EMPAT PUlUH - Selamat tinggal sayang
Daniel selamat di kebumikan di tanah perkuburan islam kuala lumpur. Segalanya diuruskan oleh Firash. Umairah sudah tiada semangat untuk melakukan semua itu.
Semua orang sudah pulang ke rumah masing-masing kecuali Umairah. Dia masih duduk disebelah kubur Daniel.
" Dani, baru sekejap you pergi i dah mula rindukan you. Macam mana i nak hidup bertahun-tahun tanpa you ? " sebak suaranya. Umairah tertunduk lalu menangis.
" Dani, kalau masa boleh diundurkan semula, i nak sangat kita macam dulu tapi Dani semua tu dah terlambat. You dah pergi tinggalkan i buat selama-lamanya. " Semakin kuat esakannya. Umairah meletakkan kepalanya di atas kubur Daniel. Kayu yang dibuat tanda itu diusap.
" I tak kuat bila anak-anak mula tanyakan pasal you. Dani, macam mana i nak mulakan hidup baru i tanpa you. I tak mampu Dani. Kalau dulu mungkin i mampu sebab dalam diam i tengah cuba perbaiki hubungan kita tapi sekarang i dah tak boleh Dani. " Kata Umairah lagi. Dia menangis semahu-mahunya di situ. Umairah tidak kuat untuk berdepan dengan kebenaran yang Daniel sudah pergi buat selama-lamanya. Tiba-tiba ada satu suara menegurnya dari belakang.
" Cik, tak elok menangis macam ni. " tegur seorang lelaki . Umairah terus menoleh kebelakang untuk melihat siapa lelaki itu.
Seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah. Tangan kanannya memegang yasin dan tangan kirinya pula memegang jug dipenuhi dengan air bunga-bungaan. Lelaki itu tersenyum ke arah Umairah.
" Lebih baik kita sedekahkan Al fatihah dan mendoakan segala urusan arwah di sana dipermudahkan. Tak elok macam ni di tanah perkuburan. " Nasihat lelaki itu. Umairah mengesat air matanya lalu dia berdiri dan menggulung tikar kemudian dia terus melangkah pergi tanpa mengucapkan apa-apa pada lelaki itu.
Lelaki itu mengejar Umairah sampai ke kereta Umairah. Umairah sedikit pelik apa yang lelaki ini mahukan padanya?
" Awak nak apa ? " tanya Umairah, tegas.
" Saya Fath . Saya cuma nak minta maaf kalau teguran saya tadi terkasar atau salah. " Jelas lelaki itu. Umairah mengangguk kecil.
" Tak apa. Saya tahu memang salah saya sebab macam tu. Terima kasih atas teguran awak. Saya minta diri dahulu. " Terus Umairah masuk ke dalam kereta. Enjin kereta di hidupkan lalu dia terus memulakan perjalanannya untuk ke rumah Daniel.
----------
Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Daniel. Rumah ini penuh kenangannya bersama Daniel ketika mereka masih menjadi suami isteri. Rumah ini dahulunya sentiasa ceria kini rumah ini sudah bertukar menjadi suram. Keadaan rumah ini sedikit berselerak. Umairah mengutip bantal-bantal yang berterabur di lantai lalu di letakkan di atas sofa.
Sedang dia sibuk mengemas, dia terjumpa kotak yang dipenuhi dengan surat-surat. Umairah mengambil kotak itu lalu dia duduk di sofa. Dia membaca nama-nama yang tertera di sampul surat itu. Ada dua surat untuk Rasya dan Firash, yang lain surat buatnya.
Ada tiga surat buat Umairah. Dia mula membuka surat pertama yang tertera namanya itu.
20 April 2016
Assalamualaikum Umairah. Aku tulis surat ni untuk kau sebab tiba-tiba aku rasa rindu pada kau. Umairah, aku tak tahu sama ada aku masih cintakan engkau atau tidak tapi yang pasti aku selalu rindukan kau. Umairah, aku nak bagi surat ni pada kau tapi aku tak tahu nak bagi macam mana . Aku malu Umairah pada kau. Aku selalu ketepikan kau dan anak-anak. Umairah, anak-anak kita sihat tak? Diorang ada rindukan aku tak? Aku rindukan diorang. Beberapa bulan hidup tanpa korang aku sedar sebenarnya hidup aku suram. Aku sunyi Umairah. Aku sunyi hidup tanpa kau dan anak-anak. Kalau aku mampu putarkan masa, aku nak sangat kita hidup macam dulu. Tapi semua tu takkan jadi sebab tulah aku teruskan misi aku untuk pikat Rasya semula. Tapi dia betul-betul dah lupakan aku. Aku cuma mahukan seorang teman sebab tu aku jadi macam ni. Bila kau pergi kerja, aku sunyi Umairah. Aku nak kau balik semula pada aku. Ceriakan hidup aku macam dulu.....
Sayang, tolong balik ke pangkuan shuben.....
Umairah mula menitiskan air matanya. Dia tak sangka selama ini Daniel menanti kepulangannya. Selama ini dia fikirkan Daniel memang betul-betul sudah melupakannya jadi dia pun mula menjauh dari Daniel. Umairah membaca surat kedua yang di tulis oleh Daniel buatnya.
20 May 2016
Ini surat kedua yang aku buat untuk kau Umairah. Surat yang pertama aku masih tak hantar pada kau. Alamat rumah kau apa sayang? Penat aku cari kau tapi kau betul-betul menjauh dari aku. Aku fikir kau main-main nak pergi jauh dari aku, rupanya betul. Kau sihat tak sayang? Aku harap kau sihat. Harini aku demam. Takde siapa rawat aku macam dulu. Kalau dulu aku demam kau selalu jaga aku sampai tertidur . Muka kau penat sangat masa jaga aku, tapi kau tetap nak jaga aku sebab kau kata kau taknak abaikan suami. Macam-macam yang kau dah buat untuk aku tapi aku langsung tak pandai hargai semua tu kan Umai ? Aku selalu salahkan kau termasuk penceraian kita ni. Aku tetap salahkan kau padahal semua tu aku yang mulakan. Aku sibuk kejar cinta yang tak pasti padahal isteri aku ada depan mata. Aku dah sedar semua ni punca dari diri aku . Kau masih taknak balik semula ke pada aku? Umai, Rasya dah tak cintakan aku. Aku jumpa dia, dia kata dia dah tak sayangkan aku. Dia sayangkan suami dia. Kukuhnya cinta dia pada suami dia kan Umai. Aku nak macam tu juga. Selalu disayangi dan juga dicintai. Aku nak kau semula Umairah......
Tolong pulang sayang... Shuben rindukan sayang.....
Air mata semakin deras mengalir. Umairah menarik nafas panjang. Dia perlukan kekuatan untuk membaca surat-surat ini. Umairah melipat semula surat kedua yang berada di tangannya. Dia mula membuka surat yang terakhir yang Daniel buat untuknya.
5 September 2016
Aku dapat berita buruk dari doktor. Doktor kata aku ada kanser hati. Hati aku dah rosak teruk. Mesti sebab aku jahat kan sebab tu hati aku rosak. Semua kejahatan aku Allah balas. Aku insaf Umairah. Aku taubat. Aku dah tak mahu jadi jahat. Tapi taubat aku diterima ke Umairah? Aku dah tak kuat Umairah. Mungkin ini surat yang terakhir aku tulis untuk kau. Aku rasa ajal aku semakin dekat dengan aku. Tadi aku tak sempat nak beritahu hal ni pada kau, kau dah matikan panggilan. Kau tak tahu ke yang aku rindu nak dengar suara kau? Aku nak kau ada saat aku hembuskan nafas terakhir aku. Aku nak kau ada di sisi aku saat aku sedang bertarung dengan sakit aku. Aku nak di jaga semasa aku tenat. Aku mahukan semua orang bersama aku. Aku taknak duduk sorang-sorang macam sekarang ni . Aku harap aku dapat merasa semua tu sebelum aku pergi. Dalam kubur nanti aku duduk sorang-sorang jadi berilah aku peluang berteman di dunia ini.
Sayang, bila shuben dah pergi dari dunia ini shuben mohon sangat jangan menangis sebab shuben. Sayang janji ya pada shuben? Shuben nak tengok sayang bahagia dengan lelaki yang lebih baik dari shuben. Shuben taknak sayang terseksa kerana shuben. Sayang, bila shuben dah pergi nanti jangan lupa bacakan yassin dan sedekahkan Al-Fatihah buat shuben ya? Shuben sayang sangat dekat sayang. Shuben akui semua tu. Selama berbulan-bulan shuben hidup tanpa sayang macam-macam yang shuben rasa. Macam-macam yang shuben perlu lalui seorang diri. Shuben nak berterima kasih pada sayang atas segala yang sayang lakukan buat shuben. Lama shuben menanti sayang, sampai kadang shuben penat menanti benda yang tak pasti. Shuben pun dah takda ganggu hidup Firash dan Rasya sebab shuben dah penat. Sejak sakit, shuben cepat sangat rasa penat. Shuben pun dah takde hati dengan semua ini.
Doakan untuk shuben. Terima kasih kerana hadir dalam hidup shuben walaupun seketika. I love you Umairah. Ciumkan anak-anak untuk shuben. Selamat tinggal sayang. Assalamualaikum sayang.
Sekali lagi Umairah gagal menahan air matanya dari jatuh. Surat yang di tulis oleh Daniel betul-betul membuatnya makin bertambah sedih.
" Umairah sayang shuben juga. Shuben sentiasa di dalam hati Umairah. " Surat itu di tekap di dada lalu dia sedekahkan al-fatihah buat Daniel di dalam hati.
Umairah juga cuba mencari kekuatan buat dirinya untuk meneruskan hidup. Umairah merasa bersalah kerana dia tidak membawa anak-anak datang berjumpa Daniel ketika Daniel mahu berjumpa mereka. Dia tahu sudah terlambat untuk dia merasa menyesal atas apa yang berlaku. Takdir telah menentukan segalanya.
Semoga Umairah kuat untuk menempuh cabaran hidup ....
•••••
- 11.09. ---- . Tahun di rahsiakan hehe . Happy birthday to me! Harini birthday bunga tapi bunga bagi korang hadiah pula. Takpe asalkan korang happy! yehaa! HAHA nampaknya budak tujuh tahun dah membesar dengan baik walaupun seminggu sebelum birthday dan sampai sekarang masih demam lagi HAHAHAHAHA.
- Sangat-sangat susah nak buat part ni. Allahu gais. Masa tulis ni tak tahu nak cakap rasa apa. Sedih ada sikit tapi lebih ketara rasa risau. Risau takut-takut tak ada yang dapat terima karya bunga. Dah tahap merepek ke ni? huhu. Nak habiskan cepat memang macam ni. K chaw! pape jangan complain eh kalau nak tahu ending kekekekekkekekeke.
Promote story;
Pemilik hati encik playboy • Kisah cinta cik ego by Hxnxzz
Cinta si photographer by nrfatinnasuha_
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top