3

Place: Gadwick Airport, United Kingdom
Touch Down on 04:56 p.m
(Abaikan... Ai mengarut)

Akhirnya sampai juga UK. Aku mengurut tengkuk ku yang agak lenguh. Yalah. Tadi masa dalam airplane tu huh, takde benda yang nak buat. Melainkan mataku ini meliar ke luar tingkap. Walaupun sekadar dapat melihat rumah rumah ataupun pokok bakau yang kecil itu, aku sudah berpuas hati. Daripada aku tidur dalam penerbangan itu, baik aku mengambil kesempatan untuk menikmati alam sekitar. Ada juga faedahnya.

Aku ni agak jakun sikit. Sebab tidak pernah jejak kaki ke kapal terbanglah punya pasal. Dari aku kecil, tak pernah langsung papa dan mama membawaku melancong. Kak Rosiah dan Tyson sudah pernah sampai ke France. Aku? Hanya dapat melihat melalui gambar sahaja. Entah apa yang mereka benci sangat padaku, aku tak tahu. Biarlah. Biar Tuhan sahaja yang tahu betapa pentingnya mereka padaku. Aku tidak pernah membenci mereka. Apatah lagi berdendam. Aku sayang family aku.

Tapi, apa aku boleh buat jika mereka sudah menghalau aku supaya keluar dari rumah itu. Aku hanya mampu berserah sahaja. Lamunanku pecah apabila Syaza bertindak membawaku duduk di kerusi yang disediakan khas kepada para penumpang yang baru sahaja selesai turun dari perut kapal terbang itu. Kata Syaza, dia nak terkencing sambil genggam hujung t-shirt nya. Tak senonoh betul. Aku hanya sekadar ketawa kecil melihat telatah Syaza. Beberapa minit berlalu, aku mulai mengelamun jauh. Tidak ada telefon bimbit punya pasal, aku sekadar merenung sambil menyanyi kecil lalu mengambil tempat duduk yang ditunjukkan oleh Syaza sebentar tadi.

Sedang aku mengelamun, tiba tiba bahuku dilanggar seseorang. Aku toleh, lelaki yang pakai mask hitam. Matanya tajam merenung wajahku.

"Are you blind?!" Marah lelaki itu. Kening sebelahnya diangkat. Memandangku sinis. Aku hanya diam dan tunduk. Tidak berani bertentang mata dengan dia. Apabila dia menarik daguku supaya memandangnya, aku keraskan hati agar tidak bertentangan mata dengan dia.

"Hey... look at my face. My face is more handsome than that floor" Seloroh lelaki itu. Serentak itu aku mengangkat muka lalu memandang wajah lelaki itu. Kacak!

"Sir... I'm so sorry! It was my fault for not looking left or right while walking. I'm sorry again!!!" Rayu ku. Lepas tu aku nampak bibirnya bergerak-gerak. Seolah olah sembunyi senyum. Dia berdehem. Kuat.

"Huh! Fine! I know you're Malaysian right?" Soal lelaki itu. Tanpa secalit senyuman pun. Matanya pula ralat memandang ku.

"Okay. Panggil je aku Dylan" Tambahnya.

Oh. Orang Melayu rupanya. Patutlah sombong sangat tadi. Sampai nak marah marah. Kini, dia menyuruh aku duduk di atas kerusi kembali. Yalah. Baru saja aku nak duduk tadi, aku sudah terlanggar bahunya.

Itu katanya. Bukan aku. Manalah aku nak langgar dia kalau aku sedang berhadapan dengan kerusi? Kerusi yang dipenuhi dengan beg beg penumpang lain. Aduh. Stress aku.

"Siapa nama kau?"

See? Benda pertama yang aku tangkap adalah 'kau'. Perkataan yang buat aku terasa hati.

"Saya..."

"Erghh!!! Stop it. Aku tak nak kau guna saya-awak eh dengan aku" Belum sempat aku menghabiskan kata kata, dia sudah mencantas terlebih dahulu. Aku hanya menahan rasa dalam hati. Gila nak cakap depan depan, mahu mampus aku hari ni. Elok elok saja aku touch down hari ni, silap silap aku pulak jadi arwah pada hari ni. Kat tempat orang pulak tu!

"Ba...baik" Ucapku gugup.

"Hmm. So, apa nama kau? Ish. Jangan lah risau. Aku tak makan kau. Aku makan nasi lemak campur ikan bilis campur kacang campur... Errr campur... Telur"

Aku sudah ternganga. Apa benda dia merepek ni?

"Panggil saja Elle" Aku balas sambil senyum. Aku dapat lihat dia berpaling kearah lain. Dia tak suka ke aku senyum?

"Jom" Ajaknya lantas menarik tangan ku dengan tiba tiba. Aku terpinga pinga. Namun aku keraskan badan supaya tidak mengikuti nya. Aku tak kenal dia. Aku sudah serik dengan kaum adam. Aku tidak mahu membuat kesilapan buat kali kedua. Cukuplah sekali aku pernah kena. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Ternyata, lelaki itu tergamam. Dia tidak tersangka bahawa gadis itu berkeras hati. Tiba tiba, hatinya mendidih.

"Kau boleh ikut aku tak? Boleh tak yang kau ni jangan lembab sangat?!" Marahnya. Aku terhenjut bahu. Terkejut dengan jerkahannya. Ternyata perbuatanku mengundang rasa kesalnya.

"Maaf. Aku..." Belum sempat menghabiskan ayatnya, Syaza terlebih dahulu menyapa kami.

"Hey babe! Lama tunggu? Sorry la dalam tandas tu ramai orang, entah apa yang dorang duk berhimpit tu. Menyampah pula rasa" Gumam Syaza tidak puas hati. Dia membuka wallet nya lalu menekan telefon. Rasanya Syaza masih tidak menyedari lelaki yang berada di hadapanku ini.

Apabila aku pandang lelaki yang dihadapan aku ini, dia sekadar menjongketkan bahunya. Pergelangan tangan aku dilepaskannya. Sesaat kemudian, barulah dia tegur Syaza. Itupun kasar. Macam nak cari pasal pun ada.

"Hello? Kau tak nampak ke aku sedang berdiri dekat sini? Rampas tempat duduk aku asal? And sedap sedap kau duduk di atas kerusi tu? Kau ni takde adab ke apa?" Provok Dylan.

Syaza yang merasakan dirinya diprovok, mulai menarik nafas dalam-dalam sebelum menghamburkan kata-kata yang agak deep.

"What the hell you're kidding me now? Saya? Rampas kerusi awak?! Encik, tempat duduk ni dah lama kami booking. Sejak kami touch down lagi. Yang encik ni pehal?!!! Entah datang dari mana, tiba tiba membebel macam pakcik bawang. Entah entah pakcik bawang ni yang takde adab kot" Sinis Syaza. Mulutnya dicebik tanda tidak puas hati. Aku tahan tawa.

Aku mengerling kearah Dylan. Muka dia ketat habis. Fuh! Kus semangat aku. Lebih baik aku meregangkan situasi yang semakin tegang ni.

"Dahlah. Tak malu ke orang tengok? Baru je berjumpa dah gaduh bagai. Ni, nak saya kahwinkan korang ke?" Gurauku. Malah, gurauan aku ini mengundang jelingan tajam daripada kedua dua makhluk Tuhan ini. Gulp. Aku menelan air liur seketika.

"By the way, encik ni siapa hah? Tadi saya nampak encik ni dok tarik tarik tangan dia. Encik ni kenal dia ke? Eh setahu saya, dia ni tak pernah rapat dengan mana mana lelaki pun sebelum ni. Ni nak bawa dia ke mana tu? Nak jual? Ke nak bawa dia lari lepas tu nak rosakkan maruah dia lagi seperti si Ai.. umphhh umphh!!!"

Aku segera menekup mulut Syaza yang lantang bercakap tu. Kelihatan lelaki itu terpinga pinga. Mungkin hadam ayat Syaza tadi kot? Pada mulanya aku nampak Dylan seperti nak marah Syaza. Apabila Syaza hampir nak pecahkan rahsia aku, kemarahan Dylan seperti beransur hilang?

Ahh lantaklah. Aku renung tajam Syaza yang sengih busuk memandangku sambil menekup mulut menggunakan kedua dua belah tapak tangannya.

"Wait wait wait... Siapa yang rosakkan marah siapa ni? Kau ke?" Soal Dylan sambil jari penunjuknya dihalakan kearahku. Aku tunduk. Tidak mampu jawab. Hanya mampu rasa sebak dalam hati.

Syaza sudah memandang tajam lelaki itu. Namun lelaki itu hanya membuat buta sahaja. Tak kesah pun pasal Syaza. Dalam hatinya tersentuh pada wajah kusut Elle. Sejak tadi, sewaktu dia ingin mencari tempat duduk, dia terpandang Elle sedang mengelamun jauh. Seperti ada masalah sedang menganggunya.

Muka innocent tu lah yang menarik hati lelakinya! Dan dia, sengaja mencari pasal untuk melanggar gadis comel itu. Nasib baik dia tidak ditampar atau digusti dek gadis kecil itu. Kalau tak, entah apa jadi. Nak sahaja dia ketawa masa tu, tetapi niat ketawa itu ditahan supaya tembelangnya tidak pecah.

Syaza yang sibuk memerhati tingkah laku Dylan yang asyik merenung wajah Elle itu berdehem kuat. Lantas, lamunan Dylan terhapus begitu sahaja malah dia sudah pun kembali ke alam realiti. Nak tutup malu punya pasal, Dylan buat wajah serious. Padahal dalam hati, nak pecah.

"Encik Dylan... saya betul betul minta maaf tadi sebab saya tak sengaja terlanggar bahu Encik. Saya kira nak belanja encik makan tetapi saya tidak mempunyai wang saku. Jadi sa..."

"Berapa kali aku nak cakap dekat kau? Jangan panggil aku Encik! Dan kata ganti nama diri tu jangan pakai saya-awak! Aku geli! Faham tak?!" Belum sempat Elle menghabiskan ayatnya, Dylan sudah mencantas laju. Geram dengan sikap Elle yang suka sangat panggil dia Encik. Saya-awak. Eww.

Elle hanya mengganguk laju manakala Syaza pula menayangkan wajah mual.

"Kau asal? Dari tadi dok tenung muka aku macam nak telan. Aku tahu lah yang aku kacak. Jangan asyik renung aku camtu. Geli tahu tak? Ke nak makan penumbuk aku?" Seloroh Dylan. Tangannya disilangkan ke dada.

Terbeliak mata Syaza. Sudahlah mamat ini datang entah dari mana. Balik je dari tandas tiba tiba mamat daun ni muncul bagai halimunan. Syaza menahan rasa geram dalam hati. Sabar... Rakan baik anda sedang tengok kau ni!!! Gumam Syaza dalam hati.

"Ermm takpe lah korang. Ni, tak nak ke pergi makan? Syaza? Kau tak lapar ke?" Soal Elle seraya menjernihkan keadaan. Tidak mahu suasana yang asalnya aman menjadi suasana tegang.

Syaza sengih. Haah! Lupa pulak nak makan! Pasal mamat daun ni lah punca aku lupa nak makan!

"Yalah babe! Ni, jom! Luggage ni kau punya, yang warna orange ni aku punya. Dah jom!" Ujar Syaza sambil membahagikan luggage masing masing. Setelah itu, Syaza menarik tangan Elle disertakan sebelah tangannya menarik luggage berwarna orange nya. Segala dia berjalan laju supaya mamat daun itu tidak mengekori mereka.

Dylan yang memerhati tingkah laku kedua dua gadis itu mulai hairan. Tidak ke dorang sedar yang aku masih tercegat disini? Atau dorang memang sengaja buat tak tahu? Dylan memandang Elle, gadis itu berjalan terhoyong-hayang dek si pompuan kerinting tu.

Asal kerinting? Sebab rambut dia curl. Dah lah pendek, buat lagi curl hair. Mana padan! Kalau Elle yang buat style rambut camtu kan bagus! Dylan sudah senyum senyum membayangkan wajah Elle. Cantiknya bidadari itu...

Sambil bersiul kecil, Dylan dengan muka tidak tahu malunya mulai mengekori jejak kedua dua gadis Melayu itu. Yang paling penting si bidadari Mr. Dylan tu. Elle. Yang satu pulak? Huh! Tak penting! Si kerinting! Syaza.

Dylan berjalan sambil mencebikkan bibirnya. Dengan rupanya yang kacak, disertakan tubuh badannya yang agak tinggi, berjalan tanpa memandang sekeliling nya. Para gadis sudah bersorak gedik apabila melihat dirinya yang hanya berpakaian casual. Yalah, dia kan modal lelaki antarabangsa. So, pakej yang perlu ada dalam diri sendiri adalah keyakinan diri.

Dylan hanya memekakkan telinganya dan tangannya sibuk mencari mask dan spek hitam supaya dirinya tidak dicam oleh orang lain. Demi menjaga imej lah katakan.

















Ada yang tertunggu-tunggu story ni ke? Kalau ada, terima kasihhhhhhhhh sangat!!!!!! ♥️♥️♥️

60 vote keatas saya update lagi hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top