005 ❃ BANDUAN ITU DIBEBASKAN
PAGI, 13 SEPTEMBER
Sylvan memegang perutnya. Berkeroncong. Laparnya. Lapar. Lelaki bunian itu tiba-tiba terasa ingin makan. Oh, ya. Hari ini hari jadi pasangan milik Kafeteria Coklat.
Pasti ada majlis! Nak seranglah kafe Selwyn. Peduli apa kalau Selwyn mengalu-alukan dia ataupun tidak.
Errrr.....
Namun, hari ini banyak pula tugas remehnya. Hari ini dia ditugaskan untuk membebaskan banduan di penjara pesakit jiwa. Aduh, malas betul. Tak guna. Bukankah dia sudah pulih daripada sakit jiwa. Apa yang nak ditakutkan?
Eh? Sekejap! Tapi itu bukan tugas dia pun!
Selamba sahaja seorang ahli Rosamund ni hulurkan kunci padanya.
"Tuan! Tolong bebaskan dia! Saya nak ke tandas!"
Terpinga-pinga Sylvan mengambil kunci tersebut.
Sylvan merenung kunci tersebut.
BILIK 103
-FERNAND-
Baiklah. Malas nak panjangkan cerita, maka Sylvan hanya akur. Apa nak buat? Sylvan satu-satunya ahli rosamund kelas pertama dan berpangkat tinggi yang sempoi. Semua suka amibil kesempatan ke atas dirinya.
Tak apalah. Apa nak buat. Pendekkan cerita. Bebaskan sahaja dia. Lagipun, Sylvan tengah pening kepala ni.
Tiba-tiba sahaja dia dapat tahu pasangannya, Nymphanyx sudah dalam perjalanan ke Eplé. Nymph, singkatannya.
Mana tak resah hatinya? Gadis bunian itu lincah! Suka menyelinap ke sana ke sini. Macam anak lipas! Apa yang berlaku ke atas Nymph adalah tanggungjawabnya.
Baiklah. Baiklah. Itu kemudian punya cerita. Sekarang yang penting adalah bebaskan banduan ni dulu.
❃
Fernand yang lengkap berkerudung melangkah keluar daripada perkarangan penjara.
Mata merahnya teruja melihat pohon-pohon epal di musim luruh. Ya, dia bermata merah. Warna mata yang penuh penghinaan.
Fernand menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembuskan. Bau musim luruh yang amat dirinduinya. Sentuhan angin yang tenang. Begitu lama dia meringkuk di penjara bawah tanah sehinggakan dia lupa bagaimana rasanya sentuhan angin. Bunyi-bunyi desiran daun juga dinikmatinya dengan asyik. Lama lelaki itu berdiri terpesona.
Sylvan berdehem.
"Tuan..."
Bahu Fernand ditepuk.
Lamunan Fernand lantas berkecai. Pantas dia menoleh merenung Sylvan.
"Mulakan hidup baru anda dengan kasih sayang dan cinta. Pergilah jumpa insan yang tuan rindukan."
Ujar Sylvan sambil tersenyum.
Fernand sekadar mengangguk.
"Baiklah, saya perlu pergi dahulu. Hargailah saat yang ada."
Sylvan menasihati. Maka Sylvan terus berlalu pergi. Dia perlu bergegas ke stesen kereta api Eplé!
Fernand berkerut. Gaya percakapan lelaki tadi agak baku dan terlebih formal. Oh! Dia seorang bunian. Sejak bila pula Eplé ada bunian? Fernand menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Ada je. Cuma Fernand terlupa tentang perkembangan masa.
Eplé sudah banyak berubah. Tak sangka sesat seekor bunian di Eplé. Tapi nasihat bunian tu bagus.
"Oh, ya! Bunian tu nasihatkan aku untuk jumpa insan tersayang.Yang paling aku rindu."
Fernand menepuk tangannya sekali.
"Siapa yang aku sayang ye?"
Fernand berfikir sejenak. Lama dia berdiri membebel di hadapan perkarangan penjara tersebut.
"Oh, ya! Marira!! Aku nak jumpa Marira!"
Terus Fernand mengatur langkah. Hatinya gembira. Tak sabar nak berikan kejutan kepada Marira!
Pasti biji mata Marira terbelalak melihat dirinya telah kembali!
Apa nak buat dulu ya? Peluk? Cium pipi? Oh, ataupun ajak makan malam sama-sama?!
Sedang dia melangkah sambil menikmati permandangan indah Eplé tiba-tiba langkahnya terhenti. Di sebalik kerudung itu, keningnya berkerut.
"Eh, aku lupalah... "
Fernand menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Marira dah matilah."
Dahinya ditepuk!
"Apalah! Aku sendiri yang bunuh dia. Macam mana aku boleh lupa."
Fernand menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Apalah."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top