11 | Gadis

Permulaan hidupnya indah, namun di persimpangan mula berlakunya trajedi hitam. Sekeping hati merapuh, menjadi serpihan demi serpihan. Bukan dia yang pinta, bukan dia yang mahu. Semuanya berlaku di luar kawal.

Dunia tak mampu memahami. Hanya kekejamannya begitu ketara.

Lagi...

Ramai yang suci dijadikan keldai. Walau diri tak terkena, peritnya tetap difahami. Kerana kita sama. Kita terluka dari pelbagai faktor.

Kerana keluarga.
Kerana sahabat.
Kerana sang jiwa.
Mungkin juga kerana diri sendiri.

Spesies yang bergelar pendengki, pemaki dan pengkeji... Ingat setiap patah kata ini.

Jangan kau hina mereka. Jangan. Mereka tak hina, mereka tak kotor, mereka dikhianati. Janji palsu kian melebur. Cantik senyum gadis mula memudar.

Kasihan...

Mengapa?

Untuk apa hancurkan kaum kami? Sedang kau sendiri belum tentu suci sang hati.

Anggaplah ini sebagai wakil dari gadis malang di luar sana. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Jangan kau ungkit lagi masa lalu mereka. Tak ada yang tahu betapa pedihnya untuk mereka bangkit dari masa silam.

Bagi yang tak mahu mengerti, mungkin ada kecacatan di otakmu. Kemarilah, biar wajah indahmu aku hentak sekuat hati.

Tak mengapa.

Aku mengerti dan aku positif.

-031218-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top