EMPAT PUlUH EMPAT - Keluarga bahagia
Perlahan-lahan kaki Rasya melangkah masuk ke dalam rumah agam Puan Sri Mariam. Hatinya mula sebak terkenangkan hal lalu. Dia memandang suaminya lalu kepalanya digelengkan.
" Asya tak boleh.... " kata Rasya dalam nada bergetar. Takut. Itu yang dia rasa sekarang ini.
" Sayang boleh. Kan Iskandar ? Mama boleh buat. Yakin yang sayang boleh pujuk mama. Jangan putus asa. Fighting! " Firash cuba memberi semangat buat isterinya.
" Kalau tak berjaya macam mana? Apa yang kita perlu buat ? " soal Rasya.
" Sayang, belum cuba belum tahu. Kita buat dulu baru tahu berjaya atau tidak. Selagi belum buat, jangan fikir kegagalan. Kadang bila fikir, kita akan gagal. Abang tahu sayang boleh sebab isteri abang ni ratu pujuk orang. " Pipi Rasya dicuit perlahan. Rasya tersenyum kecil. Harap apa yang suaminya katakan itu benar.
Rasya mula mendaki tangga untuk sampai ke bilik Puan Sri Mariam. Pintu bilik Puan Sri Mariam diketuk. Lalu Rasya memulas tombol pintu itu dan dia melangkah masuk ke dalam bilik Puan Sri Mariam perlahan-lahan.
Terlihat mamanya sedang duduk membaca buku. Rasya berdiri dihadapan mamanya. Dia menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan-lahan.
" Mama... " panggil Rasya, takut-takut.
Puan Sri Mariam menutup buku perlahan-lahan. Wajah Rasya dipandang lama. Dia seperti tidak percaya yang Rasya berada di hadapannya ketika ini. Puan Sri Mariam bangun dari duduknya.
Lama wajah Rasya dipandang lalu tubuh kecil Rasya dipeluk sambil air mata mula menitis. Rasya juga terikut menitiskan air mata. Sebak!
" Maafkan mama sayang. Mama tak terniat nak buang Asya. Mama terlalu ikutkan perasaan mama. Mama lupa siapa diri mama. Mama yang bersalah dalam hal ni sayang. Maafkan mama. " Berkali-kali Puan Sri Mariam mengucapkan kata maaf.
" Rasya rindukan mama. Rindu sangat. Asya tak pernah berdendam dengan mama walau sikit pun. Betul, Rasya tak pernah lupakan mama apatah lagi nak berdendam dengan mama. " kata Rasya bersungguh-sungguh.
" Mama tipu diri mama. Mama kata mama tak sayang Asya hakikatnya mama sayang semua anak mama. Tapi malam tu tak tahu syaitan apa menghasut mama sampaikan mama buang anak mama. Mama minta maaf sayang. " Makin kuat esakan Puan Sri Mariam. Rasya mengusap-usap belakang badan mama.
" Tak apa. Asya faham. Mama jangan menangis macam ni. Nanti mama sakit.... " Rasya mula risau tentang kesihatan mamanya.
Pelukan dileraikan. Rasya mengesat air mata Puan Sri Mariam menggunakan hujung jarinya. Bibir Rasya mengukir senyuman.
" Asya datang bawa cucu mama.. " beritahu Rasya.
Puan Sri Mariam memandang ke arah pintu bilik. Terlihat Firash sedang menggendong bayi dan berjalan ke arah mereka. Puan Sri Mariam tersenyum lebar.
" Cucu nenek... " perlahan pipi Imran Iskandar diusap.
" Boleh mama dukung ? " Puan Sri Mariam meminta izin. Firash mengangguk.
Imran Iskandar digendong oleh Puan Sri Mariam.
" Nama dia siapa ? " tanya Puan Sri Mariam, ceria. Akhirnya dia sempat juga melihat wajah cucunya.
" Imran Iskandar.. " Firash dan Rasya menjawab serentak. Firash dan Rasya saling berpandangan lalu mereka tertawa bahagia.
Memang benar Firash kata ' belum cuba belum tahu. ' Alhamdulillah, keluarga mereka sudah kembali seperti biasa. Tiada lagi masalah keluarga.
-----------
Rasya sudah habis berpantang di rumah mama. Segalanya di jaga oleh Puan Sri Mariam. Hari ini mereka akan membuat majlis potong jambul buat Imran Iskandar.
Keadaan di rumah itu mula riuh rendah dengan suara tetamu yang hadir. Imran Iskandar pula sedang lena dibuai mimpi di baby cort yang tersedia.
" Sayang, kawan awak dah sampai ! " beritahu Firash separuh menjerit. Rasya yang sedang menepuk Imran Iskandar terus terhenti. Dia memanggil Puan Katrina untuk menjaga Imran Iskandar seketika.
" Beb! Long time no see yaa ! " Kata Rasya sedikit teruja melihat kehadiran Amirah. Pipi mereka di lagakan lalu Rasya memeluk tubuh Amirah seketika. Rindu dengan kawan karibnya ini.
" Yelah kau sibuk dengan jaga suami anak, mananya nak jumpa aku dah.. " Amirah berpura-pura sedih.
Firash yang mendengar, tertawa kecil.
" Rasya masa mengandung, pemalas nak keluar rumah. Apa-apa semua buat dekat rumah sampai barang bayi pun aku cari sorang. Sebab tu juga lah dia tak jumpa kau. " Beritahu Firash. Rasya menjeling suaminya.
" Bukan malas tapi kaki sakit nak berjalan. " Rasya memperbetulkan ayat Firash.
" Rasya kalau mengandung ke tak mengandung memang pemalas. Sama je ! " Amirah mula membahan Rasya . Makin galak Firash ketawa.
" Eh gelak-gelak juga. Aku nak kenalkan ni Fath, bakal tunang aku. " Amirah memperkenalkan bakal tunangnya pada Rasya dan juga Firash.
Firash menyalam Fath dan Rasya pula matanya tidak lepas dari memandang Fath.
" Hoi suami dekat sebelah pun pandang lelaki lain sampai nak terkeluar biji mata tu. " Tegur Amirah dalam nada gurau. Rasya tersenyum kelat.
" Hai Rasya Medina.. " Sapa Fath.
" Fath sihat ? " soal Rasya. Firash dan Amirah saling berpandangan. Bingung. Mereka berdua kelihatan seperti sudah lama kenal.
" Alhamdulillah sihat... " balas Fath, mesra.
Rasya memandang suaminya.
" Dia adik Daniel... " beritahu Rasya. Fath tersenyum manis memandang Firash.
Firash mengangguk mengerti. Patutlah seperti sudah lama kenal.
" Macam mana kau boleh kenal Fath? " Sengaja Rasya menanyakan hal itu padahal dia sudah tahu tentang Fath. Cuma dia tak sangka Fath yang selalu Amirah ceritakan itu adalah adik Daniel.
Amirah tersengih.
" Satu kolej. Musuh aku dulu. Hehe. "
Rasya menyenggol bahu Amirah.
" Benci lama-lama jadi sayang. "
" Weh, anak kau mana ? " Amirah mula menukar topik.
" Tu dekat baby cort . Tengah tidur . " balas Rasya.
" Nak tengok anak kau jap. " pamit Amirah. Rasya sekadar menghantar Amirah dengan ekoran mata sahaja. Firash pula sedang sibuk melayan kawan-kawannya.
Rasya memandang Fath lalu dia tersenyum kelat.
" Fath, Asya nak ucapkan takziah atas pemergian Daniel. " Sayu saja Rasya menutur kata.
" Kami semua tak tahu dia ada penyakit kanser. Bila dia pergi secara tiba-tiba tu terkilan juga, tapi nak buat macam mana dah ajal dia kan. " Fath kelihatan cukup tabah atas pemergian abangnya.
" Dah berapa lama dengan Amirah? " Rasya mula menceriakan kembali suasana yang sedikit suram tadi.
" Dalam lima bulan juga. Fath taknak bercinta lama-lama tu yang Fath terus melamar Amirah . Alhamdulillah dia setuju. " Semasa dia mahu melamar Amirah, perasaan takut amat ketara. Kerana padanya perkenalan mereka amat singkat dan itu mungkin menjadikan satu alasan buat Amirah untuk menolak lamaran itu. Namun nasib menyebelahinya dan Amirah setuju untuk menjadi isterinya.
" Jangan kecewakan Amirah. Jaga hati dia elok-elok. Awak first love dia tau. " Rasya mula membocorkan rahsia Amirah.
Dahi Fath berkerut.
" First love ? "
Rasya mengangguk.
" Yes, Amirah tak pernah bercinta sekalipun. Dia terlalu mementingkan kerjaya dia sampai dia tak pandang lelaki ni. Bila tanya dia ada suka sesiapa ke tak, jawapan dia tetap sama ' aku takde hati dengan lelaki ' sometimes Asya rasa dia ni lesbian tapi tak pun sebenarnya. " Rasya tersenyum sendiri bila teringat memori lama. Kini masing-masing sudah dewasa dan mula berjumpa dengan cinta sejati.
" Kenapa dia benci Fath eh ? " soal Fath ingin tahu.
" Sebab Fath tak pernah nak layan dia. Sebenarnya dia cuma benci-benci sayang. " jawab Rasya, selamba.
Fath tersenyum kecil. Tak sangka masih ada lagi benci-benci sayang. Puas dia menanyakan Amirah tentang itu, namun Amirah selalu mengelak untuk menjawab dan akhirnya, hari ini dia dapat juga jawapan untuk soalannya itu dari rakan karin Amirah.
----------
Rasya duduk menghirup udara di tepi pantai. Firash pula sedang sibuk bermain pasir dengan Imran Iskandar . Sesekali terdengar gelak tawa Imran Iskandar apabila suaminya melambung anaknya ke udara.
Rasya tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Tidak pernah dia sangka, perkahwinan mereka akan kekal hingga sekarang. Tak pernah dia rasa kebahagiaan yang dia kecapi sekarang ini.
Semua yang berlaku dalam hidupnya memang penuh dengan hikmah. Takdir mempertemukan Rasya dengan rakan karibnya ketika kecil dan kini dia lah suami yang paling Rasya cintai. Tak sangka cinta Firash pada Rasya terlalu kukuh sehinggakan tiada siapa mampu meruntuhkan masjid yang mereka sudah bina hampir dua tahun ini.
" Aku tahu perpisahan itu pasti, cuma aku mahukan biarlah perpisahan aku dengan suami aku kerana kematian. Bukanlah kerana hasad dengki manusia. " bisik hati kecil Rasya.
Firash mendukung Imran Iskandar dan datang dekat pada isterinya. Pipi Rasya pantas dikucup.
" Menungkan apa tu ? " tanya Firash. Dari jauh dia memerhati isterinya tidak habis-habis tersenyum.
" Teringat perjalanan hidup kita berdua sebagai suami isteri. Bila teringat, rasa kelakar pula. " balas Rasya. Terdengar dia tertawa kecil. Firash menciut pipi isterinya perlahan.
" Yelah, ada orang tu suruh kita kahwin dengan dia lepastu jadi suami sementara dia. Sayang dah fikir habis ke masa melamar abang tu ? " Wajah Isterinya dipandang menunggu jawapan.
Rasya menggeleng.
" Waktu tu Asya cuma fikir nak tunaikan permintaan daddy je. Asya tak fikir baik buruk dan apa yang akan jadi lepas kita kahwin nanti. " Kepala Rasya dilentokkan di bahu Firash.
" Kenapa abang terima Asya ? " kali ini giliran Rasya pula menyoal.
" Sebab sayang first love abang.... " pantas Firash menjawab.
" Dan abang pula cinta terakhir buat Asya... " ujar Rasya lalu pipi Imran Iskandar dicium.
" Pipi abang taknak cium? " Firash mula membuat muka. Sekarang ni Rasya dah kurang manja dengan dia. Tak habis berkepit dengan Imran Iskandar. Cemburu juga kadang-kadang.
Rasya mengangkat mukanya sedikit lalu satu ciuman di bibir dihadiahkan buat suaminya. Firash tersenyum lebar. Minta dekat pipi, dapat dekat bibir. Sukalah!
" Nak lagi ! " pinta Firash teruja.
" Beringat sikit kita sekarang ni dekat mana. " Rasya menjeleng suaminya.
" Sayang, jom balik ? " ajak Firash.
" Hah? Baru setengah jam sampai. Kejaplah. Takkan takut hitam kot ? " Rasya mengeluh panjang. Taknak balik!
" Jomlah. Tak sabar dah ni. " Tangan Rasya ditarik-tarik supaya bangun.
" Tak sabar kenapa ? " soal Rasya, pelik. Apa benda yang tak sabarnya.
" Tak sabar nak buat anak lagi.. " Bisik Firash ditelinga Rasya. Pantas tangan Rasya mencubit paha Firash.
Firash melihat wajah isterinya mula kemerahan menahan malu membuatkan dia tergelak sakan. Imran Iskandar pula tidak habis-habis tersenyum seolah-oleh mengerti apa yang mama dan papanya bualkan.
Firash duduk semula di tempatnya tadi. Bahu Isterinya dipeluk.
" I love you..... " ucap Firash dalam nada romantis.
Wajah suami dan anaknya di pandang sekilas. Anugerah Allah yang tak ternilai buatnya. Tak sangka dia masih lagi menjadi isteri kepada lelaki yang dahulunya dilamar menjadi suami sementaranya iaitu Firash Mikhail dan sekarang pula sudah menjadi mama kepada Imran Iskandar .
Bukan mudah untuk Rasya Medina dan Firash Mikhail lalui semua ini. Tanpa antara satu sama lain, pasti mereka tidak akan kuat seperti sekarang.
Lambat-lambat Rasya membalas.
" I love you too suami sementara Asya.... "
Keluarga bahagia Firsya 💕❤️
( T.A.M.A.T )
• • •
Okey takde idea. Otak dah zero untuk story ni. Gais, redha jelah eh sebab ending dia macam tu ? Nak happy ending kan HAHAHAHAHA
Saya bukan seorang yang sweet, jadi tak pandai nak buat watak-watak sweet ni. Sometimes bila buat diri sendiri terasa geli. Bila baca orang lain punya, cair pulak alamak problem betul!
Sorry kalau ada typo.
HAHAHA bye 😆💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top