LAPAN - ' Daddy pergi '
Perjalanan ke hospital memakan masa satu jam akibat kesesakan jalan raya. Rasya menjadi tidak senang duduk. Sesekali dia mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Telefon Rasya berbunyi tanda ada mesej dari aplikasi whatsapp masuk. Pantas dia membuka telefonnya untuk melihat whatsapp dari siapa.
-Hafiz Amreel;
" Asya, cepat sikit. daddy tengah tenat. "
-Rasya Medina;
" What?! abang bergurau ape ni? "
-Hafiz Amreel;
" Sampai hospital terus pergi wad ICU."
Soalan Rasya tidak dijawab. Perbualan mereka tamat begitu saja. Air mata Rasya mula jatuh. Tangannya di tekup ke muka. Rasya menangis. Firash melihat Rasya dengan sedikit terkejut. Kenapa Rasya menangis?
" Sayang, kenapa awak menangis? " Soal Firash dalam nada risau.
" Ash, please bawa laju sikit. " Pinta Rasya dalam esakan.
" Jalan jem Asya. "
" Please Ash. I takut tak sempat jumpa daddy. Please Ash. Kalau kene saman pun I akan bayarkan semua tu. Boleh ya Ash. " Rayu Rasya tersedu-sedu. Rasya memegang lengan Firash. Firash sekadar mengangguk.
Dia kembali fokus memandu. Melihat jalan sudah lengang sedikit, Firash segera menekan pedal minyak. Semua kereta dipotong. Sesekali dia mengunakan jalan kecemasan. Dia memandu selaju mungkin. Sampai lampu merah pun dia sanggup langgar. Demi Rasya!
---------
Tiba saja di hospital, Rasya tergesa-gesa memasuki hospital. Selepas menayakan pada nurse di mana wad ICU, Rasya terus berlari selaju mungkin. Macam tengah berlumba lari. Firash di tinggalkan di belakang.
Terlihat Hafiz sedang duduk dan kepalanya disandarkan pada dinding. Rasya terus mendekati abangnya.
" Abang, daddy macam mana? mana mama? " Soal Rasya dengan cemas. Suaranya sedikit serak serak akibat menangis.
Hafiz memandang adiknya dengan pandangan lemah. Langsung tiada semangat.
" Daddy ada dekat ICU. Mama jumpa daddy dekat dalam. Doktor benarkan dua orang saja yang masuk tapi abang nak tunggu adik. Nak masuk sama-sama dengan adik. " Jawab Hafiz dengan lemah.
" Adik nak jumpa daddy sekarang bang.. " kata Rasya sambil melentokkan kepalanya di bahu abangnya.
" Tunggu mama keluar dulu. " Balas Hafiz. Rasya hanya menurut. Firash yang baru sampai itu bersalam dengan Hafiz dan dia mengambil tempat disebelah Rasya.
" Kawan Rasya ke? " Soal Hafiz ditelinga Rasya.
" Dia bakal adik ipar abang. " jawab Rasya selamba. Hafiz hanya tersenyum kelat. Akhirnya daddy berjaya juga pujuk Rasya untuk berkahwin.
Puan Sri Mariam keluar dari wad ICU. Dia terus duduk di kerusi. Tak kuat untuk dia berdiri lama. Nak menangis air mata sudah tiada. Sepanjang perjalanan ke hospital tadi, sudah puas Puan Sri Mariam menangis. Naik kering juga air matanya.
" Maa, Rasya masuk jumpa daddy ya. " Ujar Rasya sambil mencium tangan mamanya. Puan Sri Mariam hanya mengangguk lemah. Rasya mengatur langkah memasuki wad ICU. Hafiz hanya mengikutnya dari belakang.
Ada sesusuk tubuh terbaring di atas katil. Tangan dan kaki berbalut. Mungkin kerana luka kemalangan. Dibadannya penuh dengan wayar-wayar. Sayu saja melihat keadaan Tan Sri Hamid begitu. Rasya cuba untuk tidak menangis namun dia tidak mampu. Sekali lagi air matanya jatuh. Hafiz mengusap lembut bahu Rasya untuk menyalurkan kekuatan.
" Daddy, macam mana daddy boleh jadi macam ni? Pagi tadi Asya tengok daddy sihat je. " Rasya mengusap-usap pipi daddynya.
" Daddy, bangunlah. Jangan tinggalkan Asya. Asya sayangkan daddy. Daddy kena kuat demi Asya. Daddy kata nak tengok Asya kahwin. " Katanya lagi. kali ini esakannya semakin jelas.
Hafiz tak mampu melihat keadaan sebegitu. Air matanya jatuh jua. Dia mengusap dengan pantas. Kemudian dia mengatur langkah keluar. Hafiz memanggil Firash untuk memujuk Rasya. Firash hanya menurut tanpa bantahan.
Sayu hati Firash melihat Rasya sedang memeluk erat tubuh Tan Sri Hamid. Terus Firash mendekati Rasya dan memeluk bahu Rasya.
" Sayang jangan menangis macam ni. Daddy tak suka sayang menangis macam ni. " Pujuk Firash.
Rasya mengesat air matanya perlahan.
" Daddy, Asya bawa bakal menantu buat daddy. Haritu daddy kata daddy nak jumpa dia kan. Inilah dia. Nama dia Firash Mikhail. Dia pilot dy. Asya suka sangat pilot. Daddy mesti suka juga kan sebab daddy dapat jumpa bakal menantu daddy. Kalau daddy nak tengok muka dia, daddy kenelah bangun. Handsome macam daddy tau. " Rasya tertawa kecil. Rasya tahu, daddynya sedang mendengar apa yang dia perkatakan.
" Dia baik macam daddy. Dia tak macam lelaki kat luar sana yang suka ambil kesempatan dekat Rasya. Daddy, Asya ada rahsia, rahsia yang Asya sorokkan pada daddy. Asya taknak bagitahu sekarang. Kalau daddy nak tahu rahsia apa, daddy kena lah bangun. " Kata Rasya lagi.
" Daddy, tolong bangun. Rasya rayu pada daddy. Jangan tinggalkan Asya. Nanti Asya dah takde teman untuk bercerita. Untuk dengar semua masalah Asya. " Rasya kembali menangis.
" Asya, jangan macam ni. Tak elok. Jom keluar, biarkan daddy awak berehat. " pujukan Firash tidak di ambil peduli. Selagi daddynya tidak bangun, selagi itu dia mahu bersama dengan daddynya.
Tiba-tiba ada air mata mengalir di pipi Tan Sri Hamid. Tak lama kemudian mesin denyutan nadi berhenti. Keadaan Tan Sri Hamid sudah tidak stabil. Cepat-cepat Firash memanggil doktor. Suasana di bilik itu menjadi kelam-kabut.
" Tolong keluar sebentar. " Pinta nurse.
" Taknak Asya nak teman daddy. " Rasya menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Rasya jom. " Ajak Firash. Rasya masih berdegil. Dia memberatkan badannya. Firash mula menggunakan tenaga lelakinya untuk menarik Rasya keluar.
" Daddy tak boleh tinggalkan Asya. Daddy kata nak tengok Asya kahwin. Asya nak daddy! Daddy tak boleh pergi! Daddy! " Jerit Rasya sekuat hati. Dia tidak peduli dimana dia berada. Dia cuma mahukan daddynya sihat seperti biasa. Rasya tidak mahi kehilangan Tan Sri Hamid. Firash terus membawa Rasya ke dalam pelukannya. Dia cuba menenagkan Rasya.
Pintu wad ICU itu ditutup. Rasya cuba meleraikan pelukan Firash namun gagal. Dia menangis teresak-esak di dalam pelukan Firash. Dalam masa yang sama dia merasa tenang di dalam pelukan itu. Pelukan itu seolah-olah pelukan dari daddynya.
Hafiz dan Puan Sri Mariam tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Di dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa semoga Tan Sri Hamid baik-baik saja.
Selama setengah jam di dalam ICU itu, Akhirnya doktor yang merawat Tan Sri Hamid keluar juga. Hafiz terus meluru ke doktor itu.
" Doktor, macam mana dengan daddy saya? " Soal Hafiz, risau. Doktor itu memandang Hafiz dengan pandangan sayu lalu dia menggeleng. Bahu Hafiz ditepuk-tepuk dengan perlahan.
" Maafkan saya, saya sudah cuba menyelamatkan Tan Sri tapi saya gagal. Allah lebih menyayangi Tan Sri. " Jawab Doktor itu.
" innalillahiwainnailaihirojiun" Ucap Hafiz. Rambutnya dikuak kebelakang. Doktor itu terus beredar dari situ.
Rasya sudahpun tertidur di bahu Firash. Akibat kepenatan menangis. Hafiz memandang wajah adiknya. Macam mana dia nak bagitahu yang daddy sudah tiada.
Ya'Allah berikanlah mereka kekuatan.
--------------
Rasya mengeliat kecil. Dia membuka mata dengan perlahan. Dia sedikit pelik. Kenapa dia ada di dalam biliknya? Bukan ke sepatutnya dia di hospital? Apa yang berlaku semua tu mimpi ke? Pelbagai soalan bermain di benak fikirannya.
Pintu bilik air dikuak. Terlihat Firash yang bertuala mandi melilit pinggang. Segera Rasya mengambil bantal di sebelahnya untuk menutup mata. Firash kembali masuk ke dalam bilik air. Tak sangka Rasya sudah bangun dari tidur.
" Ash! apa awak buat dalam bilik saya? " soal Rasya dalam nada marah. Siapa tak marah suka hati je masuk bilik anak dara orang.
" Sorry Asya. Bilik yang lain dah penuh. Cuma bilik awak je yang ada. Jadi saya pinjam bilik air awak untuk mandi."
Bilik dah penuh? Apa maksud Firash? Rumah besar takkan bilik dah penuh? Penipu ni....
Terus Rasya bangun dari katil dan mendekati Firash. Dia merenung anak mata Firash sedalamnya.
" Apa maksud awak bilik penuh? awak sebenarnya nak ambil kesempatan kat saya kan? "
" No! Saya takkan sentuh awak sebelum kahwin." kata Firash dengan gugup.
" Bilik dekat rumah awak semua dah penuh jadi saya pinjamlah toilet awak sekejap. Sedara-mara awak ade dekat bawah. Malam ni ada buat tahlil. " Sambung Firash.
" Tahlil untuk siapa ? Siapa yang meninggal ? " soal Rasya kebinggungan.
" daddy awak. " jawab Firash perlahan.
" Apa yang jadi semuanya bukan mimpi ? Daddy dah pergi tinggalkan saya ? " Suara Rasya mula menjadi lemah. Dia berjalan lemah ke katilnya. Firash memakai baju dengan segera lalu dia duduk di sebelah Rasya.
" Saya ingat saya mimpi. Saya juga berharap yang sekarang ni saya masih belum bangun dari tidur. Ash, macam ni ke kehilangan orang yang kita sayang ? Macam ni ke rasanya Ash ? " Rasya memandang wajah Firash dengan pandangan penuh berharap.
" Rasya, bila kita kehilangan orang yang kita sayang, kita perlu jadi seorang yang kuat. Saya tahu apa yang awak rasa sebab saya juga pernah lalui benda yang sama. Tapi saya redha dengan pemergian ayah saya. Bukan bermaksud kita redha tu kita suka atas pemergian dia, tapi kita taknak dia terseksa di sana hanya disebabkan kita taknak lepaskan dia pergi. Belajarlah menjadi seorang yang redha... " Nasihat Firash. Rasya hanya menunduk memandang lantai sahaja. Kata-kata Firash memang terlalu dalam dan menusuk ke hatinya. Adakah selama ini aku tidak redha dengan apa yang jadi dalam hidup aku ? tanya Rasya pada dirinya di dalam hati.
" Daddy dah selamat kebumikan ke ? " tanya Rasya. Keadaannya semakin tenang.
" Dah. maaf sebab tak tunggu awak bangun dari tidur. Saya tengok awak terlalu penat. saya dah kejut, awak tak bangun. Kami semua terpaksa kebumikan arwah dengan segera. Tak elok di lambat-lambatkan. "
" Saya tak sempat cium daddy buat kali terakhir. " sayu saja Rasya menutur kata.
" Saya dah ciumkan daddy awak untuk awak. " Kata Firash lalu dia tersenyum.
" Terima kasih tapi tetap tak sama macam saya cium daddy saya. Daddy pasti kecil hati dengan saya. "
" Tak. Daddy takkan berkecil hati dengan awak sebab awak dah tunaikan apa yang daddy nak. Awak tunaikan kemahuan daddy untuk berjumpa dengan saya. Awak ikutkan apa yang daddy nak iaitu berkahwin. Tak mungkin daddy masih nak berkecil hati dengan awak. "
" Terima kasih awak... " ucap Rasya sambil memandang wajah Firash. Bibir Rasya mengukir satu senyuman. Walaupun senyuman itu sedikit kelat tetapi sudah memadai.
" Terima kasih sebab beri saya semangat. Terima kasih sebab ada dengan saya waktu saya sedih, bahagia, susah dan senang. Terima kasih sebab tolong orang uruskan jenazah daddy saya. Terima kasih terima kasih terima kasih. " Berkali-kali Rasya mengucap terima kasih pada Firash.
Firash tergelak kecil.
" Sama sama kasih. Buat kekasih hati, semuanya saya akan buat dengan penuh kasih sayang dan saya akan ada dengan awak hingga akhir hayat saya. Itu janji saya buat kekasih hati saya iaitu Rasya Medina. "
--------------
Buat daddy,
Terima kasih atas pengorbanan yang pernah daddy lakukan buat Asya. Tenanglah daddy di alam yang baru. Tunggu Asya di sana. Asya pasti datang tapi belum tahu bila. Asya sayangkan daddy sampai pokok rambutan berbuahkan durian ;')
Mimpi indah di sana daddy. Semoga daddy ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat daddy.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top