EMPAT PUlUH SATU - Benci
" Sayang, sudah sudah lah tu menangis. " kata Firash sambil dia menghela nafas. Penat dari tadi dia menyuruh isterinya berhenti menangis tetapi isterinya tetap tidak mahu berhenti. Risau dengan keadaan isterinya yang sedang mengandung. Kandungan itu baru saja takut memberi kesan yang buruk pada kandungan.
" Awak tak sedih ke? " soal Rasya dalam esakan.
" Tak sedih langsung. Semua tu lakonan je kot bukan betul. " Balas Firash sambil tergelak kecil. Rasya menjeling suaminya .
" Awak tahu tak orang tengok Train to busan mesti menangis part yang belakang tu. Tapi awak tak. Awak takde perasan ke ?! " Marah Rasya pada suaminya. Firash semakin galak tertawa.
" Sayang, abang tak menangis bukan bermaksud abang tak ada perasan cuma bagi abang dia belum cukup sedih. " Jelas Firash dalam tawa yang masih bersisa.
" Haah mananya nak sedih kalau dah nak habis abang pun selamat dibuai mimpi kan? Asya suruh tengok dia tidur. Ish benci! " Terus Rasya bangkit dan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik di hempas kuat.
Firash menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Orang mengandung memang macam tu ke? tanya hati kecil Firash.
Firash perlahan-lahan membuka pintu bilik. Terlihat Rasya yang terlena di atas katil. Firash datang dekat pada isterinya lalu dia melabuhkan punggungnya di sisi katil. Dahi Rasya dikucup kejap.
" Sorry buat awak marah. I love you sayang. " ucap Firash sambil tangannya mengusap perut isterinya yang sudah mula membuncit. Sedang Firash leka menatap wajah isterinya, terasa ada tangan yang sedang menggenggam tangannya dengan erat.
" Sorry juga sebab marah abang tak tentu pasal. " Ucap Rasya sambil mata tertutup. Firash tersenyum kecil. Rupanya isterinya tidak tidur.
Rasya membuka matanya lalu dia menatap wajah suaminya kejap. Kemudian dia memberi Firash ruang untuk baring di sebelahnya.
Firash mengambil tempat di sebelah isterinya. Tubuh isterinya didakap erat.
" Arwah Daniel ada tinggalkan surat untuk kita berdua.. " beritahu Firash.
" Oh ya? surat apa? harta ke bang? " suara Rasya sedikit teruja. Firash tertawa kecil.
" Sekejap abang pergi ambil surat tu. " Firash terus bangkit dari pembaringannya dan almari di sisinya di buka untuk mengambil surat yang Umairah beri padanya semalam lalu surat itu di hulurkan pada isterinya.
" Sayang baca lah... " arah Firash. Rasya menggeleng tanda tidak mahu.
" Abang bacakan kuat-kuat. Asya malas. " kata Rasya selamba. Firash mengeluarkan surat itu dari sampul surat.
Lama Firash memandang surat itu kemudian dia memandang isterinya sekilas. Firash berdehem kecil.
Assalamualaikum Rasya. I buat surat ni cuma nak beritahu yang segala hutang i pada you, i dah langsaikan. Semua duit tu i dah transfer kan pada bank you. I harap you maafkan segala kesilapan yang pernah i buat pada you. I pernah merayu pada you untuk kembali pada i, i pernah kacau rumah tangga you, i pernah curi curi jumpa you masa suami you kerja . Semua tu tak patut i lakukan. I betul-betul minta maaf pada you. Maafkan i ya? Doakan untuk i . Halalkan semuanya....
- Daniel -
Selesai Firash membaca surat yang Daniel berikan buat Rasya terus dia memandang isterinya lama. Rasya sudah tertunduk takut kerana Firash memandang tajam ke arahnya.
" Kenapa tak pernah beritahu abang yang Daniel pernah kacau sayang ? " soal Firash dalam nada tegas.
Rasya diam tidak menjawab. Dia bermain-main dengan jarinya kerana ketakutan.
" Abang tanya ni Rasya Medina. " Suara Firash mula meninggi.
" Se-bab Asya ta-kut abang bergaduh den-gan Dani lagi. Abang kan tak suka Dani. " Tergagap-gagap Rasya menjawab.
" Abang bukan tak suka Dani, tapi abang tak suka orang kacau isteri abang. Sepatutnya hal ni sayang perlu beritahu abang supaya abang boleh lindungi sayang kalau ada apa-apa berlaku. Abang tak mahu di mata manusia nampak yang abang ni tak pandai jaga isteri. Sayang faham kan maksud abang ? " Kata Firash dalam nada lembut. Dia mengusap pipi isterinya lalu pipi itu di kucup kejap.
" Abang tak marah sayang, cuma abang tak suka isteri abang berahsia dengan abang. Abang sayang isteri abang ni. " Sambung Firash. Rasya terus memeluk suaminya dengan erat.
" Maafkan Asya.... " Ucap Rasya dalam nada sebak. Firash membelai rambut isterinya lembut.
" Abang dah maafkan. Dah jangan sedih-sedih. Abang tak suka. Sayang tahu tu kan? "
Dengan pantas Rasya mengesat beberapa titisan air mata di pipinya. Kemudian pelukan dileraikan. Satu senyuman manis diberikan pada suaminya.
" Nak baca surat seterusnya tak? " soal Firash pada isterinya. Dahi Rasya berkerut.
" Ada lagi ? " Firash mengangguk.
" Surat ni untuk abang. Tadi surat untuk sayang... " beritahu Firash. Rasya mengangguk mengerti.
" Abang baca kuat-kuat okey? Bismillah... "
Assalamualaikum bro. Aku nak minta maaf sebab kacau life kau. Mulanya aku nak blah lepas tahu Rasya dah kahwin tapi tengok kau lebih bergaya dari aku, rasa tercabar pulak. Aku janji lepasni aku tak akan kacau korang lagi. Eh macam mana nak kacau kalau aku dah mati kan? HAHA. Bro jaga Rasya elok elok okey? Jangan kecewakan dia, jangan lukakan hati dia okey? Biarlah aku sorang lelaki yang pernah dia benci dan yang pernah lukakan hati dia. Kau jangan masuk dalam list orang yang dia benci okey? Sebab sekali dia benci sampai bila-bila dia tak akan suka balik pada orang tu walaupun dia dah maafkan kesilapan orang tu. Nak kata aku kenal dia luar dalam, tak adalah sangat. tapi sikit-sikit tu boleh lah. Kau suami dia, kau pasti kenal isteri kau macam mana. Semoga happy bro dengan isteri tercinta. Buat anak ramai-ramai! Doakan untuk aku bro. semoga segala kesilapan aku, Allah ampunkan.
- Daniel -
Tersenyum kecil Firash membaca surat yang Daniel beri. Surat di lipat semula.
" Sayang tahu tak, sebenarnya Daniel baik. Bukan macam apa yang abang fikirkan sebelum ni. " Beritahu Firash dengan bibir masih menguntum senyum. Firash sedikit pelik kerana isterinya dari tadi diam sahaja. Firash mengangkat kepalanya dan terlihat Rasya sedang lena di buai mimpi.
" Patutlah senyap. Tidur rupanya.. " Omel Firash sendirian. Perlahan-lahan Firash mencium bibir mungil Rasya kemudian dia terus bangkit dari katil dan keluar dari bilik untuk berjumpa dengan mama. Ada sesuatu yang dia harus bincangkan dengan Puan Sri Mariam.
-----------
" Sampai bila mama nak macam ni ? " soal Firash, geram.
" Macam ni apa Firash ? " Puan Sri Mariam menyoalnya kembali.
Firash menghela nafas panjang.
" Tak bertegur dengan anak sendiri. Dah macam orang asing dah Firash tengok. Mama tak boleh macam ni maa. "
Puan Sri Mariam terdiam seketika.
" Bukan mama minta jadi semua ni Firash. " suara Puan Sri Mariam mula bertukar sebak.
" Hati mama mula sakit semula lepas beritahu kebenaran tu Firash. Mama mula bencikan anak mama. " Sambungnya. Dia tidak tahu kenapa dia tiba-tiba membenci Rasya sedangkan Rasya tidak bersalah dalam hal ini.
" Mama, bukan ke mama dah dapat terima Rasya seikhlas hati mama ? Bukan ke mama jaga dia dari kecil dengan penuh kasih sayang ? Kenapa mama selepas mama beritahu kebenaran pada Rasya mama boleh benci dia semudah itu ? Dia bukan pesalah maa. Tak baik mama menghukum dia yang tak bersalah... "
" Rasya memang layak di benci dan Rasya juga takkan marah mama kalau mama benci Rasya. " Firash terus menoleh kebelakang bila mendengar suara isterinya. Terlihat Rasya sedang berdiri di hadapan pintu bilik sambil tersenyum dengan air mata mula menitis perlahan-lahan di pipinya.
Terkejut Firash dengan kehadiran isterinya . Terus Firash datang dekat pada isterinya.
" Sayang, mama tak benci sayang... "
Rasya memandang wajah suaminya sambil tersenyum.
" Asya dengar semuanya... "
" Terima kasih mama kerana menjaga Rasya dari kecil hingga dewasa. Terima kasih kerana mama pernah menyayangi Rasya sepenuh hati mama dahulu. Siapa sangka kasih sayang sudah bertukar jadi benci kan? Rasya cuma nak cakap apa pun yang jadi, Rasya tetap sayang mama sepenuh hati Rasya. Mama, mama Rasya dunia akhirat . " Rasya datang dekat pada mamanya dan mencium tangan orang tua itu lama kemudian kakinya perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik mamanya dengan hati yang terluka. Cukup terluka bila mendapat tahu mamanya sudah membencinya. Kebenaran itu memang menyakitkan.
•••••
Allahu rasa terlalu lama tak menulis story ni dan mula ayat berterabur dan rasa macam idea hilang. Awak awak semua terima jelah ya penulis ni memang macam ni. Banyak merapu dan menulis langsung tak pernah serious. Teruk! hewhew
Kalau tak suka please please jangan baca ! Jangan complain apa apa . Bukan senang tau 😩😭
Sorry kalau ada typo. Malas nak check . Hm busy sikit bila dah besar ni. cewah padahal baru ' lapan tahun ' HAHAHAHA okey kalau you gais rasa bosan tak tahu story apa yang nak di baca. You gais boleh baca story yang i promote kat bawah ni okey? Happy reading ! 💕
silverdays - Sayangku! Mr Tengku
amanynajwa - Arliana Dahlia
nnaqibah - Bakal Suamiku Mr Bola
Syeeralitas - Love me or nah ?
nrixxh - Adra Medina
Izfarhazmi - PT3 & SPM
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top