Sweet
"ABANG! ADIK SUDAH SIAPKAN SARAPAN PAGI! KEJAP LAGI ADIK NAK PERGI SEKOLAH DAH!"
Fang membuka pintu biliknya. Muka dia terus berubah menjadi berang kerana abang dia tiada di dalam bilik itu. Katil abang kemas seperti tidak disentuh. Lalu dia menjerit di situ
"ABANG! KALAU YEA PUN, BERITAHULAH ADIK AWAL-AWAL! INI TIDAK, KELUAR TAK BERITAHU ORANG!" Fang terus menghempas tutup pintu bilik abangnya "Esok pagi aku malas nak buat sarapan pagi untuk abang aku si sewel tu!"
Fang turun ke bawah sambil menghentak-hentak kakinya di tangga rumah. Faye yang duduk di ruang tamu seorang diri. Dia hanya melihat sahaja sepupu dia mengamuk di pagi hari. Dia gelengkan kepala dan lalu berkata
"Kau ni, janganlah nak mengamuk sangat dekat abang kau. Dia pergi jogging tadi"
"Kalau dia pergi jogging pun, apasal tak bagitahu aku awal-awal. Ini buang masa aku aje siapkan sarapan pagi untuk dia" Fang terus mengangkat beg sekolah dia yang tersadai di tepi tangga "Abang aku ni saja nak buat aku mengamuk"
"Dia tak nak ganggu kau lah tu" balas Faye "Lagipun nanti dia makanlah makanan yang kau buat tu untuk dia. Lepas balik jogging nanti, mesti dia lapar tu" Lalu dia bangun dari kerusi sofa "Aku pergi sekolah dulu. Takut Bella tunggu aku lama pulak nanti"
"Hmm.. pergilah kau. Aku nak buat sesuatu jap"
"Kau nak letak sesuatu dalam makanan abang kau ke?" Nada Faye agak menakutkan sedikit. Ianya membuatkan Fang tersengih kecil "Kau memang suka buat abang kau mengamuk yea"
"Sudah tentu. Kita orang kan adik beradik yang suka cari pasal sesama sendiri"
"Suka hati kau lah"
Faye terus menuju ke pintu rumah. Fang pula, dia masuk ke dalam dapur dan lalu dia tersenyum nakal sambil melihat semangkuk sup lobak merah yang ada di atas meja makan. Dia pergi keluarkan sebotol garam dari kabinet dapur. Lalu dia membuka penutup botol itu. Dia berpura-pura seperti tertuang banyak ke dalam sup tersebut
"Opss.. terbanyaklah pulak.. hehehe" Fang tergelak nakal
Seterusnya, dia keluarkan biskut Yaya yang berada di tempat tersembunyi di dalam dapur tersebut. Biskut itu telah disembunyikan di dalam guni beras. Fang menyelup masuk tangan dia ke dalam beras tersebut dan lalu dia keluarkan satu bungkusan biskut Yaya
"Hehehe.." Fang hancurkan biskut itu dengan lesung batu "Hancurlah kau wahai biskut!" Dia ketuk biskut hingga ianya menjadi serbuk
Setelah Fang berpuas hati dengan biskut tersebut, dia takburkan serbuk-serbuk biskut itu ke dalam sup lobak merah abangnya. Hati Fang penuh dengan perasaan bangga tetapi dia rasa sedih kerana tidak dapat melihat reaksi abangnya nanti. Lalu dia kacau sup tersebut dengan sebatang sudu
"Takpe.. asalkan abang aku pengsan" bisik Fang dengan aura kenakalan dia mula timbul di tubuh badannya "Ok, misi nakal aku sudah selesai. Masa untuk kemas dan lepas tu terus ke sekolah! Selamat menjamu selera abang ku.. MUAHAHAHAHA!"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo melabuhkan punggungnya ke atas bangku kedai Tok Aba. Dia sudah puas berjogging mengelilingi taman itu sebanyak 10 kali. Tenaga dia masih ada lagi tetapi dia membuat keputusan untuk berehat
"Baru habis bersenam, Kaizo?"
"Yea Tok Aba" balas Kaizo sambil lap peluhnya dengan tuala kecil "Badan rasa segar lagi ni, masih ada banyak lagi tenaga tetapi saya duduk berehat dulu"
"Amboi, masih banyak tenaga lagi"
"Yea Tok Aba" balas Kaizo lagi "Kalau boleh, saya nak berlatih dengan pedang tenaga saya. Memang hati saya mengatakan untuk cincang-cincang pokok yang ada di dalam taman ini untuk berlatih tetapi saya ingatkan diri saya, ini bukan tempat saya berlatih seorang diri, tempat ini untuk semua orang. Jadi kita mesti menjadi seseorang yang bertanggungjawab!"
"Bersemangat betul kamu ni" Tok Aba terus menolak secawan teh hijau di atas kaunter meja kedainya "Nah, air kegemaran kau. Atuk tak pernah lupakan teh hijau kau. Engkau seorang sahaja yang selalu order teh hijau dulu-dulu"
"Terima kasih Tok Aba"
"Sama-sama. Kau nak makan apa? Meh atuk buatkan sarapan pagi untuk kau"
"Hmmm... rasanya adik aku ada buat sarapan pagi ke?" bisik Kaizo sambil memikirkan tentang adiknya "Rasanya tiada kot sebab dia mesti nak pergi sekolah dah. Kalau macam tu, Tok Aba buatkan untuk saya telur dadar dan dua keping roti bakar"
"Boleh boleh. Kamu tunggu yea" Tok Aba rancangan television untuk Kaizo, sementara dia menanti sarapan paginya siap
"Mana Ochobot, Tok Aba?"
"Dia dan Stylobot pergi beli barang kejap. Atuk yang suruh dia orang tadi. Kejap lagi baliklah tu" kata Tok Aba "Kamu dan Lynna macam mana? Sudah ok ke?"
"Kami berdua ok sahaja tapi Lynna mahu kami berkawan buat sementara ini"
"Ohh.. kenapa?"
"Sebab dia nak kami berkenalan semula"
"Eloklah tu" Tok Aba berikan senyuman ikhlas dia kepada Kaizo "Kenal-kenal semula hati budi masing-masing. Tak perlulah nak bergesa-gesa balik, nanti bergaduh pula"
"Yea, itu yang Lynna mahukan. Saya tidak kisah, asalkan kami bersama semula"
"Tapi kamu kena ingat, jangan lama-lama sangat.. nanti ada juga yang masuk campur tapi dalam masa berkawan ni, jangan nak sakitkan hati dia"
Kaizo angguk kepalanya secara senyap. Lalu dia minum air hijaunya sedikit. Kaizo bertekad tidak akan mengulangi kesilapan dia sebelum ini. Jikalau dia perlu bergegas segera ke stesen TAPOPS kerana urusan penting, dia akan memberitahu Lynna. Dia tidak akan membiarkan Lynna tertunggu-tunggu di sini tanpa memberitahu apa yang berlaku. Dia tidak akan mengecewakan hati Lynna lagi
"Tok Aba.." Kaizo terdiam sebentar. Lalu dia berkata lagi "Saya ni bukanlah arif sangat dalam bab-bab ini kerana adalah pertama kali saya mempunyai perasaan terhadap seseorang. Sebelum ini, kalau ada gadis-gadis yan menegur saya, saya akan balas seperti nak makan orang"
"Jadi, apa bezanya kamu tegur Lynna sewaktu kamu bertemu di sini. Mesti ada sesuatu yang menarik perhatian kamu"
"Ada tapi nantilah saya cerita" kata Kaizo "Tapi cerita itu saya perlu ceritakan kepada Lynna dulu sebelum saya ceritakan kepada orang lain. Adik saya sendiri pun tidak tahu tentang cerita ini"
"Hmm.. cerita apa yang misteri sangat tu"
"Ianya ada kaitan dengan masa silam saya" balas Kaizo "Bila tiba masanya nanti, saya akan ceritakan kepada dia kenapa saya tegur dia semasa pertama kali kami bertemu"
"Tak sabar pula atuk nak dengar cerita itu. Mesti cerita yang menarik"
"Memang menarik cerita itu tetapi saya tidak bayangkan apa reaksi dia nanti"
"Mesti dia akan rasa terharu" kata Tok Aba sambil berikan sepinggan makanan kepada Kaizo "Sarapan pagi kamu sudah siap. Makanlah Kaizo, jangan tak makan"
"Terima kasih Tok Aba" balas Kaizo dengan senyuman ikhlasnya "Sudah lama saya tidak merasai masakan Tok Aba, rasa rindu pula"
"Hah! Makan puas-puas. Kalau tak cukup, atuk buatkan untuk kamu lagi"
Kaizo terus letakkan telur dadar dia di atas sekeping roti dan lalu dia tutup telur dadar itu dengan roti lain. Ianya menjadi sandwich telur. Kaizo menjamah roti sandwich itu secara senyap. Sedang dia menjamu selera, tiba-tiba belakang bahu Kaizo ditepuk oleh seseorang. Ianya membuatkan Kaizo tersedak sedikit
"HAH! Orang yang sudah lama saya cari, akhirnya jumpa juga"
Kaizo menoleh kebelakang untuk melihat siapakah orang itu. Dia terperanjat sedikit melihat Papa Zola ada di situ dengan perut buncitnya
"Cikgu Papa? Kenapa cikgu Papa cari saya?"
"Saya cari kamu kerana saya perlukan pertolongan"
"Pertolongan apa tu" soal Tok Aba "Kau jangan nak suruh Kaizo pergi tolong belikan barang-barang untuk bini kau dekat pasar pulak"
"Isk, mana adalah Tok Aba. Kalau tentang barang bini saya, biar saya sahaja yang belikan. Kebenaran tidak akan membenarkan sesiapa membeli barang untuk dinda ku yang cantik! Hahahaha!"
"Habis tu, cikgu Papa nak suruh saya tolong apa?" Kaizo rasa agak curiga dengan pertolongan ini
"Hah, cikgu nak kamu tolong ajarkan anak murid saya yang lemah dalam subject matematik"
"Ajar anak murid cikgu Papa? Adik saya ke tu?" Kaizo terus bersemangat "Saya akan ajar dia tahap kekerasan sehingga dia mahir dan tidak akan lemah lagi! Saya akan ajar dia dengan betul. Serahkan segalanya kepada saya"
"Err.. tapi bukan adik kamu yang cikgu nak tolong ajarkan"
"Habis tu siapa?" soal Kaizo
"Kawan-kawan dia iaitu BOBOIBOY DAN GOPAL!" Papa Zola terus tersenyum bangga "Cikgu akan mengadakan kelas tambahan untuk mereka berdua tetapi kalau mereka tolak, cikgu akan suruh Kaizo menggantikan tempat cikgu tetapi kalau anak-anak murid ku tidak menolak, Kaizo tetap akan mengajar mereka. HAHAHAHA!"
"Bolehlah saya gunakan kekejaman terhadap mereka"
"Kaizo" Tok Aba terus bersilang tangan "Kamu ni, asyik mengajar orang secara kejam aje. Cubalah ajar dia orang secara lembut. Apalah kamu ni tapi atuk sendiri pun tak faham, apalah Lynna nampak dekat kamu ni"
"Ala Tok Aba ni, mestilah dia nampak sesuatu yang istimewa dekat Kapten Kaizo ni. Sang alien yang tampan lagi bergaya, malah lagi gagah perkasa! Cikgu sangat bangga dapat anak murid macam ni"
"Bila masa saya anak murid Cikgu Papa?" Kaizo gelengkan kepalanya
"Kalau boleh, cikgu mahu menjadi seperti Kapten Kaizo! Hahahah.."
"Yelah" Tok Aba turut geleng kepala bersama Kaizo "Kaizo tengah takde benda nak buatkan, kamu pergilah tolong si Papa Zola tu"
"Baiklah, saya akan tolong cikgu Papa"
"Bagus Kaizo! Bagus.. esok ataupun hari ini kamu boleh ajar mereka matematik! Cikgu pergi dulu! Kejap lagi ada ujian matematik lagi untuk anak-anak murid kebenaran ku!"
Boleh dikatakan hampir setiap hari Cikgu Papa Zola berikan ujian matematik kepada anak-anak muridnya. Ada yang suka, ada yang tak suka, malah ada juga cuba nak elakkan diri daripada mengambil ujian tersebut
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesudah Kaizo sampai di rumah, dia tidak ke biliknya. Dia terus ke dapur untuk pergi mengambil segelas air kerana tekak dia terasa kering. Mata dia terpandang semangkuk sup di atas meja makan. Dia tidak begitu lapar sangat. Jadi dia simpan sahaja sup itu di dalam peti sejuk. Dia tahu itu adalah sup kegemaran dia tetapi dia ada tugas lain selepas ini iaitu keluar bersiar-siar dengan Lynna
"Hmm.. aku perlu ke bawa sesuatu untuk dia? Semalam aku sudah belanja dia roti, jadi aku perlu belanja dia lagi ke?" bisik Kaizo seorang diri di dalam dapur itu "Atau kita ke tempat yang tidak perlu bayar macam jalan-jalan dekat taman. Ok juga tu.. baiklah, jalan-jalan dekat taman sahaja tapi kalau dia lapar, aku terpaksa belikan makanan untuk dia"
Dia meneguk air sejuk yang diambil oleh Kaizo tadi, sejurus selepas itu dia terus mandi supaya badan dia kelihatan segar dan wangi. Kalau busuk, nanti ada juga yang lari. Kaizo tergelak kecil sambil mengambil tualanya
Beberapa jam kemudian, akhirnya Kaizo sudah berbau wangi. Badan dia sudah segar dan semangat dia menjunam naik seperti roket. Dia membelek-belek dirinya di cermin supaya semuanya nampak sempurna. Lalu dia ada sesuatu yang tidak memuaskan hatinya
"Aku perlukan baju baru" kata Kaizo "Hmm.. adik aku tu boleh diharap ke? Karang baju entah apa-apa dia belikan untuk aku tapi boleh juga akukan alasan untuk menghukum budak tu. Nantilah aku fikirkan"
Dia periksa balik dirinya di dalam cermin itu
"Baju.. bolehlah, kasut.. bolehlah... rambut.. seperti biasa, sentiasa bergaya seperti rambut ayah" kata Kaizo "Baiklah, masa untuk pergi ke kedai Tok Aba semula"
Kaizo mengambil jaket birunya yang tersadai di atas katil. Lalu dia memakai jaket tersebut. Dia turun ke bawah dan terus ke pintu rumah. Setelah dia melangkah keluar dari rumah, dia terasa ada orang bernyanyi di kawasan itu. Bagaikan ada sebuah konsert
"Bayangan aku aje kot"
"Wuuu.. abang Kaizo silap" kata satu suara yang berada di sebelah kiri Kaizo "Lily sedang berlatih untuk lakonan pementasan Lily sebagai tuan puteri yang SUPER AYU LAGI COMEL DAN LEBIH BERGAYA SEPERTI BBB-CHAN!"
"APASAL KAU ADA DEKAT SINI!"
"SEBAB LILY NAK ketenangan" Air muka Lily berubah menjadi tenang seketika "Ketenangan untuk berlatih macam abang Kaizo mencari ketenangan sambil minum air teh hijau. Abang Kaizo nak dengar Lily nyanyi ke?"
"Tak nak" balas Kaizo "Buang masa aku sahaja"
"Erk!" Hancur hati Lily tetapi selepas itu, Lily terus kembali bersemangat dan tidak akan mengalah "Kalau begitu, Lily akan nyanyi juga! Lagu ini khas untuk ABANG KAIZO DAN KAK LYNNA!"
Kaizo terus keluar dari halaman rumahnya. Dia ingin jauhkan diri daripada Lily tetapi sang gadis itu tetapi mengekori Kaizo dengan nyanyian dia yang sangat merdu
https://youtu.be/arHv0Iu4vSA
How does she know you love her?
How does she know she's yours?
How does she know that you love her?
How do you show her you love her?
How does she know that you really, really, truly love her?
How does she know that you love her?
How do you show her you love her?
How does she know that you really, really, truly love her?
It's not enough to take the one you love for granted
You must remind her or she'll be inclined to say
How do I know he loves me?
How do I know he's mine?
Well, does he leave a little note to tell you
You are on his mind?
Send you yellow flowers when the sky is gray?
Hey
He'll find a new way to show you
A little bit everyday
That's how you know
That's how you know he is your love
You got to show her you need her
Don't treat her like a mind reader
Each day do something to lead her
To believe you love her
Everybody wants to live happily ever after
Everybody wants to know their true love is true
How do you know he loves you?
How do you know he's yours?
Well, does he take you out dancing
Just so he can hold you close?
"Aku mana reti menari" kata Kaizo
Dedicate a song with words
Meant just for you?
Ooh
"Aku malas nak menyanyi" kata Kaizo lagi
He'll find his own way to tell you
With the little things he'll do
That's how you know
That's how you know he's your love
He's your love
He's your love
That's how you know he loves you
That's how you know it's true
Because he'll wear your favorite color
Just so he can match your eyes
Rent a private picnic
By the fire's glow
Ohh
His heart will be yours forever
Something everyday will show
That's how you know
That's how you know
That's how you know
That's how you know
That's how you know
That's how you know he's your love
That's how she knows that you love her
That's how you show her you love her (That's how you know)
You've got to show her you need her
Don't treat her like a mind reader (That's how you know)
That's how she knows that you love her
That's how you know that you love her
It's not enough to take the one you love for granted (He's your love)
"Lagu kau ni macam perli aku aje"
"Yea ke.. hehehe... Lily tak tahu pula" Lily tersengih besar kepada Kaizo "Tapi kalau abang Kaizo tak suka, Lily akan nyanyikan lagu lain pula"
"Sudah! Aku malas nak dengar kau nyanyi lagi"
Kaizo bergerak laju dan meninggalkan Lily seorang diri di tepi taman sambil terbayangkan diri dia seorang puteri didampingi oleh haiwan-haiwan comel. Kaizo sudah pun berada di dalam taman itu dan terus bergegas ke kedai Tok Aba. Dia berharap Lynna belum sampai lagi. Bolehlah dia mengambil masa untuk minum air kegemarannya sementara dia menunggu kehadiran Lynna. Sebaik sahaja dia sudah menghampiri kedai Tok Aba, wajah dia berubah apabila dia terlihat seorang gadis sedang bergurau senda dengan seorang lelaki
"Siapa lelaki itu?" bisik Kaizo sambil berjalan menuju ke kedai tersebut
"Sampai pun kau" kata Lynna "Kaizo, aku nak memperkenalkan kawan lelaki aku"
"Kawan lelaki kau?"
"Yea, dia yang aku ceritakan dekat kau" balas Lynna "Nama dia Nick"
"Apa khabar Kaizo?" Nik menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Kaizo "Jadi, inilah lelaki yang kau ingin bersama tu" Kaizo terus berjabat tangan lelaki yang bernama Nick itu
Wajah Lynna terasa sedikit merah kerana malu. Lalu dia mengangguk kepalanya sambil tersenyum malu
"Dia ke yang suruh kau pergi kembali kepada aku?"
"Yes Kaizo" jawab Lynna "Tapi kita tak perlu ceritakan tentang itu. Nick pun faham dengan hubungan kita orang dan dia tak nak ganggu or cari masalah.. and sekarang ni, aku dan Nick hanyalah kawan sahaja"
"But.. kalau kau lukakan hati dia, aku akan cuba tawan hati dia semula" kata Nick sambil kenyit matanya kepada Kaizo
Kaizo tidak berkata apa. Sudah tentu reaksi dia dalam keadaan serius dan hati dia mula panas. Timbulnya perasaan tidak senang melihat Nick berada di situ, beramah mesra bersama Lynna dan gelak ketawa bersama Lynna juga. Perasaan cemburu dia terus timbul. Lalu dia menggenggamkan kedua-dua tangannya dan cuba tenangkan diri
"Kaizo jangan ambil hati pula. Nick cuma bergurau aje tu" pujuk Lynna
"Ha ah, aku bergurau sahaja" Nick pegang bahu kanan Kaizo sedikit "Kau jangan lepaskan dia. She's a great girl. Kalau tidak.. well, aku boleh ambil dia dari kau"
"Nick, sudah-sudahlah tu" Lynna risau jikalau Kaizo tiba-tiba mengamuk di kedai Tok Aba "Aku tahu kau suka bergurau tapi Kaizo ni.. dia ni jenis tak reti bergurau, garang dan tak reti nak senyum tapi kalau bab nakal dia tu, memang adik dia selalu menjadi mangsa. Kenakalan dia pun agak jarang jugalah"
"Ohh.. maaf yea, Kaizo tapi tak sangka pula Lynna jatuh hati dengan lelaki yang serius seperti Kaizo ni" Lalu Nick berkata lagi "So, anyway.. korang berdua nak pergi jalan-jalan ambik anginkan. So, aku tak nak ganggu korang. Aku just nak duduk dekat kedai ni sambil menikmati air hot chocolate Tok Aba"
"Nanti kalau kau nak balik dulu, baliklah"
"No problem, Lynna" Nick terus berborak dengan Tok Aba di kedai itu "So Tok Aba, macam mana cheesecake chocolate saya berikan tu? Ok tak?"
Kaizo dan Lynna beredar dari situ. Lynna perhatikan sahaja wajah serius Kaizo dan hanya diamkan diri sahaja. Lalu Lynna menyoal Kaizo
"Kau marah ke? ataupun kau sebenarnya rasa cemburu"
"Marah? Tak.. aku tak marah. Cemburu pun tak" Kaizo berbohong "Kenapa dia perlu datang ke sini?"
"Sebab dia nak melihat kau. Dia cakap, manalah tahu kau tu orang jahat ke, orang yang tidak boleh dipercayai ke.. macam-macam alasanlah dia bagi" jawab Lynna "But don't worry.. dia tidak akan cuba untuk mengambil aku dari kau"
"Tapi hubungan kita sekarang ini adalah kawan"
"Yea, aku tahu tapi dia tak tahu" Lynna berikan senyuman manis dia kepada Kaizo "Aku tak nak terburu-buru sangat tapi aku takut, jika kita sambung hubungan kita seperti dulu, aku takut kalau kau pergi tinggalkan aku lagi"
"Tak, kali ini aku tidak akan tinggalkan kau lagi. Aku janji"
"Betul ni?"
"Betul" kata Kaizo dengan nada serius "Jom ke kedai baju, aku perlukan baju baru"
"Hehehe... selalunya kau jenis tak suka pakai baju. Asyik baju yang sama aje"
"Itu sebab baju aku semuanya sudah lama" Kaizo mengeluh sedikit "Aku bukannya macam adik aku tu, bergaya sebab nak popular tapi tak popular juga. Boleh dikatakan kasihan"
"Biarkanlah dia tu.. asalkan dia happy"
"Happy apa kebendanya. Mesti ada aje idea yang tak betul untuk menjadikan diri dia lebih popular daripada si Boboiboy tu, dari dulu sampai sekarang"
"Kalau kau? Tak kisah ke kalau tak popular"
"Tak" jawab Kaizo secara ringkas
Kaizo terserempak dengan seorang gadis sedang bernyanyi-nyanyi di tepi pokok. Lalu dia tarik tangan Lynna untuk mengikuti jalan lain. Dia tidak mahu mendengar nyanyian dari Lily lagi. Mereka terselamat kerana Lily tidak nampak mereka berdua. Dia terlalu sibuk berlatih dengan nyanyiannya sehingga lupa nak balik universiti
"Kenapa kau nak elakkan diri daripada si Lily tu?"
"Sebab aku malas nak dengar nyanyian dia tadi" balas Kaizo
Mereka berdua ikut laluan di tepi pantai walaupun laluan itu agak jauh tetapi bagi Kaizo, asalkan jauh daripada Lily. Mereka tidak berkata apa lagi selepas itu. Hanye berjalan di tepi-tepi tembok pantai sambil menghirup udara segar. Lynna melihat sekumpulan remaja sedang duduk di tepi pantai sambil gelak ketawa dan salah seorang remaja itu, bermain gitar. Selepas itu, dia melihat seorang kanak-kanak sedang membina istana pasir bersama ibu dan ayahnya
"Lynna.."
"Hmm.. kenapa Kaizo?" Lynna terus memandang Kaizo
"Esok aku tak dapat nak keluar jalan-jalan dengan kau"
"It's ok. Esok aku ada hal" kata Lynna "Kau ada apa esok?"
"Kerja"
"Kerja?" Lynna rasa curiga dengan Kaizo "Kerja.. maksudnya kau ada kerja dekat stese TAPOPS ke? Kommander bagi kau misi baru ke?" Muka dia mula berubah menjadi sedih sedikit
"Jangan risau. Ianya bukan tentang TAPOPS" Lalu riak wajah Lynna kembali ceria. Kaizo mula berkata lagi "Cikgu Papa bagi aku kerja. Dia suruh aku ajar matematik dekat si Boboiboy dan Gopal"
"Ohh.. tapi kau jangan garang sangat dengan dia orang"
"Aku nak ajar orang, aku dan kegarangan aku, memang tidak dapat dipisahkan. Lagipun aku mana reti ajar secara lembut. Kau bolehlah kau. Apa kata kau sahaja yang ajar dia orang berdua tu"
"Hahaha.. itu kerja kau dan aku ada hal dekat KL"
"Hmm.. yelah" Kaizo mula bersilang tangan "Tapi kalau dia orang masih tak faham juga, aku terus bagi hukuman latihan tempur"
"Hmm.. kau dan hukuman kau, memang tak dapat dipisahkan. Aku ingatkan, lepas kau dah balik ni, adalah sedikit perubahan tetapi tetap sama seperti dulu" Lynna gelengkan kepalanya "Tapi aku tak kau berubah sebab aku"
"Kalau aku berubah, mungkin berubah kepada yang baik" jawab Kaizo "Aku tak kan berubah menjadi seseorang yang kau tidak suka"
Lynna tersenyum sahaja dengan kepalanya tertunduk sedikit. Lagu yang dinyanyi oleh Lily tadi kembali bermain-main di pemikiran Kaizo. Maksud lirik tersebut membuatkan Kaizo rasa tidak senang kerana sebelum ini, dia mana pernah buat benda-benda untuk membuat Lynna terharu. Selalunya dia akan minta bantuan daripada adiknya. Dia tidak pernah buat sendiri. Lalu dia berfikir balik dan teringat balik tentang sesuatu yang dia hampir lupa. Dia pernah buat sesuatu iaitu membeli seutas rantai berbentuk hati kepada Lynna. Mata dia melirik ke leher Lynna. Rantai itu tiada di situ
"Lynna, mana rantai yang aku berikan tu?"
"Oh.. aku dah jual"
"KAU JUAL?"
"Hehehe.. aku bergurau aje" Lynna tersenyum kecil "Rantai tu aku simpan dalam kotak muzik. Setiap kali aku merindui kau, aku akan bawa rantai itu keluar dan mengimbas kembali kenangan kita bersama"
"Ingatkan kau pergi jual"
"Ala, kalau aku jual pun sebab aku nak beli kapal angkasa supaya aku boleh pergi cari kau di seluruh galaxy"
Hati Kaizo mula cair sedikit dan dia rasa sangat terharu dengan jawapan Lynna tadi. Dia malu hendak berikan senyumannya kepada Lynna. Jadi dia kekalkan muka dia yang garang itu
"Kau tak suka ke?" soal Lynna yang sudah rasa risau sedikit
"Err.. suka tapi ada ke orang jual kapal angkasa dekat planet ni"
"Aku beli ajelah dekat si Adudu tu ke tapi dia tu mana boleh dipercayai ataupun aku suruh Emmy buatkan kapal angkasa untuk aku atau hubungi Kommander untuk ambil aku dari sini dan terus bawa aku ke stesen TAPOPS"
"Sanggup betul kau begitu tapi kenapa kau tak pergi cari aku sebelum ini?" Kaizo melihat wajah Lynna berubah menjadi sedih sedikit
"Sebab aku ada tanggungjawab dekat sini" balas Lynna "Kalau aku tinggalkan dan pergi cari kau, nanti kawan-kawan aku perlukan aku untuk musnahkan musuh-musuh kami. Lagipun aku ada kehidupan sendiri di sini. Tak kan aku nak tinggalkan segalanya kerana kau" Kaizo ternampak sebutir air mata mengalir di tepi mata Lynna
"Aku faham, aku tak marah dan aku juga tidak memaksa kau mencari aku di galaxy. Biarkan sahaja aku kembali ke sini dengan sendirinya"
"Terima kasih Kaizo"
"Sudahlah, jangan sedih. Kita sudah hampir tiba"
Beberapa minit sahaja lagi, mereka akan tiba di bandar Pulau Rintis. Lynna mengajak Kaizo berhenti di kedai makanan terlebih dahulu tetapi Kaizo masih lagi kenyang
"Ala, kau tengok sahajalah aku makan" kata Lynna sambil picit-picit pipi Kaizo
"Yelah"
Mereka akhirnya duduk di dalam sebuah kedai makanan yang menghidangkan makanan pizza. Mata Kaizo asyik perhatikan sahaja Lynna memakan sekeping pizza dan diri dia pula, hanya memesan secawan teh hijau. Perut dia tiba-tiba berbunyi pula dan dia malu hendak mengambil makanan Lynna. Tekak dia mula mengidamkan pizza diselaputi tomato sos, keju dan juga beberapa keping pepperoni. Lynna menjilat jari-jemarinya sebaik sahaja dia habis makan sepotong pizaa itu. Lynna mula perasan dengan kelakuaan Kaizo dalam keadaan lapar itu
"Kasihan aku tengok kau" kata Lynna sambil memberikan sepotong pizza kepada Kaizo "Ambil lah Kaizo"
"Err.."
"Makanlah" pujuk Lynna "Kalau kau tak nak, biar aku habiskan pizza ni sorang-sorang"
"Yelah yelah, aku makanlah"
Kaizo mengambil pizza itu secara senyap. Dia berpura-pura seperti orang tidak kelaparan tetapi sebenarnya, dia memang tengah lapar. Cuma dia tidak mahu mengaku. Lynna hanya senyum sahaja kerana dia tahu bahawa Kaizo cuba sembunyikan kelaparannya itu. Jadi dia ikut sekali dengan kepura-puraan Kaizo kerana bagi Lynna, orang yang dia lihat sekarang ini, kelihatan comel di hatinya. Sudah lama dia tidak merasai perasaan itu. Akhirnya ianya sudah kembali
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Bye Yaya, jumpa esok"
Fang tutup pintu rumahnya dan lalu dia pusing kebelakang. Dia terkejut melihat abangnya ada di belakang dia. Muka abang dia kelihatan garang seperti biasa. Fang mula tersengih besar
"Kau pergi mana tadi? Baru sekarang nak balik"
"Eleh, cakap adik.. tadi abang pergi mana dengan kak Lynna? Dari pagi sampai sekarang, baru adik nampak abang"
"Menjawab pulak adik aku ni" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "Suka hati akulah nak pergi mana pun tapi kau tu.. apa kau buat dengan Yaya tadi?"
"Kita orang pergi ulangkaji aje" balas Fang
"Hmmm..." Kaizo mengangkat kening sebelah kerana tidak begitu percaya dengan adiknya "Buka mulut kau"
Fang membuka luas mulutnya. Kaizo tunduk sedikit untuk bau mulut adiknya itu
"Ada bau donut lobak merah" kata Kaizo "Kau pergi belajar atau pergi makan donut dengan kawan kau?"
"Makan sambil belajar" Fang menjawab dengan nada berlagaknya. Dia terus pergi ke tangga rumah untuk naik ke biliknya
"Boleh percaya ke ni?" bisik Kaizo sambil mengusap dagunya "Oh yea, ada sup untuk kau dekat dapur"
"Sup?" Fang pusing kebelakang untuk melihat abangnya "ABANG BUAT UNTUK ADIK KE? ADAKAH SUP ITU AKAN RASA MASIN NANTI? Tapi takpe, sebagai adik mithali, adik tetap akan makan juga"
Fang terus ke dapur. Kaizo ikut adiknya ke dapur. Dia tidak memberitahu adiknya bahawa itu adalah sup pagi tadi. Sup yang sudah ditambah dengan serbuk biskut Yaya. Faye ada di dalam dapur. Dia sedang makan makanan dia sendiri iaitu maggie goreng yang dia buat sebentar tadi. Fang tersenyum lebar melihat semangkuk sup yang sudah dipanaskan oleh Kaizo sebentar tadi. Dia masih lagi tidak berasa pelik dengan sup tersebut
"Abang buat sup lobak merah untuk adik ke?" Fang menghirup sedikit sup itu dari mangkuk tersebut. Lalu wajah dia mula berubah
"Hmm.. abang tak buat" jawab Kaizo "Abang cuma panaskan balik sup yang kau buat pagi tadi"
Fang mula pengsan di dalam dapur. Faye ternganga luas melihat sepupu dia pengsan di atas lantai dapur. Kaizo pula, dia rasa hairan, kenapa adik dia pengsan secara tiba-tiba
"Apasal dengan si Pang ni?"
"Dia terkejut kot" kata Faye sambil tersengih kecil
"Terkejut? Mungkin dia terkejut sebab sup yang sepatutnya untuk aku tu, terlampau sedap kot" Faye menahan gelakan dia dan masih lagi tersengih. Lalu Kaizo berkata lagi "Biarkanlah dia pengsan. Bila dia dah bangun, suruh dia habiskan sup tu. Aku nak pergi kemas barang-barang yang aku beli tadi"
"Wah! Abang Kaizo pergi shopping hari ni! Bestnya!"
"Apa yang bestnya. Semua baju aku pilih, mesti Lynna gelak atau buat muka pelik. Tak faham betul aku"
Faye tersenyum sahaja melihat Kaizo keluar dari dapur. Lalu dia sambung balik makan dan biarkan Fang pengsan selama 30 minit. Setelah tamat 30 minit, dia dapat tahu bahawa dia perlu habiskan sup itu, dia pengsan balik kerana tidak sanggup makan sup yang sudah dicemari dengan biskut Yaya
---------------------------------------------------------------------------------------
Uwaaa!! akak memang tak reti buat genre romance.. jadi akak buat apa yang akak mampu ajelah :( maaf yea
Siapa dapat teka fanfic ini ada kaitan dengan fanfic Cinta Pertama Fang? xD hehehe... kalau dapat teka.. bagus bagus :P
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top