02




CHAPTER TWO

"Baju mana aku nak pakai ni?"

Sudah 10 minit berdiri di hadapan sebuah almari baju berwarna merah jambu. Huan masih belum membuat keputusan. Sepatutnya dia yang jemput Renjun di lapangan terbang tapi dia yang mengambil masa yang lama untuk memilih baju.

Akhirnya, dia memakai baju putih kosong, kardigan berwarna lilac dan seluar slack berwarna hitam. Dia tidak lupa mengikat rambut seperti ponytail. Dengan sedikit make up di muka, dia bergegas turun ke pintu hadapan.

"Mama, Huan pergi dulu!" Puan Hee menyahut semula.

Baru sahaja mengunci pagar rumah, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Tingkap kereta diturunkan, memaparkan wajah pemandu.

"Nak jemput pakwe ke tu~", usik Yangyang sambil tersengih.

"Sibuk jelah kau ni! Kau tu buat apa dekat sini?" soal Huan.

"Jemput kau dululah. Kau nak jemput Renjun tapi tak ada lesen. Hek eleh!" balas Yangyang menyilang kedua-dua tangannya. Huan mendengus.

"Biarlah. Dah cepat, dah lambat ni!"

Cepat-cepat Huan menaiki kereta milik Yangyang lalu Yangyang memandu dengan sedikit laju.

🎇

Mereka berdua tiba juga di lapangan terbang. Pantas Huan meninggalkan kereta sejurus selepas Yangyang memarkirkan keretanya. Dia berjalan sepantas kilat, kalah Usain Bolt kalau macam ni.

Pejam celik mata, sudah tiba di pintu keluar kawasan ketibaan. Yangyang dengan penuh lelah pun tiba di situ. Huan setia menanti kedatangan seorang jejaka kegemarannya bernama Huang Renjun itu. Namun, setelah beberapa minit, jejaka itu tidak kelihatan. Batang hidungnya pun tidak dapat dicam. Huan berasa hampa.

"Takkanlah dia naik teksi, penat-penat je aku tunggu-" Kumamannya berhenti akibat sentuhan di bahu yang tidak tahu dari mana datang. Huan terjerit kecil lalu memusingkan kepala ke arah pemilik tangan itu.

"Rindu saya tak?"

Huan terus memeluk tubuh badan milik Renjun dengan erat. Dia hampir menitiskan air mata kerinduan. Yangyang di tepi hanya melihat sahaja dua orang yang sedang melepaskan rindu sesama sendiri.

"Ehem," Yangyang berdehem dengan reaksi muka 'korang berdua ni dah habis ke belum, janganlah bagi aku single-menyingle dekat sini'

Huan dan Renjun pun melepaskan pelukan mereka. "Dah lama ke sampai?" soal Renjun.

"Tak adalah lama, baru je," kata Yangyang. Huan mengangguk. "Engkau pula? Lama ke kau tunggu kami?"

"Tak lama pun. Sempat singgah kedai kopi je," balas Renjun lalu menghirup ice americano.

"Dah nak senja ni, jom kita balik!" ajak Yangyang sambil menolong Renjun mengheret beg bagasinya. Amboi, dengan lelaki pun nak jadi gentleman juga, ke?

Huan dan Renjun turut bersetuju. Mereka bertiga berjalan menuju ke pintu keluar. Yangyang menghidupkan enjin lalu memandu pulang ke rumah halaman.

Huan menjeling sedikit ke arah Renjun. Kelihatan Renjun sedang menikmati pemandangan senja yang cantik dan tenang. Semakin lama menjeling, semakin tampan wajah Renjun memandang luar kereta. Dengan senyap, Huan mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pen. Dia menanda sesuatu di dalam buku itu.

Pick up your lover at airport. Check!


TO BE CONTINUED

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top