MMM 3

SYARIL mengukir senyuman manis memasuki perkarangan hospital. Di tangan nya terdapat sejambak bunga ros yang besar. Ketrampilan nya yang menawan mengenakan baju kemeja putih berseluar slack membuatkan banyak mata memandang nya.

Bertambah manis wajahnya apabila melihat susuk yang di cari-cari iaitu si tunang. Baru sahaja dia ingin bersuara terhidang di hadapan mata susuk lelaki lain yang sangat asing bagi nya cuba mendekati tunang nya.

" Ewah mamat ni. Tak nampak ke dekat jari tu dah bersarung? Kau jangan sampai aku nyanyikan lagu gatal dekat sini. " gumam Syaril. Ada karang yang makan penumbuk.

" Apa ni?! " Zahirah menipis kasar tangan lelaki tersebut. Mata nya melilau sekeliling. Takut-takut jika ada yang memerhatikan lagak mereka.

" Kau yang jaga aku kan? Semalam bukan main pujuk aku tidur. Kenapa pagi ni garang sangat, sayang? "

Syaril di belakang sudah panas punggung. Apa kau panggil? Sayang? Kepala botak kau! Namun begitu Syaril tetap bersabar. Dia mahu melihat reaksi Zahirah.

" Eh botak ni. Encik itu pesakit. Saya ni nurse. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga pesakit. Encik merawat dekat sini bukan percuma tapi berbayar. Kerana itu lah saya jalankan tanggungjawab saya justeru amanah saya sebagai seorang nurse. " bidas Zahirah. Jangan ingat dia seorang perempuan yang sanggup tunduk pada lelaki yang berpangkat. Sedangkan tunang nya sendiri tidak pernah melayan dia sebegini. Dan hormat dirinya sebagai seorang wanita.

" Ehem! " Syaril berdehem kuat. Kaca mata hitam sengaja di turunkan ke hidung. Matanya menikam tajam memandang lelaki botak tak sedar diri nak mampus tu.

" Kau.. Siapa? " soal nya. Melihat dari penampilan Syaril sudah dapat di analisis bahawa lelaki itu bukan sembarangan orang.

" Aku? " Syaril mengangkat tangan kanan nya. Menunjukkan cincin yang tersarung di jari nya. Berserta senyuman sinis.

" Tunang kepada gadis ini. Noor Zahirah Afisyah. " ternganga luas lelaki itu mendengar. Pantas sahaja dia berundur dan beransur pergi.

" Dah lah botak. Ada hati nak ngorat kesayangan aku. Hampeh! " Syaril berdecit. Zahirah yang melihat nya tertawa kecil.

" Awak buat apa dekat sini? " soal Zahirah. Melebar senyuman Syaril. Jumpa ayang lah. Aip! Jangan gedik! Kata lelaki sejati!

Syaril membetulkan kotak suara nya.

" Nah. Untuk kau. " Syaril menghulurkan sejambak bunga ros tersebut di hadapan Zahirah.

Belum apa-apa sudah di pukul nya lengan Syaril dengan fail di tangan wanita tersebut. Dingin sahaja muka Zahirah memandang Syaril.

" Membazir! Awak tau kita nak nikah dah. Kenapa kena membazir untuk benda tak faedah macam ni? "

" Shuh! Shuh! Awak terima saja boleh tak? Saya penat beli kot. "

" Siapa suruh beli? "

" Dah aku sayang kan kau. Nampak bunga ni teringat pin yang kau selalu pakai. Aku belikan lah. "

" Merepek betul alasan awak. Asal tak belikan pin sahaja? " gumam Zahirah. Marah-marah pun dia terima huluran Syaril. Bukan sekuntum tapi berkuntum kuntum. Satu bunga ros bukan nya murah. Lagi dengan hiasan nya.

" Tak habis pun duit aku belikan kau bunga ni. Bukan aku beri dekat orang lain. Bakal isteri aku juga. " ujar Syaril sekilas menjeling Zahirah. Jeling manja.

" Yelah! Terima kasih. Tapi lain kali tak mau dah. Nanti lepas nikah banyak benda nak guna duit. "

" Betul. Terutama barang anak. " sambung Syaril. Merona merah wajah Zahirah mendengar usikan Syaril. Di pukul lagi lengan Syaril dengan fail nya.

" Ingat ini bulan puasa! Saya nak awak berpuasa dari jumpa saya. Tak elok lah. " Zahirah bersuara sambil meletakkan bouqet bunga ros tersebut di atas meja kaunter.

" Kalau macam tu. Kita nikah esok. "

" Ish! Orang betul-betul dia main-main. Pergi lah balik! Beritahu mak nanti— "

" Ok ok. Aku balik. " Syaril membetulkan kembali kaca mata hitam nya sebelum membongkok kan badan nya sedikit menghadap Zahirah.

Zahirah terkaku. Walaupun Syaril memakai kaca mata hitam, dapat dia rasakan panahan mata Syaril di sebalik kaca mata tersebut. Air liur terasa sangkut di kerongkong. Tangan naik memegang dada nya yang seperti nya hendak terkeluar.

" Sooner or later. You will be mine. "











"HUBBY? " Aisyah menaiki anak tangga ke tingkat atas sambil memanggil suaminya. Dari ke zuhur tadi bayang suaminya langsung tidak kelihatan di mana-mana.

Sampai ke tingkat atas Aisyah menuju ke satu bilik yang tersorok sedikit dari pandangan orang. Pintu bilik di buka. Matanya di sajikan dengan susuk tubuh suaminya yang sedang khusyuk solat. Senyuman tidak dapat di tahan lagi. Ryan memang dah berubah.

Aisyah segera mengambil tempat di sebelah Ryan. Ryan rukuk Aisyah ikut. Ryan sujud, Aisyah pun sujud. Setiap gerak geri Ryan Aisyah ikut dengan senyuman. Sehingga lah Ryan habis solat Aisyah pantas sahaja bersandar di bahu Ryan.

" Nakal. Kenapa duduk sini? " Ryan membetulkan posisi duduknya. Alang-alang dah batak wuduk, Aisyah di peluk nya dan di sandarkan pada dada bidang nya. Rambut terjuntai Aisyah di selit ke belakang telinga. Bagi memberi peluang untuknya menatap wajah cantik milik isterinya.

" Takda. Saja. Tengok hubby solat. Aisyah suka. " ujar Aisyah. Tangan besar Ryan di main main kan dengan jari halus Aisyah.

" Anak-anak mana? " soal Ryan. Tangan nya sengaja di sulamkan dengan jari jemari halus isterinya. Lalu di angkat dan di cium sekilas.

" Ada dekat bawah. Tengah makan aiskrim. Tadi kata nak puasa. Tengok Radhif makan aiskrim diorang pun nak ikut. " Tergeleng kepala Aisyah apabila teringat hal tadi. Radhif anak pertama abang nya Aarif yang baru berusia lima tahun itu tidak mahu di kalahkan oleh anak-anak nya. Jika Radhif makan, makan lah juga mereka.

" Sayang tak marah? " Aisyah tertawa dengan soalan cepumas Ryan. Tangan di lekapkan di dada Ryan sebelum menolak badan nya sedikit menjauh dari Ryan. Wajah Ryan di tenung.

" Kenapa Aisyah kena marah? Diorang masih kecil. Memang Aisyah nak didik diorang tapi Aisyah dulu pun macam tu. Puasa setengah hari. Aisyah lagi teruk tau! Umur dah sepuluh tahun tapi masih puasa setengah hari. Anak kita tu bila ada Radhif je macam tu. Hari-hari lain puasa penuh pun kan— "

Aisyah yang hendak menyambung cerita nya terhenti apabila melihat wajah tenang suaminya sedang melihat wajahnya dengan senyuman. Dah kenapa?

" Kenapa berhenti? "

" Kenapa hubby tenung? "

Ryan tertawa halus. Rambut Aisyah di elus nya penuh kasih sayang. Dan cinta. Sebelum dahi bersih Aisyah di kucup dua kali.

" Kenapa? Tak boleh dah tengok isteri aku ni berceloteh depan aku? Karang aku tengok benda lain kena sound. " Laju sahaja tangan kecil Aisyah menampar bahu Ryan. Keras juga.

" Sakit lah tu. "

" Siapa suruh tangan tu tegap sangat! Nak cubit pun payah. "

" Eh. Lengan ni lah yang hari-hari sayang jadikan bantal malam. " berona merah wajah Aisyah apabila di usik. Laju sahaja Aisyah menekap wajah nya di dada Ryan.

" Sayang. Nak buat pahala sama-sama tak? " Ryan menyoal lembut. Wajah Aisyah di jeling sekilas. Payah benar nak lihat wajah merajuk isterinya.

Terangkat kepala Aisyah melihat wajah suami. " Apa dia? "

Ryan menguntum senyuman manis. Tubuh Aisyah di sandarkan di bahu nya. Sehingga terasa hidung mancung isteri nya di ceruk leher. Tangan kecil Aisyah di bawa ke atas telapak tangan nya sebelum jari jemari Aisyah di sentuh satu persatu.

Tidak lama itu Aisyah terdengar alunan zikir yang merdu keluar dari mulut Ryan. Tidak tertahan senyuman apabila Ryan mula mengira zikir yang di baca di jari Aisyah.

Ya Allah!

" Hubby Aisyah pun nak buat. " setelah lama giliran Ryan, Aisyah mula menyusuli. Jari jemari Ryan di bawa ke tapak tangan kecilnya. Aisyah mula membuat perkara yang sama seperti Ryan. Berulang ulang sehingga akhirnya Aisyah tertidur di pangkuan suaminya bersama alunan zikir yang di baca oleh Ryan.

" Sleep tight baby. " Ryan mengukir senyuman manis. Tepi dahi Aisyah di kucup sebelum dia kembali membuat perkara yang sama.

Jika dia tahu perkara ini dari dulu. Setiap hari dia akan membawa Aisyah duduk bersama nya dan membuat pahala bersama. Kerana itu satu nikmat yang dahulu nya dia dustakan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top