EMPAT PUlUH TIGA - Anak kita.

– EDIT –

Peluh di dahi Rasya dilap oleh Firash. Firash melihat doktor yang sedang mendukung anaknya. Anak mereka tidak menangis sejak tadi. Firash memandang wajah Rasya, Rasya sudah kelihatan sedikit takut.

Firash datang dekat pada doktor.
" Doktor, kenapa anak saya tak menangis? " soal Firash, risau. Selalunya bayi akan menangis selepas dilahirkan.

" Anak awak tertelan air ketuban ni. " kata Doktor itu. Dia mengusap badan belakang bayi itu lalu menepuk perlahan-lahan kemudian paha bayi itu dicubit pula.

" Anak saya kenapa doktor? " soal Rasya, sedikit sebak.

YaAllah, selamatkan anak aku, doa Rasya di dalam hatinya.

Doktor itu tidak menjawab. Dia sedang melakukan kerjanya. Dia harus membuat bayi itu menangis dengan segera.

Dan akhirnya kedengaran bunyi tangisan seorang bayi dengan jelas. Doktor itu tersenyum lebar. Dia berjaya!

Bayi itu diberikan pada Firash.
" Tahniah, Encik dapat anak lelaki. " ucap Doktor itu, ceria. Dia bersyukur kerana dia berjaya menyelamatkan bayi itu.

Firash mengucap kesyukuran. Dia menghela nafas lega, begitu juga Rasya. Rasya mengesat air matanya yang mengalir tadi. Firash datang dekat pada isterinya bersama-sama anak mereka, lalu anaknya diletakkan di atas badan Rasya.

Rasya tersenyum lebar. Rambut lebat anaknya diusap lalu dicium lama.
" Anak mama, Imran Iskandar. "

" Alhamdulillah Allah selamatkan kamu sayang. Jadi anak yang soleh buat mama dan papa.. " kata Rasya.

Firash mengusap rambut isterinya.
" Terima kasih sayang sebab dah bersusah payah melahirkan zuriat abang. " Ucap Firash.

Rasya sekadar tersenyum. Imran Iskandar diambil kembali oleh Firash lalu Firash mula menghadap kiblat, bibirnya didekatkan di telinga kanan anaknya lalu dia mengazankan anaknya itu, kemudian ditelinga kiri pula dia iqamatkan anaknya. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir. Anugerah Allah yang sangat istimewa buatnya. Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan dapat merasa menjadi seorang bapa.

Dahi anaknya itu dikucup lama.
" Kehadiranmu membawa kebahagiaan sayang. Papa harap kehadiranmu ini juga dapat memulihkan masalah yang sedang kami hadapi.. " ujar Firash, sebak.

Firash bersyukur kerana anak dan isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan 💕

                        --------------

" Assalamualaikum anak mama. Selamat pagi. " Ucap Rasya pada anaknya yang diberi nama Imran Iskandar.

Perlahan pipi anaknya itu diusap. Rasya memandang suaminya yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil hospital. Rasya yang bersalin, Firash pula kelihatan terlebih penat.

" Allah dengar doa mama sayang. Mama bersyukur sangat . " Ujar Rasya sambil mendukung Imran Iskandar. Pipi Imran Iskandar diusap dengan penuh kasih sayang.

Wajah Imran Iskandar ada sedikit iras-iras dengan wajah suaminya. Hidung, bibir dan kening anaknya persis seperti suaminya. Mata dan bulu mata Imran Iskandar yang sedikit lentik itu pula sama seperti Rasya. Semasa Rasya mengandungkan Imran Iskandar, memang dia tak boleh dekat dengan Firash, itu yang muka Imran Iskandar sama seperti Firash tetapi ini versi Firash junior.

Sedang Rasya bermain dengan anaknya tiba-tiba dia teringatkan mamanya.
Sebak dada ini bila teringatkan orang tua itu. Dia tidak tahu sampai bila dia akan hidup seperti anak yatim piatu sedangkan dia masih mempunyai mama walaupun itu bukanlah mama kandungnya tetapi dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Puan Sri Mariam. Tak mungkin dia akan melupakan mamanya.

" Ada masa nanti kita jumpa nenek Iskandar  ya? Pasti nenek akan berlembut hati bila dapat jumpa dengan cucu dia yang gendut ni. " Rasya tersenyum kecil bila melihat anaknya tersenyum. Seolah-olah Imran Iskandar faham apa yang Rasya katakan.

" Morning ! " Ucap Firash separuh menjerit dalam keadaan sedikit mamai. Rasya terkejut tiba-tiba saja Firash sedar dari lenanya. Tadi bukan main pulas tidur.


" YaAllah abang. Pagi-pagi dah terkejutkan orang. " Rasya berkerut dahi tanda dia tidak suka cara suaminya yang selalu mengejutkan orang.


Firash datang dekat pada isterinya lalu pipi isterinya dicium kejap.
" I love you sayang. Thanks sebab lahirkan Imran Iskandar Bin Firash Mikhail. " Ucap Firash dengan penuh kasih sayang. Rambut isterinya dibelai.

" Asya bersyukur sangat sebab Allah dengar doa Asya. Iskandar dapat tengok muka mama dia yang cantik ni dengan muka papa dia yang comot. " Sempat Rasya mengusik suaminya. Firash menjeling isterinya lalu dia mengambil anaknya dari pegangan isterinya.

" Iskandar, mama kata muka papa comot bermaksud muka Iskandar pun comot juga. " Pipi Imran Iskandar dicium.

" Iskandar tak comot. Abang je yang comot. " Rasya memperbetulkan ayat Firash.


" Sayang, Iskandar ni ikut muka abang tau. Bila abang comot, Iskandar pun comot juga. " Firash tertawa kecil bila melihat isterinya mencebik.


" Iskandar punya mata ikut Asya. Sebab tu mata Iskandar bersinar-sinar je. Tak macam abang, mata banyak tahi mata . " Rasya tidak mahu kalah.

" Bulu mata dia, mata bulat dia memang sama macam sayang. Mata yang buat abang jatuh cinta. Dari mata turun ke hati. Auch! " Firash meletakkan tangannya di dada lalu diciumnya kening Rasya kejap.

" Keluarga kita dah lengkap. Ada mama, ada papa dan ada baby. Happy Family! " Rasya menjerit keriangan. Haih dah jadi mak budak pun perangai masih macam budak-budak. kutuk Firash di dalam hati.

Firash mendekatkan telinganya di mulut Imran Iskandar seolah-olah Imran Iskandar mahu membisikkan sesuatu di telinganya.

Rasya pula sedang sibuk mengemas barang bayi yang sedikit bersepah kerana Firash. Lelaki kalau ambil barang memang akan bersepah.

" Sayang. " Muka Firash sedikit terkejut.

Rasya berkerut dahi.
" Kenapa ? " tanyanya.

" Iskandar kata dia nak adik lagi. Tadi dia bisik dekat telinga abang. "

Rasya membuat muka menyampah. Bahu suaminya ditolak perlahan.
" Itu bukan Iskandar yang cakap, tapi ' bapak ' Iskandar yang cakap. " Sengaja perkataan ' bapak ' di tekankan.


Firash melepaskan tawanya dengan kuat.
" Kasarnya dia main ' bapak-bapak ' . "

" Asya baru bersalin, berpantang pun tak lagi. Abang dah fikir nak tambah lagi. Eeee gelojoh. " Geram Rasya melihat perangai suaminya. Tapi geram-geram pun tetap sayang. Hekhek


" Abang bagitahu awal-awal je yang abang nak anak lagi. Sayang siap sedia je okey. Muah. " Firash memberi flying kiss pada isterinya. Rasya tersenyum kecil.

Bahagia. Itu saja yang mampu katakan.


•••••

Okey chill dulu. Belum sampai ending. Mulanya plan ini bab yang terakhir tapi memandangkan Imran Iskandar baru lahir, nak lah tunjuk sikit gelagat dia masa kecil ni. Kesian Imran Iskandar macam jadi extra pula. Lahir je then ending kan hewhew.

Inshallah ada masa lagi, nanti bunga terus update kasi habis. Korang tunggu je okey! Jangan risau, ending takde sedih sedih. Lepas hujan pasti ada pelangi kan? Bermaksud lepas sedih, adalah kebahagiaan yang sedang menanti kita. Happy reading 💕

hashtag; maaf kalau ada typo.
hashtag; bunga busy.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top