TIGA PULUH EMPAT - Mimpi

Malam itu, Rasya tidak dapat melelapkan mata. Sudah hampir seminggu tidurnya selalu terganggu. Dari tadi dia memikirkan bagaimana cara hendak memberitahu Firash tentang Daniel. Bermacam-macam idea yang dia dapat, tapi semua itu bukan boleh pakai. Takut lain yang jadi. Rasya membetulkan posisi baringnya dan kerana itu menyebabkan Firash tersedar dari lena.

" Kenapa sayang tak tidur lagi? " soal Firash dalam keadaan mamai. Bercakap sambil mata pejam.


" Tak boleh tidur. Asya ganggu tidur abang ke? " soal Rasya kembali. Dia mengereng mengadap suaminya. Firash membalas dengan gelengan sambil tersenyum.


" Tidurlah dah malam. Tak elok terjaga malam-malam ni. Esok abang dah mula kerja. " Kata Firash dalam mamai. Risau dengan keadaan isterinya. Jarang sekali kalau malam Rasya tak tidur. Apelah yang difikirkan sampai tak boleh tidur malam .

Lama Rasya diam. Firash membuka matanya. Akhirnya larat juga nak buka mata. Matanya digosok perlahan untuk menjelaskan pandangan. Terlihat Rasya yang sedang leka termenung . Firash menggelengkan kepalanya. Kita cakap dengan dia, dia termenung pula. Gumam Firash dalam hati.

" Sayang, tidurlah.... " Tangannya menyentuh tangan Rasya membuatkan Rasya tersedar dari lamunan. Rasya memandang suaminya lama. Dia meneliti wajah suaminya. Memang sama. bisiknya dalam hati.

" Mika. Firash Mikhail kawan Rasya masa kecik? Daddy ambil Firash Mikhail sebagai anak angkat sebab..... " Dia berhenti seketika.

" Sebab tu Asya tak pasti. Tapi betul ke apa yang Asya cakapkan tadi? " Firash yang tadinya baring terus duduk bersila. Terkejut kerana Rasya boleh berkata sebegitu. Adakah ingatan Rasya sudah pulih?

" Sayang dah ingat? Sayang ingat apa yang berlaku dulu? Sayang ingat siapa abang? " Bertalu-talu soalan yang diberikan pada Rasya. Satu perasaan gembira mula timbul di hatinya.

" Tak. Asya tak ingat. Tapi itu semua dalam mimpi Asya. Mimpi yang selalu menghantui Asya. " Balas Rasya jujur. Tak tahu kenapa dia boleh bercakap tentang mimpi misteri itu sedangkan fikirannya lebih kepada hal Daniel. Rasya bangun dari pembaringan dan duduk mengadap suaminya.

" Lagi sayang mimpi apa? " Firash sedikit hampa. Sangkanya ingatan isterinya sudah pulih tetapi rupanya semua itu hanyalah mimpi. Inilah jadinya bila mengharapkan sesuatu yang mustahil.

" Api. Pondok terbakar. Ada sorang budak terperangkap dalam pondok tu. Budak tu dah mati kot. Sebab lepastu mimpi tu hilang macam tu je. " jawab Rasya. Dahinya berkerut-kerut menceritakan hal itu. Cuba untuk ingat satu persatu tentang mimpi-mimpi yang sering dia dapat sejak kebelakangan ini.

Lama Firash terdiam.
" Sayang, ada satu benda yang sampai sekarang abang rahsiakan dari sayang. " Ujar Firash dalam nada sayu

" Ha ? Rahsia kan apa ? Kenapa ni ? " Soal Rasya dengan risau. Tiba-tiba saja Firash jadi sedih. Bingung dibuatnya.

" Abang..... " Firash menarik nafas panjang.

" Abang harap sayang kuat bila dengar semua ni. " Sungguh wajahnya tika ini betul-betul tak sanggup untuk mengatakan semua ini. Perasaannya bercampur-baur.

" Apa ni ? Janganlah buat Asya risau. Tak suka lah macam ni . " Air mata Rasya sudah mula mengalir. Cis mudah betul mengalirkan air mata. Tak perlu layan cerita hindustan pun.

" Bismillahirohmanirrohim. Sayang, Abang nak cakap yang abang.... " dia berhenti seketika. Tubuh Rasya dipeluk erat.

" Yang abang sayangkan sayang sangat-sangat. Abang harap jodoh kita berkekalan hingga ke jannah. " Bisik Firash ditelinga Rasya. Belakang badan Rasya diusap. Dia cuba untuk menenagkan Rasya. Tak sangka Rasya boleh menangis.


Rasya menolak tubuh Firash dari memeluknya. Argh tak sangka Firash mengenakan dia malam ni dan dia pun terkena! Dada Firash dipukul kuat. Air matanya dikesat kasar. Hatinya sudah mula panas bila melihat wajah Firash yang tersenyum ayu macam perempuan!


" Sakitlah sayang. Baru kena kan sikit dah nangis. Cengeng ! " Ejek Firash. Lidahnya dijelirkan seperti budak kecil. Kemudian dia tergelak .


Rasya menjeling tajam kearah Firash. Bukan nak minta maaf. Gumam Rasya dalam hati. Bengang betul dengan Firash ketika ini.


" Abang memang sayangkan sayang sangat-sangat. Tidurlah. Nanti tak cukup tidur pulak esok nak kerja. " Rambut Rasya di belai. Kemudian dia mengosok kepala Rasya dan menyebabkan rambut Rasya berserabut. Terus tangan Firash ditepis oleh Rasya.

" Janganlah main rambut orang ! " Marah Rasya. Mukanya digarangkan.

" Okeylah sorry . Tak buat lagi dah. Gurau sikit pun kena marah. Nenek kebayan! . " Firash mencebik bibir. Dia baring semula dan selimut di tarik ke paras dada. Merajuk kononnya.

Rasya serba salah dibuatnya. TERmarah suami tanpa sengaja.

" Abangg.... " Panggil Rasya lembut. Tidak disahut.

" Firash Mikhail suami kesayangan Rasya Medina. Okeylah sorry sebab marah tadi. Asya taknaklah berdosa dengan suami. " Pujuk Rasya. Firash masih tidak mahu melayannya.

" Orang tua kalau merajuk memang susah nak pujuk. Dah lah susah, buruk pulak tu kalau merajuk. " Omel Rasya seorang diri.

" Abang dengar... dosa kutuk suami. " Ujar Firash dalam nada tegas. Sangka Rasya suaminya sudah tidur, rupanya pura-pura tidur. Dahinya ditepuk perlahan. Makin bertambah dosa kau Rasya. Bisiknya dalam hati. Geram dengan diri sendiri.

Rasya mengeluh kecil.
" Yelah yelah kali ni tak kutuk dah. Sorry okey? "

Firash membuka mata dan merenung biji mata Rasya sedalam-dalamnya. Kalau dinding, dah boleh tembus dah ni.

Rasya terus mengalihkan pandangannya dari memandang Firash. Dupdap dupdap jantung ni. Habis berterabur iman dekat lantai. Kacak sangat Firash ni. Puji suami sendiri 😆

Firash tersengih melihat Rasya yang sudah tidak senang duduk itu. Sudah 3 bulan menjadi suami isteri Rasya masih lagi berasa kekok.

" Abang tak merajuk pun. Cuma abang saja je nak tengok sayang pujuk abang ke tak. Tak sangka sayang pujuk walaupun sempat kutuk abang tadi tapi abang tetap hargai usaha sayang tu... "

" Abang sayang, cinta sangat-sangat dekat sayang! " Ucap Firash lalu dia mengucup pipi Rasya kejap. Rasya terpaku. Tak sempat nak mengelak Firash lebih pantas darinya.

Kemudian Rasya tersenyum manis.
" Asya pun sayang abang. Sebab abang lah  hero Asya, abang lah kawan baik Asya, Abang lah kekasih halal Asya dan Abang jugak lah cinta hati Asya yang pertama dan yang terakhir Inshallah... "

" Eh terlebih gula pulak isteri abang ni. Dah tidur. Abang ngantok dah ni. Malasnya esok nak kerja. " Matanya sudah merah kerana tidak cukup tidur. Rasya mengangguk tanda setuju. Sempat dia mengucup pipi suaminya. Satu kucupan di hadiahkan kepada suaminya sebelum tidur.

Hati Firash berbunga-bunga kerana Rasya sudah betul-betul menerimanya. Kali ini memang sudah seratus peratus. Tetapi terselit rasa risau dengan isterinya yang kadang-kadang okey dan kadang-kadang mula membangkitkan hal lalu. Terlalu banyak Rasya menyimpan rahsia. Tak pasti rahsia apa, tetapi memang Puan Sri Mariam pernah kata Rasya ini seorang yang perahsia. Rasya masih belum mahu berkongsi apa-apa dengannya. Mungkin masa itu akan tiba juga suatu saat nanti. Cuma cepat atau lambat itu tak pasti. Haruslah bersabar.

" Kalau kau ada rahsia, aku juga ada. Rahsia yang tak pernah aku buka. Tapi kau akan tahu jugak suatu hari nanti sayang. " Kata-kata itu hanya mampu diungkapkan dalam hati. Direnungnya wajah seorang isteri yang amat dicintai sejak kecil. Pipi isterinya diusap lembut lalu dia tersenyum.

Mimpi indah Firash dan Rasya...

                            ------------

Esoknyaa.....

Hari ini Firash akan terbang ke istanbul selama tiga hari. Terpaksalah dia meninggalkan isteri dan juga ibunya selama tiga hari. Tidaklah terlalu lama tiga hari itu tapi dia pasti akan merindui isteri tercintanya . Iyalah selepas berkahwin belum pernah lagi berpisah lama-lama. Paling lama pun tiga puluh minit sebab mandi.

" Hati-hati abang. Selamat bekerja . " Ucap Rasya sambil mencium tangan suaminya. Dia menghantar Firash di lapangan terbang atas permintaan Firash. Firash kata dia mahu meluangkan masa dengan isteri sebelum terbang ke istanbul.

" Sayang hati-hati tau . Kalau nak keluar pergi mana-mana abang izinkan tapi perlu juga inform pada abang biar abang tahu sayang pergi mana tau! " Pesan Firash, tegas. Sebenarnya dia amat risau mahu meninggalkan isterinya tetapi dia juga harus bekerja kerana mahu mencari nafkah buat keluarga.

Rasya mengangguk .
" Inshallah Asya akan inform pada abang ke mana pun Asya pergi. Dah cepat masuk nanti terlambat pula. "

Firash mencebik.
" Halau kita... "

Rasya tergelak lalu pipi Firash di kucup kejap.
" Sayang suami Asya. Nama abang selalu ada dalam doa Asya.. I'm gonna miss you abang.."

Firash tersenyum kelat. Dia tidak tahu kenapa hatinya sungguh berat untuk meninggalkan isterinya walaupun sudah berpesan pada mama dan ibu untuk menjaga Rasya. Allah hati tolong jangan macam ni. bisik Firash dalam hati.

" Abang pergi dulu. Jaga diri sayang... " pesan Firash kemudian dia memeluk erat tubuh isterinya dan ubun-ubun isterinya dikucup. Allah tolong jagakan isteriku buat aku. Doa Firash dalam hati.

Pelukan dileraikan. Dia terus berjalan meninggalkan isterinya sesekali dia melambai-lambai tangan pada isterinya dan memberikan flying kiss. Bibir Rasya kekal mengukir senyuman manis tetapi hatinya meronta-ronta meminta suaminya untuk datang memeluknya seperti tadi. Baru beberapa saat sudah merasa rindu. Maklumlah tidak biasa berpisah dengan Firash sepanjang mereka berkahwin...

" Hati tolong redhakan pemergiannya. Dia cuba pergi bekerja je. Jangan macam ni. " kata Rasya sambil tangannya diletakkan di dadanya.

Selepas Firash sudah jauh dari pandangan, Rasya melangkah perlahan-lahan keluar dari lapangan terbang. Tiba-tiba tangannya di tarik oleh seseorang. Dia terkejut dan dia menjerit. Terus mulutnya ditutup dan disuruh berhenti menjerit.

Orang itu membuka cermin matanya dan topi dinaik kan sedikit supaya mukanya dapat dilihat. Rasya meneliti wajah lelaki di hadapannya itu lalu cepat-cepat tubuh lelaki itu ditolak kasar.

" Kau kenapa kacau aku lagi?! " tengking Rasya. Daniel menyuruh Rasya memperlahankan sedikit suaranya. Banyak mata memandang mereka sekarang ini.

" Kita bincang dekat tempat lain boleh? " tanya Daniel.

Rasya mendengus.
" Nak bincangkan apa lagi? semuanya dah selesaikan haritu. Apa lagi yang kau nak? "

" Tak! Semuanya belum selesai! You belum jadi milik I lagi Asya! " suara Daniel mula meninggi. Rasya terus menarik tangan Daniel supaya mengikutnya. Dia tidak senang kerana ramai mata yang melihat mereka. Mungkin lebih baik selesaikan di tempat lain.

" Naik lah sekarang . " arah Rasya. Daniel menggeleng.

" Naik kereta I jelah. " balasnya.

Rasya membuka pintu dan menolak Daniel ke dalam kereta. Benci betul bila orang banyak bunyi bila di suruh ni. Daniel akur.

Terus enjin di hidupkan dan kereta di pandu dengan laju. Keadaan di dalam kereta amat tegang. Rasya fokus dengan pemanduannya dan Daniel pula sibuk bermain telefon.

Sampai saja di taman, Rasya terus turun begitu juga Daniel.
" Okey sekarang kau nak bincang tentang apa? " Tanya Rasya dengan tenang. Daniel mahu mencapai tangan Rasya tetapi cepat-cepat Rasya menepis dengan kasar.

" Bercakap guna mulut. Bukan tangan ! " Marah Rasya. Daniel terdiam seketika. Dia melabuhkan punggungnya di bangku. Rasya sekadar berdiri sahaja di hadapan Daniel.

" I nak you Asya. Please kembali ke pangkuan I. I tak boleh hidup tanpa you... " suaranya mula kedengaran sayu. Kepalanya di tundukkan sedikit.

" Kau sedar tak yang aku ni dah bersuami ? Kenapa kau masih nak kacau hidup aku lagi? " tanya Rasya, geram.

" You minta dia cerai lepastu kita kahwin ya? " Cadang Daniel. Mata Rasya di tatap.

" Kau bercakap macam orang takde iman. Kau fikir bila aku cerai dengan Firash aku akan kahwin dengan kau ke? Eh Dani, kalau aku ni ditakdirkan bercerai dengan Firash, belum tentu aku akan kembali ke pangkuan kau semula. Cukup Dani cukup. Cukup selama lima tahun aku menanggung sakit atas perbuatan kau terhadap aku Dani. Aku nak bahagia, bahagia bersama suami aku. "

" Tapi Asya, I cuma nak you sorang je. Bukan orang lain. I sanggup ceraikan Umairah dan tinggalkan anak-anak I demi you Asya. You tak nampak ke pengorbaan I ? "

" Kau tahu tak engkau lah lelaki paling bodoh sebab lepaskan seorang perempuan yang mencintai kau sepenuh hati Dani. Kak Umairah baik sangat tapi kau sia-sia kan dia. Memang terserlah kebodohan kau dekat situ. " Pedas saja ayat Rasya tetapi Daniel telan sahaja semua itu.

" I tak kisah you nak kata I bodoh atau apa pun cuma I nak you terima semula I . I nak you Asya. Please.... " Rayu Daniel.

" Aku taknak hidup dengan lelaki bodoh macam kau ni. Kalau dulu kau boleh tipu aku, tak mungkin sekarang kau tak boleh buatkan. Kalau dulu kau boleh duakan Kak Umairah, tak mungkin lepas kau kahwin dengan aku kau tak boleh buat juga kan. Sorry to say tapi aku memang dah benci sangat dengan kau. Dalam hati aku sekarang ni cuma penuh dengan rasa benci aku terhadap kau. Dengan perbuatan kau sebelum ni aku masih tak mampu lupakan. " Rasya terus melangkah pergi. Daniel mengejar Rasya dari belakang. Nama Rasya dipanggil-panggil tetapi Rasya hanya membiarkan saja. Dia sudah penat dengan Daniel.

Daniel berhenti dari mengejar Rasya. Dadanya dipegang kerana sakit. Dia berjalan perlahan-lahan untuk duduk dibangku tadi. Rasya jalan terlalu laju dia tidak larat mahu mengejar Rasya.

" Macam mana aku nak kejar semula cinta aku kalau berlari sikit pun aku dah terasa sakit? " Daniel menghela nafas panjang. Dia mula berputus asa. Dia juga sudah tidak mampu bertahan lagi. Bila-bila masa saja dia boleh pergi........


                            -------------


Bila budak 7 tahun kehabisan idea, sampai disitu saja yang mampu 😂

Maaf kalau ada typo. Tak sempat nak check.

Bye 🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top