TIGA PULUH LAPAN - Positive!

Ini bab yang paling baru. Yeha!

••••

Sudah beberapa kali Firash menyuruh Rasya membuka pintu tetapi Rasya masih tidak mahu membuka. Firash harus menenangkan Rasya, dia tidak mahu isterinya melalui semua ini seorang diri. Berkurung di dalam bilik bukan cara yang betul.

" Sayang, please buka pintu ni. " pinta Firash dengan suara separuh merayu.

" Pergi! Asya taknak jumpa sesiapa. Semua dalam rumah ni pembohong ! " Balas Rasya dengan suara serak akibat menangis.

" Sayang, abang tak tipu sayang. Abang dah jujur semuanya pada sayang. Buka pintu ni ya. Abang nak bercakap dengan sayang. " Firash masih tetap memujuk isterinya supaya membuka pintu. Keadaan di dalam bilik sunyi seketika. Kalau tadi terdengar suara Rasya menangis kini senyap. Firash mula hairan. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi kaca pecah.

Firash terus bergegas mengambil kunci pendua di dalam laci yang berdekatan dengan biliknya itu. Dengan kaki kanan dia melangkah masuk dan berdoa di dalam hati supaya di permudahkan segalanya.

Matanya melilau melihat keadaan bilik. Terlihat kaca-kaca yang berterabur di lantai. Tidak pasti di baling oleh Rasya atau terjatuh. Kemudian Firash terdengar orang muntah di bilik air. Cepat-cepat Firash melangkah ke bilik air untuk melihat keadaan isterinya.

Rasya sedang duduk di lantai dengan muka yang sedikit pucat. Terpancar kerisauan di wajah Firash bila melihat keadaan isterinya begini. Cepat-cepat dia datang dan memeluk tubuh kecil isterinya itu.
" Sayang, jangan macam ni. Abang tak suka. " Suara Firash mula menukar nada sayu. Dia betul-betul merasa sedih melihat isterinya sudah tidak bermaya lagi. Tiada kekuatan untuk bangun. Suhu badan Rasya juga sudah mula naik mendadak.

Tanpa menunggu lama, Firash terus mengangkat Rasya ke katil. Tubuh isterinya di baringkan di atas katil. Selimut di tarik ke paras dada kemudian dia baring bersebelahan isterinya. Mata Rasya sudah tertutup rapat. Sudah tidak kedengaran tangisan dari Rasya. Mungkin sudah keletihan menangis tadi sehingga demam begini.
" Kita pergi klinik ya ? " Ajak Firash sambil tangannya membelai rambut isterinya. Rasya menggeleng lemah tanda dia tidak mahu. Dia sekadar mahu berehat di bilik sahaja. Tenaganya sudah habis.

Firash bangun dan masuk semula ke dalam bilik air. Muntah tadi di cuci. Selesai mencuci, tuala kecil di capai dan di basahkan dengan air sejuk. Kemudian dia baring semula disebelah isterinya. Tuala kecil tadi diletakkan di dahi isterinya kerana mahu mengurangkan panas badan isterinya. Keadaan menjadi hening seketika. Lama Firash meneliti wajah pucat isterinya itu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang dia rasa ketika ini. Dahi Rasya di kucup dengan penuh kasih sayang.


" Sayang, jangan benci kami ya. Kami semua rahsiakan tentang itu demi kebaikan sayang. Kami taknak sayang jadi macam sekarang ni sebab tulah kami terpaksa berahsia dengan sayang. Walaupun mama bukan mama kandung sayang tapi dia tetap jaga sayang macam anak dia sendiri . Tak pernah sayang hauskan kasih sayang seorang ibu dan tak pernah mama membuang sayang walaupun sayang ni bukan anak dia. Malah dia terlalu sayangkan sayang sebab sayang lah anak perempuan dia sorang. Anak yang daddy tinggalkan buat mama. Mama jaga sayang, mama didik sayang dengan baik, Itu semua bukti mama terlalu cintakan daddy. Mama taknak jadi isteri yang derhaka walaupun suami dia buat silap besar. Mama hadap semuanya sorang-sorang saat itu sayang. Mungkin daddy juga ada kesilapan dia kerana berlaku curang tapi itu semua bukanlah bermaksud sayang kena benci mereka. Sayang patut berterima kasih pada mereka sebab jaga sayang hingga sekarang. " Lembut saja Firash berbicara.

" Abang tahu sayang belum tidur. Buka lah mata tu, pandang wajah kacak abang ni. Luahkan apa yang terbuku dalam hati sayang tu. " Sambung Firash. Dia tahu isterinya belum tidur kerana itu dari tadi dia bercakap. Perlahan-lahan Rasya membuka mata. Kelihatan bawah mata Rasya sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis.

" Asya sayang abang tak? " soal Firash sambil menatap mata isterinya itu. Rasya mengangguk.

" Kalau sayang, peluk abang . " Terus tubuh sasa itu di peluk erat. Firash tersenyum kecil. Perangai isterinya sangat comel.

" Asya kecik hati bila korang semua berahsia dengan Asya tentang ni. Asya perlu tahu. Kenapa keluarga ni suka berahsia sangat? Asya juga rasa sedih sebab Asya bukan anak mama, daddy tak sepatutnya curang dengan mama! " Luahnya dalam tangis.

" Kami rahsiakan bersebab. Tengok, bila kami beritahu apa yang jadi? Sebab itulah kami rahsiakan. Tak mahu ada benda buruk berlaku. Kalau ikutkan sebenarnya sayang dah tahu tapi sayang amnesia kan, so sayang lupa semua.

Lagi satu, sayang patut bersyukur tau sebab sayang masih diberi kesempatan untuk hidup. Kalau orang lain mungkin dia dah gugurkan kandungan tu tapi ni tak. Dia kandungkan sayang sehingga sembilan bulan sepuluh hari. "


" Dekat mana mama kandung Asya ? Asya anak luar nikah ke? " soal Rasya sambil kepalanya di dongak sedikit memandang wajah Firash. Dagu Firash dikucup kejap.

Firash tersenyum bila dicium oleh isterinya.
" Eh tak sayang. Sayang anak sah taraf. Wujudnya sayang selepas daddy kahwin dengan mama kandung sayang. Daddy kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan mama. Mama waktu tu marah sangat tapi marah marah mama, mama tetap ambil sayang, jaga sayang sampai sekarang. Kebetulan mama memang nakkan anak perempuan. Selepas bersalinkan abang sayang, mama dah tak boleh mengandung. Kalau mama mengandung, mungkin kandungan tu tak mampu bertahan lama disebabkan penyakit mama dan mak kandung sayang meninggal semasa melahirkan sayang. Dan abang pun terkejut bila mama jadi macam tu. Abang tak sangka juga mama boleh jadi marah bila teringat tentang hal lama. Rupanya mama masih tak dapat maafkan daddy " Terang Firash panjang lebar.


" Asya nak berehat.... " ujar Rasya dan matanya kembali tutup. Penjelasan Firash sudah cukup buat dia kembali tenang. Dia perlukan rehat secukupnya.


" Apa-apa yang berlaku di masa hadapan nanti, abang akan selalu berada di sisi sayang. " Pipi Rasya dikucup lama. Kemudian Firash juga melelapkan matanya. Sama-sama dibuai mimpi selepas penat berhadapan dengan cabaran hidup.

                           -------------

Tidur Rasya di ganggu apabila tekaknya mula loya semula seperti tadi. Cepat-cepat dia bangkit dari katil dan bergegas masuk ke bilik air. Dia memuntahkan segala isi perutnya. Firash juga tersedar dari tidur. Dia sedikit pelik melihat isterinya dari tadi tidak habis muntah. Teruk sangat demamnya kali ini.

" Sayang, are you okey ? " tanya Firash, kerisauan. Rasya mengangguk tanda dia baik-baik saja.

" Tolong angkat Asya pergi katil. " Pinta Rasya dengan suara lemah. Firash sekadar menurut. Dia mendukung isterinya dan meletakkan Rasya di atas katil.

" Asya nak air lepastu nak benda yang masam untuk hilangkan loya ni. " Firash mengerut dahi.

" Tapi sayang tak makan benda masam.. " Katanya pelik. Rasya membuat muka.

" Yelah tunggu sekejap. " Nak taknak dia terpaksa menurut kemahuan isterinya itu. Dia turun ke bawah untuk mengambil air suam dan juga buah-buahan yang sudah dipotong di dalam peti sejuk buat isterinya. Kemudian dengan segera dia menaiki tangga untuk ke biliknya. Sempat Puan Sri Mariam menegurnya tadi menanyakan hal Rasya, Firash sekadar menjawab Rasya baik-baik saja.


" Nah sayang buah... " Dulang bertukar tangan. Rasya tersenyum riang. Buah mangga di suap ke dalam mulutnya tanpa mempelawa suaminya. Dengan rakusnya dia menghabiskan buah di pinggan kecil yang sudah di potong. Firash sekadar melihat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.


" Macam orang mengandung. " Ujar Firash. Rasya yang sedang minum air itu tersedak. Firash mengusap belakang badan Rasya dengan lembut.


" Apa ni minum sampai tersedak. Tadi makan gelojoh tak pula tersedak. " Perli Firash. Rasya memandang wajah Firash tanpa berkedip.


" Tadi abang cakap apa ? " tanya Rasya.


" Abang cakap, minum " Firash belum menghabiskan ayatnya lagi Rasya sudah memotong.


" Sebelum tu.. "

" Macam orang mengandung. Yang tu ke ? "  tanya Firash kembali dengan muka toya.



Rasya mengangguk.
" Abang rasa Asya mengandung ke? "


" Sayang rasa macam mana ? " Firash menanya Rasya semula.


" Asya tak tahu. Abang tahu tak ? "

" Tak. Abang tak tahu. Abang main cakap je. "

" Hm takpelah. " Rasya meletakkan dulang di meja yang berada di sisinya. Firash menjungkit bahu tanda dia langsung tidak mengerti apa-apa. Firash merebahkan tubuhnya semula.

" Ah leganya dapat baring " Kata Firash, riang.


Rasya bangkit dari katil dan ke laci untuk mengambil sesuatu. Dia masuk ke dalam bilik air. Lima minit kemudian Firash terdengar Rasya menjerit di bilik air. Sekali lagi tidurnya terganggu.

" Sayang kenapa ? " jerit Firash dari luar bilik. Dia masih baring di atas katil dengan mata yang tertutup. Penat.

Rasya keluar dengan wajah ceria. Di tangannya dia memegang sesuatu lalu di hulurkan kepada Firash. Firash tidak mengambil malah dia sedang lena dibuai mimpi.


" Babe, it's positive! " Bisik Rasya di telinga Firash.


" Apa yang positif ? " tanya Firash dalam keadaan mamai.

" Asya pregnant! " Terus Firash terduduk dan matanya terbuka luas. Tiba-tiba mata jadi cergas pula.


" Betul ke ? " tanya Firash seperti tidak percaya. Rasya menunjukkan pregnancy test yang berada di tangannya ke arah Firash. Firash terus mengambil pregnancy test itu dan memandang lama sambil dahinya dikerutkan.

" Macam mana nak tahu dia positif atau negatif? " tanya Firash kebingunggan. Rasya tergelak kecil.


" Kalau ada dua tanda merah maksudnya positif. Tak lama lagi kita akan jadi mama dan papa ! " Sungguh teruja Rasya kali ini. Firash juga ikut senang bila diberitahu tidak lama lagi dia akan menjadi papa.

Rasya melabuhkan punggungnya di atas katil lalu Firash memeluk tubuh Rasya dengan erat dan pipi isterinya di kucup lama.
" Alhamdulillah. Allah berikan kita hadiah yang paling istimewa. " Firash bersyukur sekali. Tidak lama lagi akan ada orang baru yang hadir dalam hidupnya. Bibir Rasya masih kekal tersenyum.

" i love you babe. " Ucap Rasya dengan penuh rasa bahagia.


" I love you more. " balas Firash sambil tersenyum.


Memang benar orang kata lepas hujan pasti ada pelangi. Lepas derita pasti ada bahagia. Semua yang jadi memang ada hikmahnya. Allah mahu menguji kita kerana Allah sayang pada kita. Dugaan mengajar kita untuk jadi kuat di masa akan datang. Kebahagiaan itu pasti. Janji Allah juga pasti :))

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top