EMPAT - ' Jodoh kita kuat '
Firash yang baru saja tiba di KLIA itu terus bergegas untuk pulang ke rumah. Niatnya ingin mencari maklumat tentang Rasya. Gadis yang telah membuatnya jatuh cinta.
Laju saja Firash mengatur langkah. Tiba-tiba ada satu suara memanggilnya dari belakang.
" Firash ! " Panggil Harriz .
Firash memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakang sambil membuat muka. Dia melihat Harriz berlari-lari anak mendekatinya. Firash mengeluh kecil. Tak habislah Harriz ni.
" Apa lagi Riz? Kan aku cakap aku taknak ikut kau. " Ujar Firash dalam nada malas.
" Please lah Ash. Sekejap je ikut aku jumpa sepupu aku. Aku taknaklah nanti awek aku salah faham. " Rayu Harriz.
" Itu kau punya pasal lah. Aku nak balik rumah nak tidur. " Tipu Firash.
" Please Ash. Temankan aku please.... " Rayu Harriz lagi.
Firash melihat wajah kawan baiknya itu. Haih kesian betul. Takut awek rupanya kawan aku sorang ni.
" Yelah yelah. Aku teman kau. Nak pergi pukul berapa? " soal Firash. Akhirnya Firash terpaksa juga mengalah. Dia tidaklah sekejam mana terhadap kawan baiknya ini.
" Pukul 5 petang. Amik aku dekat rumah eh? Aku malas nak drive. " Jawab Harriz sambil tersengih seperti kerang busuk di hadapan Firash.
" Macam-macam lah kau ni Riz. Dahlah jumpa petang nanti. Aku nak balik dulu. Bye. " Tanpa menunggu lama, Firash terus berlalu pergi dari situ.
Harriz tersenyum senang kerana berjaya memujuk Firash untuk mengikutnya. Bolehlah dia kenalkan Firash dengan sepupunya. Sengaja dia memberi alasan yang aweknya akan marah. Padahal ada niat yang tersirat.
--------------
Setiba di Menara Petronas, Harriz dan Firash menunggu kedatangan sepupu Harriz. Janji pukul 5 petang, tapi sudah pukul 5.30 petang pun masih tidak muncul-muncul lagi. Tak tepati masa langsung!
" Riz, sepupu kau tu datang ke tak? " Soal Firash kemudian dia mengeluh kecil. Penat tunggu orang yang tak sampai-sampai. Sudahlah penat baru balik dari istanbul.
" Dia on the way lah Ash. Kau sabar kejap. " Jawab Harriz sambil bermain telefon bimbit miliknya.
" Tahu macam ni aku tak ikut kau tau. Huh menyesal betul. Baik aku tidur dekat rumah. Dapat hilangkan penat aku ni. " Marah Firash. Dia melentokkan kepalanya di atas meja.
Mana tak menyesal nya demi kawan dia sanggup menunda untuk mencari maklumat tentang Rasya. Dia betul-betul mahu tahu tentang keluarga Rasya. Dia rasa ada sesuatu tentang Rasya yang dia perlu tahu. Sangat-sangat penting padanya setakat ini.
" Haaa tu diaa. " Jerit Harriz apabila terlihat kelibat sepupunya yang termengah-mengah menghampiri mereka.
Firash terus mengangkat kepalanya dan menoleh ke belakang. Zappp.. Sungguh dia tak sangka sepupu Harriz rupanya Rasya. Rasya yang dia rindui selama dia di Istanbul. Rasya yang telah membuatnya angau .
" Kita jumpa lagi... Rasyaaaa I miss you so much! " Jerit Firash dalam hati. Hanya mampu di dalam hati. Kalau jerit kuat-kuat mahunya orang kata dia gila.
" Sorry abang Riz. Asya lambat sebab tadi ada mesyurat tergempar. " Ujar Rasya dan mengambil tempat di sebelah Firash.
" Takpe abang faham. Ni Asya nak jumpa abang ada apa? " Soal Harriz.
" Asya nak ajak abang kahwin. Abang nak tak? " Tanya Rasya dengan muka serius. Harriz tercengang.
Firash yang sedang menghirup jus oren tersedak apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Rasya. Nak kahwin dengan Riz? Biar betul? Habis aku ni macam mana?
Harriz memandang kearah Firash dan mengangkat kening menggantikan soalannya yang berbunyi 'Kenapa?' Firash hanya menbalas dengan gelengan.
Rasya yang baru perasan ada orang disebelahnya. Dia segera menoleh ke kanan. Terkejut beruk dia melihat Firash rupanya yang duduk disebelahnya dari tadi.
Firash menghadiahkan senyuman paling manis buat Rasya. Rasya teringat kejadian minggu lalu yang Firash memberinya flying kiss di KLIA. Terus jantungnya berdegup pantas. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu terkantoi yang dia sebenarnya sedang gugup duduk di sebelah Firash. Dia tidak tahu bila hal mengenai Firash, hatinya pasti akan merasa tidak tenteram. Akan teringat sahaja apa yang jadi.
" Rasya serious nak kahwin dengan abang? " Tanya Harriz ingin mendapatkan kepastian.
Rasya berdehem kecil.
" Takdelah. Gila ke apa nak kahwin dengan abang. Asya gurau je yang tu. " Kata Rasya sambil tersenyum buat-buat.
Firash di sebelah tersenyum kecil. Lega hatinya bila mendengar yang Rasya hanya sekadar bergurau. Kalau tidak mahu merana jiwa ini.
" Cuma daddy suruh Asya kahwin tapi Asya masih takda calon lah." Sambung Rasya.
" Haa baguslah. Calon? sebelah Asya tu single. Dia boleh kahwin dengan Asya. " Selamba saja Harriz menutur kata.
Rasya menjeling Firash disebelahnya yang sedang tersenyum-senyum sambil mengangkat kening. Lalu Rasya memandang Harriz semula.
" Taknak... Dia pilot. Asya tak suka pilot. " Rasya mula memberi alasan bodoh.
Harriz tergelak kecil mendengar alasan Rasya. Tak suka pilot konon. Dulu masa kecik-kecik punyalah beria nak suami pilot. Sekarang ada depan mata, tolak mentah-mentah.
" Dia bukan pilot lah Asya. " Bohong Harriz.
" Asya tahulah dia pilot. Minggu lepas Asya jumpa dia, dia pakai uniform pilot. " Ujar Rasya sedaya-upaya dia menolak cadangan Harriz. Tanpa sedar, dia sudah terlepas cakap tentang pertemuannya dengan Firash minggu lalu.
" Asya jumpa Ash? Macam mana Asya boleh jumpa Ash? Asya dah kenal Ash ke? " Bertalu-talu soalan di tanya oleh Harriz.
" Dialah awek yang aku cerita haritu." Sampuk Firash yang diam dari tadi.
Oh ada suara rupanya mamat ni. Ingatkan balik dari Istanbul dah bisu dah.
" Awak cerita apa pasal saya dekat abang Riz? " tanya Rasya.
" Takde cerita pape pun. " bohong Firash.
Rasya mendengus geram.
" Tadi awak cakap awak ada cerita dekat abang Riz pasal saya. sekarang takde pape pulak. "
" Hal lelaki. Perempuan mana boleh tahu. Kalau awak nak tahu juga, tukarlah jantina awak tu jadi lelaki. Eh tak boleh nanti saya tak boleh kahwin dengan awak. Ha takyah takyah. Awak jadi je Rasya kepunyaan saya okey baby ? " balas Firash .
Rasya memberi jelingan maut buat Firash. Geram betul dia dengan Firash. Wujud juga orang macam Firash ni dekat dunia ek?
" Saya bukan kepunyaan awak dan tak akan jadi kepunyaan awak . " Rasya membetulkan ayat Firash.
Harriz terpingga-pinga.
" Apa korang ni. Aku dah pening dah tengok korang gaduh macam laki bini. Aku kahwin kan jugak sat gi. " balas Harriz, geram.
" Taknak kahwin dengan mamat tiga suku ni. " Rasya menjelir lidah ke arah Firash.
" eh comel sayang kita ni. Takpe nanti awak mesti terima saya juga. Awak akan jatuh cinta pada saya juga. Saya yakin. "
" Jangan terlalu yakin sangat. Sebab saya bukan mudah jatuh cinta dengan lelaki. Lagi-lagi lelaki macam awak. " Rasya dan Firash mula berlawan mulut. Harriz menepuk dahinya perlahan. Pening melihat mereka berdua ini.
" Sekarang cerita dekat aku, macam mana korang boleh kenal. SEKARANG! " Arah Harriz tegas. Perkataan sekarang di tekan. Firash dan Rasya terdiam seketika. Kemudian Rasya mula menceritakan bagaimana dia boleh berjumpa dengan Firash.
Harriz dengan tekun mendengar. Sesekali kelihatan dia mengangguk-angguk tanda mengerti. Firash hanya mendiamkan diri. Nak menyampuk takut Rasya a.k.a mak singa ini marah. Jadi dia hanya mampu menutup mulut sahaja. Biarlah Rasya yang cerita.
" Asya tak sangka pulak yang Firash ni kawan abang Riz. " Sambung Rasya lagi.
" Rasya, inilah yang di namakan jodoh. " Balas Harriz sambil tersenyum.
" Jodoh kita kuat sayang.... " kata Firash pula.
" Tak. Ini semua hanya lah kebetulan. " Sekali lagi Rasya menidakkan segala yang diperkatakan oleh Firash. Dia langsung tidak menyukai sikap Firash yang terlalu yakin yang dia akan jatuh cinta pada Firash.
Firash dan Harriz sekadar tergelak. Ego Rasya memang tinggi. Sudah suka masih tidak mahu mengaku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top