Si Kecil

Boboiboy garu-garu kepala dia kerana perasaan pelik dia mula timbul di dalam hatinya. Semenjak 2 3 hari ini, Fang asyik tersenyum seorang diri sahaja. Adakah ini kerana dia berpura-pura senyum supaya tiada siapa yang tahu bahawa dia merindui abang dia? Ataupun memang Fang betul-betul tersenyum sebab ada sesuatu yang mengembirakan hati dia

"Wei Fang" panggil Boboiboy sebaik sahaja Fang melangkah masuk ke dalam pekarangan sekolah

"Kau nak apa, Boboiboy?" soal Fang dengan nada cerianya

"Apasal kau nampak gembira aje akhir-akhir ni?"

"Sebab aku tinggal sorang-sorang dekat rumah dan tiada gangguan dari abang aku! MUAHAHAHAHAHAHAHA! Faye pun takde kacau aku sebab aku suruh dia pergi tidur rumah Bella sebelum si Yaya membebel dekat kita orang"

"Ohh begitu" Boboiboy angguk kepalanya "Sukalah kau sebab abang kau takde dekat rumah. Kau ada ke hubungi abang kau dekat sana?"

"Adalah juga tapi..." Fang terus berjalan menuju ke gazebo sekolah "Tapi... kak Lynna nampak sedih aje. Abang aku cuba nak ceriakan dia tapi dalam masa yang sama, abang aku mengambil kesempatan untuk mengajar askar-askar dekat sana.. ala, macam latihan tempur"

"Hehehe.. abang kau memang suka bebenar dengan latihan tempur, tak pernah terpisah"

"Biasalah, itu salah satu hobi dia" Fang mengeluh sedikit

Mereka sudah tiba di gazebo. Di dalam gazebo itu terdapat dua orang gadis yang mereka kenali iaitu Yaya dan Ying. Kedua-dua gadis itu sibuk mengulangkaji bersama. Fang naik ke atas gazebo itu dan lalu dia duduk di bangku gazebo tersebut. Muka dia yang ceria terus berubah menjadi sedih sedikit

"Kenapa tiba-tiba nampak sedih pulak ni? Jangan cakap kau sudah mula rindu abang kau"

"Takdelah" balas Fang kepada Boboiboy "Hahahaa... aku cuma rasa kasihan dengan kak Lynna. Kau ingat tak semasa kita kehilangan Ratu Lily"

"Ingat, ingat" Tiba-tiba dijawab oleh Ying "Aku masih ingat lagi maaa.. masa tu kak Lynna kemurungan sampai langsung tak nak makan"

"Ha ah, kita orang juga yang kena ceriakan hati dia balik. Time tu, kita semua berkumpul dekat tepi pantai" kata Yaya pula

"Kau nak pergi sana untuk ceriakan hati kak Lynna semula ke?"

"Mungkin tak" jawab Fang kepada pertanyaan Boboiboy tadi "Aku yakin abang aku berjaya ceriakan kak Lynna semula tapi... kalau dia tak berjaya, aku akan ke sana juga dan bantu abang aku! Manalah tahu, dengan bantuan aku, abang aku dapat melamar kak Lynna dengan berjayanya! Dan aku bangga dapat menjadi saksi mereka berdua! MUAHAHAHAHAHAHA!"

"Dey, pagi-pagi lagi kau dah ketawa macam pontianak. Kau kenapa?" muncul Gopal dengan sepotong ice cream

"Yang kau tu, pagi-pagi lagi dah makan ice cream" Fang mula bermasam muka

"Haiyaa... orang pagi-pagi kena makan benda yang berkhasiat maaa" Ying gelengkan kepalanya "Ini tidak, makan ice cream.. macam mana mau bagi perut tu kenyang"

"Ice cream ini berkhasiat dan kenyangkan perut aku apa! Lagipun ice cream ini berperisa strawberry! Berkhasiatlah tu"

"Hmm... apa-apa ajelah kau" Yaya malas hendak melayan karenah Gopal "Karang aku membebel dekat kau, kau pula yang bising. Baik aku sambung ulangkaji daripada membebel dekat kau, yang entah dengar ke tak. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan"

"Sabar ajelah Yaya. Nanti dia kena marah dengan appa dan amma dia, barulah dia nak sedar"

"Hehehe.. elok juga tu Boboiboy" Yaya tergelak sedikit

"Kalau bukan dengan mak dan ayah dia, mesti kena marah dengan Tok Aba.. hahaha... biarkan aje si budak Gopal ni. Nanti lama-lama, baru dia menyesal"

"Tapi sampai bila kita nak biarkan aje? Kita perlu tegur kawan kita sendiri" tegur Yaya kepada Fang "Kalau tak tegur, nanti makin melampau si Gopal ni. Pagi-pagi makan ice cream, esok pula.. makan chocolate pulak"

"Ala Yaya.. kalau aku makan chocolate pun, sudah tentu roti yang disapu dengan chocolate! ROTI CHOCOLATE!" Gopal terbayangkan roti chocolate di pemikirannya "Adeh, rasa macam nak makan roti chocolate lah pulak"

Yaya dan Ying hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Lalu mereka sambung ulangkaji di dalam gazebo itu. Mata Fang mengintai sedikit buku apa yang mereka sedang baca ketika itu. Ianya adalah buku teks matematik. Fang suka mata pelajaran matematik kerana bagi dia, matematik itu adalah senang, tetapi agak sukar untuk dia mendapatkan nombor 1 kerana Yaya dan Ying. Kedua gadis itu memang suka bersaing sesama sendiri tetapi jikalau ada orang lain yang mengambil nombor 1 mereka, maka bersiap sedialah untuk mendapat renungan maut dari Yaya dan Ying

"Fang"

"Kau nak apa, Boboiboy?"

"Kalau kita semua ada masa, kita pergilah melawat kak Lynna dekat sana" cadang Boboiboy

"Hahaha.. kalau abang aku bagilah tapi kalau kita pergi sana secara mengejutkan pun boleh.. hehehe" Fang tersenyum sinis sambil fikirkan satu idea bernas "Lepas tu, kita sama-sama mengintip dia orang dekat sana.. muahahaha!"

"Kau ni, takde kerja lain ke, nak mengintip abang kau pula"

"Ala Yaya.. kalau kau tak nak join takpe, biar aku dan Boboiboy sahaja yang buat kerja tu"

"Dan aku sekali!" kata Gopal dengan penuh semangat "Aku bawa video kamera sekali! Bolehlah aku buat rakaman khas untuk abang kau dan kak Lynna.. hehehe"

"Itu aku setuju! Manalah tahu kau secara senyap record time detik-detik penting dia orang berdua.. hehehee... mesti best punya!" Fang sudah mula terbayangkan abang dia melutut satu kaki sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Lynna "MIAHAHAHAA! Yang pasti, aku lah orang paling gembira sekali!"

Bukan itu sahaja, sudah tentu Fang tidak sabar untuk ceritkan segala-galanya kepada ibu bapanya. Dia melihat permandangan luar gazebo itu dan lalu mendongak sedikit. Hati dia mula rasa rindu dengan mereka. Memang sudah lama dia tidak pergi menziarahi kubur mereka yang terletak di planet lain. Fang pejamkan matanya. Dalam keadaan gelap itu, muncullah wajah ibu bapanya. Suara mereka yang lembut, gelak ketawa dari mereka, dia tidak pernah lupakan. Walauapun masa itu, dia masih muda dan tidak begitu ingat sangat tetapi video-video yang dia perolehi dari makmal rahsia ayahnya, membuatkan Fang tersenyum seorang diri dan dapat mengenali ibu bapa dia dengan rapat. Setiap kali dia rindukan mereka, Fang akan mainkan setiap video-video tersebut

"Kenapa dengan Fang tu?" soal Yaya

"Dia tengah rindukan ibu bapa dia.. hehehe.." jawab Boboiboy "Aku selalu perasan, kalau dia tengah senyap sambil tengok langit, mesti dia tengah kenangkan ibu bapa dia"

"Hehee.. kalau begitu, kita jangan ganggu dia" kata Yaya balik

"Hehehe.. kalau aku nak ganggu juga boleh" Bella muncul di tepi Yaya dengan senyuman nakalnya "Aku sudah lama tak ganggu si landak goreng ni"

"Kau ni, tak baik tau. Biarkanlah dia bersendirian seketika daripada kita ganggu dia. Aku tak nak tengok dia mengamuk tak tentu pasal nanti" kata Yaya dengan nada tegas

"Jangan marah Yaya, aku bergurau aje" Bella tersengih sedikit "Aku bukannya suka pun tengok dia mengamuk. Aku lebih suka kalau dia jadi seseorang yang gentleman.. hehehe.. tapi berangan ajelah.. hmmm"

Boboiboy tergelak sedikit apabila dia terbayangkan Fang bersikap gentleman. Rasa bukan kawan baik sendiri tetapi apa-apa sahaja boleh jadi. Mungkin suatu hari nanti, Fang berubah menjadi gentleman ataupun kekal dengan sikapnya yang masih dengan pendirian sendiri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah berseharian Kaizo menghabiskan masanya dengan melatih anak-anak muda untuk menjadi seorang askar yang gagah dan berani. Dia sebenarnya tidak mahu membuang masa dengan membazirkan dirinya merayau-rayau di sekitar istana. Lagipun semalam, dia baru sahaja pergi melihat sebuah perkampungan yang berdekatan dengan istana itu bersama Picu. Malam itu pula, Kaizo sudah merancangkan sesuatu. Ianya adalah sebuah rancangan untuk mengembalikan senyuman Lynna di bibirnya

"Kalau tak jadi, aku tak tahulah nak buat apa" bisik Kaizo sambil mengelap air peluhnya dengan sehelai tuala

"Aku pasti, rancangan itu akan berjaya"

Kaizo terkejut dengan kehadiran Kidi di tempat latihan askar-askar istana itu. Dia baru sahaja selesai melatih anak-anak yang ingin menjadi seorang askar

"Kalau tak berjaya, aku tak tahu nak cakap apa"

"Kau tak yakin dengan rancangan kau sendiri?" soal Kidi

"Bukan tak yakin cuma..." Kaizo mengeluh sedikit dan lalu berkata lagi "Aku cuma takut kalau aku tidak dapat membuat Lynna tersenyum semula"

"Kau boleh buat dia tersenyum semula. Jangan mengalah. Anggap sahaja, malam ini kau ada misi penting dan kau tidak pernah gagal dalam mana-mana misi"

Kaizo angguk kepalanya. Lalu dia menggenggam kedua-dua tangannya untuk memberikan semangat baru. Dia tidak seharusnya mengalah lebih awal tetapi dia seharusnya yakin dan percaya semuanya berjalan lancar dan paling penting sekali, dia dapat kembalikan senyuman Lynna semula. Dia mengangkat sebilah pedang yang terpacak pada rumput-rumput hijau

"Eh, bukan kau sudah selesai ke?"

"Aku nak sambung balik" jawab Kaizo "Bila semangat baru ada, aku tidak akan lepaskan peluang ini untuk terus berlatih" Dia menghalakan pedangnya ke hadapan dengan mata tajamnya memandang ke arah patung-patung yang dijadikan sebagai tempat berlatih pedang

"Jadi aku tidak akan menganggu kau dengan latihan kau"

Kidi beredar dari situ tetapi dia telah dipanggil oleh Kaizo. Sang kapten itu mula bertanya kepada Kidi

"Kau boleh nampak masa hadapan"

"Betul tu Kaizo. Kenapa?" soal Kidi dengan senyumannya

"Kau sudah tentu boleh lihat apa yang berlaku dengan rancangan aku nanti?"

"Ohh..." Kidi masih tersenyum lagi "Ada sesuatu yang menarik akan berlaku nanti. Kau tunggu dan lihat sahaja" Lalu dia beredar semula dari pusat latihan itu

Kaizo mula tersenyum kecil. Adakah rancangan dia berjaya pada malam itu? Dia tidak mahu memikirkan tentang perkara itu, dia sambung semula berlatih dengan semangat baru. Kata-kata Kidi tadi membuatkan dia terlalu yakin dengan rancangan dia pada malam nanti. Mungkin sesuatu yang menarik itu adalah sesuatu yang luar dari pemikirannya ataupun tidak. Apa-apa yang berlaku, Kaizo tidak akan mengalah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang, Faye dan kawan-kawan mereka sudah selesai sesi persekolahan mereka. Sekumpulan remaja itu, terus menuju ke kedai Tok Aba untuk sesi berehat bersama rakan-rakan tersayang. Mereka berborak mesra, tergelak bersama dan ada juga yang sedang makan ice cream seorang diri. Yaya gelengkan kepala sambil melihat Gopal menjilat ice cream chocolatenya

"Hmm.. pagi tadi, ice cream. Masa rehat tadi pun ice cream, sekarang ni pun, ice cream lagi" Yaya tidak berapa puas hati dengan Gopal yang suka makan benda-benda manis "Nanti kalau aku cakap lebih, si Gopal bukannya nak dengar pun"

"Betul tu" Fang mencelah "Si Gopal ni, mana pernah nak menyesal. Bila dah sakit gigi, barulah dia nak insaf"

"Kau jangan nak jadi batu api boleh tak?" marah Bella

"Apasal kau nak marah pulak" Fang bermasam muka pada ketika itu "Apa yang aku kata tu, memang betulkan"

"Sudahlah korang. Jangan nak bergaduh pulak" tegur Boboiboy "Kita kan nak lepak sama-sama dekat kedai Tok Aba. Aku tak suka kalau kita bergaduh. Aku lagi suka kalau kita bergurau senda tanpa buat ayat sinis dekat kawan-kawan kita"

"Maaf Boboiboy" Kepala tertunduk sedikit "Aku yang start dulu tapi.."

"Takpe Yaya, aku tahu niat kau tapi si Fang ni.. tak tahu nak cakap apa"

"Tak payah cakap apa pun" kata Bella dengan nada sombongnya "Semua orang tahu perangai si landak goreng ni"

"Cakap orang, kau pun sama aje" Kali ini Fang bersilang tangan "Baik aku balik rumah daripada layan si minah ni"

"Adeh.. dah rasa tak seronok" Boboiboy kecewa dengan sikap dua orang kawan baiknya "Sudah sudahlah tu korang. Kita kan kawan, tak baik nak bermasam muka. Apa kata korang lupakan sahaja tentang tadi, kita buka buku baru"

"Hahaha.. itu aku sokong" kata Gopal secara tiba-tiba "Aku nak kita pergi makan puas-puas dekat kedai Tok Aba! Tekak aku teringin nak air chocolate pula... sedapnya!"

Masing-masing sudah terbayangkan kesedapan air chocolate di kedai Tok Aba. Tekak mereka juga sama seperti Gopal. Keinginan untuk minum air itu membuatkan mereka lupa tentang pergaduhan Fang dan Bella. Mereka mula kembali berbual rancak seperti biasa. Suasana menjadi riuh-rendah. Mereka tergelak apabila Ying ceritakan kisah lucu yang terjadi sewaktu rehat tadi. Semasa mereka belok ke kiri, laluan perumahan yang berdekatan dengan taman, mereka dikejutkan dengan kehadiran Adudu berserta dengan robot ungunya iaitu Probe

"HAH! ITU PUN MEREKA ENCIK BOS!"

Boboiboy tidak sempat hendak berpecah tiga kerana Probe menghalakan sebuah pancaran cahaya yang sangat terang sehingga para remaja itu menjadi silau. Fang membuka matanya sedikit untuk melihat apa yang Adudu hendak lakukan kepada mereka, akan tetapi, cahaya itu terlampau terang sangat sehingga dia tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti. Mereka hanya dapat mendengar gelakan jahat dari sang alien kepala kotak itu. Adudu menghalakan tembakan pistolnya ke arah mereka. Satu lagi pancaran cahaya berwarna kuning keluar dari lubang pistolnya. Ianya bukanlah laser untuk menghapuskan mereka tetapi ianya adalah sebuah ciptaan baru dari Adudu. Para remaja itu menjerit dan akhirnya, cahaya itu hilang. Adudu berikan senyuman sinis kepada para adiwira itu

"Apa kau sudah lakukan terhadap kami?" kata Boboiboy di dalam suara comel

"Hehehe... alololo.. comelnya dia" Probe cubit pipi Boboiboy yang tembam itu "Hah, kalau korang nak tahu.. korang semua sudah jadi budak kecil, jadi baby comel"

"APA?" Jerit mereka semua

"HAHAHAHA! PUAS HATI AKU SEBAB-" Adudu telah diserang oleh seseorang "ADOI ADOI! SIAPA SERANG AKU NI!"

Kepala Adudu diketuk, digigit, dicakar oleh seorang kanak-kanak perempuan. Budak itu tidak berhenti di situ sahaja, lalu dia gigit antena yang ada di kepala Adudu. Selepas itu dia tendang dan gigit lengan tangan sang alien itu

"TOLONG AKU PROBE! TOLONG AKU!"

"ALAMAK! ENCIK BOS!" Probe cuba hendak angkat budak perempuan itu tetapi budak itu terlalu pantas dan ganas "ENCIK BOS! Saya tengah berusaha nak selamatkan encik bos ni"

Kepala Adudu penuh dengan luka akibat dicakar oleh kanak-kanak perempuan itu. Ada juga kesan-kesan gigitan pada bahagian tangan dan juga kepala sang alien itu. Kanak-kanak perempuan itu sudah berpuas hati dapat belasah Adudu. Lalu dia terjun ke bawah tetapi ianya tidak berhenti di situ sahaja. Kanak-kanak itu terus gigit kaki Adudu

"BAWA AKU LARI DARI SINI PROBE!"

Probe menarik badan kanak-kanak itu dari kaki encik bosnya. Akhirnya tangan kanak-kanak itu terlepas dari kaki Adudu. Kanak-kanak itu masih tidak puas hati. Tangan dia terkapai-kapai untuk mengigit kaki Adudu lagi. Probe pergi letakkan kanak-kanak perempuan itu jauh dari encik bosnya. Selepas itu dia terbang pergi bersama encik bosnya secara pantas

"Woah.. hebatlah Lily!" Faye bertepuk tangan dan tidak sangka Lily boleh menjadi ganas seperti seekor haiwan buas

"Tapi kenapa si pelik tu boleh ada dekat sini?" soal Fang dengan muka garang dia yang sangat comel

"Sebab Lily ikut korang dari belakang!" kata Lily dengan suara comelnya "Hehehe.. nampaknya kita sudah jadi mangsa si Adudu tu tapi... KENAPA LILY JUGA YANG TERKENA!"

"Janganlah menangis Lily" pujuk Yaya "Tapi Lily nampak besar sikit dari kita semua.. hehehe"

"Itu sebab Lily kan tua beberapa tahun dari korang.. hehehehe!" kata Lily dengan penuh bangga "BBB-CHAN NAMPAK COMEL BILA JADI BABY! Hehehe..."

"Macam mana nak kembalikan kepada diri kita yang asal?" Boboiboy garu-garu kepala. Selepas itu, dia garu punggungnya

"Kita minta tolong dari EMMY!"

"Yolah, betul lah Yaya. Kita minta tolong dari dia" Ying bertepuk tangan dengan terujanya "Sudah lama kita tak nampak Emmy maa.. dia asyik sibuk aje"

"Tapi.." Bella menghisap ibu jarinya "Bukan ke Emmy hari ini pergi KL sebab ada pertandingan reka cipta" Secara tidak langsung, muka dia kelihatan sedih dengan matanya sudah berkaca "Ja-jadi kita jadi baby buat selama-lamanya? UWAAAA!"

"UWAAAA! AMMY! KEMBALILAH KE SINI AMMY!" Lily menangis sambil terduduk di atas jalan "LILY NAK AMMY!"

"Abang aku takde dekat sini.. UWAAAA! NAK ABANG! ADIK NAK ABANG!" Fang berguling dan menangis di situ "Abang! Baliklah cepat!"

Kanak-kanak itu sekalian tidak berhenti menangis sehinggalah Rizu terserempak dengan mereka. Kebetulan pada ketika itu, Rizu dalam perjalanan ke sekolah. Dia rasa pelik melihat sekumpulan kanak-kanak menangis tidak henti-henti. Lalu dia datang dekat untuk bertanya kepada mereka. Mungkin mereka terlepas keluar dari mana-mana pusat penjagaan, fikir Rizu. Apabila dia sudah datang dekat, mata dia terkebil-kebil melihat salah seorang kanak-kanak lelaki mempunyai penampilan yang sama seperti abang angkat dia

"Abang Fang?"

Fang berhenti menangis. Lalu dia tersenyum lebar dan berlari ke arah Rizu. Dia peluk kaki kiri Rizu seerat-eratnya. Dia sempat lagi mengesat air matanya di seluar Rizu

"Abang Fang? Apa yang terjadi tadi?"

"Adudu buat kita orang" jawab Fang sambil mendongak untuk melihat wajah Rizu "Dia jahat! Dia yang buat kita orang.. lepas tu larikan diri selepas sahaja kena gigit dengan Lily. Lepas tu Emmy takde dekat rumah.. jadi kita orang terpaksa jadi baby selama-lamanya.. UWAAAAAAA!"

"UWAAAAA! Rizu selamatkanlah kita orang" Kali ini Boboiboy pula peluk kaki kanan Rizu

"Saya lapar.. ada makanan tak?"

"Sempat lagi abang Gopal ni" Rizu gelengkan kepala "Tapi.. apa yang Rizu harus lakukan? Mana abang Paizo? Mesti dia tahu bagaimana nak selesaikan masalah ini"

"Abang Kaizo pergi ke dunia fantasi" balas Yaya "Dia belum balik lagi"

"ABANG KAIZO TAK SAYANG KITA ORANG DAH.. UWAAAAA! DIA SUDAH LUPAKAN KAMI.. UWAAA!"

"Ma-mana adalah Faye!" Fang tolak badan Faye sehingga kanak-kanak perempuan itu jatuh "ABANG TAK PERNAH LUPAKAN KITA ORANG!"

"Adeh.. pening kepala aku" bisik Rizu sambil memicit dahinya "Kalau begitu.. Rizu bawa korang semua ke dunia sana tapi... macam mana nak ke sana?"

Masing-masing sudah pandang satu sama lain. Lalu Rizu terpaksa fikirkan sendiri kerana sekumpulan kanak-kanak itu sudah kembali menangis semula

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Matahari sudah mula terbenam. Kaizo berjalan di tepi-tepi tingkap istana sambil membetulkan bajunya. Dia mahu pastikan diri dia tidak nampak selekeh di hadapan Lynna nanti. Sebelum dia pergi bersiap-siap, dia sudah singgah sebentar ke dapur istana untuk memeriksa semua makanan yang dia minta. Dia mahukan segala-galanya sempurna. Hati Kaizo agak berdebar sedikit. Dia takut jikalau rancangan ini gagal. Dia mula ingat semula dengan kata-kata Kidi pada tengahari tadi

"Ada sesuatu yang menarik bakal berlaku nanti" bisik Kaizo

Kaizo kembali menjadi semangat semula tetapi kenapa dia rasa tapak tangan dia berpeluh. Bukan setakat badan dia sahaja, badan dia pun rasa sudah berpeluh. Mungkin dia perlu pergi mandi balik. Kalau dia teruskan sahaja perjalanan dia ke bilik Lynna, adakah sang puteri itu tidak akan perasaan? Ataupun bau peluh dia akan membuatkan Lynna berkerut dahi ataupun tergelak di situ kerana terlampau gelisah sangat. Kaizo gelengkan kepala dia untuk buangkan perasaan itu

"Ini semua hanya permainan pemikiran aku sahaja" bisik Kaizo lagi

Dia teruskan berjalan sehinggalah dia lalu di sebuah laluan koridor yang mempunyai karpet merah. Bilik Lynna hanya di depan dia sahaja. Tangan dia tidak boleh berduduk diam. Dia asyik bergosokkan tapak tangan sangat. Langkah demi selangkah dia berjalan dan akhirnya dia sudah makin hampir dengan pintu bilik Lynna. Dia menarik nafas sebelum dia mengetuk pintu itu tetapi ada sesuatu yang menarik berlaku. Pintu bilik Lynna dibuka secara tidak langsung dan paling menarik sekali, apabila seorang kanak-kanak lelaki berlari keluar dari bilik itu. Rupa kanak-kanak lelaki itu seakan-akan seperti Fang

"ABANG!"

"EH?" Kaizo terkejut melihat kanak-kanak itu memeluk kakinya "Apa terjadi ni?"

"Adik windu abang"

"Kau ke tu Pang?" soal Kaizo dengan perasaan terkejut

"Abang sudah lupakan adik ke?" Mata Fang mula berkaca "Abang tak sayang adik dah.. uwaaaa!"

"Maaf maaf.. abang mana pernah lupakan adik" Kaizo mengusap kepala adiknya "Sudah, jangan nak menangis. Kenapa kau boleh jadi baby ni?"

"Ada orang jahat buat" kali ini Boboiboy pula keluar dari bilik Lynna bersama dengan rakan-rakan dia "Hehe.. abang Kaizo!"

"Siapa orang jahat tu?" soal Kaizo yang masih tidak berpuas hati sebab tidak mendapat jawapan yang tepat

"Orang jahat kepala kotak.. aaaa.. nama dia Abubu" jawab Fang sambil mengesel pipinya di kaki abang dia "Abang pakai cantik-cantik ni nak pergi mana?"

"Abang nak keluar dengan kak Lynna" balas Kaizo

"KAMI NAK IKUT!"

Boboiboy dan rakan-rakan dia mengelilingi kaki Kaizo. Mereka melompat-lompat sambil berteriakan di situ. Lynna keluar dari biliknya sambil tersenyum melihat gelagat anak-anak kecil itu. Rizu dan Ochobot tergelak melihat mereka yang comel itu. Ochobot ada di situ kerana dia diminta pertolongan dari Rizu untuk ke dunia fantasi. Masalahnya, portal Ochobot tidak dapat membuka pintu portal dunia fantasi. Jadi dia hanya membuka pintu portal ke rumah clubhouse Lynna dan rakan-rakan dia

"Saya lapar" kata Gopal sambil mengusap perutnya "Nak cari makananlah"

"Wuuuu.. LILY NAK EXPLORE ISTANA NI!" Lalu sang anak kecil bernama Lily itu, berlari ke tempat lain "WEEEEEEE! LILY SUKA ADVENTURE!"

"NAK IKUT! NAK IKUT!" Faye dan Bella pergi mengejar Lily

"LILY! FAYE! BELLA! JANGAN LARI!" jerit Lynna "Aduh.." Dia mengeluh sedikit

"Pang pun nak ikut Lily juga! Mesti ada benda yang menarik!"

"PANG! JANGAN NAK LARI! DUDUK DEKAT SINI SAHAJA!"

Tetapi Fang endahkan sahaja jeritan dari abangnya. Dia dan kawan-kawan lari ke sana sini untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan permainan. Kepala Kaizo mula pening sedikit kerana sikap mereka yang terlampau aktif itu

"Sabar Kaizo, kita pergi kumpulkan mereka balik"

"Yelah.." jawab Kaizo kepada Lynna "Rizu dan Ochobot tolong aku cari budak-budak tu semua.. hancur rancangan aku hari ni"

"Kau ada buat rancangan untuk kita berdua ke?" soal Lynna dengan perasaan ingin tahu

"Yea, tapi tak sangka pula jadi begini. Agaknya ini yang dimaksudkan oleh Kidi siang tadi.. sesuatu yang menarik bakal berlaku. Ini bukan menarik, INI MALAPETAKA!" Bergema koridor istana itu dengan jeritan Kaizo

Rizu tepuk dahi dia sendiri

"Abang Paizo, kita pergi cari mereka sebelum dia orang lari lagi jauh" kata Rizu

"Baiklah" kata Kaizo "Kita berpecah.. Rizu dengan Ochobot. Biar abang dengan kak Lynna. Kalau sudah jumpa mereka, bawa mereka ke bilik Lynna"

Mereka terdengar suara gelakan anak-anak kecil di hujung koridor itu. Suara budak-budak sedang seronok bermain dengan sesuatu. Kaizo dan Lynna pandang satu sama lain dan terus menuju ke arah suara gelakan itu. Manakala Rizu dan Ochobot pergi mencari budak-budak itu di tempat lain. Kaizo dan Lynna sudah tiba di hujung koridor. Suara gelakan itu sudah berhenti tetapi kali ini bertukar dengan jeritan dari seorang budak kecil sedang menyanyi dengan kuatnya. Bunyi-bunyi orang sedang bermain piano tetapi bunyi muzik itu agak serabut seperti orang tidak tahu bermain dan hanya tahu main tekan sahaja mana-mana kekunci piano. Lynna tahu dimana mereka berada iaitu di bilik muzik. Dia bawa Kaizo ke sebuah bilik muzik. Di situlah terletaknya sebuah piano berwarna putih. Bella ada di atas piano tersebut sambil memekan-nekan kekunci piano itu dengan kedua-dua kakinya dan jeritan nyanyian yang mereka dengar tadi, datang dari Faye. Mereka berseronok di dalam bilik muzik itu

"Kita bawa mereka semua ke bilik aku" kata Lynna "Sementara kita cari yang lain, aku akan suruh dayang-dayang aku jaga mereka dan jangan biarkan mereka keluar dari bilik"

Kaizo angguk kepalanya dan lalu dia pergi panggil seorang dua dayang-dayang istana itu untuk menolong dia. Lynna pergi memujuk Bella dan Faye untuk pulang ke bilik bersama dengan dayang-dayang istana itu. Bella dan Faye tidak banyak karenah dan tidak berikan masalah kepada Lynna. Mereka membuatkan kerja Lynna dengan begitu senang sekali. Lynna turunkan Bella dari piano itu

"Hehe.. bagus kamu berdua" Lynna mengusap kepala Bella dan selepas itu, kepala Faye "Kamu berdua boleh bermain di bilik akak sementara tunggu kawan-kawan kamu pulang ke bilik"

"Baik kakak Lynna!" kata kedua-dua anak kecil itu

Jauh dari situ pula, Rizu dan Ochobot sudah menjumpai Yaya dan Ying. Kedua anak kecil itu sedang duduk di tepi tangga sambil bertepuk tangan diantara satu sama lain. Mereka telah ditemani oleh seorang dayang istana. Rizu meminta gadis itu menghantar anak-anak kecil itu terus ke bilik Lynna sementara mereka pergi cari yang lain. Kaizo dan Lynna memeriksa setiap bilik yang ada di dalam istana itu. Malangnya, mereka tidak menjumpa Boboiboy, Fang, Gopal ataupun Lily

"Kaizo" Lynna pegang bahu Kaizo sedikit

"Kenapa? Kau ada jumpa sesuatu ke?"

"Aku rasa aku tahu dimana Gopal berada sekarang"

Lynna pegang tangan Kaizo dan lalu dia membawa sang kapten itu ke sebuah tempat iaitu dapur istana. Mereka berlari terus ke tingkat bawah kerana dapur itu terletak di bahagian bawah. Semasa mereka sedang menuju ke bahagian dapur, Kaizo terpandang wajah Lynna. Sebuah senyuman manis terukir di bibir sang gadis itu. Kaizo rasa gembira pada saat itu. Lynna tidak terlalu tekanan akibat budak-budak itu berkeliaran di sekitar istana. Malah, dia lagi suka dengan kehadiran mereka. Kaizo dan Lynna lalu di tepi pintu gerbang utama dan terus mara ke depan. Di berjalan di koridor istana sehinggalah mereka tiba di sebuah pintu gerbang untuk masuk ke dalam dapur yang besar dan luas. Di situlah tempat makanan-makanan yang telah disediakan. Tukang-tukang masak sedang sibuk menyediakan makanan khas untuk tuan puteri mereka. Di atas kaunter dapur terdapat sebuah bakul makanan yang sedang menunggu untuk diambil

"Itu pun Gopal!"

Lynna tunjuk ke arah seorang budak kecil sedang duduk di atas meja dengan kakinya berjuntai ke bawah. Di kedua-dua belah tangan Gopal terdapat sepotong kek dan mulut dia comot penuh dengan krim kek tersebut. Di tepi kanan dia terdapat sebuah mangkuk besar yang penuh dengan ketulan-ketulan ayam goreng. Bau dia membuatkan Gopal tidak mahu tinggalkan dapur itu. Tukang masak di situ sangat suka dengan kehadiran Gopal. Mereka berikan makanan yang terbaik untuk si anak kecil itu

"Puteri Lynna" Datang seorang pengawal istana "Saya yang membawa budak tu ke sini sebab dia asyik bergaduh lapar sahaja"

"Terima kasih kerana bawa dia ke sini" Pengawal istana itu berikan tunduk hormat kepada Lynna "Saya perlukan bantuan daripada kamu nanti"

"Sukalah tu dapat makanan" kata Kaizo dengan nada tegasnya "Macam mana nak pujuk si budak Gopal tu?"

"Hmm..." Lynna perhatikan makanan-makanan yang ada di atas meja "Kita bawa makanan itu ke bilik aku. Nanti Gopal akan ikut sekali"

"Puteri, biar saya bawakan makanan dan dia ke bilik puteri"

"Terima kasih" ucap Lynna kepada pengawal istana itu "Saya minta diri dulu kerana ada budak lain yang belum dijumpai lagi. Kamu ada nampak mereka?"

"Maaf puteri. Saya hanya hantar budak itu seorang sahaja"

"Baiklah, saya terpaksa pergi dulu. Jaga anak kecil itu dengan baik"

Kaizo dan Lynna keluar dari dapur tersebut. Mereka terpaksa teruskan pencarian mereka. Hanya tinggal Boboiboy, Fang dan Lily sahaja. Kaizo menjadi resah kerana tidak tahu ke mana adik dia pergi. Dia takut jikalau adik dia terjatuh dari tangga atau dari atas almari ataupun Fang pergi merayap keluar dari istana itu

"Kaizo, jangan risau" Lynna dapat membaca apa yang difikirkan oleh Kaizo pada ketika itu "Aku tak rasa dia berada jauh dari sini. Mari kita naik ke atas semula"

"Kalau dia orang ada dekat bawah macam mana"

"Kalau dia orang ada dekat sini, sudah tentu salah seorang dayang istana ataupun pengawal-pengawal dekat sini akan nampak mereka. Aku yakin mereka akan dijaga dengan baik"

"Hmm.. aku cuma risau sahaja kalau tiba-tiba si Lady Poisen ambil kesempatan dan culik adik aku"

"Tak.. aku tak rasa dia berani ke sini" Lynna menggenggamkan kedua-dua tangannya "Kalau dia berani ke sini, aku akan pastikan dia tidak dapat melihat dunia ini atau mana-mana dunia" Suara Lynna berubah menjadi menakutkan kerana perasaan marah dia terhadap Lady Poisen

"Jangan terlalu emosi sangat, kalau tidak kau sendiri tidak dapat kalahkan dia"

"Maaf Kaizo" Lynna mula tenangkan diri dia "Mari kita ke atas"

Kaizo dan Lynna terus bergegas ke tingkat atas. Kaizo mengajak Lynna pergi mencari di bahagian yang berdekatan dengan bilik tidurnya iaitu bilik Kaizo sendiri. Mungkin mereka ada sekitar kawasan itu. Tanpa membuang masa lagi, mereka terus ke situ. Kaizo dan Lynna kelihatan penat tetapi semangat mereka untuk mencari Boboiboy, Fang dan Lily tidak hilang. Mereka akan tetap mencari si anak-anak kecil itu sehingga dapat. Lalu mereka bertembung dengan Rizu dan Ochobot. Pada ketika itu, sang remaja itu dan sang robot kuning sedang memeriksa sebuah bilik khas untuk membaca dan juga menulis. Bilik itu kelihatan kecil dan ianya mempunyai beberapa buah kerusi untuk mereka duduk sambil membaca. Beberapa buku juga ditempatkan di dalam almari khas. Buku-buku itu ada yang datang dari perpustakaan istana itu dan ada juga buku yang Lynna bawa khas dari dunia realiti

"Abang Paizo.. kita orang tak jumpa mereka lagi kecuali Yaya dan Ying"

"Takpe.. sekarang ini tinggal Boboiboy, si Pang dan si pelik tu. Entah ke mana dia orang pergi" Kaizo sudah mula hilang sabar "Ayuh, kita cari mereka sampai dapat"

Rizu ternampak kelibat 3 orang kanak-kanak sedang berlari masuk ke dalam sebuah bilik

"Abang Paizo.. dia orang ada dekat sana" Rizu menunjuk tempat yang dia lihat tadi

"Dekat mana Rizu?" soal Lynna sambil pergi ke tempat yang Rizu tunjukkan tadi

Mereka melintasi sebuah halaman istana yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hidup. Ianya juga mempunyai sebuah balkoni yang tersendiri. Rizu membawa mereka masuk ke dalam sebuah bilik ruang tamu yang penuh dengan perabut berwarna kuning kekuningan. Ianya seperti perabut-perabut diraja. Mata Kaizo bulat besar dan menjadi cemas apabila ternampak adiknya sedang cuba hendak menolak sebuah meja kecil yang mempunyai pasu kaca di bahagian atasnya. Boboiboy dan Lily pula sedang sibuk melompat-lompat di atas kerusi panjang

"PANG!"

Fang terkejut dengan jeritan dari abangnya. Lalu dia pusing kebelakang dan terus dia tersenyum. Tangan dia terkena meja itu. Lalu meja itu hilang imbangannya dan pasu di atas meja itu jatuh ke bawah. Pasu itu pecah dan berkecai di atas lantai. Fang menangis dengan serta merta

"UWAAAA! ADIK PECAHKAN PASU! JANGAN MARAH ADIK!" Fang takut dimarahi oleh abangnya. Dia pergi menyorok di belakang kerusi "Ma-maafkan adik.. adik tak sengaja"

Kaizo bergegas pergi memeluk adiknya. Dia tahu adiknya tidak sengaja. Salah dia kerana pergi jerit nama adiknya. Lynna rasa terharu melihat seorang abang mendakap adiknya sendiri dengan begitu erat sekali. Fang masih lagi menangis di dalam dakapan abangnya. Boboiboy dan Lily berhenti melompat untuk melihat apa yang berlaku

"Hehehe.. abang itik buat landak menangis"

"Lily.. jangan kata begitu" tegur Lynna

"Kakak Lily, abang Boboiboy.. jom kita pergi bilik kak Lynna"

"Kakak Lily? Abang Boboiboy?" Mata Lily terkebil-kebil melihat Rizu. Lalu dia tergelak sehingga terbaring di atas kerusi "MIAHAHAHAHAHAHA! Kita baby lagi tapi kenapa panggil kita kakak pula.. Rizu yang kena patut panggil abang.. hehehehe"

Rizu menepuk dahinya sendiri. Ochobot terbang pergi untuk dukung Boboiboy

"Lily ni nakal yea. Jom balik bilik akak" Lynna turunkan Lily dari kerusi itu "Kawan-kawan Lily, semuanya ada dekat bilik akak. Dia orang tengah tunggu Lily tu"

"Tapi tak bestlah balik bilik kak Lynna... takde toys" Lily bersilang tangan dengan mulutnya mucung ke depan

"Nanti Boboiboy pun ada dekat bilik tu juga" Ochobot cuba memujuk Lily "Kawan-kawan Lily pun ada juga"

"Ok.." Lily berjalan dengan kepala dia tertunduk sedikit "Kalau BBB-CHAN ada, Lily pun ikut sekali"

Lynna tersenyum melihat kecomelan Lily berjalan keluar dari bilik itu. Anak kecil itu tidak lari ke mana. Dia tetap dengar kata dan membuatkan kerja Lynna lebih senang. Kaizo mendukung adiknya yang sudah berhenti menangis. Mereka terus ke bilik Lynna. Setelah sampai di bilik itu, Lynna terkejut dengan kehadiran Kidi di dalam bilik tersebut. Dia sedang sibuk melayan Yaya dan Ying. Gopal pula, dia hanya duduk di atas kerusi sambil makan ayam gorengnya. Manakala Bella dan Faye, mereka seronok menepuk Picu sampai menjadi penyet. Sebaik sahaja Picu menjadi penyet seperti lempeng, dia akan kembali kepada bentuk asalnya. Bella dan Faye kemudian akan menepuk Picu lagi. Sang alien hijau itu terlampau teruja sehingga dia tidak kisah berapa banyak kali dia menjadi penyek

"Kidi" panggil Lynna "Kau ada dekat sini"

"Yea, aku tolong jagakan mereka" kata Kidi yang masih lagi bermain tepuk tangan dengan Yaya dan Ying "Comel betul dia orang"

"Kami memang comel pun" kata Ying

"Kecuali landak.. dia tak comel.. MIAHAHAHAHAHA!"

"ABANG! BAGI ADIK TENDANG SI PILI PILI TU!" Fang menolak-nolak badan abangnya kerana dia mahu turun dari situ "Abang, turunkan adik!"

"Wek wek!" Lily lari dari situ dan terus terjun ke atas katil "WEEEEE! GULING-GULING!"

"Bestnya jadi Lily" kata Boboiboy sambil menghisap ibu jarinya

Ochobot turunkan Boboiboy supaya si anak kecil itu boleh pergi bermain dengan kawan-kawan dia. Lily masih lagi berguling di atas katil tetapi kali ini, dia berguling sambil memeluk bantal. Habis berselerak katil itu

"Kidi, kau boleh pulihkan mereka?"

"Boleh Lynna" Kidi bingkas bangun dari tempat duduk dia "Tapi.. ianya memakan masa sedikit kerana ada setengah herba adalah sangat sukar untuk dapati tapi aku tetap usahakannya. Aku akan cari sampai dapat. Jadi, aku minta diri dulu untuk mencari bahan-bahan yang aku perlukan. Bila ubatnya sudah siap, aku akan ke sini dengan kadar segera"

"Terima kasih Kidi" Lynna tersenyum sedikit

"Sekejap.." Kaizo memandang Kidi dengan mata tajamnya. Kepala dia asyik ditepuk oleh Fang sahaja "Ini ke yang kau kata perkara yang menarik akan berlaku dekat rancangan aku?"

Kidi hanya berikan senyuman sambil kepalanya angguk kepada Kaizo. Maknanya apa yang dia nampak, bukanlah rancangan Kaizo berjaya tetapi rupanya, benda lain yang terjadi. Kidi keluar dari bilik itu dan tinggalkan Kaizo dan Lynna untuk uruskan si anak-anak kecil itu

"Oh yea, apa rancangan kau tu? Aku nak tahu"

"Pang pun nak tahu juga" Fang menyibuk sekali

"Sibuk aje kau ni" marah Kaizo "Abang sepatutnya nak bawa kak Lynna keluar bersiar-siar dekat taman bunga, lepas tu makan malam di bawah cahaya bulan"

"Wuuuuuu.. bestnya!" Fang teruja pula "Pang nak ikut boleh?"

"Tak boleh" kata Kaizo

Mata Fang sudah mula berkaca. Mulut dia bergerak-gerak dan akhirnya dia menangis sambil mengetuk-getuk kepala abangnya

"Jangan menangis Fang" pujuk Lynna "Apa kata malam ini kita pergi tengok circus. Nak tak?"

"NAK! NAK! NAK!"

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Lily melompat-lompat kegembiraan kerana tidak sabar untuk melihat pertunjukkan circus. Kaizo terpaksa ikut dengan rancangan Lynna. Mungkin rancangan dia lain kali sahaja dia akan laksanakan

"Ok ok.. akak bawa kamu semua pergi tengok circus!"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Circus itu terletak di dalam perkampungan yang berdekatan dengan istana Lynna. Orang-orang circus datang ke perkampungan itu untuk menghiburkan para penduduk kampung tersebut. Ramai yang hadir untuk melihat pertunjukkan circus yang luar biasa itu. Malah, suasana perkampungan itu berubah menjadi sebuah pesta. Kanak-kanak bermain di luar sambil menghayun-hayunkan bunga api mereka. Para remaja sibuk bersiar-siar sekitar gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai barangan circus. Ibu bapa berpusu-pusu untuk masuk ke dalam khemah circus bersama dengan anak-anak mereka. Kaizo dan Lynna ada di perkampungan itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Lily begitu teruja melihat kemeriahan perkampungan itu. Rizu dan Ochobot turut ada bersama mereka

"Picu suka jalan-jalan?" tanya Faye sambil melihat ke atas keran Picu ada di bahagian kepalanya "Kita jalan-jalan, lepas tu tengok circus!"

"Picu asyik duduk diam aje" Bella melihat Picu yang tidak bergerak semenjak mereka keluar dari istana "Picu Picu.. nama macam abang Pizu dulu-dulu"

"Entah-entah dia orang adik beradik kot" kata Lily sambil mengusap dagunya

"Tapi kenapa abang Pizu tak hijau macam Picu?"

"Entahlah Boboiboy. Lily pun rasa pelik"

Rizu menepuk dahinya sendiri. Rasa agak kelakar mendengar perbualan mereka tadi. Fang lari ke depan dan terus pegang tangan abangnya. Dia mahu berjalan di sisi abangnya. Lalu dia menoleh kebelakang sedikit. Dia melihat Boboiboy berpecah kepada 7

"Abang, Boboiboy main dengan kuasa dia" Fang tunjuk ke arah Boboiboy yang sudah kembali kepada asal "Abang marahlah dia"

"Kau nak aku marah dia?"

"Yelah, abangkan kapten yang kejam dan suka marah orang!"

Rizu dan Ochobot tergelak di situ. Dahi Kaizo mula berkerut. Dia senyap sahaja dan tidak memandang adiknya. Fang tidak berpuas hati. Lalu dia tendang kaki abangnya

"ABANG!" jerit Fang "Marahlah si Boboiboy tu! Mana boleh guna kuasa sesuka hati!"

"Yelah yelah!" Kaizo tetap bersabar. Dia berhenti dan pusing kebelakang "Boboiboy!"

"Yea abang Kaizo" Boboiboy tersenyum suka seperti orang tidak bersalah

"Lagi sekali kau gunakan kuasa, aku akan bagi kau hukuman latihan tempur! FAHAM!"

"YEAH! Boboiboy kena marah dengan abang!" Fang bertepuk tangan sambil melompat-lompat kecil "Boboiboy kena marah! Boboiboy kena marah!"

Air mata Boboiboy mula mengalir keluar. Dia terus menangis di situ. Orang ramai yang lalu lalang di situ, berhenti dan melihat si anak kecil itu menangis begitu kuat sekali. Beberapa saat kemudian, mereka sambung membuat kerja masing-masing atau sambung berjalan. Lynna memandang Kaizo dengan renungan maut dia

"Kenapa? Salah aku ke? Dah si Pang yang suruh" kata Kaizo kepada Lynna

"Tak boleh ke cakap elok-elok dengan dia? Kan dia orang ni masih dalam keadaan baby lagi. Pemikiran dia orang pun macam budak-budak baru nak belajar" tegur Lynna

"Kakak Lynna.. abang Kaizo kejam. Dia marah Boboiboy" Boboiboy menangis teresak-esak "Saya cuma nak tunjukkan kuasa saya dekat Lily. Saya cuma nak bergurau dengan Lily sahaja"

"Akak faham" Lynna mengusap kepala Boboiboy "Mari akak belanja kamu semua beli makanan"

"YEAH! MAKAN LAGI!"

Gopal cukup teruja apabila dengar perkataan makanan. Lynna membawa mereka ke sebuah gerai makanan yang berdekatan. Gerai itu menjual makanan seperti bebola ayam, bebola daging, bebola ikan dan juga gula-gula kapas dalam bentuk bebola. Gopal mahu membeli semua makanan yang ada di gerai itu tetapi Lynna berikan satu pilihan sahaja. Sedang mereka sibuk memilih makanan masing-masing, datang seorang mak cik dengan troli makanan dia. Yaya memandang mak cik itu dengan perasaan curiga

"Hai budak comel, mahu beli makanan dari mak cik?" tanya mak cik itu kepada Yaya

"Mak cik jual makanan apa? Tapi saya kena minta kebenaran dari kakak Lynna dulu"

"Betul betul" kata Ying "Kalau tidak kak Lynna dan abang Kaizo akan marah kita pula"

"Mak cik jual jelly tapi semuanya perisa bunga. Marilah tengok" Mak cik tua yang mencurigakan itu membuka sebuah kotak putih. Dia keluarkan beberapa bekas kecil dan tunjukkannya kepada Yaya dan Ying "Ini perisa bunga rose. Yang warna oren ni, perisa bunga matahari"

"Yaya, Ying.. apa korang tengah buat tu?" Kaizo mula perasan dengan kehadiran mak cik itu "Kau nak apa?" soal dia kepada mak cik tersebut

"Saya hanya menjual jelly sahaja"

"Abang, adik nak satu" Fang teringin untuk merasai kuih jelly itu

"Tak boleh Pang. Abang rasa ada sesuatu yang tak kena dengan mak cik ni" Kaizo tidak berapa senang dengan kehadiran mak cik itu. Lalu dia menarik tangan Yaya dan Ying untuk jauhkan diri mereka daripada mak cik itu "Yaya, Ying.. jangan ambil apa-apa dari mak cik tu"

"Ba-baik abang Kaizo" Yaya mula rasa takut "Kakak Lynna.. jom pergi"

"Hmm.. ok" Sekali pandang sahaja Lynna melihat mak cik itu, hati dia juga sama seperti Kaizo "Mari semua, kita pergi masuk khemah"

Lynna tidak melayan mak cik itu. Dia hanya berjalan terus ke depan bersama anak-anak kecil itu. Rizu tunduk kecil sambil mengatakan minta maaf kepada mak cik tersebut. Dia sebenarnya rasa bersalah dengan mak cik itu kerana dilayan buruk oleh Kaizo. Sang kapten itu tidak sedar dengan adiknya yang masih berdiri di depan mak cik tersebut

"Kenapa tak ikut abang kamu?"

"Nak satu jelly" kata Fang

"Baiklah" Mak cik itu tersenyum sinis sambil mengeluarkan jelly berwarna ungu dari bekas putih itu "Warna sama dengan baju kamu. Jelly ini perisa bunga lavender. Makan elok-elok dan jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan kamu"

"Tapi saya takde duit"

"Tidak mengapa, jelly ni mak cik bagi percuma sebab kamu ni budak comel"

Fang terus mengambil jelly itu dan lalu mengucapkan terima kasih. Dia terus berlari ke arah Kaizo yang sudah berjalan jauh. Mak cik itu perhatikan sahaja Fang berlari. Sedikit demi sedikit wajah dia berubah menjadi seorang gadis yang bernama Pandora atau lebih dikenali sebagai Lady Poisen. Dia tersenyum sinis dengan mata dia bersinar-sinar kerana rancangan dia akan berjalan dengan sempurna

to be continued...

--------------------------------------------------------

maaf sebab lambat update :D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top