DUA PULUH SEMBILAN - Ibu Angkat

Suami sementara belum tamat lagi 😱 HAHAHAHAHA Sukati je bunga cakap dah tamat 😂

--------

Rasya dan Firash kelihatan sungguh bahagia. Jalan berpimpin tangan dan senyuman tak lekang dibibir. Berjalan di taman bunga, dikelilingi dengan bunga yang cukup cantik membuatkan Rasya betul-betul merasa bahagia. Lagi-lagi bersama suami tercinta.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang. Kurang pasti siapa lelaki itu kerana penglihatan Rasya tiba-tiba menjadi kabur. Gaya macam Shah Rukh Khan tapi tak mungkin dia. Tiba-tiba lelaki itu datang dekat pada Rasya dan menarik tangan Rasya supaya mengikutnya. Rasya meronta-ronta meminta dilepaskan. Dia mahu bersama dengan Firash bukan lelaki yang dia tidak kenali ini.

" Abang !! Tolong Asya, dia tarik Asyaa!!!! " Teriak Rasya. Tangan Firash terlepas dari genggaman Rasya. Kuat sungguh lelaki itu menariknya.

Firash cuba mencapai tangan Rasya semula, namun gagal. Lelaki itu lebih kuat dari Firash. Lelaki itu membawa Rasya pergi dari situ. Rasya menjerit memanggil suaminya. Tetapi suaminya sudah hilang dari pandangan Rasya. Dia menangis tanpa henti.

" Siapa kau ? kenapa kau pisahkan aku dari suami aku?! " soal Rasya, suaranya mula meninggi akibat terlalu marah pada lelaki itu. Berani dia pisahkan Rasya dengan Firash.

Lelaki itu memandang wajah Rasya lama. Rasya mengerutkan dahinya dan mengosok matanya berkali-kali. Dia tak nampak jelas wajah lelaki itu. Rasya menutup rapat matanya. Dalam hati dia berharap, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Rasya menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Terlihat wajah seorang lelaki yang dia cukup kenali. Perasaan marah, benci, sedih, terkejut dan bermacam-macam lagi perasaan sudah mula bertandang di hatinya.

" Daniel ?! Aku benci kau Daniel! " itu saja yang dia mampu ucapkan sebelum..........












Sebelum dia tersedar dari tidur.

" Sayang bangun dah subuh. " Firash mengejutkan Rasya. Tidur Rasya sedikit terganggu. Tapi dalam masa yang sama Rasya merasa sedikit pelik. Kenapa ada suara suaminya? Bukan ke suaminya tadi sudah hilang?

Hati Rasya ingin tahu apa yang jadi sebenarnya. Dia membuka matanya dengan perlahan. Terlihat Firash yang sedang menatap wajahnya sambil tersenyum. Terus Rasya memeluk tubuh Firash dengan erat dan dia tidak mahu melepaskan pelukan itu. Dia takut Firash hilang lagi. Dia takut apa yang dia mimpi tadi menjadi kenyataan. Ya tadi itu adalah mimpi. Entah kenapa boleh mimpi Daniel saat-saat macam ni. Macam takde orang lain je.

" Kuatnya sayang peluk abang. Sampai abang tak boleh bernafas dah ni. " Ujar Firash sambil tertawa kecil.

Rasya merenggangkan pelukan itu. Dia memandang wajah Firash.
" Sorry.... " ucap Rasya pendek.

" Dah subuh ni, bangunlah mandi pastu solat subuh sama-sama ya. " Ajak Firash. Rasya hanya membalas dengan anggukan. Dia mula bangun dari pembaringannya. Baru dia tersedar yang dia tidak berpakaian walaupun seurat benang.

Selimut putih dililitkan dibadan dan dia terus menuju ke dalam bilik mandi. Sebenarnya tadi dia teragak-agak juga untuk bangun dari katil tapi dia sudah tiada pilihan subuh dah nak habis waktu dah.

" Sayang taknak mandi sama-sama ke? Nanti cepat siap. Waktu pun dah nak habis ni. " Kata Firash sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

" Mengada! Ada lagi setengah jam kan. " balas Rasya. Terus dia masuk ke bilik mandi. Sebelum masuk tadi sempat dia memberikan Firash satu jelingan tajam. Gatal!

                         -----------------


" Sayang nak pergi hospital pukul berapa? " soal Firash selepas selesai memakai baju.

" Kejap lagilah. Asya bosan ni. Teringin juga nak tahu siapa makcik tu. " Balas Rasya sedikit teruja. Terasa lama terperap di dalam rumah. Jadi bila dapat keluar tu tak kisah lah pergi hospital pun tetap perasaan teruja itu ada sedikit.

" Okey, sayang siaplah sekarang. Abang nak turun bawah kejap. Jangan lambat tau. Pakai pun jangan lawa-lawa sangat. Takut orang lain melting. Abang jealous. " Sempat Firash meninggalkan pesan sebelum dia keluar dari bilik. Rasya tergelak kecil.

                        ---------

- Hospital


      Mereka melangkah masuk ke dalam wad makcik itu dengan berhati-hati. Tidak mahu menganggu makcik itu tidur. Doktor memberi tahu makcik itu sudah sedar tapi dari tadi makcik itu tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Makan pun tidak mahu. Dia hanya menangis saja. Jadi doktor tidak mahu makcik itu semakin sakit, doktor terpaksa memberikan ubat penenang padanya.

Mungkin makcik itu tidak boleh menerima yang separuh mukanya sudah cacat. Ah sungguh kejam orang yang membuat makcik itu sebegitu sekali. Manusia tidak berhati perut!

" Abang, ni ke makcik yang abang cakapkan tu? " soal Rasya separuh berbisik. Takut makcik itu sedar kehadiran mereka berdua.

Firash sekadar mengangguk. Dia tidak tahu ingin menjawab apa selain mengangguk. Hatinya berasa sedih mengenangkan nasib makcik ini. Tak kenal tapi dia rasa makcik ini sama seperti ibunya. Ah ibu Firash rindukan ibu.

Rasya mengambil tempat di sebelah makcik itu. Tangan makcik itu diusap lembut. Dia juga berasa kesian. Siapalah manusia yang sanggup buat makcik seperti ini. Muka makcik itu pun sudah tidak cantik lagi. Cacat sebelah mukanya. Sebelah lagi masih elok. Kerana itulah Firash rasa makcik ini ibunya. Matanya mirip seperti ibunya.

Manusia seperti itu patut disumbatkan saja di dalam penjara. Biar dia meringkup di dalam penjara. Pengajaran untuk mereka yang berbuat salah tetapi jika mereka terlepas dari hukuman di dunia, belum tentu mereka terlepas dari hukuman Allah s.w.t .


Makcik itu tersedar dari tidur. Tangan Rasya ditepis. Naik terkejut Rasya dibuatnya. Makcik itu menjerit meminta tolong. Wajahnya kelihatan takut bila melihat Firash dan Rasya. Rasya cepat-cepat memeluk tubuh makcik itu dan cuba menenangkan makcik itu. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan makcik itu. Lama-kelamaan makcik itu terpujuk juga. Dia kembali tenang.

Semasa Firash ingin memanggil doktor, Rasya dengan pantas menghalang. Dia tidak mahu makcik itu diberi ubat penenang lagi. Dia mahu kenal dengan makcik itu. Mahu tahu juga siapa namanya, apa yang jadi padanya. Mungkin makcik itu sudi menceritakan apa yang jadi pada dirinya.

" Nama makcik apa? " soal Rasya lembut.

Makcik itu memandang wajah Rasya tanpa berkelip.

" Nama makcik apa? " Rasya mengulang soalannya. Mungkin makcik itu kurang dengar.

" Na-ma makcik Katrina. " jawab makcik itu teragak-agak. Firash yang tadinya leka bermain telefon terus memandang ke arah makcik itu.

" Katrina? Kenapa namanya sama seperti nama ibu aku? Dia ibu aku ke? " Firash mula berteka-teki dengan dirinya sendiri.

" Makcik ada anak atau saudara-mara yang terdekat? " soal Rasya lagi.

" Anak? Makcik tak tahu dia dimana sekarang ini. " Makcik itu kembali menangis. Mungkin terlalu rindukan anaknya.

" Kenapa makcik tak tahu anak makcik di mana? " Rasya betul-betul ingin tahu.

Makcik itu menangis semakin kuat. Rasya menepuk dahinya perlahan. Sibuk nak tahu sampai buat makcik ni menangis. Terpaksalah pujuk makcik Katrina ini sekali lagi.

" Ibuu..... "

Rasya memandang Firash. Firash ke yang panggil makcik Katrina ini ibu? Atau dia salah dengar?

Makcik Katrina memandang Firash. Kenapa Firash memanggil dia ibu? Adakah dia anak aku yang aku cari selama ini?

" Mulai harini saya jadikan makcik sebagai Ibu angkat saya. Makcik boleh panggil saya Mika. " Terang Firash. Hatinya pasti makcik inilah ibu kandungnya. Tapi dia tidak mahu memberi tahu perkara itu. Dia perlu siasat terlebih dahulu.

" Dan sebelah ibu tu isteri saya. Rasya Medina. Ibu boleh panggil dia Asya. " Sambung Firash lagi. Senyuman manis diberikan pada Rasya dan Makcik Katrina.

Rasya dan Makcik Katrina masih dalam keadaan mengejut. Yelah tiba-tiba saja Firash menjadikan Makcik Katrina mamanya. Kenal pun tidak.

" Boleh kan jadi ibu angkat Mika? " soal Firash, manja saja suaranya. Dia datang dekat pada Makcik Katrina.

Makcik Katrina mengangguk laju. Dia betul-betul gembira bila Firash sudi menjadi anak angkatnya. Tapi tak berarti dia berhenti mencari anak kandungnya. Dia mahu tebus segala kesalahan yang dia lakukan sebelum ini. Dia terlalu rindukan anaknya iaitu Firash Mikhail .....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top