>𝘽𝙤𝙮𝙛𝙧𝙞𝙚𝙣𝙙 𝘼𝙥𝙥 <
Kadang ii kita memerlukan ff untuk menghanat. Jadi inilah ff nya. 👏🏻
"Eeee ads ni banyak sial" Carut Jungkook lalu membaling seketul iPhone Xs nya ke bawah katil.
"Stress do aku tengah main Happy Glass tetiba ads naik! Eyyy siyel siyel!"
Jungkook meronta-ronta di atas katil tak ubah macam orang kena sawan.
"Ommaaaaa!" Jerit Jungkook sambil mengelap air matanya yang jatuh setitis demi setitis.
Dia emo macam Taehyung dlm TP & Jimin dalam PT. Tapi tiga-tiga dengan sebab yang berbeza , seorang sebab gedik+manja , seorang lagi sebab hor--. K takyah cerita.
Klek
"Ya sayang , kenapa ni?" Soal Puan Jeon yang baru masuk ke dalam bilik anaknya itu.
Dia duduk disebelah Jungkook dan mula mengelap air mata Jungkook yang menitis tak berhenti-henti.
"Tu game tu! Dia naik ads banyak sangat! Kook rimas hiksss"
"Alah sayang biasalah tu. Kejap omma ambikkan telefon kamu" Ujar Puan Jeon lalu masuk ke bawah katil untuk mengambil telefon Jungkook.
Dia dah tahu sangat Jungkook tu akan campak telefon bawah katil sebabtu dia beli casing phone yang paling berkualiti tinggi supaya telefon tu tak mudah retak ataupun hancur.
"Omma" Panggil Jungkook , matanya masih sedikit kemerahan.
"Ya sayang , nak apa lagi?" Sahut Puan Jeon lembut.
"Botol susu Kook mana?" Soal Jungkook sambil mengelap hingusnya pada cadar katilnya.
"Aip! Kook jangan lap dekat situ! Kotorlah!" Marah Puan Jeon yang membuatkan Jungkook terasa.
Mata Jungkook kembali berair dan turunlah hujan lebat di pipi Jungkook yang gebu itu.
"Shuuu shuu omma bukan marah tadi , omma cuma tegur. Ni , ni ambik botol susu kamu. Omma dah bancuhkan susu untuk kamu"
Puan Jeon cuba menenangkan anaknya yang mudah terasa itu.
"Omma tak sayang Kook! Omma kejam! Hiksss" Jungkook menghentakkan kakinya pada dinding biliknya.
"Omma sayang Kook lah. Sudah jangan menangis tak elok" Pujuk Puan Jeon.
Kepala Jungkook ditarik dan diletakkan di atas pahanya lalu punggung Jungkook ditepuk-tepuk supaya dia bertenang.
Alahhh macam orang tidurkan baby tu lahh -,-
"Nah minum susu" Botol susu disumbat ke dalam mulut Jungkook.
Lalu dengan gembiranya Jungkook menghisap puting botol itu.
"Omma , cuba download app yang seronok sikit. Kook nak main"
Puan Jeon menaip 'Dating apps' lalu muncullah Girlfriend app , Boyfriend app dan macam-macam lagi.
Dia menekan salah satu app yang terpapar disitu.
"Kook tidurlah , omma pon dah mengantuk ni" Ujar Puan Jeon lalu berjalan keluar daripada bilik Jungkook.
"Maaf sayang , tapi omma nak Jungkook jadi lebih matang sikit" Bisik Puan Jeon selepas menutup pintu bilik Jungkook.
Dia nak cuba matangkan anak dia. Jungkook tahun ni sudah berusia 22 tahun tapi perangai hmm hampeh. Tak ubah macam budak berumur 1-6 tahun.
Jadi apa salahnya kalau dia suruh Jungkook cari girlfriend melalui aplikasi itu. Tapi alangkah bagusnya kalau dia tahu yang dia tersilap tekan.
"Bye omma! Sayang omma! Nunite muahhh!" Ucap Jungkook lalu dia melompat ke atas katil bersama botol susu ditangan.
"App apa niii?" Soal Jungkook kepada dirinya sendiri.
"Boyfriend app? Apa tuh?" Jungkook menggaru-garu double chinnya.
Sudah dewasa ,
Tapi belum berpunya?
Jangan risau , app ini dapat menolong anda untuk mencari pasangan yang sesuai!
Klik 'Continue' untuk mendapatkan lelaki idaman anda!
Jungkook dengan pantas terus menekan butang 'Continue'.
Sila masukkan ciri-ciri lelaki idaman anda :
Jungkook mula berfikir dan dia tersenyum sendiri.
Dia menekan keyboard lalu mula menaip.
Hot , Handsome , Cute , Perfect , Beautiful , Sexy
Terima kasih , kami sedang memproses data anda. Dan akan memulakan pencarian yang tepat dengan ciri-ciri yang anda mahukan.
"Hehe! Tak sabar!" Jungkook menepuk tangannya berkali-kali persis budak kecil.
Ting!
Kami sudah menjumpai seseorang yang sangat sesuai dengan ciri-ciri lelaki idaman anda!
Tekan '>kth<' untuk menyemak gambar dan maklumat berkaitan lelaki yang kami telah pilihkan untuk anda.
Jungkook menekan >kth< lalu terpamparlah wajah seorang lelaki yang berambut merah bersertakan beberapa maklumatnya.
• Kim Taehyung
• 22 tahun
• Coo CEO You And Me Ent.
• Tidak pernah bercinta sepanjang hidupnya
• Setia orangnya
• Baik , lemah lembut , berbudi bahasa , hormat orang tua-- itu sahaja
Suka? Tekan 'IWantU' untuk menghantar form kepadanya.
"Kook suka! Kook suka!"
Jungkoon menekan IWantU sepantas kilat sambil tersenyum sampai ke telinga.
"Arghhh! I want Kim Taehyung!" Jerit Jungkook sebelum sambung menghisap botol susunya.
Eunji
"Woi! Taehyung!"
"Apa duh noona" Sahut Taehyung malas. Bukan tak tahu kakak dia tu suka menganjing.
"Ni ada orang request IWantU do!"
"Tak kisah"
"Esok pergi tau! Noona dah hantar mesej dekat dia. Suruh dia pergi cafe noona. Bolehlah korang berdua jumpa dekat sana"
"Taknak lah noona" Taehyung menjeling kakaknya yang kelihatan sedikit kecewa dengannya.
"Please , Tae. Tak baik buat noona macamni" Eunji mengelip-ngelipkan matanya ke arah Taehyung.
"Yerlah esok aku pergi" Jawab Taehyung yang akhirnya mengalah , kejap lagi mulalah Eunji tu peluk kaki dia merayu suruh dia pergi.
Siapa je tak rimas bila ada kakak macamtu.
"Yeyey! Ada orang nakkan adik aku!" Sorak Eunji sambil bermain-main dengan pipi Taehyung.
TBC
Jangan tanya author kenapa 'Boyfriend' dan bukan 'Girlfriend' 🌚 No gheii k
kalau kurang kasih syg author unpub chawww
Jungkook : Aku or Jimin hyung lagi hot?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top