Semula
"Lynna!"
Tanpa amaran, pipi Kaizo terus mendapat satu tamparan hebat dari Lynna. Pipi Kaizo kelihatan merah sedikit
"How dare you!"
"Err..." Kaizo mengesat pipi kanan dia
"How dare you broke my heart! Dua tahun aku tunggu kau, baru sekarang kau nak munculkan diri" Lynna pusing dan lalu dia mengesat air matanya. Dia tidak mahu Kaizo melihat dirinya menangis
"Lynna" Kaizo keluar dari rumahnya. Dia menutup pintu rumah itu supaya adik dia dan juga Faye tidak mencuri dengar perbualan mereka "Lynna.. maafkan aku tapi.. boleh tak kita ke tempat lain. Aku tidak mahu adik aku dengar perbualan aku dan kau"
"Fine"
Lynna mencapai tangan Kaizo. Lalu dia membawa mereka berdua ke tempat yang jauh dari Pulau Rintis dengan menggunakan kuasa teleportasinya. Mereka muncul balik di tepi lereng bukit. Kawasan itu agak lapang sedikit. Di belakang mereka adalah hutan dan jauh di bawah hadapan mereka pula, suasana kawasan perumahan di waktu malam. Lampu-lampu jalan bersinar di setiap kawasan perumahan itu. Lynna terus duduk di tepi lereng bukut sambil perhatikan permandangan langit malam. Tiada bintang yang bersinar pada ketika itu
"Lynna" panggil Kaizo. Dia tidak berani untuk duduk di sebelah Lynna
"Kaizo.." Lynna merapatkan bibirnya dan lalu dia berkata "Kau tahu tak, setiap hari aku tunggu khabar berita daripada kau tapi satu pun, aku tak pernah dapat. Kalau dapat pun, mesti dari mulut adik kau sendiri. Kau sendiri takde nak hubungi aku dan kenapa kau pergi tanpa memberitahu aku? Why Kaizo? Aku agak terkilan apabila aku dapat tahu yang kau sudah pergi dan pulang ke TAPOPS. Hati aku sedih, kecewa dan marah sebab kau tinggalkan bumi ni dan aku tanpa penjelasan. Rasa macam sia-sia sahaja hubungan kita selama ni"
"Maafkan aku Lynna" Kepala Kaizo tertunduk sedikit. Dia melihat, Lynna masih lagi tidak mahu memandang Kaizo "Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak jelaskan kepada kau dan aku juga takut nak ucapkan selamat tinggal kepada kau"
"Takut?"
Kaizo terus duduk di sebelah Lynna. Kepala Lynna terus tertoleh ke wajah Kaizo
"Ya, aku takut kalau aku buat kau sedih. Aku tak nak melihat kesedihan kau di mata kau sendir" balas Kaizo "Dan aku juga takut kalau itu adalah ucapan terakhir aku adalah benar-benar yang terakhir. Kau tahu kenapa aku tidak membawa adik aku pergi sekali?"
"Kenapa?"
"Kerana aku nak kau tahu yang aku akan kembali ke planet ini, yang aku akan kembali ke sini suatu hari nanti"
"Kalau kau tidak kembali buat selama-lama bagaimana? Dan kau sendiri tidak sempat ucapkan selamat tinggal kepada aku" Tiba-tiba nada Lynna berubah menjadi marah "Macam mana aku nak tahu kalau kau sudah pergi buat selamanya. Kau hanya tinggalkan adik kau sahaja di sini untuk sebagai kenangan sahaja, Kaizo! Kau tahu, aku selama ini rasa seperti kau abaikan aku, seperti aku sia-sia menunggu kepulangan kau ke sini. Setiap hari aku tunggu tapi makin lama, makin perit hati aku"
"Maafkan aku Lynna"
"Kau ingat, dengan maaf sahaja dapat hilangkan rasa kesakitan aku terhadap kau?" Lynna mengesat air matanya lagi "No Kaizo, kesakitan ini tidak akan hilang begitu sahaja"
"Jadi kau bencikan aku?"
"Tak Kaizo. Aku tidak pernah bencikan kau. Perasaan aku terhadap kau tidak pernah hilang cuma aku takut, kalau kita hubungan kita kembali seperti dulu, aku takut kau akan tinggalkan bumi ini lagi"
"Tak, aku tak kan tinggalkan bumi dan kau lagi" kata Kaizo dengan penuh yakin "Sekarang, aku cuma nak baiki balik hubungan kita"
"It's not that simple" jawab Lynna dengan nada yang perlahan "Selama ini aku berharap kau akan kembali dan akhirnya, kau kembali juga tapi masa itu, aku sudah menjumpai seseorang. Ya, dalam masa sebulan ini, aku berhenti menunggu kepulangan kau kerana aku fikir, sampai bila aku nak tunggu? Sampai yang aku sedar bahawa kau tak kan kembali. Jadi, masa tu aku berhenti dan jalankan seharian aku seperti biasa sehinggalah datang seorang lelaki yang cuba hendak ceriakan aku kembali. Aku kembali ceria, aku mula senyum dan gelak ketawa bersama dengan orang-orang aku sayang. Sekarang kau sudah ada di sini, aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Rasa gembira ada tapi at the same time, aku macam nak cekik kau"
"Aku.." Kaizo menahan dirinya daripada menangis "Aku tidak menghalang kebahagian kau bersama dia. Aku akan.. bebaskan kau"
Lalu Lynna menggelengkan kepala sambil menangis. Dia rasa kecewa kerana Kaizo seperti tidak mahu memenangi hati dia. Kaizo seperti orang sudah kalah
"Jadi... kau memang tak nak aku pergi dan lupakan kau?"
"Kalau itu yang kau mahukan" balas Kaizo tetapi di dalam hatinya mengatakan sebaliknya
"Aku ni.. ada kuasa yang boleh melihat masa depan atau masa lampau tetapi.." Air mata Lynna membasahi tanah sedikit demi sedikit "Tapi aku sendiri tak boleh lihat masa depan aku bagaimana. Aku sendiri tidak dapat jangka hubungan kita akan jadi begini. Apabila aku cuba untuk move on, kau muncul pada saat ini. Kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni?"
"Gembira?"
"Kau nampak aku tengah gembira ke?" Kaizo tersengih sedikit kepada Lynna "Aku rasa geram. Saat aku jumpa seseorang yang boleh gembirakan hati aku, time itu jugalah kau kembali but now.." Lynna tidak berkata apa. Hanya tangisan dia sahaja yang didengari oleh Kaizo "Kau pergilah balik, aku nak bersendirian di sini"
Kaizo tidak sempat hendak berkata, Lynna sudah menghayunkan tangannya untuk menghantar Kaizo kembali ke Pulau Rintis. Lynna menangis seorang diri di situ
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"ABANG! SARAPAN PAGI SUDAH SIAP!"
Fang tunggu abang dia turun dari bilik dalam beberapa minit. Masih lagi tiada sahutan ataupun bunyi pintu bilik dibuka. Dia mula terfikir, abang dia sudah pergi cari Lynna balik ataupun abang dia masih lagi tidur? Lalu dia pergi naik ke atas untuk ke bilik abangnya. Apabila dia tiba di hadapan pintu bilik abangnya, dia mula buka pintu itu
"Abang?"
Fang tidak terkejut melihat katil abangnya seperti tidak di sentuh. Dia seperti hendak mengamuk di situ
"ABANG NI! KALAU YEA PUN, BERITAHULAH ADIK KALAU NAK PERGI MERAYAP KE SANA SINI! Buat penat aku aje buat sarapan pagi untuk abang aku ni"
"Apa kau cakap Pang?"
Fang pusing kebelakang. Kaizo ada di situ dengan muka bengisnya tetapi Fang nampak benda lain. Mata abang dia merah seperti orang baru habis menangis. Ada sesuatu yang berlaku ke malam tadi? bisik di hati Fang
"Abang ok ke?"
"Aku?" Kaizo cuba untuk memberitahu adiknya apa yang berlaku malam semalam "Aku ok sahaja"
"Hmm.. tapi kenapa katil abang nampak kemas aje. Abang tidur mana malam tadi?"
"Aku tidur dekat sofa"
"Yea ke, apasal adik tak nampak abang dekat sofa?"
"Itu pun kau nak tahu ke" Kata Kaizo dengan suara seriusnya "Kau pergi turun, aku nak pergi mandi kejap. Nanti aku makan makanan yang kau buat tu"
"Ok" Fang tidak mahu bergaduh dengan abangnya. Lalu dia biarkan sahaja
Fang turun ke bawah sambil melihat abang dia masuk ke dalam bilik secara perlahan. Setelah kaki dia mencecah di lantai bahagian bawah, tangan dia di tarik oleh seseorang. Faye mengheret Fang masuk ke dalam dapur
"Wei, apasal kau heret aku?"
"Aku heret kau sebab pasal abang kau lah" balas Faye secara bisik
"Kenapa dengan abang aku dan kenapa kau cakap perlahan sangat?"
"Aku tak nak abang kau dengar. Kau tahulah dia tu suka muncul tanpa diduga" kata Faye lagi "Malam semalam kak Lynna datang tapi lepas tu, dia orang hilang ke mana"
"Hmm.. berdatinglah tu"
"Takde maknanya dia orang berdating" Faye bersilang tangan dan berkata lagi "Aku tunggulah juga sampai dia orang balik tapi tengok-tengok, abang kau balik sorang-sorang. Aku intai-intailah juga, muka abang kau nampak sedih sangat"
"DIA ORA-" Faye menekup mulut Fang
"Jangan jerit" kata Faye. Lalu dia lepaskan mulut sepupunya
"Dia orang bergaduh ke?"
"Entah"
"Ataupun dia orang break-up!" Fang buat-buat terkejut "Kita kena satukan mereka semula! Dia orang mana boleh berpisah kerana apa yang si Ratu Lily dan juga abang Kid cakap dekat aku, mereka akan bersama!"
"Hmmm... ini pertama kali aku dengar. Betul ke dia orang cakap macam tu?" Faye mengusap dagunya sambil perhatikan sepupunya
"Wei, betul lah apa yang aku dengar" balas Fang "Ratu Lily cakap, impian aku akan tercapai dan abang Kid cakap dekat aku, dia orang akan bersama dan kisah mereka akan bermula tidak lama lagi!" kata dia dengan penuh yakin "Jadi! Aku sebagai adik yang terbaik daripada yang terbaik, aku akan satukan mereka semula"
Faye tepuk kepala Fang
"Kau ni, tak payahlah nak masuk campur dalam urusan mereka. Kalau mereka sudah kata begitu, biarkanlah takdir yang jalankan kerjanya dan kau hanya menjadi saksi kisah cinta dia orang sahaja"
"Tapi.."
"Takde tapi tapi.. kau jangan nak ganggu dia orang" kata Faye dengan nada marah "Nanti dia orang berdua akan bersama semula. Tidak mungkin dia orang akan terpisah buat selama-lamanya! Aku juga macam kau, aku sokong kalau dia orang kahwin, dapat anak comel dan aku akan menjadi aunty yang terbaik daripada yang terbaik!" mata dia terus bersinar-sinar
"Yelah tu.." Fang rasa sedikit cemburu kalau Faye menjadi mak cik yang terbaik dan dia pula, menjadi pak cik yang selalu kena buli dengan anak buah sendiri "Takpe takpe.. aku akan ajar anak abang aku untuk menjadi seperti aku"
"Itu kalau kau nak kena tendang dengan abang kau sendiri"
"Aku ajar dia secara halus.. muahahahahaha!" Fang tergelak bangga seorang diri di dalam dapur itu
Faye menepuk dahinya sendiri. Fang terus berhenti gelak ketawanya apabila dia abang dia masuk ke dalam dapur. Dia dan Faye tersengih sambil melihat Kaizo duduk di kerusi meja makan. Kaizo rasa hairan melihat mereka berdua
"Kenapa dengan kamu berdua?" soal Kaizo "Ada masalah ke pagi-pagi ni?"
"Takde takde.. hehehe... adik pergi buatkan teh hijau untuk abang yea" Fang masih lagi tersengih
Faye duduk di hadapan Kaizo sambil tersengih kecil. Dia perhatikan abang sepupunya pada ketika itu. Kaizo kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi mata dia cerita sebaliknya. Faye dapat melihat mata Kaizo agak sedih sedikit. Dia tidak mahu bertanya apa yang terjadi malam semalam kerana dia tidak mahu melihat kesedihan Kaizo. Jadi dia biarkan sahaja. Fang sudah pun berada di tepi abangnya sambil menghidangkan secawan teh hijau
"Abang nak ikut kita orang pergi pantai nanti?" Fang sebenarnya ingin cuba gembirakan hati abangnya sedikit
"Hmm... tengoklah dulu kalau abang ada mood ke tak" balas Kaizo kepada adiknya "Kau pergi pantai dengan siapa nanti?"
"Dengan kawan-kawan adik dan juga Faye" Lalu Fang duduk di kerusi dia "Kita orang semua nak enjoy kan diri hari ni. Semalam dah puas ulangkaji, jadi hari ni nak pergi main dekat pantai pula, esok sekolah balik. Abang pun boleh ikut sekali. Adik tak nak lah tengok abang nampak sedih aje"
"Aku nampak sedih ke?"
"Errr.." Fang mula berkata kepada abangnya "Sebenarnya kita orang nampak kesedihan abang tu walaupun abang cuba sembunyikan. Ada apa-apa terjadi ke?"
"Abang lepaskan dia" Kaizo terus angkat cawan dia dan lalu dia minum air teh hijaunya
"APA?!"
Fang dan Faye menjerit secara serentak dan ianya membuatkan Kaizo tersebur airnya sedikit. Kaizo berikan renungan maut kepada mereka berdua
"Abang ni! Apasal pergi lepaskan kak Lynna! Tak baik tau!"
"Entah abang Kaizo ni. Mesti kak Lynna menangis, betul tak?"
"Abang tak sayang kak Lynna ke? Abang nak buat dia sedih lagi ke?"
"Abang Kaizo rasa menyesal tak sebab lepaskan dia?"
"Berapa banyak kali abang kena tampar dengan kak Lynna?" Berkerut dahi Kaizo dengan soalan Fang tadi
"Errr..." Kaizo pula rasa berpeluh pada ketika. Punggung dia terasa panas dengan soalan-soalan dari mereka berdua "KAMU BERDUA NI! Yang nak ambik tahu sangat dengan urusan aku kenapa?"
Fang dan Faye terus terdiam kerana takut dengan nada suara Kaizo yang garang itu. Kaizo kembali minum air teh hijaunya dalam keadaan tenang
"Ya, aku lepaskan dia pergi kerana, aku tak mampu hendak buat dia tersenyum lagi"
"ABANG SILAP!" Fang menghempuk meja makan itu dengan kedua-dua tangannya "Abang boleh buat dia senyum semula cuma abang ni bukan reti dalam bab-bab begini! Adik, Faye dan kawan-kawan adik boleh ajar abang"
"Tak perlu" kata Kaizo "Biarlah dia bahagia dengan orang lain. Dia ada beritahu aku semalam, dia cuba hendak move on dengan orang lain. Jadi aku tunaikan permintaan itu. Aku tak nak ganggu dia"
"Jadi abang Kaizo langsung tak memperjuangkan hubungan korang?"
"Hubungan apa? Aku sendiri yang tinggalkan dia tanpa beritahu dia apa-apa. Aku sendiri tak ucapkan selamat tinggal dekat dia dan aku sendiri yang buat dia kecewa dengan diri aku.. aku sendiri yang buat dia sedih dan tunggu kepulangan aku. Aku tak layak menjadi orang yang istimewa buat diri dia. Lynna perlukan lelaki lain yang jauh lebih baik daripada aku"
"Abang, janganlah kata begitu" Fang genggam tangan kanan abangnya "Walaupun abang tak begitu sempurna tapi di mata kak Lynna, abanglah paling sempurna bagi dia.. hehehe.."
"Rasa pelik pula kau cakap macam tu"
"Apasal? Pelik sangat ke?" kata Fang kepada Faye "Lantaklah pelik ke tak pelik ke, janji aku bukan macam si pelik yang sudah semestinya pelik sepelik pelik peliknya"
"Berapa banyak pelik dalam ayat kau tu" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil berikan renungan dia kepada adiknya "Sudahlah, abang tak nak fikirkan tentang hubungan abang dengan kak Lynna"
"Yelah abang"
Fang dan Faye pandang satu sama lain. Mereka berdua tidak tahu hendak berkata apa lagi. Lalu mereka menjamu selera di dalam dapur itu dalam keadaan senyap
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bola plastik berwarna merah di lempar oleh Fang ke arah pasukan pihak lawannya. Bella melompat sedikit dan menampar bola itu kembali ke pihak lawan dia iaitu Fang, Yaya dan Boboiboy. Manakala pasukan lagi satu adalah Ying, Faye dan Bella. Kedua pasukan itu berseronok bermain di atas pasir pantai sambil dilihat oleh Gopal dan juga Ochobot. Bola tadi masuk ke ruang gelanggangan pasukan Fang, lalu Yaya menampar bola itu untuk menghantar balik ke pihak lawan. Begitu kuat sekali tamparan Yaya tadi sehingga membuatkan Bella rasa curiga sedikit. Bola itu tadi dapat ditampar balik oleh Bella kerana terlalu kuat. Ianya jatuh bergolek di atas pasir pantai yang putih halus
"HAH! YAYA GUNA KUASA!" jerit Bella secara tiba-tiba
"Mana ada!" marah Yaya
"Wei wei, kau jangan cuba main kotor ok" kata Fang kepada Bella "Jangan nak sabotaj pasukan aku"
"Aku tak sabotaj, aku cuma beritahu apa yang terjadi sahaja" Bella menjeling lidahnya kepada Fang "Kalau kau tak puas hati juga, kita tanya pengadil"
"Pengadil cakap Yaya tak guna kuasa" jawab Fang
"Dey, mana boleh kau jadi pemain dan juga pengadil.. mana adil lah wei!"
"Entahnya si Fang, mana boleh macam tu. Pengadil kita bukan ke si Ochobot" kata Boboiboy "Sepatutnya dia yang membuat keputusan adakah Yaya menggunakan kuasa ataupun tidak"
"Selaku pengadil yang adil dan saksama" Ochobot terbang ke tepi Yaya "Bahawa Yaya tidak menggunakan kuasa. Hanya hantaran dia tadi terlalu kuat menyebabkan Bella tidak mampu menampar bola itu balik" jelas Ochobot
"HAH! Yaya mana ada guna kuasa!"
"Fine.. i'm sorry" kata Bella kepada Fang "Tapi lepas ni, no more nice girl! SIAPLAH KAU WAHAI LANDAK GORENG!"
"BRING IT ON MINAH GILA!" balas Fang balik kepada Bella
"Hmm.. dari dulu sampai sekarang, asyik bergaduh aje" Boboiboy gelengkan kepala "Dulu sebelum Bella ada, asyik bergaduh dengan Yaya, sekarang ni dengan Bella pulak. Adeh, apalah masalah si budak Fang ni"
"Sabar ajelah Boboiboy. Bila ditegur, nanti dia buat balik. Jadi kita terpaksalah melayan karenah dia orang yang suka bergaduh ni" mengeluh Yaya sedikit
"Wei, korang mengumpat pasal aku ke?"
Boboiboy dan Yaya terus tersengih. Mereka sambung balik bermain bola tampar. Jauh dari situ, Kaizo menjadi penonton permainan bola tampar itu sambil duduk di atas batang pokok kelapa yang tersadai di tepi tembok. Kaki dia asyik menendang-nendang pasir pantai itu secara perlahan. Dia mula terfikir balik, adakah keputusan yang dia lakukan malam tadi adalah keputusan yang betul? Dia agak rasa menyesal sedikit kerana melepaskan Lynna pergi
"Tapi... bagaimana aku nak pujuk dia balik kalau dia bahagia dengan orang lain? Aku tak naklah hancurkan kebahagian dia dengan orang itu" bisik Kaizo seorang diri
"Abang Paizo cakap dengan siapa tu?"
Kaizo mula menoleh ke sebelah kanan dia. Seorang remaja lelaki berwajah tampan, bermuka bulat, tidak berkaca mata dan rambut dia seakan-akan seperti rambut Fang, berdiri di situ dengan senyuman manisnya. Remaja itu adalah Rizu
"Wah, sudah lama saya tak nampak abang Paizo" kata Rizu dengan perasan gembiranya "Abang Paizo apa khabar? Mesti banyak pengembaraan yang menarik abang Paizo lalui kan"
"Masih lagi panggil aku abang Paizo" Kaizo ketawa sedikit "Aku khabar baik, Rizu"
Lalu Rizu duduk di sebelah Kaizo
"Hehehe.. masih tak boleh nak buang habit tu tapi Rizu tak panggil diri Rizu, Pizu dah. Semenjak masuk sekolah menengah, Rizu janji tak nak panggil Pizu dah. Itu semua masa sekolah rendah sahaja"
"Bagus Rizu bagus"
"Rizu memang bagus pun abang Paizo.. hehehe" Rizu ketawa sedikit "Abang Paizo buat apa dekat sini? Abang Paizo tak pergi jumpa kak Lynna ke? Kalau abang Paizo nak tahu, masa kak Lynna dapat tahu abang Paizo sudah kembali ke TAPOPS, kak Lynna menangis. Rizu masa tu pun, tak sampai hati tengok kak Lynna menangis. Rizu tahu hati kak Lynna hancur sebab abang Paizo. Rizu dan abang Fang cuba nak pujuk kak Lynna tapi dia terus pergi ke tempat lain. Mungkin kak Lynna nak seorang diri kot"
"Hmmm... salah abang sebab buat begitu dekat dia"
"Jadi kenapa abang Paizo duduk dekat sini aje. Pergilah jumpa dia"
"Abang dah jumpa dia malam semalam" balas Kaizo
"Lepas tu?"
"Lepas tu abang tak nak ganggu kebahagian dia dengan orang lain"
"ERK! KAK LYNNA ADA ORANG LAIN!" Rizu terbangun dan lalu katakan sesuatu Kaizo "Abang Paizo tak boleh mengalah! Kerana abang Paizo sendiri tak tahu apa perasaan kak Lynna sekarang ni. Hubungan mereka mungkin kawan sahaja sekarang ni, sebab kak Lynna tak beritahu abang Paizo kan"
"Tak"
"Hah! Bagus.. even kak Lynna rasa bahagian dengan orang tu tapi jauh di hati kak Lynna, mungkin sedih dan mungkin rasa lain sebab abang Paizo dan kak Lynna dulu sangat rapat dan memahami satu sama lain! Kalau abang Paizo lepaskan dia macam tu aje, tak mungkin dia akan kembali lagi lepas ni. Unless kalau kak Lynna buat keputusan dia sendiri"
"Betul tu Rizu"
Rizu dan Kaizo menoleh kebelakang. Kaizo berdiri kerana terkejut dengan kehadiran Lynna yang sedang berdiri di atas tembok. Entah kenapa, pada hari ini mata Kaizo nampak Lynna seperti 2x ganda cantik daripada sebelum ini. Bukan Lynna tidak cantik tetapi hari ini, dia rasa lain
"Lynna.. ke-kenapa kau ke sini?"
Lynna turun ke bawah dengan menggunakan tangga yang berdekatan. Rizu secara senyap, dia terus ke tempat abang Fang dia berada. Mereka masing lagi bermain dengan bola tampar dan tiada seorang pun sedar dengan kehadiran Lynna di pantai itu
"Aku ke sini sebab aku nak memperjuangkan hubungan kita" jawab Lynna
"Tapi aku tak nak memaksa kau dan kau sendiri cakap, kau gembira dengan orang lain"
"Betul tu Kaizo" Lynna duduk di atas batang pokok ini "Aku sebenarnya rasa kecewa bila kau putus asa. Kau seperti tidak mahu bersama dengan aku lagi"
"Sebenarnya.."
"Ya, aku tahu kau mahu bersama aku tetapi kau tak nak hancurkan kegembiraan aku bersama orang lain. Jadi kau rasa bersalah" Lynna mula merenung ke wajah Kaizo dan lalu dia berikan senyuman manis dia "Aku sebenarnya berbincang dengan dia tadi"
"Berbincang tentang apa?"
"Tentang hubungan aku dengan dia" balas Lynna "Dia tahu hubungan aku dan dia masih baru lagi tetapi dia willing to let me go, so I can be with you. Dia tahu kisah sejarah kau dan aku tapi dia tak tahu kau tu alien.. hehehe.. rasa kelakar pula aku dulu ada kekasih alien" Dia terus ketawa terbahak-bahak, begitu juga dengan Kaizo. Mereka berdua tergelak sesama sendiri seperti mereka berada di dunia mereka
"Tapi aku sendiri pun tidak tahu dapat berkawan dengan seorang puteri" Kaizo tersenyum kecil
"Hmm.. patutlah Emmy selalu panggil kita orang puteri fantasi dan putera galaxy. Macam-macam betul si budak Emmy tu"
"Aku tak nampak dia lagi, mana si Emmy tu? Tapi itu bukan topik kita. Jadi, kau ke sini sebab kau nak beritahu aku bahawa kau dan orang tu sudah putus ke?"
"Well.." Lynna pandang ke arah laut dengan penuh harapan "Sebab aku nak kembali kepada dulu, kembali sewaktu kita bersama dan mengharungi apa-apa cabaran yang kita hadapai. Aku rindu waktu itu tapi kalau kau tak nak, it's ok. Aku faham dan aku akan walk away and never look back"
"Kalau kau rasa begitu, aku juga rasa begitu" Kaizo pegang tangan kanan Lynna "Kalau hubungan ini tidak menjadi, kita sentiasa akan menjadi sahabat baik. Kau adalah kawan baik ku"
"Kau pun kawan baik aku juga yang aku sayangi tapi... aku nak kenal kau semula seperti pertama kali kita bertemu di kedai Tok Aba"
"Kenapa?" soal Kaizo
"Supaya kita dapat kenal satu sama lain semula. Aku tak nak tergesa-gesa dalam hubungan ini" Lynna genggam tangan Kaizo "Kenapa, kau tak ok ke?"
"Hmm.. tiada bantahan" jawab Kaizo secara ringkas "Jadi, kau maafkan aku"
"Bukan semudah itu untuk aku maafkan kau. Ianya memakan masa untuk aku maafkan kau tapi... sebagai permulaan, kita berkawan seperti biasa dulu" Lalu Lynna bangun dari situ sambil tarik tangan Kaizo untuk bangun sekali "Sebagai kawan baik aku.. aku nak kita pergi join dia orang main bola tampar. Kau boleh join pasukan adik kau dan aku pasukan Bella"
"Dan aku akan kalahkan kau"
Lynna lepaskan tangan Kaizo dan terus lari dari situ. Kaizo mengejar Lynna dengan riangnya. Mereka berdua pergi sertai permainan bola tampar itu. Boboiboy menolak bahu Fang sedikit
"Nampak tahun ni dapatlah kita melihat hubungan dia orang berputik lagi" bisik Boboiboy
Fang hanya tersenyum sahaja tapi mata dia memandang ke arah salah seorang kawan perempuan dia
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Kaizo menjenguk bilik adiknya. Nampaknya, Fang sudah terbaring tidur di atas meja. Di bawah kepala adiknya, ada sebuah buku nota. Lalu Kaizo mengambil buku itu secara perlahan, lalu dia baca. Hanya ada sebaris ayat sahaja yang tertera di dalam buku itu
"Matamu begitu mempesona?" baca Kaizo "Hmm.. mungkin kerja sekolah dia"
Kaizo letak balik buku itu di tepi adiknya. Lalu dia keluar dari bilik tersebut. Dia terbayangkan mata Lynna yang sungguh mempesona. Lalu dia teringat balik perbualan mereka siang tadi di bandar Pulau Rintis, setelah mereka puas bermain bola tampar
"Kaizo.."
"Hmm.. kau nak apa, Lynna?" Mata Kaizo memandang ke arah Lynna "Kau ada benda nak diperkatakan ke?"
"Kalau kau jumpa seseorang yang jauh lebih baik daripada aku.. aku... aku tak kan halang kau"
"Kenapa kau cakap begitu? Bukan ke kita dalam tahap kenal semula" kata Kaizo dalam nada seriusnya "Kau nak bersama dengan orang lain ke?"
"Takdelah.. manalah tahu dalam sesi kenal mengenal ni, tiba-tiba ada seorang gadis baru muncul dalam kehidupan kau dan kau tiba-tiba terpikat dengan dia"
"Yelah tu" balas Kaizo "Dalam banyak-banyak gadis yang pernah cuba mendampingi aku, hanya kau seorang sahaja aku tegur"
"Kenapa yea kau tegur aku? Adakah aku lain daripada yang lain?"
"Entah" kata Kaizo. Lalu dia membawa Lynna masuk ke dalam sebuah kedai roti "Tapi sebenarnya.. ada ceritanyaa, kenapa aku tegur kau"
"Cerita apa? Sudi untuk memberitahu aku?"
Kaizo tidak menjawab, dia hanya mengangkat satu dulang bulat putih dan satu penyepit
"Kau nak roti apa? Biar aku belanja kau"
"Isk kau ni.. tak nak jawab pula soalan aku" Lynna buat-buat muka merajuk "Kau beli ajelah roti yang kau nak"
"Betul ke kau tak nak?" Kaizo mengangkat sebiji roti ban kacang merah menggunakan peyepit tadi. Lalu dia letakkan ban itu di dalam dulangnya "Kau suka makan roti kacang merah"
"Kau ingat lagi makanan kegemaran aku" Lynna rasa terharu di dalam kedai itu "Ah.. that's so sweet tapi berbalik dengan topik kau tadi. Cerita apa yang aku tak tahu tu"
"Itu lain hari aku akan cerita" Kali ini Kaizo mengambil roti chocolate pula "Tunggulah bila aku bersedia, aku akan ceritakan kepada kau"
"Janji"
"Aku janji" jawab Kaizo
"Kalau begitu, aku nak roti kacang merah tu lagi. Kau ambik satu aje, mana cukup!"
"Kau nak jadi gemuk ke?"
"KAIZO!"
Kaizo terus tergelak seorang diri di luar bilik adiknya. Lalu dia bersandar di tepi dinding sambil mendongak ke siling rumah. Cerita yang dia pendam di dalam hatinya semenjak bertemu dengan Lynna, masih lagi segar di dalam ingatannya. Dia tidak pernah lupakan kisah itu. Selama dia berkawan dengan Lynna, selama itulah dia simpan dan ada kalanya, dia ingin beritahu perkara sebenarnya tetapi dia hanya berdiam diri sahaja. Adik dia sendiri pun tidak mengetahui kisah itu. Tiada siapa yang tahu, kecuali diri dia sendiri. Dia terus masuk ke dalam bilik untuk rehatkan diri. Satu hari bersiar-siar bersama Lynna, membuatkan diri dia penat tetapi di dalam hatinya, ada rasa sedikit kegembiraan
------------------------------------------------------------------------------------------------
Akak nak minta maaf sebab akak tak reti nak buat drama-drama cinta ni :3 tapi akak akan cuba... dan mungkin cerita ni banyak sweet-sweet ajelah xD hehehe~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top