〖 𝘽𝘿 | 2 〗

Syukur selepas 5 months akhirnya yefyef ini di update juga🌞

ᴘᴀᴘᴀ

SKIP - pagi -

Keling keling

Taehyung menggosokkan matanya sebaik mendengar bunyi alarmnya.

'8:34 am'

Terbeliak biji mata Taehyung bila nampak waktu yang terpapar pada telefonnya.

"Oh shoot! Aku dah lambat nak pergi kerja"

"Kerja? Harinikan Ahad , hari cuti" Sampuk Aleya yang sedang menyapu lantai.

"Eh haah lah hehe. Saya tak perasan harini hari Sabtu. Saya minta diri dulu nak kencing" Taehyung menggosok belakang lehernya. Sebelum cepat-cepat beredar ke dapur untuk ke tandas. Malu lah weh!

"Eh bangun-bangun terus nak kencing?"

Tok tok tok

Klek

"Hai adikku sayang!" Sergah Kai sebaik pintu dibuka.

Taehyung yang berada di dapur memerhatikan seorang lelaki yang sedang mesra berpelukkan dengan Aleya.

Timbul sedikit rasa iri hati dihatinya ehek ehek—-

"Eh siapa tu?" Soal Kai kepada Aleya bila dia ternampak kelibat seseorang di dapur.

"Nak kata Jeongguk , tak silap aku dia baru 2 bulan takkan tiber harini jadi besar gedabak dah" Ngomel Kai yang baru melepaskan pelukan.

Kai memasuki bahagian dapur dan stalk figura tersebut dengan khusyuk. Lepas dia dah sahkan tu lelaki terus dia serang Aleya.

"Jantan mana pulak kau bawak balik ni dik?!" Pekik Kai lalu menggoncangkan tubuh Aleya.

Taehyung yang terkejut mendengar suara jantan seseorang daripada ruang tamu terus berlari ke ruang tamu.

"Eh eh kenapa ni?!" Soal Taehyung terkejut dia nampak Aleya kena goncang oleh seseorang lelaki.

Kai pusing untuk tengok lelaki yang tak diundang dalam rumah dia. Baru dia nak serang tiber dia berhenti.

Wajah Taehyung dia perhati lama jugak taklah lama sangat.

"Taehyung?!"

"Erkk kau siapa?" Soal Taehyung

"Weh kau tak ingat aku ke?! Aku Kai lah! Budak paling hanat kat sekolah dulu! Takkan tak ingat wehhhh!" Kai menyerang Taehyung lalu diselak baju Taehyung.

"Hah ada tatoo arnab kat sini! Taehyung! Ni kau ksjsjsjsjsj omg!" Kai yang terlebih teruja terus melompat ke atas Taehyung.

Badan Taehyung dia peluk seerat yang mungkin" Rindu sangat dengan kawan lama dia.

Yang Taehyung pula masih cuba memproses otak dia. Nak refresh balik zaman persekolahan.

"Erkk—-Bang Kai kenal ke dia ni?" Sampuk Aleya , ye lah tengok Bang Kai macam baru lepas cinta hati yang dah hilang berabad.

"Gila kau tak kenal! Best friend aku dulu ni!" Teruja Kai bersuara.

"Tapi kenapa Taehyung macam tak kenal Bang Kai pon?" Soal Aleya. Dia syak Bang Kai syok sendiri.

"Cuba dik tengok muka Taehyung. Dia nampak sangat kenal aku tau" Bangga Kai. Taehyung kat situ senyum janggal.

Dia bukan ingat pon siapa Kai ni 😂😂 Acah-acah ingat je mampu.

"Sooo soalan first aku, kau kerja apa sekarang ni?" Soal Kai. Manalah tahu Taehyung ni CEO ke apa ke bolehlah dia minta belanja iPhone.

"Beshe beshe je. Setakat—-"

"Ni mesti jual karpet kan! Muka dah macam bangla karpet kayuh basikal tu uish!" Sengaja Kai memintas dengan nada teruja. Saja cakap pasal bangla. Bukan senang nak jumpa bangla karpet kat Korea ni!

"Erk—-Bang Kai kenapa cakap macamtu tak baiklah"

"Eh takpa. Saya dulu memang pernah jual karpet kejap. Tapi bisnes lingkup sebab karpet saya jatuh dalam loji waktu saya berhenti tepi loji haritu" Luah Taehyung. First time dia ceritakan benda ni dekat orang.

"Alahh kesiannya awak. Sekarang ni awak kerja apa?" Soal Aleya. Pelik jugak , sebab Taehyung ni nampak kaya ,

"Now Alhamdulillah , saya dah jadi CO CEO dekat syarikat appa saya"

Taehyung insaf bulan puasa ni.

"Ha dah kita bertiga ni. Jomlah kita dinner luar sama-sama malam ni" Sampuk Kai. Dia cemburu sebenarnya kawan dia dah jadi CO CEO , yang dia masih jadi buruh tak berbayar dekat ladang ternakan babi.

"Tak payah lah Bang Kai. Esok Taehyung ker—-"

"Eh takpa! Saya dah ambil cuti hehe" Taehyung tersengih yang membuatkan hati Aleya sedikit cair—-ehem!

"Ahh aku masuk dululah. Penat semalam jaga babi sampai tak balik rumah aku huhu"

SKIP

"Taehyung" Panggil Aleya yang sedang mencari anaknya.

"Ya sayan—-" Sahut Taehyung.

"Bukan tadi awak dukung Jeongguk ke? Mana dia?" Soal Aleya , pelik jugak sebab tangan Taehyung kosong je.

Jeongguk pon macamlah nak berenggang sangat dengan Taehyung. Nak pisahkan diorang tu fuhh cukup susah!

"Ouh! Oh no! Saya tertinggal dia tepi oven!"

SKIP

Jeongguk yang sedang berbogel itu memerhatikan Taehyung yang sednag mencari lampinnya.

Jeongguk baby auuu jangan lupa😂 japgi jadi lain🌚

Taehyung kembali ke meja pertukaran lampin Jeongguk lalu mengangkat bontot Jeongguk.

"Mskskksksksjsjsjpapa"Merapu Jeongguk si bayi comel lalu tersenyum manja ke arah Taehyung.

Terbeliak biji mata Taehyung setelah mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Jeongguk.

Telinga dia macam tak percaya je dengar perkataan last bayi itu.

"P-pa-pa" Gugup Taehyung.

Entah mengapa dia berasa sebegitu terharu mendengar perkataan 'papa'.

Dadanya dipegang dan diusap untuk menenangkan diri. Tapi macam tak berjaya je.

"Eh kenapa dengan hati aku ni?" Soalnya kepada diri sendiri.

Lamunannya terhenti apabila Aleya menerjah masuk ke dalam bilik Jeongguk.

"Awak dah habis tukar lampin ke belum?"

"Ohh dah dah. Tinggal nak pakaikan baju ja"

"Ouh kalau macamtu mehlah saya buatka—-"

"Takpalah saya boleh buatkan. Lagipun awak mesti penat. Baru lepas basuh baju nak kena pakaikan Jeongguk baju pula" Ujar Taehyung. Bukan acah baik ke apa. Dia memang suka budak-budak ni tambah-tambah bila mak budak tu hot lagi dia suka.

"Kalau macamtu hmm....takpalah nanti kalau dah siap awak bagi puting ni untuk dia. Takut dia merengek dalam kereta nanti" Arah Aleya , Taehyung hanya mengangguk.

Taehyung terus memakaikan Jeongguk pakaian yang telah disediakan oleh Aleya. Lalu puting tadi disumbat ke dalam mulut Jeongguk.

Dia mendukung Jeongguk lalu dia mendodoi Jungkook.

Kepala botak Jeongguk dicium lalu disandarkan pada dadanya yang sasa itu.

Dia tersenyum kecil melihat wajah tenang Jeongguk yang sudah tertidur itu.

"Ni ke perasaan bila ada anak?"

TBC

im sorry if this chap hambar coz aku dah lama tak menaip pastu mampu bina ayat noob je🌞

Taehyung : Ada ciri-ciri daddy material kan saya ni😉

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top