MMM 2

BETAPA seronok nya semua orang apabila mendengar pengumuman bahawa esok raya. Eh—

Esok puasa!

Aisyah di dapur mengulum senyuman lebar. Hari yang ditunggu umat islam sudah tiba. Walaupun sudah lapan tahun dia beraya dan berpuasa bersama suami nya. Rasa nikmat tu tetap ada. Lebih-lebih lagi tahun ini keluarga Aisyah belah ayahnya datang ke sini. Menyambut ramadan dan lebaran bersama.

" Sayang... " berkerut dahi bersih Aisyah mendengar rengekan Ryan. Ryan pantas sahaja memeluk erat pinggang isterinya sebelum kepala di rehatkan di atas bahu Aisyah tanpa sempat wanita itu beriak apa-apa.

" Kenapa ni? Manja saja. " Aisyah mengerling dari ekor mata melihat suami nya. Matanya tertutup rapat di ceruk leher nya. Tersenyum lebar Aisyah melihat Ryan.

Baby tua!

" Esok puasa. "

" Ok. Jadi? "

" Tak boleh dah nak bermanja. "

Terletus tawa Aisyah. Dia lantas berpusing menghadap wajah cemberut milik suaminya. Tangan Ryan masih utuh di pinggang Aisyah. Dah kenapa suami dia ni?

" Hubby merepek apa ni? Kenapa pula bulan puasa kita tak boleh nak bermanja? " soal Aisyah dengan sisa tawa nya. Wajah Ryan di sentuh.

" Kalau aku tergoda macam mana? "

" Aisyah tak lah goda hubby. "

Makin cemberut adalah. Tergeleng kepala Aisyah melihat kerenah abang Yan korang ni. Tubuh tegap itu di peluk Aisyah erat. Senyuman lebar di tarik.

" Sebelum ni ok saja kan? Hubby kata nak belajar lebih dalam tentang islam? Apa kata, bulan puasa ni kita buat banyak-banyak pahala! Lagipun kan hubby cuti. Jadi banyak lah masa untuk kita berdua. "

Ujar Aisyah semangat. Tahun ini pun ada kelainan nya. Kalau tahun sebelum ini Ryan langsung tidak mengambil cuti kerana kerja banyak. Tapi lain pula tahun ini. Ryan berusaha menyiapkan segala kerja nya sebelum mengambil cuti. Kehendak siapa lagi kalau bukan Aisyah.

Dalam diam Ryan turut tersenyum. Belakang badan Aisyah di usap nya lembut sebelum dahi isteri nya di cium. Betapa bersyukur nya dia memiliki Aisyah. Bidadari nya syurga nya.

" Astaghfirullahallazim. Pandangan apakah ini?! "

" Bos. Ingat tau. Esok puasa. "

" Pisah rumah lah macam ni. "

Ryan merungkai kan pelukan. Mata nya menikam tajam memandang tiga ketul manusia yang tersengih bagai kerang busuk di hadapan pintu dapur.

" Pernah rasa puasa dekat hospital? " Ryan menyoal. Baju lengan panjang nya di singsing. Wajah cuba di maniskan memandang mereka.

" Eh bos macam tau-tau saya berpuasa dekat hospital tahun ini. Cik tunang saya kan kerja dekat hospital. " ujar Syaril dengan ketawa di hujung ayat.

" Duduk atas katil hospital pernah? "

Terdiam mereka semua. Aisyah di belakang hanya mampu geleng kepala. Sejak akhir ni. Syaril, Wong dan Jordan suka sangat menyakat Ryan.

Maklum lah. Orang dulu-dulu kata kalau orang nak meninggal diaorang mesti buat tabiat yang bukan-bukan. Tapi kalau untuk tiga orang tu, tak perlu heran. Setiap hari tukar kerenah. Macam setiap hari nak meninggal.

" Bos. Eh bos kenapa nampak macam terlebih hesmes malam ini? "

" Kan! Aura dia lain matchiam! Mengancam! Rawr! "

" Bos kalau nak bu— "

Sudah nya di kejar tiga orang itu oleh Ryan. Tertawa Aisyah melihat nya. Anak-anak diorang pun terkebil-kebil mata memandang.

Macam-macam!






" KAUORANG ni tak ada rumah ke? " Tajam mata Ryan memandang tiga anak buah nya itu. Orang sahur dengan keluarga.

Lah tetiba muncul tiga orang ni.

" Biarlah hubby. Tak salah pun kan kongsi rezeki. Banyak lauk ni. " ujar Aisyah. Lauk semalam tak habis. Tambah pula beberapa lauk dia masak subuh tadi. Banyak lah jadinya.

" Dengar tu bos. Kita ini bulan puasa, kena banyak buat amal. Kongsi rezeki, kongsi kasih sayang pun boleh! " ujar Syaril dengan kepala tersengguk sengguk kerana kantuk. Tapi mulut laju sahaja bekerja.

" Rasa-rasa lah kan. Kau nak tak kongsi kasih dengan Zahirah? " soal Ryan senada. Terus segar mata Syaril mendengar nama si kekasih.

" Tentu lah tak! Dan aku sebagai lelaki sejati! Tak akan— "

" Allahumma barik lanaa... "

First blood.

" Uncle ni banyak bising lah. Ryanna nak makan pun susah. Ustaz kata, ketika makan jangan banyak bercakap. Tak elok. "

Double kill.

" Lagi satu. Kalau uncle nak tahu. Perempuan tak suka lelaki banyak mulut. Macam mummy dengan daddy. Daddy tak banyak bunyi itu sebab mummy sayang! "

Triple kill.

Syaril menyuap nasi ke dalam mulut dengan senyap. Sentap babe kena ceramah dengan budak umur tujuh tahun.

Ryanna tersenyum suka. Suka sangat dia mengusik tiga orang manusia yang sudah di anggap seperti keluarga mereka itu. Daddy juga yang kata bahawa mereka kena hormat pada kawan-kawan nya.

" Eh. Kenapa uncle pakai seluar pendek? " Ryanna yang mengambil patung nya yang terjatuh ke bawah meja segera menyoal. Ketiga wajah manusia di hadapan nya di pandang silih ganti.

Wong hanya diam. Dia bukan islam.

Jordan dan Syaril diam tidak terkata. Belakang leher di usap kasar. Mata mereka mengerling pula ke arah Ryan. Bawah di pandang. Masa-masa ni lah Ryan nak pakai kain pelikat.

" Uncle nak tahu. Ustaz kata, kita sebagai seorang hamba Allah kena sentiasa ikut perintah Tuhan. Abang Aryan kata aurat lelaki dari pusat hingga lutut. Kenapa uncle tak tutup? "

Ok dia buka kitab ceramah dia.

Maniac.

" Tak— "

" Kenapa tak pakai kain pelikat macam daddy? Kan nampak elok. " potong Ryanna laju.

Wiped out!

Syaril pantas berdiri. Kerana keadaan begitu spontan, ke semua mata memandang nya. Sengihan di tayang. Jarang-jarang kena sentap dengan budak.

" Uncle nak tukar pakaian. Rasa sejuk pula rasanya. " ujar Syaril. Aisyah yang melihat menahan senyum. Takut makin sentap pula si Syaril tu.

" Kau? " Ryan menyoal Jordan pula yang sedap menyantap makanan. Jordan angkat kepala.

" Kenapa? "

" Tak ikut Syaril sekali? "

Jordan mencuci tangan nya sebelum tisu panjang di ambil lalu di sisipkan di kepala lutut nya. Senyuman lebar di tarik sebelum kembali menyantap makanan nya.

" Kenyang makan hati macam ni. " ujar Aisyah perlahan. Namun di dengari tangkas oleh suami nya. Ryan menyinggung senyumam sinis. Tanpa sedar dia merasa bangga pada anak nya. Tak sia-sia hantar kelas kafa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top