DUA - ' Buat dia jatuh cinta '
Rasya bersandar pada kerusi di dalam biliknya. Sudah seminggu namun dia masih belum ada jawapan. Kusut dibuatnya. Rasya tahu dia perlu meluahkan kekusutan ini kepada seseorang. Dia terus mendail nombor telefon Amirah, kawan baiknya semasa belajar di luar negara. Mereka belajar di universiti yang sama dan oleh kerana datang dari negara yang sama, maka mereka selalu menghabiskan masa bersama.
" Mira, kau dekat mana sekarang? " Rasya terus bertanya bila talian disambungkan.
" Aku dekat rumah. kenapa? "
" Kita jumpa boleh? "
" Boleh jugak. Lunch ok? "
" Ok kita jumpa dekat The Mall. Aku tunggu kau dekat KFC "
" Ok dalam pukul satu ya. "
Talian dimatikan. Rasya bersandar semula pada kerusi. Dia amat berharap agar kekusutan fikirannya dapat dirungkai apabila bertemu dengan Amirah.
Tepat pukul 1.00 tengahari. Rasya telah siap menunggu di dalam restoran makanan segera KFC di The Mall. Agak ramai orang pada waktu itu.
Rasya memandang sekeliling, kelibat Amirah masih belum muncul. Dia duduk termenung. Tiba-tiba mejanya diketuk perlahan. Lamunannya mati serta-merta. Dia mendongak sedikit untuk melihat orang yang mengetuk mejanya itu.
" Cik, kosong tak dekat sini? " Tanya lelaki itu sambil tersenyum.
Rasya terkaku melihat lelaki itu tersenyum manis padanya.
' YaAllah sungguh indah ciptaanmu. ' Kata Rasya dengan suaranya sedikit perlahan.
" Hello miss " Tangan lelaki itu melambai-lambai di hadapan Rasya.
" Hm ya kenapa ek? " Tanya Rasya dalam keadaan sedikit kekok.
" Boleh saya duduk sini? Tempat semua dah penuh. " Soalnya sekali lagi.
" Ohh boleh boleh. "
" Terima kasih. " Ucap lelaki itu. Dia mengambil tempat di sebelah Rasya. Rasya hanya tersenyum buat-buat. Rasya merasa sedikit tidak selesa bila dipandang oleh orang ramai. Dia menundukkan sedikit kepalanya.
Rasya melihat jam di tangannya. Sudah pukul 1.15 tengahari. Amirah masih tidak muncul. Mana Amirah ni. Tak tepati masa betul.
" Hoi ! " Sergah Amirah dari belakang.
" Oh mak kau terbalik. " Rasya terus menekup mulutnya. Dia menjeling tajam ke arah Amirah. Sudah berkali-kali dia berpesan pada Amirah, jangan terkejutkan dia. Sudah dia terpaksa menanggung malu. Amirah tergelak kecil.
" Boleh tak jangan terkejutkan aku? Kalau aku ade sakit jantung macam mana? " Tanya Rasya dengan geram. Amirah tersengih seperti kerang busuk. Rasya menoleh ke kanan melihat lelaki disebelahnya. Lelaki itu sedang tertawa kecil. Kurang asam betul mamat ni. kata Rasya dengan geram di dalam hati.
" Hai saya Amirah. Boyfriend Rasya ya? Weh, kau ada boyfriend tak bagitahu aku pun ! "
Rasya mengerutkan dahinya.
" Siapa boyfriend aku ? " soal Rasya kebingunggan.
Amirah membuat muka menyampah. Buat-buat tak tahu pula Rasya ni.
" Sebelah kau ni lah. Boyfriend kau kan ? "
Rasya memandang lelaki disebelahnya yang sedang tersenyum manis. Lalu Rasya memandang Amirah semula.
" Bukan. Aku datang sorang. Dia bukan boyfriend aku. " Di bawah meja, Rasya sudah mencari-cari kaki Amirah untuk dipijak.
Rasya merasa ada kaki yang dekat dengannya. Mungkin itu kaki Amirah. Tanpa menunggu lama, dia memijak kaki itu sekuat hati. Terdengar jeritan dari orang bersebelahannya. Rasya menoleh ke arah lelaki tadi. Kelihatan lelaki tadi sedang mengerang kesakitan. Eh aku tersalah pijak ke ?
" Babe, kenapa pijak kaki saya ? Sakit tahu tak ? " soal lelaki itu dalam kesakitan.
Rasya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alah tak sangka pula tersalah pijak.
" Sorry encik. Saya tak perasan terpijak kaki encik. Saya fikir.... hm sorry again. " Ucap Rasya dalam keadaan serba salah.
" Call me Firash. Tak payah berencik-encik dengan saya. " Kata lelaki itu. Lalu dia mengurut sedikit kakinya yang dipijak oleh Rasya tadi. Kemudian dia duduk seperti biasa. Sakit memang sakit tapi kenalah tahan. Kalau tak tahan, bukan anak jantan namanya.
" Sorry again Firash... " Ucap Rasya sekali lagi. Firash sekadar mengangguk tanda ' tak apa. '
" Habis dah drama korang berdua ? Apa hal nak jumpa aku ni? " Tanya Amirah yang dari tadi menjadi pemerhati sahaja.
" Aku ni sebenarnya tak tahu nak buat macam mana. Daddy aku suruh aku kahwin. Aku mana ada calon duh. Kusut gila aku fikir benda ni. Dah seminggu tau. " Rungut Rasya.
" Hah? " Mulut Amirah terlopong mendengar kata-kata Rasya. Kemudian dia ketawa agak kuat.
" Hoi Mira, control lah sikit ketawa tu. Semua orang tengok. "
" Yelah aku tak sangka dulu kau beria-ria kata taknak kahwin, sanggup jadi andartu. Tiba-tiba harini jumpa aku cakap kau nak kahwin. " Ujar Amirah.
" Terpaksa kahwin lah Mira. "
" Ok terpaksa kahwin. Tapi bukan ke kau kata daddy dan mama kau takkan masuk campur hal kahwin. Ni kenapa tiba-tiba daddy kau suruh kau kahwin? "
Rasya mengeluh panjang.
" Aku pun tak tahu Mira. Daddy aku sejak kebelakangan ni pelik sangat. Daddy bagi aku masa untuk fikirkan permintaan dia tu tapi ni dah seminggu aku masih takde jawapan yang aku kene bagi dekat daddy. Kalau aku setuju aku kene ada calon. Kalau aku tak setuju, daddy mesti kecewa dengan aku. "
" Janganlah kusut sangat. Aku ada untuk kau. Don't worry selagi aku ada, aku akan tolong kau. Sekarang ni aku rasa kau terima je permintaan daddy kau. Calon tu aku rasa kau dah jumpa. " Ujar Amirah sambil tersenyum.
" Aku dah jumpa? Maksud kau? " Tanya Rasya dengan dahi berkerut.
Amirah membisikkan sesuatu di telinga Rasya.
" What?! Kau gila ke Mira? " Jerit Rasya. Semua yang melihat kearahnya dibiarkan.
" Rasya, itu je jalan yang kau ada sekarang ni. "
" Tapi takkan sampai aku kene buat macam tu. Aku perempuan lah Mira. "
" Apa salah nya. Sekarang ni zaman perigi cari timba tau. So kau buat jelah. "
" Kau gila ke mira? Kau nak suruh aku melamar mamat sebelah aku ni jadi suami sementara aku? Jangan main gila boleh tak? " Firash terdengar lalu dia memandang Amirah dan Rasya tanpa berkedip. Mereka berdua terlalu khusyuk bertekak sampaikan tidak perasan yang Firash sedang mendengar semua perbualan mereka.
" Lepas setahun, kau minta lah cerai. "
" Senang kau cakap. Kalau talak kat tangan aku bolehlah aku setuju. Masalahnya talak kat tangan dia. Kalau dia taknak ceraikan aku macam mana? "
" Kau redha jelah kalau jodoh kau memang dengan dia. "
" Dia takkan setuju punyalah. Kau lupakan jelah cadangan gila kau tu. aku nak balik. Selera makan aku pun dah hilang. Byee . " Rasya terus beredar sampai dia tidak perasan yang dia tertinggal telefon bimbitnya.
Amirah hanya menggeleng kepala melihat perangai Rasya. Kalau dah marah, semua barang dia boleh tertinggal.
Amirah memandang Firash lama.
" Awak single ? Kerja apa ? Berminat tak dengan kawan saya ? " soal Amirah bertalu-talu.
" Saya masih single. Kerja sebagai pilot. Berminat lah juga tapi dia macam singa lah. Garang. Takut saya. " Jawab Firash satu-persatu.
" Kalau macam tu, saya nak awak pikat dia sampai dia jatuh cinta pada awak. Boleh ? "
" Boleh tu boleh. tapi macam mana ? saya mana ada number phone dia. Nama pun saya tak tahu apa. " Balas Firash.
Amirah tersenyum lalu dia menghulurkan telefon bimbit Rasya kepada Firash.
" Nama dia Rasya Medina binti Tan Sri Hamid . Ini telefon dia, dia tertinggal tadi. Jadi saya nak awak pulangkan pada dia esok. Tak kisah macam mana cara sekalipun. Buat dia jatuh cinta pada awak. Hati Rasya ni macam ais batu, kalau awak boleh cairkan hati dia awak memang super duper hebat ! "
Firash mengambil telefon bimbit itu dari Amirah. Dia terdiam seketika.
" Macam mana saya nak cari Tan Sri Hamid ? " soal Firash .
" Dalam telefon ni mesti ada semua maklumat pasal Rasya dan juga keluarga dia. Jadi awak cari lah. Takpe bukak je phone dia saya izinkan. Tapi jangan lupa tau nanti minta maaf dekat dia sebab awak selongar telefon dia. Saya gerak dulu. Bye Assalamualaikum. "
Firash mengangguk kecil.
" Thanks. Saya akan usaha cairkan hati Rasya Medina. Saya akan buat dia jatuh cinta pada saya. Waalaikumussalam. "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top