13
Waktu kerja pun dah habis . So , jom la balik . Nak tidur jshshshshs . Macam biasalah , haeun balik jalan kaki . Ada suami , serupa takda suami . Pentingkan teman wanita daripada isterinya sendiri .
Apa ? Ingat isteri dia nie tunggul ke apa ?
Hari semakin gelap , tetapi haeun tetap meneruskan perjalanan .
Pin ! Pin !
Terhincut bahu haeun dek terkejut dengar bunyi hon tersebut .
"Jom tumpang aku . Dah nak hujan , nanti demam pulak" terus haeun menoleh . Oh , boss dia si kuda tu . Pelik , baik betul hatinya mahu menghantar gadis ini pulang ke rumah . Selalunya tak .
Mungkin sebab hujan kot .
"Err takpelah boss , dah nak sampai dah . Lagipun buat susah - susah je boss hantar saya balik" penuh sopan dan santun haeun berkata . Yela , tunjuk ayu sikit dekat crush . Mane tau dapat jadi menanti aunty dengan uncle jung .
Korang pe tau-
"Dah . Jangan banyak bunyi , masuk cepat" balas hoseok sambil memandang tajam wajah haeun .
Haeun hanya akur , terus sahaja tubuhnya dimasukkan ke dalam perut kereta .
Leganya dapat duduk . Lenguh la asyik jalan kaki je hm .
"Selalu ke kau pergi balik jalan kaki ?"
Haeun terus memandang hoseok sambil menganggukkan kepala
"Haah . Motor saya rosak , sebab tu jalan kaki je . Tak mampu nak beli baru . Lagipun motor tu dah lama , nak betulkan pun membazir je"
Hoseok sekadar menganggukkan kepala . Kereta berjenama Mercedez - Benz berhenti betul - betul dihadapan rumah agam milik seseorang .
Eh , kata motor rosak . Banyak je kenderaan lain
"Kereta ada , kenapa taknak bawak ?"
"Saya mana lah reti bawak kereta . Setakat motor kapcai akak saejat tu saya reti lah . Tu pun baru sentuh sikit dah tercabut semua . Hm , kesian saya" bibirnya dimuncungkan . Malang sungguh nasib haeun .
Tali pinggang keledar di buka begitu juga dengan pintu kereta . Sebelum beredar , sempat lagi haeun mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan . Terus kereta mewah itu dipandu laju dan hilang dari pemandangannya .
Tanpa haeun sedari , sepasang mata mula memerhati dengan perasaan api yang membara .
"Siap kau min haeun . Aku ajar kau cukup - cukup harini . Biar kau tahu siapa suami kau yang sebenarnya .
Senyuman sinis mula terukir disudut bibirnya .
-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top