Rahsia

"Apasal hari ni aku nampak si Fang senyum lain macam aje?"

Boboiboy garu-garu kepalanya sambil perhatikan Fang masuk ke dalam kawasan sekolah dengan hati yang gembira. Tiba-tiba kepala dia ditepuk oleh seseorang. Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat siapakah yang menepuk kepalanya tadi. Rupanya Bella yang tepuk. Wajah Bella kelihatan masam seperti biasa

"Kenapa kau tepuk kepala aku?" soal Boboiboy

"Sebab kau macam menghendap orang" balas Bella sambil mengangkat kening sebelah "Kau menghendap si landak goreng ke?"

"Aku bukan menghendaplah. Aku cuma pelik tengok Fang hari ni. Dia happy semacam"

"Ala, kau ni lupa ke atau buat-buat lupa"

"Err.. apa yang aku lupa?" Boboiboy tersengih sedikit

"Si landak goreng tu kan tengah happy sebab dia dan Yaya" jelas Bella dengan nada yang agak cemburu sedikit "Tapi aku tak kisah, asalkan dia tu happy"

"Yer ke?" Boboiboy rasa ragu-ragu dengan kenyataan Bella tadi "Boleh percaya ke ni?"

"Ok fine! Aku rasa macam nak tendang si Fang tu! Biar dia bergolek masuk dalam longkang! MUAHAHAHAHAHA! Aku nak cincang-cincang kebahagian dia tu! MUAHAHAHAHAHAHAHA!"

Pelajar-pelajar lain yang lalu ditepi Bella, terkejut dengan gelakan Bella seperti orang gila. Bella tetap dengan senyuman bangga dia

"Dey, kau ni apasal? Tak hujan, tak ribut, tiba-tiba gelak macam pontianak. Kau nak jadi pengganti Ratu Lily ke?" tegur Gopal yang baru tiba di situ

"Bila masa aku nak jadi pengganti si pontianak tu. Baik aku jadi diri aku sendiri" kata Bella dengan penuh bangga "Rasanya, kalau aku buli si landak tu, mesti aku akan berpuas hati"

"Adeh.. sudah-sudahlah tu Bella. Kita sudah besar panjang, tak kan nak buli si landak tu pulak" Boboiboy tidak tahu mengapa dia tiba-tiba panggil kawan baik dia sendiri landak "Adeh, aku pun dah berjangkit dengan si Lily ni"

"Hehehe.. kau dan Lily, takde apa-apa ke?" Bella tiba-tiba tersenyum sinis kepada Boboiboy

"Ha ah, aku dari hari tu ragu-ragu dengan kau" Gopal mengusap dagunya "Bella, apa kata kita terjah si Boboiboy, biar dia keluarkan segala kebenaran dari mulut dia tu!"

"Wei wei, apasal aku pulak.. aku dan Lily hanya kawan sahaja" kata Boboiboy dengan nada geramnya "Korang tak nak percaya sudah!"

"Hmm... nak percaya tapi.." Bella perhatikan sahaja riak wajah Boboiboy pada ketika itu "Hmmm... macam memang kau bercakap benar tapi tidak mengapa. Benar ke tak benar ke, aku tetap akan musnahkan kebahagian si landak goreng tu! MUAHAHAHAHAHAHAHA!"

"Haiyaaa... lu nak jadi pontianak di siang hari kaa?" muncul pula Ying kali ini

"Mana adalah!" marah Bella "Aku cuba nak test ketawa macam orang jahat aje.. hehehehe"

"Yelah tu, takdenya macam orang jahat tapi macam hantu pontianak adalah!" kata Gopal "Dey, sekarang ni kita nak berdiri dekat sini aje ke?"

Mereka semua pandang satu sama lain. Bella tersengih lebar dan terus beredar dari situ. Boboiboy rasa lega sedikit kerana mereka tidak bertanyakan lagi tentang hubungan dia dan Lily. Sudah tentu dia dan Lily hanyalah sahabat baik sahaja. Tiada apa yang mereka perlu sembunyikan

"Apasal dengan si Bella tadi tu?"

"Biasalah tu Ying, cemburu" balas Boboiboy

"Haiyaa.. cemburu pasal si Fang dengan Yaya ka? Apalah si Bella ni, itu pun nak cemburu"

"Dey, kau tahukan dari dulu dia minat dekat Fang tapi cuma Fang aje takde hati dekat si Bella tu"

"Aku tahulah, Gopal" marah Ying sedikit "Lama betul dia suka dekat Fang semenjak dari form 1 lagi. Apalah dia nampak dekat rambut cacak tu"

"Hmm.. entahlah, Ying" mengeluh Boboiboy sedikit "Aku pun tak tahu, sama juga seperti si Lily. Apalah yang buat dia tertarik dengan diri aku ni?"

"Kau kan superhero paling hebat, mestilah ramai peminat.. hehehe.. seperti aku juga, ramai peminat" kata Gopal

"Wei, bila masa lu ada peminat? Tak pernah nampak pun"

"Ada apa! Cuma peminat aku pemalu orangnya" kata Gopal dengan penuh semangat "Ala, macam si Rizu tu dulu. Peminat Fang yang pemalu tu. Dulu pemalu, sekarang ni, bila buka aje mulut dia.. adeh, boleh mengantuk aku wei"

"Wei, dia sudah berubah maaa... mana ada lagi dia berceloteh panjang-panjang" marah Ying

"Ha ah, betul kata Ying tadi tu" kata Boboiboy

"Apa yang betul?" muncul Fang tanpa disedari oleh mereka bertiga

"Eh Fang" Boboiboy tidak terkejut sangat dengan kehadiran Fang pada ketika itu "Aku nak tanya kau sesuatu ni"

"Kau nak tanya apa? Kau nak tanya bagaimana setiap hari aku boleh jadi popular dan bergaya" Fang terlalu bangga dengan dirinya sehingga membuatkan kawan-kawan dia rasa meluat "Kalau nak tips-tips dari aku.. aku boleh aje bagi"

"Dey, apasal perasan sangat diri tu lebih popular dari Boboiboy, padahal realiti, Boboiboy lagi popular daripada kau" kata Gopal

"Kau nak kena belasah ke?" Fang sudah timbulkan kuasa bayangnya di tangan kanan dia

"Eh sudah sudah! Jangan nak bergaduh" marah Boboiboy "Aku sebenarnya nak tanya kau Fang. Kenapa kau nampak happy semacam hari ni? Adakah ini tentang Yaya?"

"Err..." Fang menjadi gelisah sedikit pada ketika "Ha ah, aku happy sebab pasal Yaya" Lalu dia tersengih besar

Boboiboy, Gopal dan Ying rasa tidak begitu percaya. Mereka merenung Fang dengan lebih lama sehingga diri Fang rasa tidak selesa pada ketika itu. Kaki dia melangkah kebelakang sedikit demi sedikit. Dia sudah siap bersedia untuk lari dari situ

"Betul ke?" kata Ying "Entah-entah ini bukan pasal Yaya maa.. ini mesti tentang benda lain! Sebab kenapa si rambut cacak ni macam nak larikan diri"

"Ha ah, betul juga kata kau, Ying. ini mesti sebab lain" Boboiboy mengusap dagunya "Ini mesti tentang abang kau"

"Hah! Ini mesti sebab kau sudah berjaya bagi abang kau makan biskut Yaya" kata Gopal sambil tersenyum sinis "Sebab tu si landak ni happy semacam. Dia berjaya buat abang dia pengsan"

"Err.. Betul tu! HAHAHAHAHA.. aku berjaya pengsankan abang aku!" Fang masih tersengih lagi. Jantung dia berdegup dengan kencang sekali kerana takut jikalau mereka dapat baukan penipuan dia "Hahahahaha! Selama ini, aku selalu gagal tetapi kali ini aku berjaya! MUAHAHAHAHA!"

"Bila masa kau berjaya pengsankan abang Kaizo" Kali ini muncul pula Faye "Aku nampak dia ok aje dekat rumah. Siap buat planning untuk berikan kejutan dekat.." Mulut Faye terus ditekup oleh Fang

"Hehehe... dia cakap abang aku tengah planning nak buat kejutan birthday aku" kata Fang sambil tersengih-sengih lagi "Jom Faye, kita pergi ke tempat lain. Aku nak cakap dengan kau tentang sesuatu"

Fang mengheret Faye untuk beredar dari situ sambil diperhatikan oleh 3 adiwira. Mereka rasa curiga dengan kelakuan Fang sebentar tadi. Ianya seperti ada sesuatu yang ingin di sembunyikan

"Aku pasti, ini mesti tentang abang Kaizo dan kak Lynna.. tapi apa dia?" kata Boboiboy

"Tadi Faye kata ada planning kejutan.. wah! mesti kejutan yang menarik!" kata Ying pula

"Tapi.. adakah abang Kaizo perlukan pertolongan dari kita semua lagi? Yelah, kalau bab-bab kejutan ni, abang Kaizo mana reti"

"Hehehe.. entahlah Gopal. Mungkin kali ni, abang Kaizo nak buat sendiri kot tanpa memerlukan pertolongan dari kita. Apa-apa pun, aku harap kejutan abang Kaizo untuk kak Lynna adalah sesuatu yang istimewa" kata Boboiboy

Jauh dari situ, Fang membawa Faye ke tempat yang sunyi dan hanya segelinter pelajar sahaja yang ada. Itu pun mereka sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Tempat itu adalah di tepi bahagian bangunan sekolah. Ada bangku-bangku kecil tersedia di situ berserta dengan sebuah meja bulat. Fang melihat kanan dan kirinya untuk memastikan kawan-kawan mereka tiada di situ

"Wei, apasal kau cakap pasal planning abang aku"

"Ala, aku bukannya beritahu planning dia yang sebenarnya. Aku cuma cakap planning kejutan sahaja" kata Faye dengan nada tidak puas hati "Lagipun dia orang tak mensyaki apa-apa pun"

"Hahaha... kau ingat dia orang tu lembab sangat ke. Aku tahu mesti dia orang akan ingat planning kejutan tu adalah melamar kak Lynna"

"Jangan risaulah. Aku rasa dia orang tak fikir macam tu. Lagipun dia orang sendiri tahu hubungan abang kau dan kak Lynna masih lagi baru. Tak kan nak terburu-buru"

"Hmm.. tapi abang aku tu pula macam terburu-buru" mengeluh Fang sedikit "Sudahlah, malas aku nak fikirkan. Biarlah abang aku seorang sahaja yang fikirkan. Dia dah besar panjang, pandai-pandailah dia bila nak melamar kak Lynna tu"

"Hehehe.. tapi kau juga yang tak sabarkan"

"Errr... aku memang suka kalau abang aku melamar kak Lynna tapi janganlah terlampau cepat sangat" Fang mengeluh lagi "Wei, sampai di sini sahajalah perbincangan kita ni. Aku tahu pula kalau dia orang curi-curi dengar"

"Ok.. lepas ni aku janji aku tak kan beritahu sesiapa apa yang abang kau sedang lakukan"

Mereka berdua beredar dari situ tetapi mereka juga tidak sedar bahawa Bella ada di kalangan pelajar-pelajar sedang sibuk mengulangkaji. Bella terdengar perbualan mereka sebentar tadi. Dia tersenyum lebar kerana dapat mengetahui tentang lamaran Kaizo kepada Lynna

"Hehehe.. ini berita yang bagus" bisik Bella "Bolehlah aku kenakan si landak goreng tu.. hehehe"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari satu kedai ke satu kedai, Kaizo hanya keluar masuk kerana semua yang dia lihat, semuanya tidak memuaskan hatinya. Dia sudah mula mengalah kerana semua yang dia lihat, hanyalah biasa sahaja. Kalau hendak berikan sejambak bunga, itu dia sudah buat sebelum ini. Itu pun kerana dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Lynna. Agaknya kalau berikan chocolate, sudah tentu Lynna suka tetapi ianya tidak cukup memuaskan hati Kaizo. Dia perlukan sesuatu yang membuatkan Lynna teruja sehingga tidak berkata apa

"Tetapi apa?" bisik Kaizo sambil melihat tingkap kedai yang menjual buku-buku novel "Bagi buku? Tapi dia minat cerita apa? Mungkin aku perlu cari sebuah buku yang dia tidak pernah lihat sebelum ini seperti buku yang jual di planet lain"

Kaizo terfikir juga ingin beli buku-buku yang ada dipasaran alien tetapi dia takut Lynna tidak faham sahaja nanti bahasa alien. Mungkin dia boleh ajar

"Ataupun aku belajar menari" Kaizo terus gelengkan kepalanya "Tidak, aku tidak akan menari. Kalau menyanyi, mungkin aku akan buat tapi lagu apa? Lagu rock?"

"Apa yang kau fikirkan tu?"

Kaizo menoleh kepalanya ke sebelah kanan. Dia tidak terkejut melihat kehadiran Nick di situ

"Apa kau buat dekat sini?" soal Kaizo sambil beredar dari kedai buku itu

"Aku saja nak jalan-jalan dekat sini" balas Nick sambil berjalan di sebelah Kaizo "Kau nampak macam ada masalah aje. Kau ada masalah ke?"

"Hmm.. yang kau sibuk nak tahu masalah aku kenapa?"

"Ala, kita kan kawan. Tak boleh ke kalau aku menjadi kawan kau"

"Hmm.. suka hati kaulah" kata Kaizo dengan nada seriusnya "Aku memang ada masalah. Masalah aku adalah, kejutan apa yang paling sesuai untuk Lynna"

"Ohh.. kau nak berikan kejutan untuk dia" Nick tersenyum bersendirian di situ "Hah, idea kau nak nyanyi tadi. Kau nyanyikanlah untuk dia tapi kalau kau nak, aku boleh tolong kau"

"Aku boleh sahaja buat sendiri"

"Janganlah macam tu, bagilah aku peluang untuk membantu kau" Nick cuba memujuk Kaizo lagi "Nanti Lynna mesti akan suka tengok kita orang berkawan. Dia mana suka aku dan kau bermusuhan"

"Yelah yelah, kita kawanlah"

"Hah, kan elok macam tu. Sebagai kawan lelaki kau, aku akan bantu kau untuk berikan kejutan yang istimewa untuk Lynna. Aku tahu aku mungkin akan cemburu tapi ini untuk korang berdua. Aku akan pastikan semuanya berjalan dengan sempurna"

"Terima kasih" kata Kaizo tetapi ada sedikit keraguan di hatinya

Kaizo mahu percaya keikhlasan Nick tadi tetapi kenapa hati dia rasa ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin perasaan dia sahaja. Mungkin juga sebab orang itu pernah bersama Lynna tetapi hanya sekejap sahaja. Apa-apa pun, Kaizo berharap tiada apa yang Nick cuba hancurkan hubungan dia dengan Lynna

"So, kalau kau nak nyanyikan sebuah lagu untuk Lynna, aku ada beberapa lagu yang sesuatu untuk korang berdua tapi ini bukan setakat nyanyian sahaja"

"Kau nak suruh aku buat apa lagi?" soal Kaizo

"Cuba kau bayangkan, diri kau berdiri dekat sebuah taman pada waktu malam yang ditemani dengan cahaya-cahaya putih. Sekeliling kau pula, penuh dengan bunga-bunga putih dan belakang kau, ada sebuah kolam berserta dengan air terjun yang kecil. Kau berdiri dekat situ sambil bermain gitar. Sebaik sahaja dia tiba, terus kau nyanyikan untuk dia"

"Hmmm... aku tak dapat nak bayangkan sebab itu bukan diri aku" balas Kaizo "Tapi aku akan cuba bayangkan walaupun ianya bertentangan dengan diri aku"

"Bagus bagus. Kita ni kena bayangkan tempat-tempat romantik dan unik. Buat sesuatu yang lain daripada diri kau. Aku tahu ini sangat sukar bagi diri kau, tapi aku pasti, kau boleh lakukan"

"Hmmm.." Kaizo terbayangkan kapal angkasa dia dan juga tempat dia berlatih "Tapi tempat tu sudah selalu sangat guna" bisik dia

"Tempat apa?"

"Tiada apa" balas Kaizo "Nantilah aku fikirkan. Lagipun aku tak naklah kelam-kabut sangat. Ini bukan hal penting sangat pun"

"Betul ke tak penting sangat?" kata Nick sambil mengangkat kening sebelah

"Yea, memang tak berapa penting" kata Kaizo "Yang penting, dia tahu aku dan dia cuba untuk kembali seperti dulu. Aku tak nak terburu-buru"

"Kau dan dia macam mana dulu-dulu?" Lalu Nick terpandang sebuah kedai makanan yang tidak mempunyai pelanggang "Jom kita ke kedai itu, kau boleh ceritakan kepada aku tentang hubungan korang dulu"

"Kenapa kau nak tahu sangat?" Kaizo mula mensyaki sesuatu "Kau cuba mencari kelemahan hubungan aku dan dia ke?"

"Eh, bukan begitu.. aku cuma ingin tahu hubungan korang macam mana dulu"

"Bukan ke Lynna sudah ceritakan kepada kau" kata Kaizo. Dia seperti ingin lari dari situ dan jauhkan diri daripada Nick

"Bukan semua dia cerita" kata Nick "Kadang-kadang dia macam ada cuba sembunyikan sesuatu dari aku. Mungkin kau dan dia ada menyimpan rahsia"

"Jikalau kami ada rahsia pun, aku tidak akan sesekali bocorkan rahsia itu kepada kau" Nada Kaizo berubah menjadi tegas sedikit "Kalau kau mahu berkawan dengan aku, kau tak kan paksa aku untuk beritahu rahsia kami kepada kau"

Kaizo terus beredar dari situ dan tinggalkan Nick keseorangan di hadapan kedai makan. Hati tidak begitu senang dengan pertanyaan Nick tadi. Dia harus berhati-hati kerana bukan semua manusia ataupun alien, dia perlu percaya

"Maafkan aku Nick" bisik Kaizo sambil berjalan menuju ke taman bandar itu "Aku tidak boleh ceritakan segala-galanya kepada kau. Aku tahu dia hanya mahu berkawan dengan aku, tetapi aku belum bersedia"

Nick perhatikan sahaja Kaizo beredar dari situ sehinggalah sang pemuda itu hilang dari pandangan dia. Bisikan Lady Poisen boleh didengari oleh Nick. Ianya seakan-akan seperti angin berbisik di telinga Nick

"Kita harus berhati-hati untuk dapatkan kepercayaan dia. Kau harus bersabar dengan rancangan kita. Biarkan dia datang dan luahkan kau. Sebaik sahaja itu berlaku, kita akan ambil peluang itu untuk hapuskan dia"

Nick terus tersenyum sinis sebaik sahaja bisikan Lady Poisen berkata-kata di telinganya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Hmmm.." Kaizo kelihatan serius apabila dia sedang fikirkan kejadian siang tadi

Fang hidangkan air teh hijau di hadapan abangnya. Dia letak secawan teh hijau di atas meja ruang tamu. Lalu dia memandang riak wajah abangnya

"Abang tengah fikirkan apa tu?" tanya Fang

"Aku tengah fikirkan tentang si Nick tu"

Fang terus terfikirkan benda lain. Lalu dia gelengkan kepala dan buangkan pemikiran dia itu. Fang tahu, apa yang dia terfikir tadi adalah tidak benar. Lalu dia berkata kepada abangnya

"Dia ada buat apa-apa dekat abang ke?" soal Fang lagi

"Dia cuma nak berkawan dengan abang aje"

"Ohh.. tapi abang tak nak berkawan dengan dia ke? Yelah, adik tahu dia pernah bersama dengan kak Lynna. Mungkin abang tak rasa jangkal aje nanti"

"Hmm... bukan sebab itu" Kaizo mengangkat cawan teh hijau itu "Ada sesuatu yang tidak kena dengan dia"

"Abang rasa, ada sesuatu yang mengawal diri dia ke?"

"Abang pun ada terfikir begitu juga" kata Kaizo "Tapi abang kena siasat terlebih dahulu. Kalau betul ada sesuatu yang mengawal diri dia, aku akan cuba hapuskan benda itu, untuk bebaskan Nick dari kawalan makhluk itu"

"Hehehe... sudah lama kita tidak bergabung untuk menjadi adik beradik yang terhebat" Fang terus mencekak pinggangnya "Adik akan ikut sahaja arahan dari abang untuk mencari kebenaran!"

"Hmmm... aku sorang sahaja yang hebat. Kau tu, baik duduk dediam sahaja" Kaizo menghirup teh hijaunya dalam keadaan tenang

Fang mula berapi-api dengan abangnya. Aura-aura hitam terus timbul di tubuh badannya. Kaizo tidak langsung memandang adiknya. Dia hanya menikmati teh hijaunya sehinggalah jam kuasanya berbunyi

"Hmm.. siapa pula yang hubungi aku ni"

"ABANG!" jerit Fang "TUNGGU DULU! BAGI ADIK MEMBEBEL DEKAT ABANG!"

"Aku nak jawab panggilan ni! KAU JANGAN NAK SIBUK!" Kaizo bangun dari kerusi sofa itu sambil membawa cawan teh hijaunya naik ke atas

"ABANG! ADIK NAK GADUH DENGAN ABANG SEBAB ADIK TAK PUAS HATI DENGAN ABANG!"

Kaizo tidak berkata apa. Dia hanya berjalan menuju ke biliknya. Setelah dia melangkah masuk ke dalam biliknya, dia letakkan cawan airnya dia atas meja dan selepas itu dia terus menjawab panggilan itu di jam tangannya. Skrin kecil muncul dan terpapar wajah Lynna

"Kenapa kau hubungi aku?"

"Lerr.. tak boleh ke kalau aku menghubungi kau" balas Lynna "Kalau tak boleh, aku tamatkan ajelah panggilan ni"

"Hmm.. merajuklah tu"

"Tak merajuk, cuma sakit hati" Riak wajah Lynna berubah menjadi marah sedikit "Aku hubungi kau sebab aku dengar cerita, Nick cuba nak berkawan dengan kau tapi kau macam... tak suka aje"

"Bukan tak suka tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena" Kaizo duduk di atas katil sambil melihat skrin kecil itu "Aku tak tahulah samada dia ikhlas berkawan dengan aku ataupun sebaliknya"

"Jadi kau mensyaki sesuatu dekat dia?"

"Yea" jawab Kaizo "Kau pun kena hati-hati dengan dia. Aku tak boleh nak jelaskan kepada kau tapi, apa-apa pun, jaga diri kau dan jangan mudah percaya sangat dengan dia"

"Tapi aku sudah lama kenal dia"

"Aku tahu Lynna tapi kali ni, ada sesuatu yang sedang mengawal diri dia"

"Atau itu mungkin perasaan kau sahaja" kata Lynna dalam keadaan marah sedikit "Lagipun aku tak nak bergaduh dengan kau tentang ini. Aku akan cuba berhati-hati dengan dia. Esok aku temankan dia hantar kek dekat satu kedai ni"

"Apasal dia tak boleh hantar sendiri"

"Kau cemburu ke?" Lynna tersenyum kecil "Aku temankan dia sahaja, lepas tu dia masuk kerja. Dalam masa aku temankan dia tu, akan cuba siasat jikalau dia dikawal oleh sesuatu. Entah-entah ada roh hantu masuk dalam diri dia.. hehehe" Malangnya, Kaizo tidak gelak. Dia masih dengan muka seriusnya

"Kau jangan nak main-main sangat"

"Baiklah wahai kapten Kaizo, aku tidak akan main-main dan akan menjadi serius"

"Bagus" kata Kaizo "Maknanya esok kau tak boleh datang sini?"

"Tengoklah kalau aku takde hal lepas tu" balas Lynna "Kalau aku free, nanti aku bawakan teh hijau untuk kau. Tak pun aku buatkan sup lobak merah untuk kau ke"

"Hmm.. tak perlulah bawakan makanan untuk aku" Padahal didalam hati Kaizo, dia memang nak tetapi tidak sampai hati dia buat begitu dekat Lynna "Kau bawa diri sahaja. Tak perlu susahkan diri kau"

"Ok" kata Lynna "Nanti apa-apa hal, aku hubungi kau esok"

"Jikalau Nick cuba buat sesuatu yang jahat dekat kau, kau beritahu aku. Bolehlah aku ajar dia"

"Eh, tak perlu. Biar aku sendiri yang uruskan"

"Yelah" Kaizo terpandang muka pintu biliknya. Adik dia sudah berdiri di situ dengan aura-aura hitam dia iaitu kuasa bayangnya "Lynna, aku perlu pergi. Si Pang ni nak cari gaduh dengan aku"

"Cari gaduh dengan kau? Korang berdua kalau tak bergaduh, tak boleh ke?"

"Tak boleh" jawab Kaizo "Jumpa esok.. aku tak boleh nak bagi muka dekat si Pang tu"

Belum sempat Lynna ucapkan selamat malam, Kaizo sudah pun tutup skrin kecil itu. Lalu dia berdiri untuk pergi bergaduh dengan adiknya. Hati dia tetap tenang dan tiada perasaan marah terhadap adiknya

"ABANG!"

"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?"

"Adik tak puas hati sebab ABANG SUKA SANGAT SURUH ADIK DUDUK DEDIAM BILA KITA NAK LAWAN"

"Itu sebab aku nak melindungi kau dari musuh-musuh aku" Lalu nada Kaizo berubah menjadi tinggi dan tegas "ADA FAHAM? KALAU TAK FAHAM, BIAR AKU BAGI KAU FAHAM DENGAN HUKUMAN LATIHAN TEMPUR!"

"Tengok tu.. bagi adik hukuman latihan tempur tapi bila nak lawan dengan musuh-musuh kita aje, suruh adik duduk tepi. Bilalah adik nak menimba ilmu dengan berlawan dengan musuh-musuh kita"

"Kau banyak betul drama" kata Kaizo "Semasa ketiadaan abang di sini, kau elok aje berlawan dengan mereka. Takde pula abang hubungi kau dan duduk tepi sahaja"

"Abang tak tahu ke, yang selalun tewaskan musuh-musuh kita semasa abang takde, mestilah si Boboiboy tu. Kadang-kala, adik nak juga merasai diri adik dapat hapuskan musuh kita yang terkuat tapi.." Fang berdrama di situ "Apakah dayanya kerana kuasa Boboiboy lebih hebat daripada adik"

"Baru nak mengaku ke kuasa Boboiboy lagi hebat daripada kau'

"Hmmm.. terpaksalah mengaku" jawab Fang dengan nada sedih "Tapi.. adik tetap bangga dengan diri adik kerana dapat mengeluarkan naga bayang dan tewaskan robot tak guna tu! Muahahahahahaha!"

"Hmm.. lepas tu aku dengar cerita, kau pengsan"

"Ha ah, sebab banyak sangat guna tenaga" Fang mengeluh sedikit "Yelah, adik masa tu kecik lagi. Baru nak cuba keluarkan kuasa yang terhebat. Lagipun, adik baru aje ada kuasa baru.. kuasa yang best!"

"Kuasa penembus kau tak best ke?"

"Ermmm... best tu bestlah juga tapi kuasa bayang juga yang terbaik.. HAHAHAHAHA!" kata Fang dengan penuh bangga

"Kalau begitu, malam ini juga kita mengadakan sesi latihan tempur!" Kaizo membawa keluar pedang tenaganya "Ayuh, mari kita bertarung di luar rumah bukan dekat dalam rumah. Kalau boleh bawa si Boboiboy tu sekali. Kita berlatih bersama-sama"

"Buat apa ajak dia" Fang bersilang tangan sambil bermasam muka "Dia tu tak payah latih pun, sudah tentu hebat semacam"

"Kau dari dulu memang sentiasa tak puas hati dengan dia"

"Betul tu abang" Fang mengeluh sedikit

"Kalau begitu, kau ajak kawan perempuan kau tu"

"Yang mana?"

"Yang pakai tudung pink tu" jawab Kaizo

"Isk isk isk isk... abang ni, mana boleh ajak anak dara orang keluar malam-malam. Tak elok tau, nanti orang ingat yang bukan-bukan"

"Yelah yelah! Kita berdua ajelah" kata Kaizo "Sudah! Bersiap sedialah kau!"

Fang keluarkan kuasa bayangnya sambil tersenyum sinis kepada abangnya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Huarghhhh!"

"Haih Fang, apasal kau menguap besar pagi-pagi ni?" soal Yaya sambil berjalan di sebelah Fang

"Abang aku malam tadi, ajak aku buat latihan tempur sampai matahari nak terbit" jawab Fang dengan mata kuyunya "Aku rasa macam ponteng sekolah aje"

"Mana boleh ponteng sekolah!"

"Aku tahu lerr.. tapi aku takut nanti aku tertidur pula dalam kelas" Lalu Fang lelapkan matanya sambil sambung berkata lagi "Aku tidur sekejap. Kau tolong aku berjalan sampai ke sekolah. Jangan sampai terlanggar tiang sudah"

"Hmmm... suka hati kau lah" Yaya gelengkan kepala

Tidak sampai seminit, Fang sudah terlena tidur sambil berjalan. Yaya terpaksa menjadi mata untuk Fang dan juga mengawal pergerakan sang lelaki alien itu supaya dia tidak tersasar ke tempat lain. Lalu Yaya terserempak dengan Bella. Hati dia rasa tidak begitu senang dengan kehadiran Bella

"YAYA!" panggil Bella dengan suara cerianya. Dia berjalan sambil melompat-lompat menuju ke arah Yaya

"Selamat pagi, Bella" kata Yaya secara sopan

"Hehehe... kenapa si pretty boy tutup mata?" soal Bella sambil tersenyum sinis sambil berjalan di sebelah Yaya

"Hmm.. dia sebenarnya dalam keadaan tidur" balas Yaya "Jadi aku harus pastikan perjalanan dia ke sekolah dalam keadaan selamat"

"Ohh begitu" Bella seperti mendapat satu peluang yang tidak mahu lepaskan "Apa kata, kau pergi dulu, biar aku aje yang hantar dia terus ke sekolah"

"Kau nak buat apa dengan dia? Kau nak tolak dia dalam longkang ke?"

"Hmm.. bukan" balas Bella "Aku ada idea yang lebih menarik daripada itu"

"Idea apa tu?" Nada Yaya bertukar menjadi marah sedikit "Jangan cakap kau nak hantar dia entah ke mana, lepas tu tinggalkan dia seorang diri. Mana boleh begitu, Bella!"

"Isk kau ni.. aku tak kan buat begitu dekat si potato goreng" jawab Bella "Kau ingat tak lagi semasa dia tidur, lepas tu kita orang soal dia macam-macam and si landak ni, akan jawab soalan-soalan kita"

"Oh, aku ingat lagi tentang kejadian itu" Yaya mengimbas kembali kenangan itu "Lawak pula bila fikirkan balik. Jadi, kau nak soal apa dekat dia?"

Yaya dan Bella masuk ke lorong kanan sambil pusingkan badan Fang

"Hehehe.. kau tengok sahaja" kata Bella kepada Yaya "Wahai si alien landak, adakah benar bahawa kak Lynna dan abang Kaizo akan berkahwin?"

"Tak benar" jawab Fang dengan matanya masih tertutup rapat "Sebab abang aku belum bersedia lagi nak melamar kak Lynna"

"Jadi, bila dia nak melamar kak Lynna?" soal Bella lagi

"Tunggu dia bersedia" balas Fang "Dia sebelum ini memang ada hajat untuk melamar kak Lynna tetapi dia tidak tahu sama-sama keputusan ini terburu-buru ataupun tidak kerana hubungan mereka masih baru lagi"

"Ohhhh... jadi, apa perasan kau apabila dapat tahu yang abang kau nak melamar kak Lynna" soal Bella lagi

"Aku pengsan selepas itu" balas Fang secara jujur "Tapi abang aku cakap, jangan beritahu sesiapa, terutama sekali si kepala mereng tentang melamar kak Lynna"

"Hehehe.. tapi kau sudah beritahu aku pun" bisik Bella sambil tergelak kecil

"Siapa si kepala mereng tu, Fang" soal pula Yaya

"Si kepala mereng tu ialah si katak pili yang bernama Lily tu lah" jawab Fang

"Isk kau ni, Lily bukan si kepala mereng" marah Yaya

"Tapi abang aku yang panggil dia si kepala mereng" kata Fang "Lagipun si pelik tu memang mereng pun"

"Tak baik panggil dia mereng tau" tegur Yaya "Lily bukan mereng tetapi dia adalah seorang gadis yang unik. Dia sentiasa berfikiran positif walau dalam keadaan macam mana pun"

"Betul tu Yaya! Dia bukannya macam si landak goreng ni. Tahu nak marah orang aje"

"Suka hati akulah kalau aku nak marah sesiapa pun" balas Fang dengan nada marah "Sudah itu memang sifat aku"

"Hehehe.. kelakar pulak aku tengok si Fang ni, tidur sambil berbual dengan kita orang" Yaya tergelak sedikit "Kejap lagi, kita nak sampai sekolah dah. Nanti dah sampai, aku kejutkan kau ok"

"Terima kasih" balas Fang

"Wei Yaya, apa kata kau biarkan dia sahaja tidur sambil berjalan. Aku nak tengok berapa lama dia akan tidur sambil berjalan.. hehehe.. entah-entah, dia jatuh dalam longkang, baru dia sedar dari tidur kot"

"Tak baiklah, Bella" tegur Yaya "Dia kan kawan kita, tak elok buat begitu"

"Ehem ehem.. kawan?" Bella mengangkat kening sebelah sambil memandang air muka Yaya yang naik malu sedikit "Jadi kau dan dia.."

"Hehehe.. kau tak perlu tahu" jawab Yaya dengan senyuman malunya

"Ok, aku tak kan tanya lagi" kata Bella

Mereka sudah pun tiba di luar kawasan sekolah. Sedikit lagi mereka hendak melangkah masuk. Tiba-tiba kepala Fang terkena pukulan bola. Lalu dia terjaga dari tidur

"WOI! SIAPA BALING BOLA DEKAT AKU?" Muka Fang naik merah kerana terlampau marah "Baik kau tunjukkan diri kau sebelum aku mengamuk tak tentu pasal dekat sini!"

"Abang Fang!" jerit seorang remaja lelaki "Maaf abang Fang! Rizu tak sengaja"

Fang pusing kebelakang. Rupanya Rizu yang baling bola tadi tetapi ianya tidak sengaja. Dia mahu baling bola itu kepada kawan baiknya tetapi sebaliknya, terkena kepala abang angkatnya. Yaya rasa lega kerana Fang tidak jadi mengamuk. Bella pula, rasa bagaikan peluang melihat Fang mengamuk, tidak menjadi

"Rizu rupanya" Fang mula kembali tenang "Takpe, abang maafkan. Rizu buat apa dekat sekolah awal pagi ni?"

"Rizu ada latihan sukan" balas Rizu

"Wah! Rizu semangat yea sekarang" kata Yaya "Sudah mula menyertai sukan sekolah. Dulu-dulu Rizu selalu duduk tepi sambil main lukis-lukis dekat buku"

"Hehehe.." Rizu rasa malu sedikit "Ini pun semenjak musuh abang Fang dulu tu. Dia pergi buat pembedahan dekat jantung Rizu. Ibu Rizu sebenarnya terkejut tetapi dia bersyukur sebab Rizu nampak lebih semangat dan sihat daripada sebelum ni. Takde rasa sakit dah dan Rizu ambil peluang ini untuk menyertai mana-mana sukan sekolah!"

"Baguslah tu. Bolehlah akak ajar Rizu main bola tampar" Bella tersenyum bangga "Dan bolehlah Rizu kalahkan si Fang ni"

"Jangan Rizu! Biar abang yang Rizu main bola keranjang"

"Bola tamparlah!" marah Bella kepada Fang

"BOLA KERANJANG!" Nada Fang tinggi sedikit

"EH... jangan gaduh-gaduh. Rizu suka aje kalau abang Fang dan kakak Bella ajar Rizu" kata Rizu "Tapi kakak Yaya pula yang merajuk. Dia tak suka tengok korang bergaduh, terus dia tinggalkan kita"

Fang melihat Yaya sudah berjalan ke depan dan masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia garu-garu kepalanya kerana rasa pelik. Tiba-tiba wajah Bella muncul di hadapan mata Fang

"Kau nak apa lagi? Nak cari gaduh dengan aku lagi ke?"

"Bukanlah" kata Bella sambil tersengih-sengih "By the way, abang kau memang ada niat nak melamar kak Lynna yea"

"Ma-mana ada" Fang bergerak ketepi untuk pergi masuk ke dalam kawasan sekolah

"Tak nak mengakulah tu" kata Bella dengan nada sinisnya "Aku tahu sebab tadi masa kau tidur, kau bocorkan rahsia abang kau kepada aku dan Yaya" Terus muka Fang menjadi cuak

"Jadi memang betul abang Paizo nak kahwin dengan kak Lynna! WAH! TAHNIAH ABANG FANG!"

"TIDAKKKKKKK!" Fang terduduk di tengah-tengah pintu masuk kawasan sekolah "Kenapalah aku pergi bocorkan rahsia aku. Mesti abang aku akan menghukum aku sebab bocorkan rahsia dia! MAAFKAN ADIK, ABANG!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Achummm"

"Kamu tak sihat ke, Kaizo?" tanya Tok Aba yang sedang mengajar Kaizo cara-cara untuk membuat cekodok chocolate "Kalau tak sihat, kamu pergilah balik rumah"

"Saya ok sahaja, atuk" balas Kaizo sambil tuang semua chocolate ke dalam adunan pisang "Saya rasa macam ada orang sedang memanggil nama saya"

"Hmmm... mesti Lynna tu" kata Ochobot

"Tak mungkin dia" Kaizo lenyekkan pisang itu dengan menggunakan garpu "Mungkin budak si Pang tu"

"Hehehe.. dia rindukan abang dia lah tu"

"Tak juga, atuk. Saya dapat rasakan bahawa dia telah bocorkan rahsia saya! Ataupun dia sedang mengata tentang diri saya dekat sekolah"

"Rahsia apa tu, Kapten Kaizo?"

"Hmm... rahsia, rahsialah" jawab Kaizo kepada Ochobot si robot bulat kuning "Tapi kalau kau dan atuk nak tahu, saya sebenarnya sedang fikirkan untuk melamar Lynna"

"Wah! Itu berita yang menarik" kata Tok Aba "Tapi jangan lama-lama, nanti ada orang lain pula yang ambik dia"

"Siapa pula yang nak ambik dia? Adakah orang itu adalah Nick?"

"Jangan fikir yang bukan-bukan" tegur Tok Aba secara lembut "Atuk cuma nasihatkan kamu sahaja tapi aku tahu, kamu sebenarnya takut jikalau Lynna tolak lamaran itu kerana hubungan kamu berdua masih baru. Korang masih dalam tahap kawan-kawan lagikan"

"Hmmm.. entahlah Tok Aba" mengeluh Kaizo "Tapi hari tu, semasa saya ceritakan rahsia saya kepada dia, dalam hati ni mengatakan hubungan kami bukan lagi sebagai kawan tetapi lebih daripada itu. Lagipun saya tak nak bersikap terburu-buru. Saya takut dia marah pula"

"Kalau begitu, kamu jangan terlalu cepat sangat dan jangan terlalu lama sangat. Atuk yakin, dia pasti menunggu"

"Terima kasih atuk" Kaizo berikan senyuman kecil dia kepada Tok Aba "Tolong doakan yang terbaik untuk kami berdua"

Tok Aba angguk kepalanya sambil tersenyum. Sedang dia sibuk mengajar Kaizo cara membuat cekodok chocolate, datang seorang gadis dengan payung merahnya. Bibir dia merah, rambut dia diikat tinggi dan pakaian dia nampak seseorang yang suka bergaya. Gadis itu tutup payung merahnya dan lalu dia duduk di hadapan Kaizo

"Boleh saya ambil order?" kata gadis itu

"Kamu nak order makanan apa?" Sekilas pandang sahaja Kaizo melihat gadis itu

"Saya mahu order makanan yang paling sedap di sini" kata gadis itu sambil tersenyum seorang diri "Oh yea, kamu boleh panggil saya Pandora ataupun nama lain saya, Lady Poisen"

to be continued...

---------------------------------------------------------------------


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top