kau semakin gemuk."

Monica hanya tersenyum seperti kerang busuk melihat telatah Beryl.

"Beryl. Kau buat apa dekat sini?"

Tiba-tiba kedengaran suara Selwyn. Lelaki itu sedang berdiri di pintu dapur. Pandangan matanya di sebalik kaca hanya dingin sahaja. Seolah-olah tidak mengalu-alukan kedatangan Beryl.

"Saje singgah dah alang-alang lalu."

Jawab Beryl sambil menumpang lenganya pada kepala Mathilda.

"Kau nak Martini? Aku tak ada. Yang ada hanya tart coklat. Kau baliklah."

Ujar Selwyn mendatar.

Monica mula resah. Selwyn sungguh tidak profesional.

Beryl menjongketkan keningnya.

"Kau nak bagi percuma?"

Teruja pula terasa.

Tanpa sebarang jawapan, Selwyn melangkah masuk ke dalam semula.

Beryl dan Monica berpandangan sesama sendiri.

"Laki kau datang bulan ke?"

Monica tidak menjawab. Merah wajahnya dengan pertanyaan Beryl.

"Beryl. Ambil ni."

Selwyn kembali keluar  sambil membawa satu botol kaca yang dipenuhi dengan coklat tart.

Beryl menyambutnya.

"Terima kasih!"

Teruja. Hari jadi orang lain. Dia yang dapat hadiah.

"Dan jangan datang lagi. Kalau boleh aku tak nak tengok muka kau lagi."

Ujar Selwyn dingin.

"Apa?"

Beryl menjongketkan keningnya. Apahal Selwyn ni?

"Selwyn..kenapa cakap macam tu?"

Monica terasa tidak selesa dengan apa yang diperkatakan Selwyn.

"Kenapa? Aku berguraulah."

Selwyn menjongketkan keningnya.

Bertambah berkerut lagi Beryl. Selwyn buat lawak? Betul ke ni? Orang tak pernah bergurau tiba-tiba bergurau. Terasa janggal pula.

"Beryl.. maaf ya?"

Monica serba salah.

"Eh, tak apalah. Aku memang nak pergi pun."

Beryl tersenyum.

"Nak cari Sylvan sebenarnya. Ada hal."

"Kirimkan salam saya pada Sylvan."

Monica tersenyum.

"Baiklah! Terima kasih untuk ni, Selwyn."

Bahu Selwyn ditepuk Beryl.

"Muka jangan macam taik Selwyn. Kau tak kesian ke kat Monica."

Sempat lagi Beryl berbisik pada Selwyn.

💩

Selwyn membuat muka bengang.

"Apa maksud dia muka taik?"

"Maksud Beryl mungkin jangan bermasam muka."

Monica berpura-pura meneka.

Muka taik

Yalah, muka dingin. Masam mencuka. Macam tak puas hati. Muka taiklah tu.
Apa yang tak faham? Bodoh jugak Selwyn ni.

"Bermasam muka? Muka saya masam sangat ke? Lantaklah. Masalahnya apa kaitan dengan taik? Agaknya si Beryl tu dah pernah rasa taik? Taik masam agaknya? Oh. lagipun muka macam saya teruk sangat ke?"

Selwyn merungut dan membebel sambil tangannya asyik menghias kek coklat kecil yang terletak di atas meja.

"Abaikanlah Selwyn. Bagi saya muka awak manis je. Macam kek yang awak tengak buat tu."

Monica cuba mengambil hati Selwyn. Rimas pulak dengar dia membebel.

Selwyn tergamam.

Selwyn = Muka taik

Muka manis = Kek Coklat

Kek Coklat = Taik

Selwyn berkerut. Pandangan matanya merenung wajah Monica.

Monica berkerut seribu. Apahal Selwyn bagaikan nak menerkam dirinya.

"Monica.. awak nak kata kek saya buat macam taik?"

"Eh, taaaaak?!!!!! Bukan macam tu!"

💩

Fernand telahpun tiba di kediamannya. Rumah sewa yang kecil. Tak guna. Susah betul nak cari tuan rumah yang boleh bertoleransi. Sekarang dia mana ada duit. Mujur ada yang sudi menyewakan dia rumah kecil ini.

Rumah lamanya entah ke mana. Jalan pun dia tak ingat. Lama sangat duduk di bawah tanah. Hampir 20 tahun rasanya.

Fernand duduk tersandar pada kerusi sofa. Tak guna.

"Kalau Marira dah mati...jadi dia siapa ye?"

Fernand berkerut seribu memikirkan tentang gadis yang berselisih bahu dengannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top