Bab 11 Naluri
Tiba-tiba Rai di jerut dengan tali. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Orang yang menjerut nya adalah Daili. Kenapa?
Rai cuba menendang muka Daili itu dan Daili melepaskan Rai.
Rai : tak guna!
Kata Rai dalam suara yang hampir hilang akibat jerutan itu. Daili terus melarikan diri.
Rai : eh lari pula dia ni... Apa yang terjadi ni? Suki ?
Tiada sahutan. Rai keluar dari rumah dengan seluar pijama dan baju T putih. Dia yang tidak tahu apa-apa terus berjalan tanpa arah.
Rai : kemana aku nak pergi ni ? Oh ya, aku perlukan air ... Sini kan banyak sihir, pasti ada air untuk tidur balik.
Ketika dia berjalan mencari kedai, dia terserempak dengan Rewl dan Gad.
Rai : errr dik, mana kedai air yang masih buka?
Rewl : kau ingat sini kedai 24jam ke?
Rai : aku dahaga.
Gad : pergi lah dapur. Ada air.
Rai : kat mana?
Rewl : aduuuuhhh semua rumah ada dapur..
Rai : oh.. tak perasan pula.
Rewl : kau siapa? Berjalan seorang diri malam-malam buta.
Rai : ohh tadi aku kena jerut. Tu yang tekak kering.
Gad : jadah kau! Sepatutnya kau terus buat laporan..
Rai : benda ni dah biasa berlaku. Ala-ala main kahwin-kahwin je ni.
Rewl : hah?
Rai : kenapa?
Rewl : kau mesti belum tahu apa yang berlaku?
Rai : kenapa? Kiamat dah dekat ke? Jangan-jangan ni dah 3 hari malam? Oh no, aku tak sempat taubat!
Rewl : bukan! Ketua kampung baru sahaja di bunuh..
Rai : hmmm macam tu.. jadi ada air tak?
Gad : kau langsung tak kisah ya. Nampak nya kau bukan dari sini.
Rewl : ya aku pun rasa macam tu. Mesti dia ni budak dari dunia lain tu.
Rai : eh tak, aku memang bukan dari sini, aku dari sana..
Rai menunjukkan rumah flat yang di tinggal. Mereka berdua bengang dan berlalu dari situ..
Rai : woi, jangan lah macam ni!
Mereka tidak mengendahkan Rai.
Rai : nampak nya dunia ni agak sensitif, sama macam dunia si author.
P/S : kenapa pula nak libatkan author dalam ini cerita?!
Di rumah ketua kampung...
Suki : tak mungkin daili yang buat semua ni...
Mimi : biar mereka siasat sendiri lah. Esok kita balik, tentu mak bapak aku risau.
Suki : ya betul juga. Kita kena kejutkan master.
Sara : Abang Rai?
Satu sosok lelaki masuk ke ruangan itu...
Rai : lah sini kau rupanya... Malam-malam datang rumah orang. Tak malu ke?
Suki : bukan, ada pembunuhan tadi.
Rai : ya aku tahu. Nampak nya kita kena lama sedikit di sini.
Mimi : apa ?! Saya baru je nak balik.
Rai : nak balik, balik lah. Syuh-syuh..
Mimi : wah main halau macam tu je.
Sara : kita perlu kan kak Daili untuk balik.
Suki : betul kata master, kita kena lama dekat sini. Sebab suspek dalam pembunuhan ini ialah Daili. Dan dia hilang kan diri tepat waktu kekecohan berlaku.
Fel datang membawa air. Rai terus menyambar satu cawan.
Fel : amboi, macam ular je tangan tu.
Rai : aku haus, tadi aku kena jerut dengan Daili.
Mereka semua tersentak mendengar perkataan Rai.
Fel : betul ke? Kenapa dia jerut kau?
Rai : mungkin sebab dia suka aku. Aku tahu ini tradisi kat dunia ni kan? Bila seseorang suka, mereka akan menjerut dan lari. Hahaha bijak kan aku..
Fel : dah jelas itu tujuan untuk membunuh. Mana-mana dunia pun kalau menjerut itu salah.
Suki : apa lah master. Tapi tak ada kesan jerutan dekat leher master.
Rai : ok, kau nak aku mati baru nampak kesan nya. Kan?
Mimi : ceh sensitif.
Rai : tak lah. Dunia ni kena sensitif. Aku tengah berlatih.
Sara : macam ni ke Abang Rai selesaikan kes? Suki? Macamana awak boleh tertarik dengan dia ni?
Suki : huh(tersenyum sinis) awak akan tahu tak lama lagi....
Kyil datang di situ untuk melapor...
Kyil : Fel, nampak nya Daili dah keluar kota. Kami dah cari seluruh kota tapi tak ada kelibatnya.
Fel : dia ni baru je kena jerut dengan Daili.
Kyil : hahhhhh?
Fel : kau ni.. dia kan ahli sihir. Memang tak dapat cari dengan cara biasa.
Rai : oh aku faham. Hehehe... Aku dah tahu rahsia kau.
Fel : apa? Tetiba je dia ni.
Pagi telah pun menyinsing hari.. pencarian Daili menemui jalan buntu.
Rai dan kawan-kawan nya pergi bersarapan di sebuah kedai.
Rai : wah, makanan ala barat. Aku suka.
Sara : lah tak suka makanan melayu ke?
Rai : bukan macam tu, kebelakangan ni aku malas makan. Jadi makanan barat ni kan simple je. Senang terus makan je. Tak da pilihan lauk pauk.
Suki : mewah betul lidah master ya. Hahaha.
Sara : abang Rai, tengok orang tu. Dia pakai kerudung masa tengah makan.
Suki : Daili?
Rai : syuh.. diam. Slow sikit. Jap. Kau tunggu sini.
Rai pergi ke meja di hujung kedai itu.
Rai : Daili?
Daili : macamana .....?
Rai : sebab kau paling mencurigakan dekat sini. Mana ada orang makan tutup kepala.
Daili : oh. Maaf. Aku tahu sekarang ni orang tengah cari aku.
Rai : kau jerut aku malam tadi,...
Daili : bukan aku!
Semua orang dalam kedai itu memandang mereka.
Rai : maaf semua. Masalah perhubungan. Biasa lah ada orang ketiga dalam hubungan kami.
Mereka cuma "ohhhhh'...
Daili menarik tangan Rai dan keluar dari situ. Namun polis ternampak mereka.
Polis 1 : itu Daili!
Rai : kau lari dulu, nanti aku kejar!
Rai memberhentikan polis itu.
Rai : haaa jangan! Kalau tak kamu semua dapat bala. Sihir pendinding!
Jerit Rai sambil mencucuk-cucuk tanah. Dia sebenarnya berpura-pura menggunakan sihir dan polis itu percaya.
Polis 2 : dia pun ada sihir..?
Polis 3 : hati-hati...
Rai terus berlari menyusul Daili. Di suatu tempat... Beranda yang menghadap langit... Rai terus pegang tangan Daili dan melihat...
Rai : aku dah agak. Bukan kau yang jerut aku. Orang yang jerut aku berkulit kasar. Kau ni hmm lembut nya tangan..
Daili : Hish, gatal!
Rai : ehhhh?! Salah faham ni.
Daili : ada orang jerut kau ke?
Rai : ya. Seseorang. Aku yakin dia lelaki.
Daili : kenapa kau rasa itu bukan aku?
Rai : naluri? Naluri aku cakap bukan kau.
Daili : kau percayakan aku?
Rai : tak cukup ke dengan perbuatan aku tadi?
Daili : hmm terima kasih.
Rai : tapi jangan suka aku. Aku dah kahwin.
Daili : perasan betul.
Rai : ok, masa untuk berfikir. Ketua kampung di bunuh dengan jerutan. Untuk memastikan kematiannya, pembunuhan menikam belakang nya dengan belati.
Daili : belati? Macamana rupa belati itu?
Rai : tempat pemegang nya berwarna merah..
Daili : hah?! Belati itu ada dalam pejabat. Ianya untuk ahli sihir yang tak setia pada tuan nya. Dan yang boleh masuk pejabat itu pada waktu malam cuma ketua kampung dan.....
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top