Bab 17 Kembar
Mereka berdua di ajak masuk ke dalam rumah Rai. Semuanya duduk sambil menunggu air yang di buat Sara.
Rai : ada apa? Kalau nak pinjam duit, tak ada.
Sya : bukan tu lah. Ni haaa..
Sya memberi satu fail yang penuh dgn maklumat tentang kes nya.
Rai : oh anak guam kau hilang? Bukan masalah aku. Aku cuma menyiasat kes pembunuhan dan kes-kes pelik.
Sya : ya, saya tahu awak akan cakap macam begitu. Tapi inilah kes yang awak cari selama ni.
Suki : kenapa?
Ira : sebab kes ni pelik.
Rai : hmm cerita lah dulu. Nanti aku putuskan sama ada nak terima atau tidak.
Sya : ok. Anak guam saya bernama Kal. Berbangsa India dan berumur sekitar 30an.
Rai : nama penuh dia mesti kalendar.
Sya : haha lawak sangat. Lagi lah. Buat lah lagi. Cepatlah!
Suki : uh garang nya.
Ira : sabar kak. Sambung lah lagi.
Sya : haaaaa... Dia di tuduh membunuh isterinya sendiri. Bukti sudah ada menunjukkan dia tidak bersalah. Namun beberapa hari sebelum persidangan dia hilang begitu saja. Jadi mahkamah memutuskan untuk tangguh kes itu sementara sehingga defendan itu muncul semula.
Suki : wah.. hilang ke mana?
Sya : selepas hari persidangan itu di tangguhkan, pihak polis menemui mangsa mati di bakar.
Rai : apa?!
Sya : (tersenyum kecil) haaa menarikkan? Tapi tak cukup lagi menarik. Sebulan kemudian, selepas bulan puasa. Adik , cakap lah.
Ira : haa dia jumpa dengan saya. Dia ingatkan saya Sya. Sebab kami kan kembar. Jadi memang banyak orang salah faham.
Rai : kejap kejap.. dia dah mati di bakar, macamana dia boleh hidup dan berjumpa dengan kau?
Ira : tak tahu. Saya bukan pandai sangat dengan hal ini.
Sya : itulah yang pelik nya. Persoalannya sekarang, siapa pembunuh sebenar isteri dia? Kenapa dia melarikan diri? Dan macamana dia boleh hidup dari kematian nya?
Rai : hasil dari forensik cakap apa? Tentang mayat tu?
Sya : hasil 98% dna mangsa sama dengan Kal.
Rai : aku pernah kerja forensik dulu. Kalau ada mayat kena bakar memang susah sikit nak mengenal pasti siapa mayat itu. Ya lah , darah pun dah hitam, kering. Cap jari dah hangus. Memang susah. Kena buat pemeriksaan yang amat teliti untuk mengenal mangsa.
Sya : sebab tu saya datang sini. Minta abang tolong selesaikan kes ini.
Rai : ada duit?
Ira : tak ada. Tapi kami sanggup tidur dengan abang selama seminggu.
Sya : ye boleh juga macam tu. Tapi, ketua peguam kata abang akan di bayar dengan bayaran yang setimpal.
Suki : gatal ya kau orang.
Ira : dengan Abang Rai je. Hahaha..
Rai : sorry tak berminat.
Sya : apa? Abang tak berminat dengan kes ni?!!!
Rai : bukan tu! Kes ni aku ambil. Tapi bukan untuk tidur bersama.
Sara : mereka ni tawar menawar maruah pula.
Rai : dah dah. Pergi balik..
Sya : jap lah. Beraya dulu. Mana kuih?
Sara : .....
Sara menunduk malu. Dia tak tahu bagaimana nak buat kuih.
Sara : kami tak sempat buat persiapan raya. Maafkan kami. Tapi saya boleh masak sesuatu untuk tetamu. Kejap ya.
Sara terus ke dapur. Suki juga mengikutnya untuk menolongnya.
Rai : aku bangga ada adik angkat seperti ini. Hahaha ketawa jahat.
Ira : ceh. Tu macam bukan orang sini je?
Rai : ya bukan. Dia asal jepun. Kacukan melayu. Aku kena cari mak dia ni.
Sya : sibuk ke?
Rai : tak lah. Buat masa ni masih tiada informasi di mana mak dia.
Di dapur pula,..
Suki : masak apa ni?
Sara : nasi kari.
Suki : wow, saya suka. Nasi kari penuh kari tu..
Sara : bukan itu kau.
Suki : sikit pun tak boleh ke?
Sara : tak boleh..
Suki pergi ke Rai.
Suki : master? Master lapar tak?
Rai : lapar juga. Nah duit. Pergi beli daging.
Suki : ehhh..
Rai : jangan cuba mengorat Sara. Di masa depan pun kau masih tak dapat Sara. Kesian betul aku tengok.
Suki : apaaaa?! Kenapa ?!
Rai : pergi beli kalau kau nak ikut selesaikan kes ni.
Suki : baik Master.
Suki pun keluar dan membeli daging. Dia merungut tentang Rai yang selalu menghalangnya dari merebut Sara.
Di kedai daging...
Mak cik Sarimah : eh suki? Kenapa masam je muka? Kan raya ni..
Suki : master saya lah. Dia asyik kacau saya bila rapat dengan Sara. Ini saya nak daging. Sara nak masak nasi kari.
Sarimah : oh ok. Semuanya Rm15...terima kasih.
Suki : ya lah.
Sarimah : dari dulu kamu asyik sebut Sara. Apa istimewanya dia?
Suki : oh.. gembira mak cik tanya. Inikah kisah cinta pandang pertama saya. Dia di selamatkan oleh Master saya dari geng mafia. Dia kacukan jepun-melayu. Bapanya jepun manakala ibunya melayu. Mereka terpisah. Saya tak ingat lah cerita nya kenapa mereka boleh terpisah. Tapi saya bersimpati dengan nasib Sara.
Sarimah : apa nama jepun dia?
Suki : entah lah makcik. Seingat saya Sora apa entah. Lupa lah. Tak kan sora ai..
Sarimah : hahaha macam-macam lah kamu. Haa sesekali ajak lah dia datang sini ya. Mak cik nak juga dengar resepi makanan jepun yang dia tahu.
Suki : wah. Baguslah. Saya pun ada masa lama dengan Sara nanti. Hahaha ketawa jahat.
Suki pun pergi dan pulang ke rumah Rai..
Sarimah : Sora? Jangan-jangan?...
Di rumah Rai...
Suki : nah daging .. ehhh?
Liza : daging apa tu? Selamat hari raya Suki!
Suki : kak liza? Abang Han? Kak Dahlia?
Rai : meriah pula kan?
Han : ramai lah bagus. Kau tunggu nanti aku ada anak. Haha..
Dahlia : sini daging. Lambat lah dia ni..
Dahlia membawa daging ke dapur dan membantu Sara.
Suki : hehe selamat hari raya semua.
Ira : inilah keluarga besar Rai!!!
Sya : kita kena kahwin juga dengan Rai.
Ira : betul tu..
Han : wah.. kahwin lah Rai.
Rai : ..........
Liza : Han!
Han : sorry sorry. Haha. Raya rumah kau pelik lah tak ada kuih.
Rai : raya tak perlukan kuih. Raya perlukan Rai. Hahaha ketawa jahat!!
Mereka semua menunduk menyampah.
Rai pula cuba menyembunyikan fail kes itu di bawah sofanya.
Akhirnya, nasi kari pun siap. Mereka makan bersama sehingga larut malam.
Han : Rai, aku tidur sini lah. Malas lah nak drive malam-malam macam ni.
Sya : sama lah. Teksi tak ada malam-malam macam ni..
Rai : ceh alasan. Suki, ambil toto kat loteng rumah.
Suki : hah? Rumah ni ada loteng?
Rai : ya. Tempat simpan barang. Korang dua tidur dengan Sara ya.
Sya & Ira : alaa..
Rai : kau tidur sini je lah. Nanti aku kemas. Kalau rajin. Hahaha.
Dahlia : eh dia ni.. macam nak godam je kepala otak dia ni..
Han : hahaha.. mungkin banyak virus dalam otak dia.
Mereka tertawa bersama.
Sara turun dari rumah itu untuk membuang sampah. Tiba-tiba...
Sarimah : Sora?
Sara : hah? Mak cik siapa? Tolong!!!!
Orang di rumah itu terus turun. Mak cik Sarimah terus melarikan diri.. suki pula sempat melihat wajah nya.
Suki : mak cik Sarimah?
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top