Bab 9 Kosong (1)

Seperti biasa, dimana hari yang bosan melanda Rai pada hari tu. Dia hanya duduk di pejabatnya sambil mengeluh kepanasan.

Rai : haaa panas nya hari ni. Penghawa dingin ni kalau boleh buka 1 celcius dah lama aku buka. Ni limit sampai 16 je.
Sara : abang ni.. cuba dari tadi buka. Sejuk dah pejabat ni.
Rai : ni nama nya jimat. Setiap satu waktu sekali je buka. Pagi sekali, petang sekali, malam sekali.
Sara : haaa musim panas panjang ni.
Rai : hujan salah , panas salah. Kau nak apa? Nak ribut?
Sara : eh?

Mereka berdiam diri menikmati kesejukan di dalam pejabat itu. Seseorang masuk dalam pejabat itu.

Suki : haaa panas nya kat luar...
Rai : rumah banyak penghawa dingin, sini juga kau datang. Syuh, syuh, balik.
Suki : errr dah rosak. Tu sebab saya datang sini.
Rai : tak ada hari lain ke rosak.
Suki : tu la. Hmm tak ada kes baru ke?
Rai : aku malas nak selesaikan apa-apa kes.

Dalam keheningan itu, seseorang telah datang bagai di hembus angin. Tidak lain dan tidak bukan, si penyihir, Daili.

Daili : Rai!!! Kau kata rumah warga emas ada hati emas. Tapi tak ada. Kau betul-betul tipu aku. Jangan sampai aku jadikan kau katak!
Suki : ehh sabar.. kenapa? Penting sangat ke hati emas tu?
Daili : penting untuk dunia aku! Dunia kau sangat aman. Aku cemburu.
Rai : haaa ceritakanlah.
Daili : di dunia aku, manusia dan penyihir sering bergaduh. Untuk menyempurnakan kerja manusia, kami selalu membantu tetapi mereka langsung tak menghargai kerja keras kami. Mereka mencampak kan kami. Kami hidup miskin. Sedangkan manusia menikmati hasil usaha kami.
Rai : suasana di dunia kau?
Daili : ermm? Maksudnya?
Rai : suhu nya apa. Sejuk ke panas.
Daili : tak lah panas dan tak sejuk. Dunia kami lebih banyak awan dari sini
Rai : suki ! Jom!
Suki : yeah..
Sara : tak guna, sanggup pergi semata mata nak sejuk. Bukan nak tolong tu.
Rai : syihhhhh.. diam!
Daili : hmm kau nak pergi dunia aku ke?
Rai : haa cepat sikit.

Daili terus mengangkat kayu nya ke atas. Dia membuka portal ke dunia lain menggunakan sihir.

Rai : kejap? Portal ni tarik kita ke?
Suki : macam lohong hitam je?
Daili : ya! Hehe.
Rai : erk! Macamana kau boleh ketawa? Bermakna kita akan jatuh dari langit.

Mimi pula datang..

Mimi : panasnya! Eh apa yang terjadi?

Semua orang yang ada di pejabat itu di tarik oleh portal itu. Mereka menjerit ketika dalam perjalanan portal itu.

Sara : kenapa aku ikut sekali?!!!
Mimi : what the bell?!!!!!

Seperti jangkaan Rai portal itu terbuka di langit.

Rai : ok, sekarang masa untuk menjerit. Ahhhhhhh!!!!

Mereka menjerit dengan kuat tanpa sedar bahawa mereka sedang terapung.

Rai : kita dah sampai tanah?
Daili : kau betul-betul meremehkan aku ya?
Rai : oh..
Daili : masa kau orang terjatuh aku dah sedia kan mantra sihir udara. Jadi kau tak akan jatuh ke tanah.

Mereka tidak mempedulikan kata-kata Daili, sebaliknya melihat sekeliling..

Suki : dunia apa ni?
Sara : ni atas awan ke?
Mimi : kenapa kita kat sini?
Rai : hah! Woi Daili. Kenapa kau bawa mereka berdua sekali? Aku suruh bawa kami berdua sahaja.
Daili : mana lah aku tahu. Portal tu menyedut sesiapa sahaja yang ada dalam sesuatu ruangan.
Rai : penyihir tak boleh harap. Lain suruh lain jadi.
Daili : apa?!
Sara : dunia apa ni?
Daili : selamat datang ke dunia aku. Dunia yang kelam. Kita berada di daratan terapung.
Rai : bermakna, semua daratan atas langit?
Daili : ya..

Mereka pun masuk ke dalam kota itu, tempat di mana mereka tinggal.

Orang 1 : woi, tengok penyihir tu bawa orang pelik. Pakaian apa tu?
Rai : oh ni pakaian masa depan. Nanti masa depan kamu semua akan berpakaian kot dan kemeja seperti ini..
Orang 1 : ohhh ye ke? Jadi kamu semua manusia?
Rai : mestilah manusia. Tak ada ekor. Haa tengok lah. Tak ada kan?
Orang 2 : mereka manusia!

Orang ramai berkerumun antara mereka. Orang-orang menyapa mereka dengan ramahnya.

Rai : (mereka sangat baik dan peramah, macamana dia boleh kata mereka jahat)...

Fikir Rai. Mereka malah membawa Rai mengelilingi kota. Ada yang memberi makanan.

Kemudian, mereka di jemput oleh ketua kampung di situ...

Rai : wah kat kota pun ada kampung..
Daili : biasa la...

Mereka semua di beri layanan baik. Bertentangan dari apa yang Daili pernah ceritakan. Di sebuah bilik tetamu , dalam pejabat awam...

Ketua Kampung : ini kali pertama orang dari luar dunia datang ke tempat kami. Kami sangat gembira.
Suki : ya terima kasih Pak cik. Boleh ceritakan serba sedikit tentang dunia ni.

Baru sahaja di ingin bercakap, Daili muncul di situ.

KK : kau buat apa?! Pergi buat air. Jangan sampai aku masukkan kau dalam bilik tahanan.
Daili : maafkan saya ketua.

Daili terus pergi. Sedangkan mereka berempat tercengang.

Mimi : kenapa melenting dekat dia?
KK : haaa penyihir ni sampah. Mereka tak patut wujud.
Sara : tapi mereka manusia juga kan?
KK : dulu, sewaktu sihir mula di kenali. Ramai yang menyalahgunakan kuasa sihir itu. Para manusia yang tiada apa-apa jadi korban ritual, adat, tradisi, dan lain-lain. Manusia sangat terseksa pada ketika itu.
Rai : macam tu pula?
KK : ya, kemudian datang lah seorang pahlawan yang berani menghentikan semua itu. Kini manusia sudah mampu berdamai kerana kami tahu kelemahan mereka.
Rai : ok. Nak dengar cerita panjang tak pasal sihir?
Suki : eh? Maksud nya?
Sara : abang tahu ke?
Rai : kenapa pula tak tahu?
Mimi : ceh, cer citer .

Cerita nya berlaku benar di  zaman Babylyon. Ketika itu,di langit terjadi Perdebatan, beberapa malaikat sedang membicarakan mengenai kejahatan dan kerosakan manusia. 

Para Malaikat berkata :
“Anak-anak Adam itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi tetapi mereka mendurhakaiMu”.

Allah SWT berfirman :
“Sungguh jika Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka(manusia), niscaya kamu akan melakukan sebagaimana yang mereka lakukan juga”.

Para Malaikat menjawab :
“Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan mungkin kami mendurhakaiMu!”.

Allah berfirman :
 “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui.”

Malaikat berkata :
“Kami adalah orang lebih patuh dan taat kepada Engkau dibanding anak keturunan Adam.”

Kepada malaikat, Allah berfirman:
“Panggillah ke mari dua malaikat. Aku akan turunkan mereka ke bumi hingga kamu dapat melihat apa yang dilakukan kedua malaikat itu!”

Allah berfirman kepada malaikat,
“Pilihlah dua yang termulia antara kamu!”

Malaikat menjawab,
“Tuhanku, biarlah Harut dan Marut yang melakukannya (Turun Kebumi).”

Akhirnya, Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi dan dengan diberi sifat-sifat yang sama seperti pada manusia yaitu: Nafsu, syahwat, Akal dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abi Hatim dari Assham Bin Rawwad, dari Adam, dari Abi Ja'far, dari Qais Ubaid, dari Ibnu Abbas r.a.

Demikianlah Allah menunjukkan kebijaksanaannya. Allah mengutus Dua dari para malaikat tadi ke bumi dengan dibekali hawa nafsu. Mereka turun ke bumi dengan membawa tugas, yaitu mengajarkan manusia pengetahuan ilmu sihir, yang tujuannya adalah untuk melawan ilmu-ilmu sihir setan. Sekaligus mengajarkan manusia kebaikan.

Mereka (Para setan dan Iblis) mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. 
QS. Al Baqarah:102

Dan dimulailah misi mereka mengajarkan orang-orang yang masih Beriman di kerajaan Babilon beberapa pengetahuan ilmu sihir dan cara melawan ilmu sihir setan. 
Singkat cerita, setelah kedatangan Harut dan Marut maka terjadilah gerakan perlawanan rakyat (yang Beriman) terhadap para ahli sihir setan. Akhirnya para ahli sihir setan pun berhasil di kalahkan dan tersingkir dari Babilon. Penguasa kerajaan Babilon kemudian mengumumkan larangan keras bagi warganya untuk mempelajari ilmu-ilmu sihir setan lagi.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ra ; kedua malaikat itu mengajarkan kepada manusia tentang peringatan terhadap sihir bukan mengajarkan untuk mengajak mereka melakukan sihir. (Al Jamili Ahkamil Qur’an juz II hal 472)

Akhirnya, sebagai penghargaan terhadap Harut dan Marut yang telah dianggap oleh rakyat sebagai guru besar, penguasa kerajaan Babilon memberikan mereka kedudukan tinggi antara lain sebagai penasihat kerajaan dan harta yang berlimpah. 

Namun ternyata kedudukan tinggi dan harta itu perlahan-lahan mulai membuat hawa nafsu Harut dan Marut menjadi tak terkendali. Mereka akhirnya mabuk dalam kenikmatan duniawi dan melupakan tugas2 mereka sebagai manusia. Dan berakhir dengan sebuah skandal.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra:
Dengan kehendak Allah, lalu datang seorang wanita yang cantik bagai bunga (Zahrah). Zahrah pun mendatangi kedua malaikat itu untuk mengujinya.

Kedua malaikat itu tertarik dengan kecantikan Zahrah hingga timbullah keinginan (hasrat) terhadapnya.
Zahrah berkata, “Maukah kamu mengucapkan kalimat mantera musyrik?”
Kedua malaikat itu menjawab, “Tidak, demi Allah, sedikit pun kami tidak mau mempersekutukan Allah untuk selama-lamanya!”
Zahrah meninggalkan mereka berdua. Beberapa saat kemudian, dia kembali lagi membawa anak kecil.
Sambil mendekati kedua malaikat itu Zahrah berkata, “Bersediakah kamu membunuh anak kecil ini!”
Kedua malaikat itu menjawab, “Tentu saja tidak, demi Allah selamanya aku tidak akan membunuhnya!”
Zahrah meninggalkan mereka dan datang sambil membawa segelas arak. Setelah merayu mereka, akhirnya Zahrah berkata, “Aku tidak akan mengikuti kamu, sebelum kamu berdua minum arak ini!”
Akhirnya kedua malaikat itu meminumnya hingga mabuk dan kemudian mereka berzina dengan Zahrah sebelum akhirnya membunuh anak kecil itu, dan mengucapkan kalimat musyrik.

Singkat cerita, beberapa hari setelah terjadinya skandal ini, datanglah Malaikat Jibril dari langit memberitahu Harut dan Marut bahwa masa tugas mereka telah berakhir. Dan Mereka dipanggil kembali ke langit untuk melapor. Betapa terkejutnyanya Harut dan Marut, karena saat itu juga ingatan mereka sebagai malaikat telah kembali. 

Diriwayatkan oleh Makhul, dari Mu’adz, 
Maka datanglah dari sisi Allah malaikat Jibril kepada mereka. Pada saat Jibril datang, Harut dan Marut menangis dan Jibril ikut menangis sambil berkata, “Sesungguhnya cobaan apakah yang membuat kalian sampai hanyut seperti ini?”

Dengan ketakutan yang dahsyat, Harut dan Marut kembali ke langit untuk melaporkan tugas mereka kepada Allah. 

Maka disaksikan para malaikat yang lain, Harut dan Marut melaporkan tugas-tugas nya sebagai manusia, yang berakhir dengan dosa. Saat itu juga seluruh malaikat bertasbih dan beristighfar kepada Allah. Karena mereka menyedari betapa tidak mudahnya menjadi manusia. Dan betapa masih ada manusia yang baik yang tidak layak di azab. 

Akhirnya Allah menutup sidang itu dengan menawarkan pada Harut dan Marut Dua pilihan: Ingin di azab di dunia, atau ingin di azab di akhirat. Harut dan Marut yang mengetahui betapa dahsyatnya azab akhirat tentu saja langsung memilih di azab di dunia.

Suki : jadi ? Macamana dengan azab mereka?
Rai : errr menurut dari pelbagai kisahlah, ada yang cakap mereka di gantungkan dengan kepala di bawah. Tapi jangan percaya bulat-bulat, sebab ceritanya yang benar sampai situ je. Tak ada tulisan atau cerita yang benar selepas azab atau apa pun azab yang sebenarnya.
Mimi : wah, rupanya ada sihir.. wujud eh? Saya tak pernah tahu.
Suki : mungkin kita berada di beribu tahun lepas.
Rai : nope! Dunia kita lain. Sudah jelas. Kita berada di dunia lain.
KK : cerita kamu sama dengan sejarah di dunia ini...

"Ahhhhhh?!!!!"

Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top