Bab 18 Misteri Hidup Kembali
Semua orang yang tumpang tidur di rumah Rai sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Tinggallah Sara bersama Rai sambil mengemas rumah. Setelah itu, Rai duduk di sofa dengan silang kaki. Dia berfikir akan sesuatu.
Sara : abang fikir apa tu?
Rai : abang suka kes yang berantai seperti ni. Akhir nya otak ini di gunakan dengan panjang.
Sara membiarkan Rai duduk termenung.
Rai : dari mana aku harus mula?
Dia bingung hendak mula dari mana.
Rai : mungkin rumah mayat? Ye!
Dia pun bangun dari tempat duduknya dan terus pergi.... Dan di sana..
Liza : tak bawa suki pula?
Rai : raya dah habis. Sekolah lah.
Liza : ohh.. ok. Tak ada apa yang tinggal dengan mayat ni. Sebab semua sudah terbakar hangus.
Rai : ya. Langsung tak ada petunjuk. Kejap. Ya, petunjuknya ada!
Rai terus keluar dari situ. Di bertemu dengan seseorang di tempat yang tertutup. Ternyata dia bertemu dengan Ira. Kakak kepada Sya. Namun begitu, Sya sedikit dewasa berbanding dengan Ira. Ira agak kebudakan.
Ira : kenapa abang nak jumpa saya kat tempat tertutup ni?
Mereka minum di sebuah kedai makan bertingkat dua. Jendela nya cermin dan ada penutup supaya tidak panas dek matahari.
Rai : kau cakap Kal ada jumpa kau. Kan?
Ira : ya..
Rai : apa dia cakap?
Ira : tak beberapa jelas sebab masa tu hujan lebat. Yang saya dengar, dia kata dia tak bersalah. Dia di perangkap.
Rai : di perangkap? Dengan siapa?
Ira : tak tahu.
Rai : cuba ingat balik. Ada tak cara nak jumpa dia?
Ira memejam kan mata nya dengan rapat, cuba untuk mengingati kejadian itu.
Ira : tak ingat lah.
Rai : lain kali dengar betul-betul. Apa lah.. informasi penting tu.
Tengahari itu, Rai pulang ke rumahnya. Dia makan dan Suki datang. Suki dapat mengagak Rai sedang hampa kerana tidak dapat apa-apa lagi. Rai pun ceritakan semuanya.
Suki : bandar ni besar tapi populasi nya boleh di bahagi.
Rai : apa maksud kau?
Suki : maksud saya, kalau orang kerja, kita tahu di mana tempat mereka selalu ada. Budak sekolah, kita pun tahu di mana mereka berada.
Rai : kata-kata kau menyedarkan aku. Suki, pergi ambil peta bandar ni..
Suki terus pergi mengambil peta dan letak di atas meja makan.
Sara : ni meja orang nak makan!
Suki : sabar. Master yang suruh..
Rai : ya... Kejap.. macam dejavu la. Aku rasa macam pernah selesaikan kes ni ..
Suki : apa yang master cakap ni?
Rai : ahh tak da apa lah.
Rai pun menandakan tempat dimana orang penuh. Dia bulatkan tempat yang tidak banyak orang di situ.
Rai : ok, ada 3 tempat yang kemungkinan ada nya Kal.
Suki : kalau kita berpecah mungkin lagi cepat.
Sara : saya nak...
Rai : tak boleh. Bahaya. Telefon Liza.. maksud aku, inspektor Liza. Dia kan dah naik pangkat hari tu..
Suki : laa ye ke? Wah, saya tumpang gembira.
Rai : aku akan telefon budak kembar ni.
Akhirnya mereka berkumpul di rumah Rai.
Rai : ok faham tak apa yang kena buat?
Sya : faham.
Rai : Sya dengan Suki. Pergi daerah 2. Liza dengan Ira pergi daerah 3. Aku akan pergi seorang kat daerah 1 ni.
Tanpa banyak bertanya, mereka pergi ke daerah yang di berikan.
Daerah 1 - Gudang dalam hutan..
Rai : besar gudang ni.. memang dejavu. Aku rasa macam pernah ke sini. Apa yang tak kena dengan aku ni?
Rai mengabaikan tentang dejavu nya dan membuka pintu gudang itu. Dalam nya berhabuk dan banyak mesin-mesin lama yang sudah tak di gunakan lagi.
Rai : wow, ni kalau jual dapat juga duit.
Di tengah gudang, alangkah terkejutnya Rai apabila melihat tempat itu seperti pejabat yang baru sahaja di gunakan.
Rai : eh, blueprint ? Ada orang kerja kat sini senyap-senyap ke?
Pak cik : jangan bergerak! Siapa kau?!
Rai : errr tunggu dulu. Saya tak ada niat jahat.
PC : jangan menipu. Kau nak curi hasil kerja aku kan?
Rai : tak, saya tengah buat siasatan.
PC : siasatan apa?
Pak cik itu mengacukan batang besi depan Rai. Orang nya berambut putih dan berkedut.
Rai : sabar pak cik. Pak cik tak dengar ke kes orang mati dibunuh tu? Dia kena bakar hingga rentung.
PC : itu? Kenapa kamu datang ke sini? Sebab kami percaya yang orang yang di bunuh tu masih hidup. Dan bersembunyi di suatu tempat.
PC : ok. Tunjukkan kad kamu.
Rai pun menunjukkan Kad perniagaan nya.
PC : ok kamu betul. Maaf. Pak cik sedang mereka mesin portal ke dunia lain.
Rai : oh. Kenapa sebabnya?
PC : seperti yang kamu lihat. Pak cik sebatang kara. Tiada isteri apatah lagi anak. Sebab tu pak cik percaya di dunia lain mungkin kehidupan pak cik lebih baik dari ni.
Rai : Pak cik cuba lari dari takdir?
PC : bukan. Memperbaiki nya. Kamu tak rasa pak cik pelik? Gila ke?
Rai : errr .. saya rasa dejavu. Saya rasa saya akan berjumpa dengan seseorang dari dunia lain. Saya juga pernah ke dunia lain.
PC : hah?! Macamana?
Rai : secara kebetulan. Teori saya, ada beberapa portal ke dunia lain yang semula jadi. Mungkin pak cik cuma cari.
PC : oh macam tu. Terima kasih.
Daerah 2 - Bawah jambatan
Suki : tak kan lah dia ada bawah ni.
Mereka turun ke bawah jambatan. Mereka terpana apabila melihat Kal sedang makan roti di situ.
Sya : Kal!!!
Kal : cik peguam!
Suki : Ikan!! Oh saya gurau..
Sya : kamu masih hidup?!
Kal : ya. Bila masa saya mati?
Sya : forensik mengesahkan yang mati di bakar tu kamu.
Kal : tak mungkin. Mesti ada konpirasi ni. Macamana Cik boleh jumpa saya?
Sya : kami gunakan perkhidmatan penyiasat.
Kal : wah, hebat dia ya sampai tahu di mana saya.
Suki : saya pembantu dia.
Kal : oh... Ada pembantu..
Sya : kamu mesti ikut saya Kal. Selesai kan semua ni. Dan saya nak dengar penjelasan kamu.
Kal : ya. Saya tak bunuh isteri saya.
Suki : jom kita pergi ke tempat yang lebih selamat...
Kal : pastikan selamat. Orang tengah cari saya.
Suki : siapa?
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top